Khamis, 15 Oktober 2015

Ibu-ibu semua sudah masak ke belum?Agak-agaknya menu apa tengahari ni ?Mesti special kan buat hidangan suami dan anak-anak.Air tangan isteri adalah yang terbaik untuk keluarga.Barulah berkat.
Hari ni menu saya ialah masak asam pedas ikan duri.Ada telur lagi tu.Rezeki saya sebab dah lama tak makan telur ikan duri.Nasib baik tak mengidam masa preggy baru-baru ni.Mana nak cari kan.Susah jugak nak dapat ikan duri dengan telurnya sekali.Ini pun ayah yang kasi.Fresh dari laut sebab ayah kita seorang nelayan.Bersyukur sangat sebab  setiap hari berpeluang menikmati ikan yang segar.Free pulak tu.Hihihihihi..



        Inilah telur ikan duri..nyum nyum


              Asam pedas ikan duri...

Senang je nak masak lauk ni.Blend cili kering beberapa tangkai bersama bawang merah,bawang putih,halia dan kunyit hidup.Masukkan terus bahan kisar tu ke dalam periuk,tak perlu tumis pun.Letak lengkuas sikit dan beberapa keping asam keping.Air agak-agak je.Dah menggelegak tu barulah masukkan ikan duri.Garam dan serbuk perasa secukupnya.Siap...ringkas dan mudah....



Related Posts:

  • RESEPI PERTAMA PERIUK NOXXAAkhirnya dapat jugak saya memiliki periuk Noxxa yang semakin popular sekarang ni.Alhamdulillah... Periuk ni memang ajaib sebab boleh digunakan untuk memasak pelbagai jenis masakan.Cepat pun cepat.Jimat masa bagi mereka yang b… Read More
  • SEDAPNYA TELUR IKAN DURIIbu-ibu semua sudah masak ke belum?Agak-agaknya menu apa tengahari ni ?Mesti special kan buat hidangan suami dan anak-anak.Air tangan isteri adalah yang terbaik untuk keluarga.Barulah berkat. Hari ni menu saya ialah masak as… Read More
  • RESEPI MUDAH UNTUK DETOKSDetoks adalah proses pembersihan dari segala kotoran dan racun-racun di dalam badan kita.Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau bahan buangan dari tubuh badan manusia.Detoks dilakukan untuk memastikan sistem p… Read More
  • MASAK DENGAN CEPAT DAN MUDAH BERSAMA NOXXASemalam dapur gasku tak menyala.Bukan sebab kehabisan gas tapi mungkin dapur tu yang problem.Dah tukar bateri pun masih tak menyala.Masalah jugak ni....Tapiiiii....periuk Noxxa kan adaaaa......Apa lagi terus masak sup guna pe… Read More
  • IKAN PATIN MASAK TEMPOYAKIkan Patin sangat popular di Pahang terutamanya di Temerloh.Isinya sangat lembut dan rasanya lemak-lemak gitu.Memang sedap dan tidak hairanlah kenapa ia menjadi kegemaran anak saya.Pantang nampak menu ni kat kedai terus dia s… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog