Bayi yang berisiko untuk mengalami penyakit kuning termasuklah :
- Bayi yang lahir secara pra matang.Bayi yang dilahirkan sebelum 38 minggu mungkin tidak dapat memproses bilirubin dengan cekap kerana organ hati mereka belum matang.
- Bayi yang mengalami lebam (pendarahan bawah kulit) yang besar semasa dilahirkan.Selalunya berlaku semasa kelahiran dengan bantuan forcep dan vakum.
- Jika jenis darah ibu berbeza dari darah bayi,bayi boleh mengalami tindakbalas yang menyebabkan darah mereka lebih cepat pecah dan menghasilkan bilirubin yang banyak.
- Bayi yang tidak cukup diberikan susu dan tidak mendapat kalori yang cukup dari pemakanan boleh menyebabkan penyakit kuning.Susu ibu adalah yang terbaik.
- Bayi yang mengalami kerosakan hati semenjak dari dalam rahim atau bayi mengalami masalah sumbatan pada saluran hempedu akibat kecacatan semenjak lahir juga menyebabkan masalah kekuningan.
0 ulasan:
Catat Ulasan