Sabtu, 3 Januari 2015

Alhamdulillah hari ini ,12 Rabiulawal merupakan hari lahir junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW  bagi tahun 2015 M bersamaan dengan 1436 H.Salam Maulidur Rasul semua....




PENGERTIAN MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhamad SAW yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan pelbagai acara sambutan seperti perarakan,ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah.



Selawat Maulidur Rasul


TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 H / 2015 M

Pada tahun ini,sambutan Maulidur Rasul bertemakan  ' Perpaduan Nadi Transformasi Negara '.Bagi umat islam,Maulidur Rasul adalah hari bersejarah bagi keputeraan Nabi Muhammad SAW.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menjadi ikutan setiap umat.Marilah kita berselawat ke atas Nabi besar junjungan kita ...

" Allahumma Solli 'ala sayyidina muhammadin wa'ala ali sayyidina muhammad "...

Rasullullah SAW bersabda :

' Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali,waktu petang sepuluh kali,maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat..' (HR. Al-Thabarî).


Related Posts:

  • KELEBIHAN ISTIGHFARRasulullah SAW bersabda " Barang siapa yang senantiasa beristighfar , maka Allah akan memberikan kegembiraan dari setiap kesedihannya , dan kelapangan dari setiap kesempitannyan dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disa… Read More
  • KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL FATIHAHSurah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita me… Read More
  • DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIATLumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh… Read More
  • SURAH-SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNGBesarnya ganjaran buat wanita hamil.Betapa sayangnya Allah pada mereka.Untungnya kan bergelar wanita ,hamil sehinggalah bersalin pahala berganda-ganda.Semasa hamil pelbagai perkara perlu diambil berat supaya anak yang bakal l… Read More
  • WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOAMemang sebagai seorang islam,kita amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir pada bila-bila masa sahaja.Tetapi,kita pilihlah saat-saat doa yang mustajab ! Terdapat waktu tertentu yang mana doa lebih mustajab sebagaimana yang d… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog