Isnin, 15 Disember 2014

Cuti sekolah baru-baru ni kami sekali lagi bercuti ke Sarawak.Suami ada kerja kat sana kebetulan pulak cuti sekolah apalagi kami pun nak ikutttt....tahun lepas hanya jalan-jalan sekitar Kuching je.Tak puas rasanya.Kami bertolak pada hari Ahad.Flight pukul 11.40 pagi dari Lapangan Terbang Senai,JB.So,kami terpaksa bertolak seawal 6 pagi dari Kuala Rompin.Nak berjalan punya pasal anak-anak pukul 5 pagi dah bangun.Bersemangat bangun pagi kalau tak payah betul nak bangun kalau kena pergi sekolah.
Jemputlah baca pengalaman kitaorang kat sana....

MENU ISTIMEWA SARAWAK :
Kalau nak tahu,makanan kat Sarawak sangat istimewa bagi saya.Hasil laut mereka sangat segar.Masa pergi ke Pasar Satok hari tu,banyak hasil laut seperti udang,ikan,ketam dan sebagainya dijual dengan harga yang murah berbanding di semenanjung.Makanan orang Sarawak juga sangat unik.Sayur yang paling saya suka tentunya sayur Midin.Ini menu pilihan kami sekeluarga.Sedap tau.Rupanya seakan-akan pucuk paku pakis.
Sayur Midin goreng belacan....sedap tau

Makanan laut pulak saya suka siput panjang-panjang ni.Alamak lupa orang panggil apa...heee...Tapi kat semenanjung pun ada.Kalau ke Tanjung Lumpur Kuantan boleh dapat benda ni.

Siput masak kari...

HARI PERTAMA DI SARAWAK 
Hari pertama sampai memang penat giler.Kami menginap di Hotel Grand Margeritha ,Kuching.Hotel ni berdekatan dengan Water Front.Kami pilih bilik berhadapan dengan Water Front.Cantik pemandangannya pada waktu malam.Tapi lupa nak ambil gambar sebab kepenatan.Hari pertama tu kami tak ke mana pun rehat kat bilik je.

KE PANTAI SEMATAN
Hari kedua tu pepagi lagi kami dah bangun ,kami terpaksa ikut suami ke tempat kerja kat Lundu.Kebetulan ada pantai yang dekat dengan Lundu iaitu Pantai Sematan.Sematan merupakan tempat yang paling hujung sekali kat Sarawak.Kami menginap di Palm Beach Resort ,Sematan.Cantik jugak resort tu.Harga pun boleh tahan.Bilik kami satu malam RM 320 termasuk sarapan dan makan malam sekali.Katil besar satu dan katil bujang dua.Bilik tu dua tingkat.Tingkat atas untuk katil bujang.Memang menarik.Tapi risau gak sebab kena naik tangga tinggi.Haqim asyik turun naik je tangga tu...huhuhu....



Bilik resort...

Sempat bergambar kat jalan masuk ke resort...

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK
Akhirnya hari ketiga tu dapat juga saya ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Santubong.Kat situ ada 7 jenis buah rumah suku kaum di Sarawak seperti Bidayuh Longhouse,Iban Longhouse,Penan Hut,Orang Ulu Longhouse,Melanau Tall House,Malay Town House dan Chinese Farm House.Memang penat sebab kita mesti kena habiskan kesemua kunjungan ke rumah-rumah tersebut.Kami start masuk pukul 1.30 tengahari dan keluar pada pukul 5 petang.Hampir 3 jam kami berjalan meneroka kawasan tu.Lenguh kaki,sakit badan-badan kena dukung si Haqim lagi.Fuhhh...memang agak mencabar....banyak hilang kalori tuuu....berpeluh sakan tapi sangat menarik.Memang berbaloi.Sempat la kami bergambar di beberapa buah rumah tersebut.


Rumah melayu

Rumah Panjang

Hazim cuba naik melalui tangga yang memang tinggi giler....

Uniknya rumah mereka kerana terdapat tangga yang diperbuat dari kayu besar.Tak pasti nama kayu yang digunakan.Tapi memang tinggi sangat,gayat nak naik...saya guna tangga biasa je.Nasib baik ada tangga biasa kalau tak menangis la nak naik....hihihi....selamat...

Rumah Tinggi Melanau

Pada pukul 4 petang pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai suku kaum Sarawak.Yang paling mencuit hati ialah persembahan menyumpit dari suku kaum Penan.Nasib baik tak kena sumpit...hehehe...

Pertunjukan menyumpit

Habis pertunjukkan kami keluar kira-kira pukul 5 petang.Dahaganya rasa tekak.Masuk kereta baru dapat teguk air...Legaaaa....pengalaman yang sangat best buat saya...walaupun penat...

KEK LAPIS SARAWAK
Salah satu ole-ole yang mesti kita beli jika berkunjung ke Sarawak ialah kek lapisnya.Berlapis-lapis dengan pelbagai perasa seperti masam manis,lapis India dan macam-macam nama lagi.Lupa la pulak...Antara yang menjadi kegemaran kami ialah kek lapis India.Ada coklat dalam kek tersebut.Anak-anak memang suka.

Kedai menjual kek lapis Sarawak



Air Terjun Kampung Budaya...cantik..

Percutian kali ini sangat berharga buat saya dan keluarga kerana berpeluang mengenali kebudayaan orang-orang di Sarawak.Memang unik dan menarik...Jom la bercuti ke Sarawak....


2 ulasan:

  1. Saya suka Sarawak..tempat yang menarik dan pelbagai kaum yang ada..

    -Salam blogwalking daripada Kakiblog-

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog