Khamis, 18 September 2014

Assalamualaikum sahabat semua...
Jom kita berkenalan dengan lebih dekat lagi...asyik cerita pasal Shaklee je kan.Entry kali ni lebih kepada cerita tentang diri saya.


Saya hanyalah insan biasa sahaja.Nama penuh saya NOREHAN BINTI SAAD.Dilahirkan pada 30 Julai 1981.Tahun ni dah 33 tahun usiaku...huhuhu dah tuaaa....dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Rompin,Pahang.Anak jati Pahang ni tau...
Menerima pemdidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rompin dan seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin...masih di Rompin jugak.Pendidikan saya setakat tingkatan 5 je,tak sambung belajar dah...kenapa tak sambung belajar ? saya ni berasal dari keluarga yang susah.Ayah saya seorang nelayan.Emak pula tak bekerja,surirumah sepenuh masa.Jadi perbelanjaan kami sekeluarga ayah sorang je yang tanggung.Adik beradik pun ramai jugak masa tu 6 orang.Saya ni anak sulung.So,kesian tengok ayah nak cari duit untuk tampung belanja belajar saya nanti...saya lupakan saja hasrat nak sambung belajar dan saya bekerja untuk bantu keluarga...
Lama jugak la saya kerja sehinggalah saya mendirikan rumahtangga bersama Mohd Hasnolhisam.Berhenti kerja dan tumpukan pada rumahtangga pulak...tarikh bersejarah kami ialah 12 Mac 2004...dah 10 tahun kami bersama dan dikurniakan 3 orang cahaya mata..


Keluarga saya

Tu gambar saya sekeluarga pada raya puasa tahun 2014 baru-baru ni.Anak sulung saya  Nur Hazirahusna dah 9 tahun usianya.Yang kedua Muhammad Hasrulhazim,6 tahun dan yang ketiga Muhammad Hasrulhaqim baru berusia 2 tahun.Merekalah penyeri hidup kami suami isteri.
Kalau korang semua nak tahu,saya ni berperwatakan seorang yang pendiam.Dulu masa sekolah sayalah orang yang paling diam kat dalam kelas.Malu-malu gitu.Susah sangat nak dengar saya bersuara.Macam ada emas dalam mulut..hahahha...tapi tu dulu...sekarang dah kurang skit la.Kalau orang tak kenal saya mesti cakap saya ni sombong..tapi saya bukan macam tu tau.Bila dah kenal mesti kecoh.
Saya senang dan cukup bahagia dengan kehidupan saya sekarang.Bersama suami dan anak-anak.Dan saya sekarang adalah seorang surirumah yang menjana pendapatan dengan Shaklee.Misi utama saya ialah ingin membantu semua orang sihat bersama Shaklee.Anda nak sihat jugak ke??Jom sertai saya dalam misi ni...promote skit..hihi..
Rasanya dah cukup kot serba sedikit cerita tentang diri saya.kalau ada tersilap kata harapla dimaafkan.Semoga korang semua enjoy baca kisah saya ni...
Terima kasih...



Related Posts:

  • CINTA HATIKU- MY LOVEJiwangnya tajuk hari ni...Dah masuk hari ke 6 Cabaran 30 Hari Blogging.Alhamdulillah setakat ni saya masih berjaya mengikuti cabaran ini.Caiyokkk!! caiyokkk !! Tajuk hari ni ' MY LOVE '.. Bila sebut MY LOVE ,mesti kita terfi… Read More
  • SIAPA SAYA ?Assalamualaikum sahabat semua... Jom kita berkenalan dengan lebih dekat lagi...asyik cerita pasal Shaklee je kan.Entry kali ni lebih kepada cerita tentang diri saya. Saya hanyalah insan biasa sahaja.Nama penuh saya NORE… Read More
  • FESYEN : AURAT ATAU FESYEN SEMATASebagai muslimah fesyen yang sangat diwajibkan mestilah menutup aurat.Aurat bagi seorang wanita Islam ialah mesti menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan.Tetapi,jika kita lihat fesyen terkini,kebanyakan wanita… Read More
  • APA DALAM BEG SAYA ?Macam best je tajuk ni kan.Malu pulak nak share dengan korang benda apa yang ada kat dalam handbag saya tu... ni la handbag saya. Benda yang mesti ada dalam beg saya ialah telefon.Memang penting.Kalau ada kecemasan sen… Read More
  • APA YANG SAYA BACA Membaca merupakan salah satu hobi saya di masa lapang.Melalui pembacaan, kita dapat membuka minda kita.Pelbagai bahan bacaan yang boleh dijadikan sebagai sumber untuk menambah ilmu.Termasuklah media massa, surat khabar, buku… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog