Jumaat, 5 September 2014

Uterine fibroid atau ovarian cycts adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ' rahim bengkak '.


Secara amnya rahim ialah uterus terdiri dari pangkal rahim,badan rahim dan saluran fallopian.Ovari pula adalah kilang telur.Sehingga kini,tidak ada seorang doktor atau saintis yang pasti apakah yang menyebabkan uterine fibroid atau ovarian cycts ini berlaku.Beberapa kajian jelas menunjukkan bahawa fibroid atau cycts berlaku disebabkan beberapa kombinasi faktor ,di antaranya adalah kerana :
  • Hormon estrogen yang berlebihan - fibroid atau cycts adalah ketumbuhan sel yang bergantung kepada estrogen.Jika hormon estrogen dan progesteron dalam badan kita tidak seimbang,kita pasti berisiko untuk mendapat penyakit ini.Penggunaan pil perancang keluarga juga boleh menyebabkan ketidakseimbangan estrogen dan boleh mengaktifkan fibroid atau cycts.
  • Lambakan xenoestrogen dalam badan - xenoestrogen adalah estrogen sintetik yang terdapat dalam persekitaran (makanan,air,kimia dari industri pertanian dan penternakan).Ia boleh didapati dari phthalates (bahan dalam plastik atau getah),racun serangga,tobacco by product.Xenoestrogen ini boleh meransang atau mengganggu fungsi estrogen dalam badan.
  • Obesiti - lemak berlebihan dalam badan akan mengaktifkan sistem ' endocanabinoid system' yang akan mengganggu fungsi-fungsi hormon yang lain.
  • Genetik - jika anda mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama ,anda juga boleh mempunyai risiko yang sama.
BAGAIMANA CARA UNTUK ELAKKANNYA ?
Cadangan diet yang sesuai :
  • Elakkan memakan makanan yang menggalakkan pertumbuhan fibroid seperti produk berasaskan tenusu,daging merah,makanan bergoreng,makanan dan minuman bergula,garam,kafein dan alkohol.
  • Mengambil buahan dan sayuran yang mengandungi banyak phytoestrogen yang membantu kestabilan estrogen dalam badan.
  • Makanan yang berserat tinggi boleh membantu mengurangkan estrogen berlebihan dalam badan.
  • Mengawal berat badan
  • Tidak merokok
Sumber : Dr Malinda.

Semoga bermanfaat buat kita semua..
Sharing is Caring...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377

Related Posts:

  • SELSEMA DAN TIPS ELAKKAN JANGKITANPerubahan musim setiap tahun menyebabkan virus mudah disebarkan malah penyakit yang paling mudah dijangkiti ialah selsema.Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan k… Read More
  • TIPS MENANGANI BENGKAK KAKI SEMASA HAMILMasalah bengkak kaki atau Edema semasa hamil adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang hamil.Pada kebiasaannya kaki akan lebih membengkak apabila kandungan memasuki trimester ketiga dalam fasa kehamilan.Tapi semasa hami… Read More
  • TIPS BERSALIN DAN BERPANTANGPANTANG BERSALIN Apakah yang dimaksudkan dengan pantang bersalin? Dalam masyarakat melayu,pantang bersalin kebiasaannya selama 44 hari.Ada juga yang berpantang sehingga 100 hari.Dalam tempoh berpantang tersebut,apakah pantang… Read More
  • LIMA MINIT SELEPAS PROSES KELAHIRAN BAYIProses melahirkan bayi berbeza bagi sesetengah wanita.Ada yang mengambil masa yang lama misalnya mereka yang baru pertama kali melahirkan.Namun ,semuanya bergantung kepada ibu-ibu samaada mereka mempunyai kekuatan tenaga yang… Read More
  • KHASIAT GARAMTerlebih ambil garam akan menyebabkan darah tinggi.Kita sebenarnya telah disogok dengan dengan fakta yang palsu.Ini merupakan protokol Yahudi...Mari kita renung dan kembali kepada Sunnah Nabi... * sebelum makan nabi akan amb… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog