Sabtu, 20 September 2014

Jiwangnya tajuk hari ni...Dah masuk hari ke 6 Cabaran 30 Hari Blogging.Alhamdulillah setakat ni saya masih berjaya mengikuti cabaran ini.Caiyokkk!! caiyokkk !!
Tajuk hari ni ' MY LOVE '..

Bila sebut MY LOVE ,mesti kita terfikir siapa insan yang kita sayang,yang kita cintai termasuklah suami ke,anak-anak ke atau ibu bapa kita.
Bercerita pasal suami,teringat pulak masa mula-mula kami berkenalan dulu.Saya ni seorang yang sangat pemalu.cewahhh...hehehe..maklumlah perempuan kan.Kami kenal pun sebab kakak dia yang perkenalkan.Kiranya guna orang tengah la.Saya dan kakak ipar tu kerja satu tempat,Jadinya setiap hari berjumpa lama-lama berkenan kot ,so,dia rekomenkan la kat adik bongsu dia.Bagi no telefon dan akhirnya kami bersua muka untuk kali pertama kat Penyabong ,Endau.First date la tu.tak ingat dah tarikhnya..lama jugak la kami bercinta,berjiwang.Dan akhirnya bertunang pada September 2003.6 bulan kemudian kami berkahwin pada tanggal 12 Mac 2004.Tahun ni dah 10 tahun kami hidup bersama.Pelbagai dugaan yang kami tempuhi.Pahit manis,asam garam kehidupan suami isteri.Semuanya dah rasa.Alhamdulillah...

'MY LOVE' saya yang saya rasa harta yang paling berharga yang pernah saya miliki semestinya anak-anak.Mereka penyeri hidup kami suami isteri.Dah 3 orang semuanya.Alhamdulillah dengan kurniaan dariNya.Tanpa mereka hidup saya tidak seindah,sehappy ini...


MY LOVE..anak-anakku

' MY LOVE ' yang sentiasa ada dalam setiap doa saya pastinya kedua ibu bapa saya.Puan Noor bani Bakar dan Saad bin Muda.Terlalu banyak jasa dan pengorbanan mereka dalam melahirkan,membesarkan dan mendidik saya.Takkan pernah saya lupakan hingga hujung nyawa saya.Terima kasih mak dan ayah....



Related Posts:

  • RAHSIA KULIT TEMBIKAIMenu tengahari ni cukup simple dan mudah....SAYUR KULIT TEMBIKAI BERSAMA SAMBAL IKAN MASIN ....heeeee.... Mesti korang pelik kan kulit tembikai pun boleh masak ke...boleh!! Eksotik kan??..hehehe Bukan buahnya sahaja y… Read More
  • SIAPA SAYA ?Assalamualaikum sahabat semua... Jom kita berkenalan dengan lebih dekat lagi...asyik cerita pasal Shaklee je kan.Entry kali ni lebih kepada cerita tentang diri saya. Saya hanyalah insan biasa sahaja.Nama penuh saya NORE… Read More
  • APA DALAM BEG SAYA ?Macam best je tajuk ni kan.Malu pulak nak share dengan korang benda apa yang ada kat dalam handbag saya tu... ni la handbag saya. Benda yang mesti ada dalam beg saya ialah telefon.Memang penting.Kalau ada kecemasan sen… Read More
  • SELAMAT HARI LAHIR SAYANG...Alhamdulillah syukur padaMu kerana masih diberikan nikmat untuk meraikan suatu hari yang amat penting bagi diriku.Hari ini , 27 hb Ogos 2014 genaplah usia anakku Hazim 6 tahun. Dah umur 6 tahun tapi masih manja-manja l… Read More
  • KEMERDEKAAN NEGARA YANG KE 57 TAHUNMERDEKA !!! MERDEKA!!! Laungan semangat untuk hari yang bersejarah buat negara pada hari ini 31 Ogos 2014.Sudah 57 tahun negara kita bebas dari cengkaman penjajah.Alhamdulillah...sekalung penghargaan buat perwira-perwira neg… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog