Isnin, 11 Ogos 2014

Untuk pengetahuan semua, daun kari bukan sahaja penambah rasa di dalam masakan tetapi ia mempunyai khasiat yang tersendiri.Pasti kita semua mengenali rupa daun kari kan.Mudah ditanam dan didapati di mana sahaja.


Daun kari

Bukan sahaja sedap apabila digunakan dalam masakan ,bahkan mempunyai manfaat dan khasiatnya.
Antaranya ialah :
  • Penawar cirit-birit dan buasir - daun kari boleh dijadikan tonik herba untuk menguatkan perut dan meningkatkan keupayaannya serta mengatasi masalah penghadaman.Ia juga boleh digunakan sebagai julap untuk mengatasi masalah sembelit.Jus daun kari yang dicampurkan dengan madu juga dapat menjadi penawar cirit-birit dan buasir.
  • Loya dan pening - jus daunnya yang segar dicampur dengan jus limau nipis digunakan untuk mengatasi masalah loya dan pening.Caranya dengan mencampurkan satu sudu teh jus daun kari dan satu sudu teh jus limau nipis .Daun kari juga berkesan dalam mengatasi masalah haid,menghilangkan rasa loya dan pening-pening bagi wanita hamil.
  • Diabetes - rebus kulit batangnya yang kering dan minuk airnya.Cara ini boleh mengawal diabetes.Amalan memakan 10 helai daunnya setiap hari selama 3 bulan dikatakan dapat mencegah kencing manis dan yang disebabkan keturunan dan kegemukan.
  • Rambut panjang dan sihat - campurkan satu sudu makan minyak kelapa dengan segenggam daun kari.Masakan ia sehingga hangus.Setelah sejuk,gunakan ia sebagai tonik rambut untuk menghitamkan rambut dan mencegah uban.
  • Merawat gigitan serangga dan haiwan berbisa - buahnya dimasak bersama minyak kelapa sehingga hitam.Hancurkan dan tampal di tempat gigitan tersebut.
  • Lebam dan bengkak - daunnnya dihancurkan dan dijadikan pes untuk ditampal di bahagian yang lebam dan bengkak itu.
  • Kecantikan dan kesihatan diri - amalkan meminum air rebusan daun,akar,kulit kayu,batang dan bunga kari.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua....:)

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Related Posts:

  • KEBAIKAN LIDAH BUAYAAloe vera atau dikenali sebagai lidah buaya memang mempunyai banyak khasiatnya.Pasti ramai yang ingin mengetahui tentang kebaikannya untuk kesihatan kita. Aloe vera memang mudah ditanam di mana-mana sahaja.Walaupun lebih 98 %… Read More
  • KESAN KAFEIN KEPADA KESUBURAN WANITAMinuman yang mengandungi kafein seperti kopi,nescafe ,coklat dan bermacam lagi memang melazatkan.Namun ,tahukah anda bahawa pengambilan kafein bagi wanita mahupun lelaki akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan ?Bagi wanit… Read More
  • CARA MUDAH TIDURKAN BAYI TANPA BUAIANPasti semua ibu risau dan tidak tahu bagaimana caranya untuk menidurkan bayi tanpa menggunakan buaian.Bukan mudah untuk melakukan sedemikian kerana ianya memerlukan kesabaran dan kelembutan untuk memastikan bayi anda cepat ti… Read More
  • LENDIR ATAU KAHAK PADA BAYIMasalah kahak atau lendir yang dialami oleh bayi dalam lingkungan usia 6 bulan ke bawah pastinya merisaukan ibu bapa.Mana tidaknya kalau melihat bayi sukar untuk bernafas,nafas berbunyi ketika tidur dan macam-macam lagi..kada… Read More
  • TIPS MENGATASI MASALAH IBU MENGANDUNGSemasa hamil pelbagai masalah yang harus dihadapi oleh para ibu terutamanya yang pertama kali mengandung.Pasti perkara ini membuatkan ibu-ibu tertekan untuk menghadapinya. Terdapat beberapa tips untuk menangani masalah terseb… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog