Ahad, 9 Mac 2014

Sayur- sayuran adalah antara makanan yang kurang digemari oleh sesetengah individu terutamanya kanak-kanak.Kenapa ye? Mungkin disebabkan oleh rasa sayur itu pahit dan tidak sedap bagi mereka berbanding dengan ayam goreng..
Sayur tidak mengandungi kolestrol ,rendah lemak,rendah kalori dan rendah natrium.Serat yang terkandung dalam sayur berupaya mencegah sembelit dan beberapa jenis kanser.Sayur yang berwarna hijau dan oren kaya dengan beta karotena yang penting untuk kesihatan mata.Sayuran hijau mengandungi zat besi yang dapat mengelakkan masalah kekurangan darah.Sayur juga kaya dengan antioksidan seperti Vitamin A,C dan E.Begitu banyak khasiat sayur kan...
Jarang kita dengar kanak-kanak yang menyukai sayuran.Termasuklah anak-anak saya.Memang susah untuk melihat mereka memakan sayur.Walaubagaimanapun,saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin berguna buat ibu-ibu yang menghadapi masalah tersebut.Jom kita baca ye...


  • Untuk menggalakkan anak makan sayur,ibu bapa mesti terlebih dahulu sukakan sayur.Tunjukkan kepada mereka betapa kita amat gemar memakan sayur.Hati anak mungkin akan terbuka untuk merasa keenakan sayur.
  • Mengajak anak bersama-sama memilih sayur dan menyediakannya untuk dimakan bersama.Cara ini mungkin tidak berjaya dengan sekali cubaan tetapi kita mestilah kuat untuk berusaha
  • Jangan memaksa atau marah jika anak tidak mahu makan sayur.Ceritakan kepada mereka tentang keenakan sayur-sayuran dan kebaikan makanan itu terhadap tubuh kita.
  • Hidangkan sayur dengan pelbagai jenis seperti menggoreng,mencelur,mengukus,dibuat sup,jus dan salad.Contohnya jika anak suka makan kek dan roti,kita boleh sediakan yang berperisa sayur seperti kek lobak merah atau roti kentang.Pasti menyelerakan.
  • Pelbagaikan kreativiti bentuk makanan yang dihidangkan kepada anak-anak.Contohnya lobak dipotong dalam bentuk berbunga-bunga.

Tips Menggalakkan Anak Anak Makan Sayur Sayuran 2 Tips Menggalakkan Anak Anak Makan Sayur Sayuran
Contoh hidangan yang menarik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua...:)

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di kawasan Kuala Rompin,Pahang.
COD di sekitar Kuala Rompin,Pahang...
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com


Related Posts:

  • BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARAKanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita.Secara amnya menunjukkan satu daripada lapan wanita akan mengidap penyakit itu.Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia. APA… Read More
  • TIPS MENGELAKKAN GASTRIK KETIKA BERPUASARamadhan bakal menjelma beberapa hari saja lagi.Sudahkah kita bersedia untuk menghadapinya.Persediaan dari segi fizikal dan mental sangat penting bagi memastikan kesihatan dan amalan kita terjamin.Salah satu masalah kesihatan… Read More
  • FAKTA TENTANG KHASIAT DAUN KARIUntuk pengetahuan semua, daun kari bukan sahaja penambah rasa di dalam masakan tetapi ia mempunyai khasiat yang tersendiri.Pasti kita semua mengenali rupa daun kari kan.Mudah ditanam dan didapati di mana sahaja. Daun ka… Read More
  • KESAN MINUM AIR KETIKA MAKANTahukah anda bahawa meminum air ketika makan memberi kesan yang buruk kepada kita?? Waktu yang paling tidak sihat minum air atau sebarang minuman adalah ketika makan ! Air yang diambil ketika makan akan memberi kesan bu… Read More
  • PETUA ATASI BENGKAK SUSUBengkak susu??? memang menyakitkan apabila kita pernah mengalaminya...Itu menandakan yang payudara kita menghasilkan susu untuk bayi.Bengkak susu boleh menyebabkan demam.Kemudian diselang-seli dengan sakit yang berdenyut-deny… Read More

1 ulasan:

  1. Terimakasih, Artikel yang bagus.
    Numpang Promo ya jomsihatdanceria.blogspot.com

    “TAMAN MURAH TERIMA JASA:”
    Pembuatan taman, Desain taman, Perawatan taman, Taman vertical, Track jogging, Kolam minimalis, Relief, Tebing batu alam dll
    MENJUAL:
    – Tanaman Hias
    – Jenis jenis Rumput
    – Pohon pelindung
    – Pohon Bonsai
    – Jenis jenis Bambu
    – Dll

    CONTAC US :
    Telpon : 0812-9391-1848
    Whatsapp : 0815-1469-0244
    Email : endang_garden@yahoo.com
    YM : endang_garden
    BB : 27FDC3D8
    Web : http://www.tamanmurah.com
    Web : http://www.tamanminimalisku.com

    Melayani : Jabodetabek
    Alamat : Jln Raya Parung-Bogor 16320

    BalasPadam

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog