Rabu, 5 Mac 2014

Detik kelahiran pasti dinanti dengan penuh debaran dan pelbagai emosi terutamanya buat ibu yang pertama kali mengalaminya.Walaupun tidak sabar untuk melihat wajah comel yang akan lahir ,namun jauh di sudut hati tetap timbul rasa takut dan berdebar-debar.




Bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman melahirkan,pasti sudah mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan waktu bersalin semakin hampir.Untuk bakal ibu yang baru pertama kali,ingin saya kongsikan beberapa tanda-tanda berikut supaya anda lebih bersedia untuk menghadapi saat yang mendebarkan itu.

  • Ngilu Di bahagian Ari-ari
Semakin hampir hendak bersalin,rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa.Bakal ibu juga lebih kerap membuang air kecil atau air besar,sakit perut serta buang angin.Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.
  • Sakit Tulang Belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan.Ini kerana di akhir kehamilan,berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
  • Keluar Lendir Berdarah
Ada sesetengah bakal ibu akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin.Ini berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan.Jika anda mengalami tanda ini,segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
  • Keluar Air Ketuban
Tidak semua bakal ibu mengalami situasi ini.Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras,segeralah ke hospital untuk pemeriksaan.Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.
  • Bukaan Pintu Rahim
Semakin mendekati saat melahirkan,tanda yang paling jelas sekali ialah proses pembukaan rahim.Inilah saat indah sebelum bergelar ibu.Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm adalah kesakitan yang amat berat namun ia merupakan satu nikmat kelegaan apabila kepala bayi mulai keluar melalui pintu rahim ibu.

Melalui pengalaman saya sendiri sewaktu menghadapi saat kelahiran ketiga-tiga anak saya semuanya tanda yang sama iaitu keluar air ketuban.Pada mulanya hanya sedikit tetapi semakin hampir dengan proses kelahiran semakin banyak air ketuban yang mengalir keluar.Saat-saat indah itu akan menjadi memori terindah dan merupakan anugerah yang tidak ternilai buat insan yang bergelar IBU.....

Semoga bermanfaat buat anda semua....:)

Related Posts:

  • PANDUAN MENCAIRKAN SUSU PERAHANRamai ibu-ibu yang berkerjaya berkemungkinan menghadapi masalah bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika bekerja. Tidak kira samaada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri,… Read More
  • TIPS BAYI MUNTAH SELEPAS MENYUSUMuntah selepas menyusu menjadi kebiasaan kepada bayi.Namun ,anda perlu mendapatkan khidmat nasihat doktor untuk memastikan tiada masalah lain yang membahayakan bayi.Antara sebab-sebab biasa bayi muntah selepas menyusu ialah b… Read More
  • LIMA MINIT SELEPAS PROSES KELAHIRAN BAYIProses melahirkan bayi berbeza bagi sesetengah wanita.Ada yang mengambil masa yang lama misalnya mereka yang baru pertama kali melahirkan.Namun ,semuanya bergantung kepada ibu-ibu samaada mereka mempunyai kekuatan tenaga yang… Read More
  • TIPS KESELAMATAN KETIKA HADAPI BANJIRBanjir oh banjir.... Pada tanggal 2 Disember 2013 yang lalu,kawasan perumahan yang saya diami iaitu Taman Sri Rompin, telah dinaiki air.Ini adalah kali kedua saya terpaksa meredah air banjir yang dalamnya separas lutut.Banjir… Read More
  • SELSEMA DAN TIPS ELAKKAN JANGKITANPerubahan musim setiap tahun menyebabkan virus mudah disebarkan malah penyakit yang paling mudah dijangkiti ialah selsema.Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan k… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog