Sabtu, 22 Februari 2014

ASSALAMUALAIKUM ....

Surah Al Mulk

Al Mulk merupakan satu surah yang mempunyai banyak kelebihannya.Membaca surah ini sebelum tidur adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW.

" Sesungguhnya Rasulullah SAW tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Al Sajdah dan Al Mulk."
(HR - At Tarmizi)

KELEBIHAN YANG DIJANJIKAN KEPADA PENGAMAL SURAH AL MULK :
  • Surah ini akan memberi syafaat kepada pembacanya di hari akhirat kelak
  • Menyelamatkan si pembacanya dari seksaan kubur
  • Berada di bawah naungan sayap para malaikat (rahmat Allah)
  • Wajahnya bercahaya seperti seperti wajah Nabi Yusuf di akhirat kelak
  • Nabi SAW bersabda ," surah ini datang kepada malaikat dan memaksanya keluar tanpa melakukan apa-apa kepada si mati "
  • Surah ini bersama si mati di dalam kuburnya supaya dia tidak berasa kesunyian
Surah Al Mulk merupakan surah ke 67 dalam Al Quran.
Di namakan Al Mulk kerana kata Al Mulk yang terdapat pada ayat pertama surah ini yang bermaksud 'KERAJAAN'.
Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan kerana ia akan menjadi penyelamat dan pendinding dari seksa kubur kepada pembacanya.
Jadikan Surah Al Mulk sebagai surah yang wajib dibaca setiap malam sebelum tidur dan lakukanlah secara istiqamah dalam kehidupan seharian...

Semoga bermanfaat buat kita semua.
Selamat beramal...

Related Posts:

  • DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIATLumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh… Read More
  • SURAH-SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNGBesarnya ganjaran buat wanita hamil.Betapa sayangnya Allah pada mereka.Untungnya kan bergelar wanita ,hamil sehinggalah bersalin pahala berganda-ganda.Semasa hamil pelbagai perkara perlu diambil berat supaya anak yang bakal l… Read More
  • SUNNAH KETIKA MINUMAssalamualaikum para pembaca budiman..... Setiap Muslim amat digalakkan mengikut Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.Sunnah akan dapat membentuk keintiman dan keharmonian dalam sesebuah keluarga.Jom saya kongsikan… Read More
  • KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL FATIHAHSurah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita me… Read More
  • WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOAMemang sebagai seorang islam,kita amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir pada bila-bila masa sahaja.Tetapi,kita pilihlah saat-saat doa yang mustajab ! Terdapat waktu tertentu yang mana doa lebih mustajab sebagaimana yang d… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog