Selasa, 25 Februari 2014

Assalamualaikum....


surah Al Waqiah

Surah Al Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam Al Quran dan terletak dalam juzuk yang ke 27.Surah ini mengandungi 96 ayat.Dinamakan Al Waqiah kerana diambil dari lafaz Al Waqiah yang terdapat dalam ayat pertama dalam surah ini yang bermaksud KIAMAT.

Al Waqiah Adalah Surah Kekayaan.
Rasulullah SAW bersabda :
" Sesiapa  (membiasakan) membaca surah Al Waqiah , maka ia tidak akan kekafiran selamanya."

" Ajarkanlah surah Al Waqiah kepada isteri-isterimu .Kerana sesungguhnya ia adalah surah kekayaan." (Hadis riwayat Ibnu Ady)

KHASIAT SURAH AL WAQIAH :
  • Mereka yang membacanya sebagai wirid , In shaa allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya
  • Membiasakan membaca surah ini setiap malam satu kali,maka dia dijauhkan dari kemiskinan selamanya
  • Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap selepas solat Asar,In shaa allah akan dikurniakan dengan kekayaan dan rezeki yang melimpah ruah
  • Jika dibaca surah ini sebanyak 41 kali dalam satu majlis,In shaa allah ditunaikan segala hajatnya khususnya berkaitan dengan rezeki
  • Menjadi orang kaya yang bersyukur,amalkan membaca surah ini sebanyak 3 kali selepas solat subuh dan 3 kali selepas solat isyak.In shaa allah tidak akan berlalu masa setahun itu melainkan ia akan dijadikan seorang yang hartawan lagi dermawan
  • Selepas solat isyak,ambillah segelas air lalu bacalah surah Al Fatihah 1 kali,Ayatul Qursi 1 kali dan surah Al Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.Tiup dalam air dan minum.Dalam hati niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna surah Al Waqiah ayat 35-38 :
" Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa.Serta kami jadikan mereka sentiasa dara (tidak pernah disentuh ),yang tetap menyintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

In shaa allah dengan mengamalkan surah Al Waqiah ini kita akan dimurahkan rezeki dan dapat membantu mereka yang memerlukan.Bacalah surah ini dengan hati yang ikhlas memohon rezeki dariNya,jangan berniat untuk menjadi kaya di dunia yang sementara ini.Niatlah agar kita dapat membuat amal jariah untuk bekalan di akhirat kelak...

Semoga bermanfaat buat semua...
Selamat Beramal....

Related Posts:

  • WAKTU-WAKTU MUSTAJAB BERDOAMemang sebagai seorang islam,kita amat digalakkan untuk berdoa dan berzikir pada bila-bila masa sahaja.Tetapi,kita pilihlah saat-saat doa yang mustajab ! Terdapat waktu tertentu yang mana doa lebih mustajab sebagaimana yang d… Read More
  • SURAH-SURAH AMALAN KETIKA MENGANDUNGBesarnya ganjaran buat wanita hamil.Betapa sayangnya Allah pada mereka.Untungnya kan bergelar wanita ,hamil sehinggalah bersalin pahala berganda-ganda.Semasa hamil pelbagai perkara perlu diambil berat supaya anak yang bakal l… Read More
  • SUNNAH KETIKA MINUMAssalamualaikum para pembaca budiman..... Setiap Muslim amat digalakkan mengikut Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.Sunnah akan dapat membentuk keintiman dan keharmonian dalam sesebuah keluarga.Jom saya kongsikan… Read More
  • KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL FATIHAHSurah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita me… Read More
  • DOA DAN AMALAN UNTUK MEMPEROLEHI ZURIATLumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog