Isnin, 6 Januari 2014

Ramai ibu-ibu yang berkerjaya berkemungkinan menghadapi masalah bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika bekerja.
Tidak kira samaada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri,pastikan mereka mengetahui tentang cara pengendalian susu perahan beku sebelum diberikan kepada bayi.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu walaupun tidak menyusu secara terus ke payu dara ibu.
Antaranya ialah :

  • sentiasa menggunakan susu yang paling di awal diperah
  • letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan
  • lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya
  • bila sudah cair,rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja)
  • untuk lebih mudah dan menjimatkan masa,gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual di pasaran
  • jangan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu
  • jangan cairkan susu beku dalam suhu bilik
  • susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam dan tidak boleh disimpan semula
  • susu yang dibekukan akan menampakkn lemak terpisah menjadi dua lapisan.Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lemak yang terpisah itu
  • pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberikan kepada bayi
penyimpanan susu perahan

TIPS PEMYIMPANAN SUSU PERAHAN
a) Di tempat kerja
simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais,jangan dibekukan(jika ada peti sejuk) ,jika tiada, simpan sahaja di dalam beg penyejuk susu.Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.

b) Sampai di rumah
simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan)untuk kegunaan untuk keesokan hari.Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.

c) Seeloknya labelkan bekas setiap perahan dengan nama bayi,tarikh dan masa pemerahan untuk memudahkan anda menggunakan susu yang terawal perahan terlebih dahulu

d) Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan

e) Jangan lupa membersihkan dan mensterilkan semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori mengepam.

Semoga dengan perkongsian ini semua ibu-ibu mendapat sedikit pengetahuan tentang permasalahan tersebut.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak.Lakukanlah yang terbaik untuk mereka...

Related Posts:

  • PANDUAN MUDAH BERSALINBuat bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi pasti menanti saat itu dengan penuh debaran.Jangan risau sangat ok , tenangkan diri dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja.Saya ingin kongsikan buat bakal ibu semua beber… Read More
  • DIET YANG SIHAT , KULIT YANG SIHATTahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan besar untuk kulit cantik ? Makan secara sihat membantu kita mengekalkan kulit yang berseri secara semulajadi.Jadi,pastikan kita memakan makanan yang bermanfaat untuk kulit hari … Read More
  • PETUA CEGAH JAUNDISJaundis atau demam kuning bagi bayi yang baru dilahirkan memang sering terjadi.Ramai yang mengatakan bahawa ibu-ibu yang mempunyai darah kumpulan O amat mudah untuk bayi mereka mengalaminya.Bayi saya , Nur aisyahusna masuk wa… Read More
  • 6 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK CUACA PANASBerikut adalah 6 langkah-langkah mudah yang boleh membantu kita mengekalkan kulit yang cantik sepanjang tahun! 1) PERLINDUNGAN KESELURUHAN Sebelum menghabiskan masa di luar rumah,sapukan pelindung matahari dengan perlind… Read More
  • TANDA-TANDA PENGELUARAN TOKSINSecara umumnya, jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada ku… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog