Jumaat, 17 Januari 2014

Nutrisi adalah satu pemakanan yang berkhasiat dan seimbang untuk tubuh badan dan bukan ubat ubatan.Bagi ibu-ibu yang hamil kepentingan nutrisi dalam pemakanan seharian akan memberikan kesihatan kepada tubuh dan bayi.

contoh makanan untuk ibu hamil

Antara kumpulan makanan yang perlu diambil oleh ibu hamil ialah :
  • ZAT BESI / IRON - untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.Makanan seperti ikan,daging merah dan hati akan mengurangkan penyerapan iron ke dalam tubuh,begitu juga kalsium seperti susu,keju dan produk tenusu yang lain.Ambil suplemen zat besi /iron sejam sebelum atau 2 jam selepas mengambil makanan tersebut.
  • ASID FOLIK - penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan.Asid folik juga sangat baik diamalkan oleh wanita yang berusaha untuk hamil.
  • KALSIUM - untuk kesihatan tulang,gigi dan gusi ibu.Ibu mengandung cenderung untuk mengalami sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium.Ibu hamil memerlukan 1000 mg kalsium sehari.
  • OMEGA 3 - penting untuk perkembangan otak,sistem saraf dan penglihatan yang baik.Ikan adalah sumber omega yang terbaik,terutamanya ikan Salmon.Tetapi berhati-hati kerana terdapat ikan yang diracuni akibat pencemaran laut.
Kumpulan makanan tersebut boleh diperolehi daripada pemakanan seharian ataupun dari suplemen kesihatan.Pastikan ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang tempoh tersebut supaya bayi yang anda mendapat zat dan nutrisi yang secukupnya....barulah si comel dapat membesar dengan sihat kan ???
Semoga bermanfaat buat semua....:)

Related Posts:

  • KELEBIHAN WANITA YANG MENGALAMI MUAL SEMASA HAMILPada awal kehamilan,kebiasaannya wanita akan mengalami rasa mual atau lebih dikenali sebagai ' morning sickness'.Rasa mual ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku kepada wanita hamil sehingga menyebabkan mereka sens… Read More
  • IBU HAMIL ELAKKAN PENGAMBILAN ORGAN HAIWANPernah tak dengar segelintir nasihat yang mengatakan jika kurang darah semasa hamil makanla hati ayam untuk banyakkan darah? Sebaliknya perkara ini perlu dielakkan terutamanya ibu hamil. Hati ayam.. MENGAPA IBU HAMIL P… Read More
  • HEMOGLOBIN RENDAH SEMASA MENGANDUNGMasalah hemoglobin (hb) rendah semasa hamil adalah perkara biasa.Hb rendah atau lebih dikenali sebagai anemia berlaku di mana kepekatan darah merah adalah kurang daripada 9 gm peratus hemoglobin.Di bawah ini kita boleh lihat … Read More
  • SUPLEMENT SHAKLEE YANG TIDAK BOLEH DIAMBIL SEMASA HAMILSalam semua...semoga anda semua diberkati olehNya....dalam entry kali ini saya akan berkongsi tentang vitamin shaklee yang tidak boleh diambil dan boleh diambil semasa hamil..vitamin untuk ibu hamil sangat penting untuk perke… Read More
  • NUTRISI PENTING UNTUK IBU HAMILNutrisi adalah satu pemakanan yang berkhasiat dan seimbang untuk tubuh badan dan bukan ubat ubatan.Bagi ibu-ibu yang hamil kepentingan nutrisi dalam pemakanan seharian akan memberikan kesihatan kepada tubuh dan bayi. cont… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog