Rabu, 4 Disember 2013

Banjir oh banjir....
Pada tanggal 2 Disember 2013 yang lalu,kawasan perumahan yang saya diami iaitu Taman Sri Rompin, telah dinaiki air.Ini adalah kali kedua saya terpaksa meredah air banjir yang dalamnya separas lutut.Banjir kali ini lebih buruk berbanding enam tahun lalu.Ramai penduduk di kawasan tersebut terpaksa dipindahkan ke tempat yang selamat.Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri dan Dewan Angkat Berat Rompin di buka sebagai tempat pemindahan mangsa-mangsa banjir.Semua penduduk di beberapa buah kampung di tempatkan di dua pusat pemindahan tersebut.

keadaan banjir di rumah saya

Walaubagaimanapun,rumah saya bernasib baik kerana air tidak masuk ke dalam rumah.Rumah saya diubahsuai menjadi lebih tinggi berbanding rumah yang lain.Bersyukur pada-Mu ya Allah...Air banjir di rumah saya hanya cecah ke paras porch sahaja.Manakala rumah jiran-jiran yang berdekatan telah dimasuki air separas buku lali....habis harta benda rosak....tikar getah terpaksa dibuang,almari serta perabot-perabot lain turut rosak.Dua hari selepas itu,air banjir pun surut dan bermulalah kerja -kerja pembersihan rumah...

ANTARA TIPS KESELAMATAN YANG PERLU DILAKUKAN SEMASA BANJIR IALAH:
  • pindah segera ke tempat pemindahan banjir jika diarahkan oleh pihak berkuasa
  • matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
  • tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
  • sentiasa minum air yang telah dimasak
  • makan makanan yang telah dimasak sahaja.Elakkan memakan sayur-sayuran yang tidak dimasak seperti ulam-ulaman
  • tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
  • jaga kebersihan diri dan kawasan di sekeliling
  • dapatkan rawatan segera jika anda mengalami muntah-muntah atau cirit birit
  • berpindah awal sebelum banjir semakin meningkat atau pada waktu siang kerana ia lebih mudah dan selamat
  • awasi kanak-kanak,jangan biarkan mereka bermain -main di longkang,sungai atau air banjir
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua.Bersiap sedialah menghadapi kemungkinan banjir yang akan berlaku di tempat anda...Yang paling penting awasi anak-anak kita....



Related Posts:

  • FAKTOR PENYEBAB FIBROID ATAU CYCTSUterine fibroid atau ovarian cycts adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ' rahim bengkak '. Secara amnya rahim ialah uterus terdiri dari pangkal rahim,badan rahim dan saluran fallopian.Ovari … Read More
  • TIPS KEMAS RUMAHHari ni saya ingin berkongsi tentang tips untuk mengemas rumah yang cepat dan tersusun.Sebagai seorang wanita yang sudah berumahtangga pasti inginkan  kediaman kita sentiasa berada dalam keadaan yang kemas dan bersih.Yan… Read More
  • KESAN TERHADAP KESIHATAN SELEPAS MAKAN SHAKLEEShaklee merupakan salah satu suplemen atau makanan tambahan yang diambil bertujuan untuk membaikpulih tahap kesihatan kita.Dalam entry yang lepas saya sudah berkongsi info tentang " Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen ".Di harap… Read More
  • KHASIAT DAUN PANDANDaun pandan memang biasa kita tengok kan.Pokoknya mudah je nak tanam.Kebanyakan rumah pasti ada menanam pokok pandan.Nak buat kuih muih tradisional,nasi lemak dan pelbagai lagi masakan yang memerlukan daun pandan.Daun pandan … Read More
  • KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?APA ITU SUPLEMEN ? Suplemen atau makanan tambahan adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin,garam galian,asid amino,herba dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini. Suplemen Shaklee SIAPA YANG MEMERLU… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog