Ahad, 17 November 2013

Perubahan musim setiap tahun menyebabkan virus mudah disebarkan malah penyakit yang paling mudah dijangkiti ialah selsema.Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.Terdapat lebih daripada 200 jenis virus selsema.Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap,batuk, bersin atau sentuhan.

GEJALA-GEJALA SELSEMA :

  • kerongkong yang kering dan sakit
  • pengeluaran lendir yang cair dan memekat kemudiannya
  • bersin
  • hidung tersumbat
  • sakit kepala
  • ada kalanya demam yang ringan
  • sakit badan
  • mata berair



Berikut adalah beberapa tips pencegahan yang boleh dilakukan :

Mencuci Tangan
Tangan adalah salah satu agen pembawa kuman .Ramai yang tidak mengambil berat tentang penjagaan kebersihan di bahagian tersebut.Kita mestilah kerap mencuci tangan untuk menghindarkan kedatangan kuman.

Tidur Yang Cukup
Kesihatan tubuh banyak dipengaruhi oleh waktu tidur yang betul.Purata 8 jam sehari adalah jumlah yang paling tepat untuk mendapatkan sistem kekebalan melawan penyakit.Mementingkan kerja semata-mata tanpa tidur dan rehat yang cukup akan mengakibatkan tubuh mulai kepenatan sekaligus memudahkan penyakit bersarang dan mudah merebak.

Pengambilan Vitamin
Pengambilan vitamin mampu untuk meningkatkan daya tahan badan untuk melawan serangan penyakit.Pastikan tidak mengambil lebih dari dos yang ditetapkan kerana jika berlebihan ,ia boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.Pilihan vitamin yang terbaik,semulajadi dan selamat semestinya SHAKLEE....

Bawa Tisu
Kajian menunjukkan bahawa tisu dikatakan membantu menyekat penyebaran virus.Pastikan anda sentiasa membawa tisu walau ke mana sahaja.Jika anda berada di kawasan sesak dan berhabuk,segeralah menutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu tersebut untuk mengelakkan jangkitan virus.

Berhenti Merokok
Merokok merupakan satu tabiat yang tidak sihat.Selsema mudah menjangkiti si perokok kerana gangguan di silia ( rerambut halus yang terdapat di dalam lubang hidung).Habuk dan debu yang berterbangan akan mudah menyusup masuk ke dalam hidung tanpa tapisan.Oleh itu cara yang terbaik adalah berhenti merokok.

Semoga perkongsian tips di atas dapat membantu anda semua daripada mendapat jangkitan selsema terutamanya  kanak-kanak.Amalan gaya hidup yang sihat menjamin kesihatan yang sempurna....

Related Posts:

  • SIAPA YANG BOLEH TERIMA DARAH ANDA ?Jom kita kenali jenis darah dan siapakah yang boleh menerima dan menderma kepada kita....Saya jenis darah B+ , jadi saya boleh menderma kepada mereka yang mempunyai darah jenis B+ dan AB+.Manakala , saya pula hanya boleh mene… Read More
  • DIET YANG SIHAT , KULIT YANG SIHATTahukah anda bahawa pemakanan memainkan peranan besar untuk kulit cantik ? Makan secara sihat membantu kita mengekalkan kulit yang berseri secara semulajadi.Jadi,pastikan kita memakan makanan yang bermanfaat untuk kulit hari … Read More
  • PANDUAN MUDAH BERSALINBuat bakal ibu yang akan bersalin tidak lama lagi pasti menanti saat itu dengan penuh debaran.Jangan risau sangat ok , tenangkan diri dan sentiasa fikirkan yang baik-baik sahaja.Saya ingin kongsikan buat bakal ibu semua beber… Read More
  • PANTANG URATOrang tua-tua dulu amat menitikberatkan pemakanan untuk memelihara kesihatan urat badan kita.Lebih-lebih lagi yang baru melahirkan anak.Saya kongsikan di bawah makanan yang perlu dielak untuk kesihatan urat badan:Semoga berma… Read More
  • 6 TIPS PENJAGAAN KULIT UNTUK CUACA PANASBerikut adalah 6 langkah-langkah mudah yang boleh membantu kita mengekalkan kulit yang cantik sepanjang tahun! 1) PERLINDUNGAN KESELURUHAN Sebelum menghabiskan masa di luar rumah,sapukan pelindung matahari dengan perlind… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog