Selasa, 24 September 2013

Masalah ruam lampin perlu diambil berat oleh ibu-ibu kerana jika dibiarkan ia akan memberi kesan yang lebih teruk.Ruam lampin terjadi disebabkan oleh sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelangkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah ,lambat ditukar menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan dan menyebabkan pedih dan sakit.
Masalah ruam lampin biasa berlaku kepada bayi yang berusia bawah setahun setengah.Antara punca yang menyebabkan berlakunya masalah ini ialah :

  • bayi mempunyai kulit yang sensitif terdedah terlalu lama kepada najis atau air kencing sehingga menyebabkan keradangan dan ruam pada kulit bayi
  • ibu bapa menggunakan sabun mandian yang tidak sesuai pada bayi
  • adakalanya 'baby wipe' tidak sesuai dengan kulit bayi terutamanya yang mempunyai wangian
  • bayi yang mempunyai kulit yang amat sensitif menyebabkan masalah ruam terjadi secara berulangan
Pada kebiasaannya kita akan menyapu krim pada ruam tersebut,tetapi menggunakan krim sapuan hanyalah menghilangkan ruam yang sedia ada.Bagi memastikan ruam tidak berulang kita mestilah melakukan cara-cara seperti di bawah:
  • menukar lampin dengan kerap iaitu memeriksa lampin bayi setiap 2-3 jam
  • gunakan air yang bersih dan lakukan dengan sempurna ketika membasuh najis bayi terutama di bahagian lipatan kelangkang.Bagi bayi perempuan pula,mulakan basuhan dari 'depan ke belakang' bagi mengelakkan jangkitan kuman dari bahagian belakang ke vagina
  • pastikan kulit bayi betul-betul kering selepas membasuh kawasan itu dengan mengelap atau memberikan pengudaraan
  • jika kulit bayi mengalami luka lecetan ,boleh gunakan krim sapuan seperti zinc oxide bagi menghalang bahagian kulit yang luka dijangkiti kuman
Jika anda mengikut kesemua tips di atas,kita akan dapat mencegah masalah ruam lampin daripada berlaku pada bayi.Jika ia berlaku berulang kali secara kerap walaupun anda sudah melakukan semua tips tersebut,bawalah anak anda berjumpa doktor untuk merawat masalah tersebut.

ruam lampin 

Kesian pada anak-anak yang mengalami masalah ini.Sebagai ibu kita mestilah prihatin terhadap anak-anak terutamanya jika anak kita sudah buang air besar.Jangan dibiarkan terlalu lama baru nak di basuh...pasti akan memberi kesan pada kulit mereka...jagalah kebersihan ...sebagai ingatan bersama...

Related Posts:

  • BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARAKanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita.Secara amnya menunjukkan satu daripada lapan wanita akan mengidap penyakit itu.Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia. APA… Read More
  • KESAN TERHADAP KESIHATAN SELEPAS MAKAN SHAKLEEShaklee merupakan salah satu suplemen atau makanan tambahan yang diambil bertujuan untuk membaikpulih tahap kesihatan kita.Dalam entry yang lepas saya sudah berkongsi info tentang " Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen ".Di harap… Read More
  • KHASIAT DAUN PANDANDaun pandan memang biasa kita tengok kan.Pokoknya mudah je nak tanam.Kebanyakan rumah pasti ada menanam pokok pandan.Nak buat kuih muih tradisional,nasi lemak dan pelbagai lagi masakan yang memerlukan daun pandan.Daun pandan … Read More
  • FAKTOR PENYEBAB FIBROID ATAU CYCTSUterine fibroid atau ovarian cycts adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ' rahim bengkak '. Secara amnya rahim ialah uterus terdiri dari pangkal rahim,badan rahim dan saluran fallopian.Ovari … Read More
  • KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?APA ITU SUPLEMEN ? Suplemen atau makanan tambahan adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin,garam galian,asid amino,herba dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini. Suplemen Shaklee SIAPA YANG MEMERLU… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog