Rabu, 28 Ogos 2013

PETUA TRADISIONAL TURUNKAN SUHU ANAK DEMAM

Salam semua...bagaimana dengan kesihatan anda hari ini...keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu,menyebabkan anak-anak terdedah kepada pelbagai penyakit terutamanya demam,selsema dan batuk.Kalau pergi ke klinik sekarang ni,pasti ramai ibu bapa yang bawa anak sebab demam...dilanda musim demam sekarang ni...termasuklah anak saya yang ketiga ,Haqim..dah tiga hari demam...
Untuk entry kali ni saya ingin berkongsi beberapa petua tradisional yang boleh menurunkan suhu anak-anak yang demam...masa hari pertama Haqim demam hari tu,saya hanya bagi dia ubat demam mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor..suhunya hanya turun beberapa jam saja..lepas tu suhunya tinggi semula.Haqim asyik merengek je...tak nak dengan orang lain pulak tu.. asyik berkepit dengan ibunya je..saya nak buat kerja pun susah..saya pun teringat yang saya pernah baca dalam blog kawan saya petua ni..saya ambil beberapa helai daun bunga raya putih,ramaskan dalam semangkuk air dan sapukan di kepala anak...turunlah sikit suhu dia...petangnya pula saya mandikan dia dengan air daun bunga raya putih tu..malamnya dah elok dia main dengan abang dan kakaknya..lega rasanya bila tengok demamnya dah ok...alhamdulillah...hanya dengan petua trodisional je...

Pokok bunga raya putih..

Selain daun bunga raya putih,satu lagi bahan semulajadi yang boleh menurunkan suhu ialah asam jawa...setiap kali anak saya demam saya mesti buatkan air asam jawa yang pekat dan sapukan ke seluruh badannya ..biarkan kering..lakukannya berulang-ulang kali ...insyaallah suhunya akan turun...


Asam jawa..

Ada juga yang menggunakan ais untuk menurunkan suhu..ambil beberapa ketul ais dan dibungkus dengan kain dan tuamkan ke bahagian pelipat badan..di celah ketiak,di celah kelangkang,belakang lutut,leher dan di pelipat siku..insyaallah suhu badan akan turun dengan cepat..ayah saya selalu amalkan petua ni kalau dia demam...berkesan tau...cubalah...

ais untuk turunkan suhu yang tinggi

Kesemua bahan-bahan yang tersebut di atas amat mudah didapati...kat rumah dah memang ada kan...jadi guna jelah...
Kadang-kadang petua orang dulu-dulu sangat berguna..jadi janganlah kita melupakan apa yang diamalkan oleh datuk nenek kita dulu ye...sebaik-baiknya gunalah kedua-dua kaedah samaada cara moden atau tradisional kerana semuanya terbaik untuk kita...kita hanya berikhtiar,berusaha...Allah jua yang menentukannya...semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua....jumpa di entry yang lain pula...wassalam...

Related Posts:

  • KENAPA PERLU AMBIL SUPLEMEN?APA ITU SUPLEMEN ? Suplemen atau makanan tambahan adalah produk-produk pemakanan yang mengandungi vitamin,garam galian,asid amino,herba dan sebarang ekstrak campuran bahan-bahan ini. Suplemen Shaklee SIAPA YANG MEMERLU… Read More
  • KESAN TERHADAP KESIHATAN SELEPAS MAKAN SHAKLEEShaklee merupakan salah satu suplemen atau makanan tambahan yang diambil bertujuan untuk membaikpulih tahap kesihatan kita.Dalam entry yang lepas saya sudah berkongsi info tentang " Kenapa Kita Perlu Ambil Suplemen ".Di harap… Read More
  • FAKTOR PENYEBAB FIBROID ATAU CYCTSUterine fibroid atau ovarian cycts adalah antara salah satu masalah yang selalu diperkatakan sebagai ' rahim bengkak '. Secara amnya rahim ialah uterus terdiri dari pangkal rahim,badan rahim dan saluran fallopian.Ovari … Read More
  • BAHAN KIMIA PENYEBAB KANSER PAYUDARAKanser payudara adalah penyakit yang amat ditakuti oleh semua wanita.Secara amnya menunjukkan satu daripada lapan wanita akan mengidap penyakit itu.Setiap tahun bilangan kematian seramai 40,000 kes di seluruh dunia. APA… Read More
  • KHASIAT DAUN PANDANDaun pandan memang biasa kita tengok kan.Pokoknya mudah je nak tanam.Kebanyakan rumah pasti ada menanam pokok pandan.Nak buat kuih muih tradisional,nasi lemak dan pelbagai lagi masakan yang memerlukan daun pandan.Daun pandan … Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog