Ahad, 28 Julai 2013

DOA DAN ZIKIR UNTUK BANYAKKAN SUSU BADAN

Salam semua....dalam entri yang lalu ,saya telah berkongsi tips untuk banyakkan susu .Kali ini saya ingin berkongsi pula doa dan zikir yang mesti di amalkan oleh ibu-ibu untuk mendapatkan susu yang lebih banyak...


Maksud ayat : “Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman:”Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakkan di muka bumi
  • Berzikir dengan kalimah YA MATIN (Maha Sempurna Kekuatan-Nya) – 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  • Baca doa untuk ibu-ibu- “YA ALLAH, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang Engkau telah syariatkan…aamiin..”
  • Baca selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam
  • Baca surah Al-Baqarah, ayat 60; Letakkan tangan pada payudara, usap dan doa dalam hati semoga ALLAH murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun… Insha Allah..
SELAMAT BERAMAL...

Related Posts:

  • DOA PELINDUNG DIRIBeberapa hari yang lepas,kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kanak-kanak usia seawal 2 tahun.Pelakunya sangat kejam sanggup melakukan sedemikian terhadap insan yang tidak berdosa itu.Luluh hati saya sebagai seorang ibu t… Read More
  • FADHILAT MEMBACA SURAH AL WAQIAHAssalamualaikum.... surah Al Waqiah Surah Al Waqiah adalah surah yang ke 56 di dalam Al Quran dan terletak dalam juzuk yang ke 27.Surah ini mengandungi 96 ayat.Dinamakan Al Waqiah kerana diambil dari lafaz Al Waqiah … Read More
  • KELEBIHAN DAN HIKMAH AYAT SERIBU DINAR Hikmah Ayat Seribu Dinar Pada suatu masa dahulu ayat 2 hingga 3 dari surah At-Talaq ini telah diamalkan oleh seorang hamba yang mendapat hikmat ini daripada Nabi Allah Khidhir ketika belayar di laut dengan berkata be… Read More
  • AMALAN MURAH REZEKISetiap insan di dunia ini telah ditetapkan rezeki masing-masing samaada sedikit atau banyak sejak di dalam kandungan ibu lagi.Keyakinan terhadap rezeki yang datangnya  dari Allah SWT merupakan salah satu daripada rukun i… Read More
  • KELEBIHAN SURAH AL MULKASSALAMUALAIKUM .... Surah Al Mulk Al Mulk merupakan satu surah yang mempunyai banyak kelebihannya.Membaca surah ini sebelum tidur adalah salah satu daripada sunnah Rasulullah SAW. " Sesungguhnya Rasulullah SAW tida… Read More

0 ulasan:

Catat Ulasan

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog