Jumaat, 9 Januari 2015

Kehamilan membuatkan wanita sangat teruja.Terutamanya yang hamil buat kali pertama.Namun,trimester pertama kehamilan banyak ujian yang akan ditempuh buat ibu hamil.Salah satunya ialah tiada selera makan ketika hamil.Sebelum hamil pantang nampak makanan terhidang depan mata pasti habis disambarnya.Entah kenapa tiba-tiba selera makan macam berkurang je.Hilang terus nafsu bila tengok makanan.Loya semacam je.Check punya check rupanya dah 5 minggu pregnant.Patutla....

Tengok je la makanan tu...


KENAPA TIADA SELERA MAKAN DI AWAL KEHAMILAN ?
Keadaan ini memang biasa berlaku di awal kehamilan.Biasanya kita akan rasa loya,pening-pening dan badan cepat letih.Rasa loya inilah yang menyebabkan kita mengalami kurang keinginan untuk makan.Masuk je makanan terus muntah atau loya tekak tak boleh nak telan.
Antara sebab-sebab tiada selera makan ialah :
  • Terdapat kelembapan biasa sistem pencernaan semasa trimester pertama.Kelembapan ini disebabkan oleh tekanan yang digunakan oleh uterus ke atas usus bawah.Ini menyebabkan penurunan selera makan dan sembelit di awal kehamilan.
  • Penurunan hormon progesteron di awal trimester juga menyebabkan kita hilang selera makan.Hormon ini melambatkan keseluruhan proses pencernaan.
  • Selain itu,penambahan air penyerapan oleh kolon juga melambatkan proses pencernaan dan pengambilan zat besi semasa kehamilan akan menyebabkan sembelit seterusnya menyebabkan kehilangan selera makan ketika hamil.
Bagi yang mengalami alahan sangat teruk dan masalah pedih ulu hati,saya cadangkan anda ambil suplemen Shaklee iaitu Peppermint Ginger Plus yang boleh membantu mengeluarkan angin yang menyebabkan pedih ulu hati yang biasa dialami oleh ibu-ibu hamil.Selain itu,ianya dapat mengurangkan rasa loya dan tiada selera makan.


Peppermint Ginger Plus

Yang penting jaga kesihatan ketika hamil dan pastikan bayi kita mendapat nutrien yang secukupnya untuk pembesaran.Sebarang pertanyaan dan pembelian produk,hubungi saya aje dan konsultasi percuma akan diberikan.

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Khamis, 8 Januari 2015

Bentuk tubuh yang menarik dan mengiurkan pasti menjadi idaman setiap wanita.Bagaimana perasaan korang jika memiliki badan yang agak kurus tapi paha yang besar ? Tentu korang rasa malu.Betul tak ? Tapi,jangan tak tahu,sebenarnya ada rahsia di sebalik wanita yang berpaha besar yang perlu anda tahu.Apa rahsianya tu ?


 Ukur paha anda sekarang....hihi

KEBAIKAN MEMILIKI PAHA YANG BESAR
  • Di London,satu kajian kumpulan penyelidik Universiti Oxford di Britain mendapati wanita yang memiliki paha dan punggung yang besar kurang berisiko diserang penyakit jantung dan kencing manis.Kumpulan saintis itu menyatakan lemak paha dan punggung boleh mengurangkan kesan protein cytokine iaitu penyebab keradangan dan arteri tersumbat.
  • Berbanding dengan sel lemak yang terdapat di bahagian perut yang dikaitkan dengan penyakit jantung dan diabetes kerana ia mengandungi cytokine yang tinggi.
  • Lemak paha dan punggung juga mengandungi sejenis hormon bagi melindungi salur darah dan bertindak mengawal kandungan gula dalam darah serta mempercdpatkan pembakaran lemak.
" Lemak di sekitar paha dan punggung berbeza dengan lemak di perut.Terdapat lemak yang baik dan buruk sama seperti kolestrol berfaedah dan kolestrol yang berbahaya ." kata ketua kajian tersebut 
Dr. Konstantinos Manolopoulos....( uniknya nama...hehe )

Kredit : Tips - Petua

4 SEBAB PAHA BESAR
Selain itu,ada sebab mengapa paha korang lebih besar berbanding orang lain iaitu :

1) Terlalu banyak duduk
- Terlalu banyak menghabiskan masa dengan duduk boleh memberi kesan yang ' tidak cantik ' di bahagian paha.Ini kerana apabila kita dalam posisi duduk paha semakin mengembang.

2) Salah pilih jenis seluar
- Kalau nak pakai seluar jangan pakai yang jenis seperti palazo kerana paha akan terus mengembang dan berubah bentuk tanpa kita sedari.Konsepnya ialah lebih ketat lebih padat...

3) Keturunan
- Jika ada dikalangan ibu atau kakak korang yang memiliki paha yang besar,itu tandanya korang mewarisi genetik paha yang besar.

4) Bentuk tubuh
- Bentuk badan juga menentukan saiz paha kita.Jadi,jangan risau jika kita memiliki paha yang besar,itu tidak bermaksud kita gemuk dan mempunyai masalah dalam mengawal berat badan.Contohnya bentuk badan seperti buah pear...cantik tuuu....

Bertuahlah buat mereka yang memiliki paha dan punggung yang besar tu.Ada kebaikannya tau.Macam selebriti berpunggung besar , Jeniffer Lopez (JLO) dan Beyonce.Mereka tu contoh ikutan yang lebih baik bagi kesihatan wanita berbanding model yang kebanyakannya bertubuh kurus dan kurang kandungan lemak...





Selasa, 6 Januari 2015

Diabetes atau kencing manis adalah keadaan dimana gula berlebihan dalam salur darah.Gula dikatakan berlebihan apabila gula tidak dapat digunakan atau dicernakan sebagai komponen lain seperti glikogen.


Tubuh kita memerlukan gula tetapi,apabila ianya sudah melebihi paras normal dan tidak bertukar kepada tenaga,maka akan menjadi masalah pada tubuh badan.Organ yang paling penting untuk memastikan gula dalam badan digunakan sepenuhnya ialah PANKREAS.Pankreas sebenarnya seperti kilang enzim.Semuanya dihasilkan di pankreas.Salah satunya ialah INSULIN.Insulin bertindak apabila terdapat peningkatan paras gula dalam darah.Ia juga memindahkan GLUKOS dari salur darah ke OTOT dan TISU BADAN lain sebagai tenaga.Apabila enzim tidak berfungsi membantu menukarkan gula kepada tenaga,ia juga boleh menyebabkan diabetes berlaku.



Pankreas

JENIS-JENIS DIABETES
Terdapat 3 jenis diabetes yang biasa dihidapi iaitu :

1. TYPE I
  • Juga dinamakan insulin dependent diabetes kerana pesakit terpaksa mengambil suntikan insulin seumur hidup.Ini disebabkan pankreas tidak menghasilkan insulin yang cukup untuk keperluan badan.
  • Berat badan pesakit akan menurun dan kelihatan kurus.
  • Dihidapi oleh golongan muda dan kanak-kanak.
2. TYPE II
  • Pankreas tidak dapat menghasilkan insulin yang cukup untuk keperluan badan atau sel-sel badan tidak lagi bertindakbalas dengan insulin.
  • Pesakit akan mengalami obesiti (gemuk).
  • Dihidapi oleh golongan dewasa,obesiti,tidak aktif dan tidak menggunakan tenaga.
  • Apabila kita makan,gula dari makanan itu akan diserap oleh insulin dan ditukar menjadi tenaga dan disalurkan dalam darah ke otot dan tisu badan.Tetapi tidak semua,ada sebahagian yang disimpan dalam badan dan ditukarkan menjadi tenaga apabila diperlukan.
  • Bagi orang yang obesiti,biasanya mereka tidak melakukan banyak aktiviti.Jadi tenaga yang disimpan itu tidak digunakan langsung.Dalam masa yang sama pemakanan yang tidak seimbang bertambah.Obesiti ini boleh menyebabkan badan sukar untuk mengekalkan tahap gula yang normal dalam darah.
3. GDM ( Gastetional Diabetes Melitus )
  • GDM biasanya dihidapi oleh wanita hamil yang mengidap diabetes sepanjang tempoh kehamilan.
  • Bagi pesakit GDM,setiap kali membuang air kecil,banyak air yang keluar dari badan kerana badan mahu mengeluarkan gula yang berlebihan itu.
  • Gula yang berlebihan ini akan membuatkan darah menjadi pekat dan badan secara semulajadinya akan menyingkirkan lebihan itu.
  • Maknanya,ada 1 organ lagi yang terpaksa bekerja keras iaitu GINJAL.

SIMPTOM DIABETES
  • Letih dan lesu
  • Cepat haus
  • Cepat lapar
  • Penglihatan kabur
  • Luka lambat sembuh
  • Kerap kencing
  • Kulit kering dan gatal
  • Kebas-kebas di kaki
KOMPLIKASI DIABETES
  • Kegagalan buah pinggang
  • Kerosakan pada salur darah dan saraf
  • Risiko penyakit kasdiovaskular
  • Buta
  • Kena potong kaki
Salah satu cara untuk menurunkan paras gula dalam darah ialah dengan pengambilan suplemen yang sesuai.
Klik link di bawah untuk mengetahui suplemen tersebut...
kawal-kencing-manis-dan-diabetes-dengan_20.html




Dulu masa zaman remaja,rambut sangatlah cantik,lebat,hitam dan panjang mengurai.Tapi,sekarang ni lepas bersalin anak pertama,rambut yang dulunya tebal dah semakin menipis.Setiap kali menyikat,bergumpal-gumpal rambut yang gugur.Korang perasan tak , kenapa rambut gugur selepas bersalin ? Apa penyebabnya....Adakah kerana anak mula pandai buat 'buih' , rambut si ibu akan banyak gugur ? Itu hanyalah sekadar mitos kerana terdapat beberapa faktor yang menyebabkan rambut gugur selepas melahirkan si kecil.


Rambut mula gugur...

PERKARA YANG PERLU IBU TAHU :
  • Keguguran rambut selepas bersalin berlaku hampir kepada semua wanita.Ibu baru bersalin boleh keguguran 50 hingga 100 helai rambut setiap hari.Banyak tuuu....
  • Walaupun banyak rambut gugur di awal kelahiran,anda jangan panik kerana ia tidak akan menjadi botak.Semuanya akan kembali normal selepas 12 bulan kelahiran bayi.
  • Hormon berubah setelah bayi dilahirkan menyebabkan keguguran rambut berlaku.
  • Ketika hamil,peningkatan hormon estrogen dan progesteron menyebabkan pertumbuhan rambut terhenti atau dikenali sebagai fasa pertumbuhan.
  • Selepas bersalin iaitu sekitar usia bayi 3 hingga 4 bulan,kesemua hormon akan kembali normal dan ibu-ibu akan mengalami masalah keguguran rambut.
  • Keguguran luar biasa akan berkurangan dan rambut akan kembali seperti biasa selepas 6 hingga 12 bulan selepas bersalin.
APA YANG PERLU IBU LAKUKAN ?


  • Makan makanan yang berkhasiat dan kaya dengan protein dan zat besi selain vitamin pra natal.
  • Elakkan membuat rawatan rambut yang menggunakan bahan kimia seperti mengeriting,mewarna,melurus sehingga rambut kembali normal.
  • Penggunaan rambut palsu perlu dihindarkan kerana ia akan membuatkan kulit kepala tidak dapat bernafas dengan baik serta merosakkan folikel rambut.
  • Berjumpa doktor sekiranya keguguran rambut sangat serius.
CADANGAN PENGAMBILAN SUPLEMEN SHAKLEE :
Saya cadangkan ibu-ibu yang mengalami masalah keguguran rambut supaya mengambil suplemen yang sesuai untuk mengurangkan masalah tersebut.Antaranya ialah :

1. B Complex - Menguatkan folikel rambut,mengurangkan kerosakan dan keguguran rambut serta membantu dalam pertumbuhan anak rambut.

2. Zink - Membantu masalaj kulit kepala seperti kelemumur dan kering.

3. Vitalea - Mengandungi Vitamin A,Biotin,Vitamin C dan E yang sangat diperlukan untuk kesihatan rambut.

Anda boleh berhubung dengan saya untuk sebarang pertanyaan dan pembelian...

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Detox merupakan satu proses penyingkiran bahan toksin atau buangan dari tubuh badan manusia.Organ tubuh yang terlibat dalam sistem detox ini ialah hati,usus dan ginjal.Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan baik dan memastikan kulit kita bersih dan segar.

TANDA-TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN.

  • Sering letih,kurang bertenaga,sakit kepala,mulut dan badan berbau
  • Insomnia (sukar tidur)
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah serta rasa cemas
  • Alahan,masalah sinus dan sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti kembung perut dan sembelit
  • Masalah sendi
  • Masalah kulit
  • Selulit dan kenaikan berat badan
Oleh itu,kita disarankan untuk detox setiap hari bagi mendapatkan tubuh yang bertenaga,sihat dan wajah yang berseri.Dalam Shaklee,Set Detox yang sesuai diambil terdiri daripada Vivix,Herblax dan Alfalfa.



Set Detox Shaklee

RAHSIA DETOX DENGAN SHAKLEE

  • Dapat menyelesaikan semua masalah badan bertoksid seperti jerawat,kulit kusam,lesu,lemah,sakit kepala,gatal-gatal,tekanan emosi,alahan dan ekzema.
  • Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  • Membantu meningkatkan kesihatan hati
  • Menaikkan seri wajah
  • Menguatkan sistem pertahanan badan.
Kalau nak kulit cantik dan berseri kenalah detox.....Lagipun bulan ni ada promosi dari Shaklee..
# Beli 6 botol Vivix Percuma 1 botol
# Beli 6 botol Alfalfa Percuma 1 botol

Jangan lepaskan peluang ini!!
Hanya hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya....

NOREHAN BINTI SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Sabtu, 3 Januari 2015

Alhamdulillah hari ini ,12 Rabiulawal merupakan hari lahir junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW  bagi tahun 2015 M bersamaan dengan 1436 H.Salam Maulidur Rasul semua....




PENGERTIAN MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul ialah majlis memperingati keputeraan Nabi Muhamad SAW yang kebiasaannya disambut pada setiap 12 Rabiulawal dengan mengadakan pelbagai acara sambutan seperti perarakan,ceramah dan berselawat bagi memuliakan junjungan besar umat Islam dan sebagai tanda kecintaan kepada Rasulullah.



Selawat Maulidur Rasul


TEMA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1436 H / 2015 M

Pada tahun ini,sambutan Maulidur Rasul bertemakan  ' Perpaduan Nadi Transformasi Negara '.Bagi umat islam,Maulidur Rasul adalah hari bersejarah bagi keputeraan Nabi Muhammad SAW.Baginda merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk menjadi ikutan setiap umat.Marilah kita berselawat ke atas Nabi besar junjungan kita ...

" Allahumma Solli 'ala sayyidina muhammadin wa'ala ali sayyidina muhammad "...

Rasullullah SAW bersabda :

' Barang siapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali,waktu petang sepuluh kali,maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat..' (HR. Al-Thabarî).



Jumaat, 2 Januari 2015

Selamat tahun baru semua...2014 telah berlalu meninggalkan seribu kemanisan dan kepahitan.2015 bakal mencoretkan sesuatu yang lebih sempurna dari sebelum ini.Bersempena dengan tahun baru ni,Shaklee mengadakan Triple Promo untuk bulan Januari 2015.Bukan single,bukan double tapi...TRIPLE !!...Gempak kan promosi ni..



Promosi Januari 2015

Triple bermaksud 3 produk sekaligus dipromosikan iaitu :
  • BELI 6 PERCUMA 1 VIVIX
  • BELI 6 PERCUMA 1 ALFALFA
  • BELI 3 PERCUMA 1 VITALEA FOR CHILDREN
Kalau korang semua nak tahu ,Vitalea For Children telah kembali dengan formulasi yang baru.



Vitalea is back !

Nak dapatkan ketiga-tiga promosi hebat ni,mudah je dengan hanya menghubungi saya..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog