Isnin, 29 Disember 2014

Banjir yang melanda di beberapa buah negeri menyebabkan sesi persekolahan bagi tahun 2015 ditangguhkan selama seminggu.Penangguhan itu juga tidak perlu diganti semula kerana kita menghadapi masalah tertentu yang menyebabkan ianya terpaksa ditangguhkan.Itu penerangan dari Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media baru-baru ini.Anak-anak mesti seronok dengar berita ni.Tetapi dalam seronok-seronok tu,kita jangan lupa masalah banjir yang kian buruk melanda terutamanya di negeri Pantai Timur.Mangsa yang dipindahkan semakin meningkat.

" Cuti seminggu bukan untuk keseronokan ,tetapi satu tempoh persediaan untuk sesi persekolahan 2015 yang lebih mantap selepas banjir " . 
Hashim Adnan (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan NUTP )


Keadaan banjir di Pahang..


TARIKH PERSEKOLAHAN YANG BARU
Dengan penangguhan itu,tarikh baru sesi permulaan persekolahan pada tahun 2015 bagi negeri Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 iaitu hari Ahad,manakala bagi negeri-negeri lain persekolahan akan bermula pada 12 Januari 2015 hari Isnin.Mengikut jadual sebelum ini,sesi persekolahan bermula pada 4 Januari 2015 bagi negeri Kedah,Kelantan,Terengganu dan Johor.Manakala bagi negeri-negeri lain pada 5 Januari 2015.


SEBAB-SEBAB PENANGGUHAN
Berikutan banjir yang melanda di beberapa buah negeri di semenanjung,sehingga Ahad,Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati 340 buah sekolah di 7 buah negeri terlibat dengan banjir atau ianya dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara bagi mangsa-mangsa banjir.
Malah,ada guru yang masih berada di kampung dan mereka tidak dapat kembali dalam waktu yang terdekat ini untuk mengajar.Selain itu,mangsa-mangsa banjir juga diberi peluang untuk proses pemulihan dan membuat persiapan peralatan persekolahan bagi anak-anak yang kebanyakannya rosak atau musnah akibat bencana tersebut.Bantuan awal persekolahan RM 100 juga akan dipercepatkan terutamanya kepada mangsa banjir.
Sekiranya penangguhan hanya dibuat di negeri yang terlibat dengan banjir,ini akan menyebabkan pelajar berkenaan ketinggalan pelajaran.Sebab itu semua sekolah terlibat dengan penangguhan tersebut.

Sehingga hari ini,keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 151,072 orang.Bersama-samalah kita hulurkan bantuan dari segi makanan,pakaian,bekalan air bersih,duit dan sebagainya.Semoga bencana ini akan berakhir dalam waktu yang terdekat ini.Sama-samalah kita berdoa....

Selasa, 23 Disember 2014

Banjir yang berlaku di Pantai Timur semakin buruk terutamanya di Kelantan.Keadaan banjir di Kelantan semakin buruk apabila beberapa daerah di Gua Musang dan Kuala Krai hampir lumpuh sepenuhnya.

Sekurang-kurangnya 10 buah rumah hanyut di Gua Musang dan berpuluh-puluh buah rumah lagi rosak akibat banjir yang melanda di Hulu Kelantan.Korang boleh tengok gambar kat bawah tu ,merupakan keadaan mangsa banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Manik Urai.Kesemua mangsa berada di tingkat 4 kerana air naik dengan begitu cepat sekali.Guru-guru berusaha menyelamat beberapa dokumen sekolah yang penting.Rumah-rumah yang berdekatan dengan sekolah sudah hampir tenggelam sepenuhnya.Surau asrama sekolah pun dah hanyut.Allahuakbar....semoga mereka semuanya selamat....

KEADAAN BANJIR DI KUALA KRAI
Dari tingkat satu bangunan sekolah,mereka terpaksa naik ke tingkat 4 untuk menyelamatkan diri akibat air naik terlalu deras.

Mangsa banjir di SMK Manik Urai

BANJIR DI GUA MUSANG
Kejadian paling cemas berlaku di Gua Musang apabila sebuah bot bantuan mangsa banjir yang dinaiki seramai 8 orang termasuk pasukan penyelamat dan ada juga kanak-kanak berumur antara 3 dan 4 tahun terbalik, namun mereka sempat menyelamatkan diri.Ada juga mangsa yang terperangkap dan terputus bekalan makanan dan turut menenggelamkan pusat pemindahan banjir tersebut menyebabkan mereka terpaksa naik ke bukit untuk menyelamatkan diri.Semoga Allah melindungi mereka...


Di Gua Musang,bekalan air dan elektrik terputus

Keadaan banjir di Gua Musang

Jalan Kuala Krai - Kota Bharu - Kuala Krai di Sungai Durian dan Jalan Pohon Tanjung - Rantau Panjang masih ditutup dan tidak boleh dilalui oleh semua kenderaan.Semoga kita lebih berhati-hati di musim banjir ini.Awasi anak-anak kita setiap masa agar kejadian yang tidak diingini berlaku.Sama-samalah kita berdoa agar banjir cepat surut dan mangsa-mangsa banjir dijauhkan dari sebarang musibah.....

Sabtu, 20 Disember 2014

Memang orang lelaki ni liat nak makan vitamin.Kalau tak diambil dan letak depan mata ,sampai bila pun tak habis-habis vitamin sebotol.Suami korang macam tu jugak ke ?? hehehe...
Jom saya kongsikan rahsia vitamin Shaklee membuatkan suami yang hampir lumpuh kembali cergas.



Sakit belakang boleh menyebabkan hampir lumpuh


Jemput la tengok video ini untuk mengetahui rahsianya...rugi kalau tak tengok..

VIDEO TESTIMONI


KENAPA KITA PERLU AMBIL SUPLEMEN ?

  • Kita sering terdedah kepada pencemaran alam sekitar
  • Badan kita memerlukan dos yang lebih bagi sesetengah nutrien
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas atau tercemar
  • Mengamalkan gaya hidup tidak sihat
  • Kebanyakan rakyat Malaysia makan mengikut selera rasa
  • Gangguan penyerapan nutrisi daripada makanan
  • Kehilangan nutrien dalam makanan
RISIKO JIKA KEKURANGAN NUTRISI
  • Penuaan pra matang
  • kelesuan
  • Mudah mendapat penyakit dan jangkitan
  • Keguguran rambut
  • Osteoporosis
  • Kulit bermasalah dan banyak lagi
RAKYAT MALAYSIA TERANCAM !
  • 2 daripada setiap 5 orang dewasa rakyat Malaysia adalah gemuk atau obes
  • 1 daripada setiap 7 orang dewasa rakyat Malaysia adalah pesakit kencing manis
  • 1 daripada 6 kematian di Malaysia disebabkan oleh penyakit jantung

Tidak kira samaada kita ni seorang atlet ataupun tidak,yang penting pengambilan vitamin sangat diperlukan oleh tubuh untuk memastikan bekalan nutrien dalam badan mencukupi.Lepas ni jangan liat lagi nak ambil vitamin tau.Kalau isteri kasi tu telan jelah,itu maknanya isteri sayang dan ambil berat tentang kesihatan para suami.Betul tak?

Nak belikan suami atau isteri anda vitamin ? Hubungi saya untuk pembelian dan konsultasi percuma akan diberikan..

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Jumaat, 19 Disember 2014

Gempak tak tajuk tu??hahaha..saja nak kasi korang teruja...jangan marah haaa...
Tapi ada betulnya tau...bahayanya ESP , nak cantik punya pasal tapi TERKURUS pula.....

Ini pengalaman dari seorang customer saya.Kulit muka dia terlalu kusam,ada parut kehitaman pada muka,jerawat tak payah nak cakap la,memang ada.Dah macam-macam produk dicuba tapi belum berhasil mendapat kulit idaman.Duit dah banyak habis semata-mata nak cantik.Maklum la tak lama lagi nak kawin,muka mesti kena cantik.Akhirnya , dia cuba produk Set Cantik Shaklee melalui saya.Ini cubaan terakhir beliau kalau tak cantik juga ,dia menyerah.....

Ternyata beliau membuat pilihan yang tepat.Setelah konsisten dengan pengambilan ESP (energizing soy protein ),Alfalfa dan Vitamin C,jerawat yang bertepek kat muka dan parut dah berkurangan.Tapi,ia mengambil masa yang agak lama ,hampir satu tahun.Shaklee adalah suplemen semulajadi,so,ambil masa nak betulkan apa yang perlu.Bukan ambil hari ni,minggu depan dah elok.Ianya memerlukan masa untuk proses pemulihan.

Yang menariknya,beliau sangat teruja sebab dalam masa yang sama berat badannya turut menurun sedikit demi sedikit !Itu bonusnya ambil ESP....bertuahnya dia...


ESP Shaklee

TESTIMONI PENGGUNA :
Ini lagi satu testimoni pengguna ESP yang nak kurus dan dalam masa yang sama dapat kulit cantik gebu....



Testimoni pengguna

BAGAIMANA ESP BERFUNGSI ?
ESP ini asasnya dari protein tulen yang boleh membuatkan seseorang tu rasa kenyang dalam jangka waktu yang lama.Minum segelas ESP dan sikit sarapan yang ringan seperti roti,oats atau biskut sebagai sarapan pagi,sedar tak sedar dah pukul 3 petang tapi belum makan tengahari lagi....
Ramai yang borong ESP untuk kuruskan badan dan jadikannya sebagai minuman diet harian mereka.Bukan sahaja kurus malah kulit pun cantik,lebih cerah dan tona kulit lebih sekata.

Kalau dulu orang ingatkan isteri orang atau mak orang padahal belum kawin pun lagi tau.Sekarang dah kawin anak 1,tapi orang ingat anak dara lagi....
Syokkk tak macam tuuu....

Haaaa...cepat lakukan perubahan dari sekarang ! Apa tunggu lagi....Hanya hubungi saya,konsultasi percuma akan diberikan...

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.





Selasa, 16 Disember 2014

Alamak !Banyaknya jerawat bertakhta di muka.Berbagai perasaan yang kita akan hadapi jika keadaan ini terus dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya.Jerawat yang banyak menyebabkan kita rasa stress,malu nak berhadapan dengan kawan-kawan,hilang keyakinan diri,sering diejek dan sebagainya.Sampai bila kita nak tanggung semua tu??Selain itu,kaedah mengesan penyakit juga boleh dilihat melalui jerawat di muka.


Ketahui penyakit melalui jerawat

KAEDAH KESAN PENYAKIT MELALUI JERAWAT

Tahukah anda semua,setiap jerawat yang tumbuh di muka menandakan tahap kesihatan dan penyakit yang kita hidapi.Jom kita selidik...
Kedudukan jerawat :
  • Dahi - Sistem penghadaman.Ianya berpunca dari kesan diet yang tinggi lemak.Boleh dicegah melalui detoks dengan teh hijau yang tinggi dengan kandungan antioksidan dan tingkatkan pengambilan air.
  • Di tengah antara kedua-dua kening - Hati.Berpunca dari alkohol,produk tenusu,alahan terhadap makanan.Jadi,elakkan makanan dan minuman yang mendatangkan alahan.
  • Telinga dan hujung mata - Buah pinggang.Berpunca daripada dehidrasi dan kekurangan air.Digalakkan meminum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.Elakkan pengambilan kopi,teh,garam dan MSG.
  • Pipi - Sistem respiratori.Berpunca daripada merokok,pencemaran udara.Pencegahan boleh dilakukan dengan berhenti merokok.Elakkan berada di kawasan berudara kotor,jerebu,asap.Disarankan agar memakai topeng muka.
  • Hidung - Jantung.Ianya berpunca daripada masalah tekanan darah tinggi.Cegah ia dengan mengambil makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti buahan,sayuran,kekacang dan ikan.Gunakan alatan mekap yang bersih untuk mengelakkan pengumpulan kotoran pada liang roma.
  • Bawah pipi - Hormon.Berpunca daripada hormon yang tidak stabil.Pilih makanan yang berkhasiat.Elakkan stress dan lakukan senaman ringan terutamanya ketika datang haid.
  • Dagu - Perut.Berpunca daripada pengumpulan toksin akibat pemakanan.Pencegahan melalui detoks dengan mengamnil lebih serat untuk membantu penghadaman.
  • Leher - Jangkitan kuman.Berpunca daripada jangkitan kuman dalam salur darah.Mesti minum air yang banyak,makan makanan yang tinggi kandungan vitamin c,bawang putih untuk membantu sistem tubuh menghapuskan kuman.Juga rehat yang cukup.


Ini cadangan saya untuk masalah jerawat...

Set jerawat Shaklee...

Selain itu, boleh tambah Vitamin C dan Vitamin E...semuanya bagus untuk kulit terutamanya yang ada masalah jerawat dan parut hitam.Ikut kesesuaian masing-masing....

Jom tonton video ni ,lihat apa yang beliau lakukan setelah 7 tahun geram dengan muka yang berjerawat teruk !



Video testimoni pengguna

Mari belek muka masing-masing.tengok jerawat selalu tumbuh kat mana?? Apa maknanya tu?? Apa pula tindakan kita ?? Nak dipicit sakit,nak dibiarkan ..aduh malu rasa....Jadi , jangan segan-segan nak call saya,In syaallah saya bantu dan konsultasi percuma akan diberikan...

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Bukan senang untuk menambat hati suami kita.Betul tak ?Walaupun dah buat pelbagai cara namun hasilnya hampa.Nak tahu tak apa rahsia kawan kita ni tambat hati suami dia ? Dulu , dia nak lipat kain pun habis berbunyi semua sendi jari.Tapi sekarang ni suami makin sayangggg....apa rahsianya...
Jom tonton video ni....




SAKIT SENDI DAH HILANG !
Masalah utama Puan Lysdar ialah sendi jarinya sangat lemah sehinggakan nak lipat baju pun tak boleh apatah lagi aktiviti yang lasak.Banyak kerja rumah terpaksa ditangguhkan.Setelah diperkenalkan dengan Set Sendi Shaklee ,segalanya berubah.Hanya setelah konsisten selama 6 bulan tanpa gagal,beliau akhirnya pulih dari masalah tersebut.




Sakit sendi

FUNGSI SET SENDI SHAKLEE :
Set Sendi Shaklee terdiri daripada 

1) Advanced Joint Health Tablet - menyokong keselesaan sendi dengan ekstrak Boswellia,meningkatkan kesan kusyen dengan ekstrak jagung,memelihara tisu penyambung yang sihat dengan vitamin c,zink,tembaga dan mangan.

2) Omega - melambatkan degradasi tulang rawan,mengurangkan keradangan dan sebagai pelincir.

3) Ostematrix - kaya dengan sumber kalsium dan mudah diserap.Magnesium yang yang terdapat di Ostematrix berfungsi untuk menguatkan tulang.Boron pula membantu dalam metabolisme tulang.


Set Sendi Shaklee..

Kalau nak tambat hati suami,kita mesti buat perkara yang mereka suka seperti Puan Lysdar lakukan bersama suami beliau.Suami lagi bertambah sayang tau....

Nak jadi macam Puan Lysdar ??? Hubungi saya cepattt !!!

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Ramai yang nak cantik menawan tetapi masih ragu-ragu dengan kebanyakan produk yang ada di pasaran.Di sini saya ingin kongsikan beberapa testimoni pengguna Vitamin E Shaklee yang telah berjaya memiliki kulit idaman....Jemput baca semua ye...

TESTIMONI PENGGUNA :


Kulit kering dah tak ada...



Parut semakin pudar...



Dah tak perlu ber make up...


KESAN PENGAMBILAN VITAMIN E SHAKLEE :
Dari segi kecantikan,Vitamin E Shaklee bermanfaat dalam
  • Anti penuaan - 1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan proses penuaan,mengurangkan kedut,garis halus,parut,jerawat dan bintik penuaan.Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka,dada dan otot peha.
  • Memperbaiki parut - membantu memperbaiki bengkak dan ulser kulit.Boleh dikenakan terus pada luka untuk mengurangkan kesan parut.


Inilah Vitamin E Shaklee...



vitamin e shaklee

1 biji Vitamin E bersamaan dengan semua yang di atas...

*** VITAMIN E TIDAK SESUAI UNTUK MEREKA YANG MEMPUNYAI KULIT JENIS BERMINYAK SEBAB VITAMIN E MELEMBABKAN....

Psttt : Bulan ni promosi Vitamin E Shaklee....Beli 6 botol percuma 1 / Beli 2 botol dapat kurang 5 %...

Hanya hubungi saya jika berminat dengan sebarang produk Shaklee....free consultation

NOREHAN BINTI SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com



Isnin, 15 Disember 2014

Cuti sekolah baru-baru ni kami sekali lagi bercuti ke Sarawak.Suami ada kerja kat sana kebetulan pulak cuti sekolah apalagi kami pun nak ikutttt....tahun lepas hanya jalan-jalan sekitar Kuching je.Tak puas rasanya.Kami bertolak pada hari Ahad.Flight pukul 11.40 pagi dari Lapangan Terbang Senai,JB.So,kami terpaksa bertolak seawal 6 pagi dari Kuala Rompin.Nak berjalan punya pasal anak-anak pukul 5 pagi dah bangun.Bersemangat bangun pagi kalau tak payah betul nak bangun kalau kena pergi sekolah.
Jemputlah baca pengalaman kitaorang kat sana....

MENU ISTIMEWA SARAWAK :
Kalau nak tahu,makanan kat Sarawak sangat istimewa bagi saya.Hasil laut mereka sangat segar.Masa pergi ke Pasar Satok hari tu,banyak hasil laut seperti udang,ikan,ketam dan sebagainya dijual dengan harga yang murah berbanding di semenanjung.Makanan orang Sarawak juga sangat unik.Sayur yang paling saya suka tentunya sayur Midin.Ini menu pilihan kami sekeluarga.Sedap tau.Rupanya seakan-akan pucuk paku pakis.
Sayur Midin goreng belacan....sedap tau

Makanan laut pulak saya suka siput panjang-panjang ni.Alamak lupa orang panggil apa...heee...Tapi kat semenanjung pun ada.Kalau ke Tanjung Lumpur Kuantan boleh dapat benda ni.

Siput masak kari...

HARI PERTAMA DI SARAWAK 
Hari pertama sampai memang penat giler.Kami menginap di Hotel Grand Margeritha ,Kuching.Hotel ni berdekatan dengan Water Front.Kami pilih bilik berhadapan dengan Water Front.Cantik pemandangannya pada waktu malam.Tapi lupa nak ambil gambar sebab kepenatan.Hari pertama tu kami tak ke mana pun rehat kat bilik je.

KE PANTAI SEMATAN
Hari kedua tu pepagi lagi kami dah bangun ,kami terpaksa ikut suami ke tempat kerja kat Lundu.Kebetulan ada pantai yang dekat dengan Lundu iaitu Pantai Sematan.Sematan merupakan tempat yang paling hujung sekali kat Sarawak.Kami menginap di Palm Beach Resort ,Sematan.Cantik jugak resort tu.Harga pun boleh tahan.Bilik kami satu malam RM 320 termasuk sarapan dan makan malam sekali.Katil besar satu dan katil bujang dua.Bilik tu dua tingkat.Tingkat atas untuk katil bujang.Memang menarik.Tapi risau gak sebab kena naik tangga tinggi.Haqim asyik turun naik je tangga tu...huhuhu....



Bilik resort...

Sempat bergambar kat jalan masuk ke resort...

KAMPUNG BUDAYA SARAWAK
Akhirnya hari ketiga tu dapat juga saya ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Santubong.Kat situ ada 7 jenis buah rumah suku kaum di Sarawak seperti Bidayuh Longhouse,Iban Longhouse,Penan Hut,Orang Ulu Longhouse,Melanau Tall House,Malay Town House dan Chinese Farm House.Memang penat sebab kita mesti kena habiskan kesemua kunjungan ke rumah-rumah tersebut.Kami start masuk pukul 1.30 tengahari dan keluar pada pukul 5 petang.Hampir 3 jam kami berjalan meneroka kawasan tu.Lenguh kaki,sakit badan-badan kena dukung si Haqim lagi.Fuhhh...memang agak mencabar....banyak hilang kalori tuuu....berpeluh sakan tapi sangat menarik.Memang berbaloi.Sempat la kami bergambar di beberapa buah rumah tersebut.


Rumah melayu

Rumah Panjang

Hazim cuba naik melalui tangga yang memang tinggi giler....

Uniknya rumah mereka kerana terdapat tangga yang diperbuat dari kayu besar.Tak pasti nama kayu yang digunakan.Tapi memang tinggi sangat,gayat nak naik...saya guna tangga biasa je.Nasib baik ada tangga biasa kalau tak menangis la nak naik....hihihi....selamat...

Rumah Tinggi Melanau

Pada pukul 4 petang pengunjung dihiburkan dengan persembahan kebudayaan dari pelbagai suku kaum Sarawak.Yang paling mencuit hati ialah persembahan menyumpit dari suku kaum Penan.Nasib baik tak kena sumpit...hehehe...

Pertunjukan menyumpit

Habis pertunjukkan kami keluar kira-kira pukul 5 petang.Dahaganya rasa tekak.Masuk kereta baru dapat teguk air...Legaaaa....pengalaman yang sangat best buat saya...walaupun penat...

KEK LAPIS SARAWAK
Salah satu ole-ole yang mesti kita beli jika berkunjung ke Sarawak ialah kek lapisnya.Berlapis-lapis dengan pelbagai perasa seperti masam manis,lapis India dan macam-macam nama lagi.Lupa la pulak...Antara yang menjadi kegemaran kami ialah kek lapis India.Ada coklat dalam kek tersebut.Anak-anak memang suka.

Kedai menjual kek lapis Sarawak



Air Terjun Kampung Budaya...cantik..

Percutian kali ini sangat berharga buat saya dan keluarga kerana berpeluang mengenali kebudayaan orang-orang di Sarawak.Memang unik dan menarik...Jom la bercuti ke Sarawak....


Ramai yang telah berpuas hati dengan pengambilan Vitamin C Shaklee.Saya kongsikan beberapa testimoni pengguna Vita-C Plus Shaklee untuk korang tengok ye...

TESTIMONI 1 :
- Customer ni ambil Vitamin C dan Vitamin E untuk kecantikan kulit.Beliau berpuas hati sebab dah tak perlu make up dan nak jadi cantik macam Jennifer Lopez makan vitamin E...hehehe..

Consume Vitamin E dan Vitamin C

TESTIMONI 2 :
- Kesan daripada pengambilan Vitamin C ini,kulit makin cerah,parut jerawat semakin pudar,selsema cepat hilang.Lagi satu Vitamin C bagus untuk mengurangkan ulser mulut.

Bagus untuk selsema dan ulser


TESTIMONI 3 :
- Selain itu Vitamin C menyebabkan jeragat berkurangan,kulit bersih dan lingkaran panda keliling mata pun berkurangan.Yang paling best dah tak perlu ambik panadol kalau demam hanya ambil Vitamin C.

Jeragat berkurangan


TESTIMONI 4 :
- Dengan konsisten ambil Vitamin C , jerawat semua hilang dan kecut.Memang best kan...


Jerawat hilang dan kecut

Korang jangan tengok je tau.Cepat ambil peluang nak cantik ni sebab bulan ni promosi untuk produk cantik.
- Promosi Vitamin C
- Promosi Vitamin E
- Promosi Collagen Powder

Jom kita beramai-ramai cantik gebusss....

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Ahad, 14 Disember 2014

Selamat malam semua..
Malam ni saya nak berkongsi satu petua merawat kanser tahap 4.Walaupun doktor telah mengesahkan kita mengidap kanser tahap 4 tetapi kita masih boleh berikhtiar untuk memulihkan kesihatan kita.Ini petua yang ingin saya kongsikan:


Daun belalai gajah bersama epal hijau

• Ambil 100 helai daun belalai gajah dan di blender bersama sebiji epal hijau.
• Minum airnya.Insyaallah dapat merawat kanser.


Dah siap diblend dan sedia untuk diminum

Ramai yang telah mencuba petua ini dan dengan izin Allah segalanya pulih.Apa yang penting usaha dari kita.Jangan terus berserah tanpa ada ikhtiar..


Ada yang berhasil dengan petua ini..

Semoga bermanfaat buat kita semua....hanya dengan izinNya jua...


Masalah jerawat yang agak teruk membuatkan kita hilang keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai.Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita yang menderita masalah muka yang berjerawat teruk selama 7 tahun.Bayangkan bagaimana dia menjalani kehidupan seharian dengan masalah tersebut.Setelah mencuba pelbagai cara ,beliau akhirnya berjaya mendapat kulit idaman.Apa yang dia buat ??? Jom tonton video ini untuk mengetahui pengalaman beliau sendiri...

VIDEO TESTIMONI PENGGUNA



Video testimoni

JOM KENALI PARUT JERAWAT


Radang kulit akibat jerawat

  • Apabila jerawat sembuh,ia akan meninggalkan kesan kemerahan atau kesan parut hitam.Ini sebenarnya bukan parut jerawat tetapi kesan daripada radang jerawat.
  • Jika tiada jerawat baru yang tumbuh,kulit akan sembuh dengan sendiri.Proses penyembuhan ini mengambil masa selama 6 hingga 12 bulan.
  • Kesan akibat jerawat lebih daripada setahun dikenali parut jerawat.Biasanya parut ini kekal dan membuatkan kulit muka kelihatan gelap dan kurang menarik.Untuk mengelakkannya rawatan awal boleh dilakukan.
  • Radang kulit disebabkan oleh jerawat adalah satu proses penyembuhan yang normal.Ada beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk membantu merawat peringkat awal iaitu :
- Elakkan pendedahan kepada cahaya matahari kerana ia akan melambatkan penyembuhan radang jerawat dan boleh merosakkan kulit.
- Jangan memicit jerawat atau parut jerawat.Ini akan mengganggu proses penyembuhan jerawat.Ia juga boleh menyebabkan bakteria yang terdapat di dalam jerawat tersebar ke kawasan kulit yang lain.
- Penggunaan krim anti oksidan yang kaya dengan vitamin c juga membantu memulihkan kesan jerawat.


Selain itu,pengambilan suplemen yang semulajadi juga sangat bagus untuk proses pemulihan parut dan jerawat.Suplemen yang sesuai ialah :
  • Vitamin C
  • Vitamin E
  • Collagen Powder
  • ESP

Set Cantik Shaklee

Sekarang dah tak perlu risau lagi pasal jerawat dan parut yang hitam tu sebab Shaklee dapat membantu.Nak dapatkannya mudah aje,hubungi saya dan konsultasi percuma akan diberikan kepada anda....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.




Sabtu, 13 Disember 2014

Ikan Patin sangat popular di Pahang terutamanya di Temerloh.Isinya sangat lembut dan rasanya lemak-lemak gitu.Memang sedap dan tidak hairanlah kenapa ia menjadi kegemaran anak saya.Pantang nampak menu ni kat kedai terus dia sambar.Ikan patin masak tempoyak menjadi menu kegemaran ramai.

Hari ni hari minggu,ada pasar pagi kat Rompin.Ada la satu gerai tu jual ikan patin.Rasa nak masak ikan patin je hari ni.Tengok harga pun sangat berpatutan.Saya ambil seekor hanya RM 10 je.Ok lah tu.Masih hidup lagi tau.Segar.Dah siap dipotong.Senang la balik terus masak.hehe



Ikan Patin yang siap dipotong...

Saya nak kongsikan resepi Ikan Patin Masak Tempoyak untuk korang semua.Nak tak ???

BAHAN-BAHANNYA :
1) Seekor Ikan Patin (kira-kira 800g) 

Bahan A : ( Dikisar bersama )
2) Bawang merah - 2 ulas
3) Bawang putih - 2 ulas
4) Halia - 1 inci
5) Kunyit hidup - 1 inci
6) Lada besar - 3 biji
7) Cili padi - 10 biji

Bahan B :
8) Serai - 3 batang
9) Daun kesum
10) Tempoyak - 2 sudu besar



Antara bahan-bahannya
CARA MEMBUATNYA :
Sebelum tu,kita mesti cuci ikan tersebut sebersih-bersihnya.Ikan Patin ni baunya agak hanyir.Jadi,kita ambil beberapa biji limau dan cuci bersama ikan patin tu.Bau hanyir tersebut akan hilang.



Cuci bersama limau

Lepas tu,bolehlah kita kisar bahan-bahan yang perlu dikisar seperti bawang merah,bawang putih,halia,kunyit hidup,lada besar dan cili padi.Kalau nak lagi pedas,letaklah lebih cili padi.Kasi berapi gitu...hihihi...



Bahan yang siap dikisar

Memula,kita tumis bahan yang dikisar sehingga sedikit garing.Api perlahan ye nanti hangusss....Kemudian,masukkan serai,tambahkan sedikit air.Jangan terlalu banyak nanti kuah jadi cair.Bolehlah masukkan beberapa helai daun kesum dan tempoyak.Biarkan sehingga mendidih.Selepas tu,perasakan dengan sedikit garam,ajinomoto dan gula.Ikut citarasa masing-masing ye.
Paling penting jangan masukkan ikan terlalu awal sebab,Ikan Patin ni isinya sangat lembut nanti hancur pulak.Bila dah mendidih,barulah masukkan ikan.Biarkan sehingga ikan masak....
Dah siap....senang je kan ...sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas,tambah pulak ada ulam dan sambal belacan.Habis la diettt.....huhuhuhu...



Ikan Patin masak tempoyak

Selamat mencuba...:)

Jumaat, 12 Disember 2014

Selamat tengahari semua...
Bagaimana kesihatan kita pada hari ini?Kesihatan sangat penting untuk menjalani sebarang aktiviti seharian.Kalau tak sihat nak buat apa pun susah.Betul tak?? Jadi,hargailah nikmat sihat yang kita dapat itu.Salah satu penyakit yang sangat ditakuti dalam masyarakat Malaysia kini ialah masalah kolestrol.Ada satu doa yang saya nak kongsikan dengan korang semua iaitu doa merawat kolestrol :

DOA RAWATAN PENYAKIT KOLESTROL



Musim cuti sekolah ni ,banyak la jemputan kenduri yang kita terima.Makanan yang dihidangkan pula banyak yang berlemak.Jika tak dikawal,kolestrol akan berkumpul dalam badan kita.Kolestrol boleh mengundang pelbagai penyakit termasuklah masalah jantung tersumbat,strok,tekanan darah tinggi dan sebagainya.Pengawalan makanan sangat penting untuk menjaga kesihatan kita.
Selain mengamalkan doa di atas,pengambilan suplemen juga sangat baik untuk mengawal kolestrol.Saya cadangkan suplemen Shaklee yang terdiri daripada Omega Guard dan Phytocol-ST.


Set kolestrol Shaklee


FUNGSI SET KOLESTROL SHAKLEE :

  • Phytocol-ST - berfungsi untuk menghalang kolestrol daripada masuk ke dalam salur darah.Jadi,kalau nak makan makanan yang bergoreng atau berlemak,mesti kena telan Phytocol dulu.
  • Omega Guard - berfungsi ' mengikis ' semua lemak dan kolestrol yang sudah lama 'bertapa' dalam salur darah.
Dengan adanya set kolestrol ni,kita dah tak perlu risau jika teringin nak makan lauk kari daging ke,ayam goreng ke,semuanya boleh dengan syarat konsisten dengan pengambilan suplemen tersebut.Paling penting minum air yang secukupnya.

Nak dapatkan set ini senang je,hubungi saya melalui :

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Konsultasi percuma juga akan diberikan...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Khamis, 11 Disember 2014

Semalam baru pulang dari Sarawak.Kali kedua saya berpeluang menjejakkan kaki ke bumi kenyalang.Yang paling seronok tengok gelagat anak-anak naik kapal terbang.Memang kelakar.Masa kali pertama dulu tahun lepas,anak saya Haqim berusia setahun lebih.Asyik tidur je sepanjang kedua-dua perjalanan.Tak banyak la kerenah dia.

Untuk kali kedua ni,dia dah besar sikit jadi dah tak boleh nak control.Excited dia masa nampak kapal terbang kat aitport. " nak naik " itu yang dia cakap tapi pelat la sikit.hehehe...


Dah siap nak berlepas...

Tu gambar masa nak berlepas.Dah siap pakai tali pinggang.Masa ni Haqim masih duduk diam lagi,tapi tak lama lepas tu,mula dia nak ke depan,nak ke belakang.Tak reti nak duduk diam.Last-last tertidur jugak akhirnya....dengan aku-aku terlelap.Mengantuk.Ye la bertolak dari Rompin seawal 6 pagi sebab flight pukul 11.40 pagi.Dapat lelap sekejap je lepas tu dah nak mendarat.Emmmm.....jadi laa...

Ini beberapa tips buat ibu-ibu yang membawa bayi naik kapal terbang :
  • Susukan bayi semasa take off dan landing.Jika bayi minum susu formula,susukan bayi sehingga kenyang sebelum masuk ke depature hall dan sebelum boarding bancuh susu lain.
  • Disarankan jangan tidurkan bayi sebelum boarding supaya nanti dia mudah tidur dalam flight.
  • Bawalah bantal kecil untuk keselesaan bayi kita tidur.
  • Tukar lampin bayi sebelum naik kapal terbang supaya dia rasa selesa dan tidak meragam.
Kalau bayi yang jenis kuat meragam memang haru naik flight.Kita pun akan rasa penat nak melayan kerenah dia.Nasib baik Haqim tak meragam.Bila lagi nak naik kapal terbang ye....seronok tau...

Semalam Shaklee buat kejutan lagi dengan menambah satu lagi produk promosi iaitu Collagen Powder (Beli 3 percuma 1).So, bulan ni sahaja ada 3 produk promosi...Taraaa


Promosi berganda-ganda

Bulan ni ramai la yang cantik gojes sebab 3 produk ini merupakan set untuk kulit cantik menawan.
Ini info perkongsian yang saya dapat dari blog Mama Faiz :

".Atas sebab garis panduan proses pendaftaran yang baharu dikenakan oleh kerajaan Malaysia, Collagen akan diberhentikan penjualan buat sementara waktu bermula 1 Januari 2015. Ini bermakna anda ada masa sehingga 31 Disember untuk membeli produk ini...Oleh kerana tempoh pendaftaran permohonan lesen produk yang baru akan mengambil masa 9 - 12 bulan, pihak Shaklee berbesar hati memberikan kepada anda PROMOSI beli 3 percuma 1.."

Nak dapatkan Collagen Powder semula mungkin hujung tahun depan.Lagi setahun.Bolehlah beli untuk simpan stok dalam tempoh setahun.Jadi,ambillah peluang beli bulan ni.Beli 3 percuma lagi 1.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Khamis, 4 Disember 2014

Dalam berbisnes ramai yang tidak mendapat sokongan dari suami.Bukannya apa suami kita tu nak kita lakukan sesuatu dengan bersungguh-sungguh.Buktikan yang kita boleh lakukan.Contohnya kisah pengalaman seorang rakan bisnes saya yang suaminya dulu benci sekarang dah suka.Jom la tonton untuk perkongsian bersama..



Shaklee effect 

Inilah yang dikatakan Shaklee Effect.Bermula dengan set penyusuan,Puan Dilla Jalil berjaya membuktikan produk Shaklee mampu membantu menyelesaikan masalah beliau.Tugas seorang isteri yang berkerjaya memang memerlukan tenaga yang luarbiasa untuk melaksanakan tugas seharian.Kini suami beliau turut menyokong apa yang beliau lakukan.




KESAN PENGAMBILAN SET PENYUSUAN SHAKLEE :
  • Badan rasa lebih bertenaga
  • Susu ibu menjadi lebih pekat
  • Penghasilan susu mula meningkat terutamanya apabila kita semakin kerap menyusukan bayi mahupun sesi perahan yang konsisten
Pemakanan atau pengambilan suplemen bukanlah untuk memekatkan susu semata-mata tetapi ianya membantu tubuh ibu untuk kekal bertenaga,ceria dan mood yang stabil.Bagi ibu yang bekerja,memang digalakkan mengambil suplemen supaya badan tidak mudah penat,tak mudah stress dan sebagainya.

TESTIMONI PENGGUNA :
Semakin ramai ibu-ibu menyusu yang memilih Shaklee dalam meningkatkan kualiti penyusuan mereka.Beberapa testimoni yang membuktikan ibu-ibu semakin gemar dengan khasiat yang diperolehi daripada set penyusuan Shaklee ini.Jom kita baca ye..


Testimoni pengguna



Testimoni pengguna

Alhamdulillah setiap ikhtiar yang kita lakukan pasti beroleh kejayaan yang penting usaha mencari jalan penyelesaian.

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Rabu, 3 Disember 2014

Kelahiran bayi pramatang perlu diambil berat terutamanya dalam penyusuan susu ibu.Bagi ibu yang mengalami situasi ini,jangan merasa panik kerana kita memerlukan keazaman dan usaha yang gigih untuk membesarkan bayi pramatang ini.Menyusukan bayi pramatang memang mencabar tetapi bagaimana caranya ?

PERKONGSIAN PENGALAMAN :
Video di bawah ini merupakan salah satu pengalaman seorang ibu dalam menyusukan bayinya yang pramatang.Jom kita tonton untuk perkongsian bersama...




Pengalaman ibu bayi pramatang


SUPLEMEN SHAKLEE UNTUK IBU MENYUSU :

1. Alfalfa - sebagai peransang penghasilan susu ibu dan mengatasi masalah ekzema pada bayi.

2. Energizing Soy Protein - sumber protein untuk pertumbuhan sel-sel baru.

3. Ostematrix - sumber kalsium untuk menguatkan tulang bayi.

4. Vitalea - multivitamin untuk pertumbuhan dan pembesaran secara lengkap dan menyeluruh.

PENJAGAAN BAYI PRAMATANG 
Penyusuan susu ibu adalah keperluan utama kepada bayi pramatang.Oleh itu,ibu yang mempunyai bayi pramatang yang belum mampu menghisap susu dari payudara hendaklah mengepam sekurang-kurangnya 8 kali sehari semalam (3 jam sekali) atau sebaik-baiknya 12 kali sehari semalam (2 jam sekali).

Penyusuan bayi pramatang adalah berbeza dengan bayi yang cukup bulan,bukan sahaja disebabkan mereka minum susu melalui tiub malah,bayi pramatang mempunyai tubuh yang sangat rapuh di mana sistem imuniti  belum terbina.Paru-paru dan usus mereka juga amat lembut,oleh itu kebanyakan bayi pramatang memerlukan alat bantuan pernafasan kerana tanpa alat tersebut,mereka akan berisiko untuk mengalami kerosakan paru-paru.

Pemberian susu haruslah secara sedikit demi sedikit kerana usus mereka belum matang dan berkemungkinan boleh pecah dan berdarah jika menerima susu berlebihan.Oleh kerana sistem imuniti mereka sangat lemah,maka bayi pramatang memerlukan susu ibu yang paling segar kerana antibodi yang terdapat dalam susu belum rosak.Jangan dibekukan susu perahan kerana ia tidak sesuai untuk bayi pramatang.

Selain itu,bayi pramatang memerlukan sentuhan,urutan dan kata-kata semangat terutama dari ibunya.Sentuhan,urutan dan belaian mesra akan membuatkan bayi kita lebih bersemangat dan menghilangkan rasa takutnya.

Kepada ibu-ibu bayi pramatang,jangan sekali-kali merasa buntu,hadapilah cabaran ini dengan semangat yang kental.In syaallah kita akan berjaya membesarkan bayi pramatang ini.Semoga video pengalaman itu tadi dan sedikit panduan ini memberi manfaat buat kita.

Sebarang pertanyaan dan konsultasi percuma ,hanya hubungi saya...:)

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Paling kita risau jika anak kena demam panas.Bagi ibu yang pertama kali mengalaminya pasti buntu untuk menanganinya.Jangan kata demam panas,demam biasa pun kita dah menggelabah.Salah satu ikhtiarnya ialah mengamalkan doa rawatan untuk demam panas ini.Berikut adalah cara-cara rawatan tersebut :


Doa rawatan demam panas


APA ITU DEMAM ?

Demam terjadi apabila suhu badan kita pada waktu pagi melebihi 37.2 darjah celcius atau suhu badan pada waktu petang melebihi 37.7 darjah celcius.Suhu badan kita dikawal oleh satu bahagian kecil di otak yang dinamakan ' temperature regulatory centre ' (TRC).Bahagian otak ini akan menetapkan suhu badan seseorang yang normal dan apabila ia meningkat,itu yang berlakunya demam yang menyebabkan kita merasa menggigil dan otot-otot menjadi sakit.

Jangan ambil ringan jika anak-anak demam.Paling penting jangan panik.Kalau tak tahu apa nak buat,terus bawa ke hospital.Jangan dibiarkan berlarutan tanpa sebarang rawatan kerana ianya akan mengundang bahaya.Demam dengan suhu yang tinggi sangat membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan dan kerosakan otak walaupun demam bukanlah penyakit yang serius.

Kanak-kanak perlu diberi perhatian yang lebih jika mereka tidak sihat.Berilah yang terbaik untuk anak-anak kita.







Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog