Selasa, 25 November 2014

Dulu masa bercinta,berkasih sayang semuanya nampak sempurna.Sebiji jerawat naik kat muka,tidak mengapa nanti akan hilang la tu.Manis dan tersusun indah kata-kata sebelum melayari alam perkahwinan.Berbeza keadaannya apabila sudah berkahwin 3 atau 4 tahun.Isteri semakin sibuk ,mana nak jaga anak,nak masak untuk keluarga,nak kemas rumah lagi sehinggakan diri sendiri tidak terurus.Kulit kusam dan berjerawat semakin ketara.Suami mula menegur dan menyindir.Dulu lain sekarang dah lain.Pelbagai perasaan melanda si isteri,rasa stress,kurang keyakinan diri,rasa bersalah pun ada sebab penampilan diri diabaikan.Apa yang patut dilakukan ? Apakah rahsia kulit cantik buat suami tergoda ? 

VITAMIN UNTUK KULIT YANG CANTIK
Memiliki kulit yang cantik,halus mulus,selembut sutera dan tiada masalah jerawat adalah idaman setiap wanita.Lebih-lebih lagi wanita yang sudah berkahwin,seharusnya tampil cantik menawan untuk menggoda suami.Tambahan pula,kulit muka sangat sensitif kerana sering terdedah kepada cahaya matahari dan pelbagai bahan tercemar di sekeliling kita.
Dengan Set Kecantikan Shaklee setiap wanita mampu memilikinya dengan harga yang berpatutan dan hasilnya memang terbaik.Lagipun ianya 100 % semulajadi selamat digunakan.Set Kecantikan Shaklee ini mengandungi beberapa jenis vitamin yang baik untuk sel-sel kulit kita.


Set Kecantikan Shaklee


1) Vitamin B Complex
- ianya penting dalam menstabilkan hormon kita.Kekurangan vitamin B Complex dalam badan boleh membuatkan kita cepat letih,cepat marah atau moody,cemburu dan banyak lagi.Apabila hormon tidak stabil,jerawat akan mudah tumbuh.

2) Vitamin C
- sangat penting dalam pembentukan kolagen.

3) Protein ESP
- protein sangat diperlukan untuk penghasilan sel-sel baru.Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat).Untuk memiliki kulit yang cantik,kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.

4) Vitamin E
- melambatkan proses penuaan dan kulit kelihatan awet muda.Ia juga membantu mengawal kadar minyak pada liang kulit,mengurangkan kesan jeragat dan membantu masalah kulit berminyak.

5) Collagen Powder
- ianya berfungsi mencantik dan menyuburkan rambut,kuku,menegangkan payudara,menguatkan tulang,kulit lebih tegang dan awet muda.


Collagen Powder Shaklee

TESTIMONI PENGGUNA :
Beberapa testimoni pengguna untuk tatapan semua..


Testimoni pengguna




Consume Vitamin C,Vitamin E,B Complex dan ESP



Consume Collagen dan ESP

Selain pengambilan vitamin,kita juga mestilah mengambil air kosong dengan banyak setiap hari dan kurangkan minuman berkafein untuk hasil yang lebih cepat.Haaa,lepas ni suami kita akan tergoda dengan kehalusan dan kecantikan kulit kita....yang penting konsisten...

Nak dapatkan set ni mudah sahaja,hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Sakit sendi berpunca daripada pelbagai jenis kecederaan atau keadaan seperti rheumatoid arthritis atau osteoarthritis.Walau apa sekalipun puncanya, ia ternyata membebankan kita.Apabila kita mula mengalaminya , cuma satu persoalan yang bermain di fikiran iaitu mencari cara untuk melegakannya.
Salah satu caranya ialah dengan pengambilan Set Sendi Shaklee.
Seronok dengan satu testimoni yang saya dapat dari seorang customer yang membeli set sendi tulang untuk ibunya.Sebelum ni,mama beliau mengalami masalah urat saraf.Tetapi, dengan set ini,sakit sendi hilang dan boleh kurus ! Apa istimewanya set ini ?


TESTIMONI PENGGUNA SET SENDI SHAKLEE :


TESTIMONI PENGGUNA

Dari testimoni tersebut,kita boleh lihat ye,bagaimana set sendi ini berfungsi untuk menurunkan berat badan.Apabila tulang dan sendi sihat,semakin kita rajin dan bersemangat untuk melakukan sebarang kerja seperti naik turun tangga dan buat kerja rumah pun pantas.Semua kerja-kerja tu boleh membantu proses pembakaran lemak kat badan kita.Sebab tu,badan boleh kurus.Lagi satu,Ostematrix berperanan membantu melawaskan proses pembuangan.Setiap hari mesti membuang.Jadi,segala toksin dapat disingkirkan.Jangan lupa,lagi satu produk yang sangat membantu dalam menurunkan berat badan iaitu Omega.Memang tugas Omega membakar lemak dengan berkesan.


KESAN PENGAMBILAN SET SENDI :
Set Sendi Shaklee terdiri daripada :
# Advanced Joint Health Tablet - RM 109 ( 60 biji )
# Ostematrix - RM 60 ( 120 biji )
# Omega Guard - RM 110 ( 90 biji )

Kebaikannya :
  • Memberi sokongan nutrisi pada kolagen dan komponen penting penghubung tisu lain yang memberi kekuatan dan struktur untuk sendi.
  • Membantu mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membantu melegakan sakit sendi dan inflamasi terhadap sendi.

SET SENDI SHAKLEE

Anda berminat untuk mendapatkan set ini untuk mak,ayah,suami atau pun untuk diri sendiri ?
Hanya hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Ahad, 23 November 2014

Semua ibu bapa inginkan anak-anak cemerlang dalam pelajaran.Pelbagai cara dan tips dilakukan untuk mencapai matlamat tersebut.
Dalam peperiksaan akhir tahun 2014 baru-baru ni,anak saya ,Zira berjaya dapat 5A dalam matapelajaran UPSR.
Zira adalah murid 3 Intelek di Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri.Dalam kelas pula dapat nombor 13. 24 orang murid 3 Intelek dapat 5A.Ramai tu....keputusan yang agak cemerlang dan meningkat.Tak sangka Zira boleh dapat 5A sebab memang tak pernah dapat pun.Paling tinggi pun 4A je masa tahun 2.Peperiksaan pertengahan tahun yang lepas pun dapat 1A je.Banyak peningkatan.Sebagai ibu memang saya bangga dengan keputusan tersebut.Sebelum peperiksaan tu,saya ada cakap kat dia,kalau kakak boleh dapat 5A,ibu bagi hadiah tau.Mungkin sebab tu kot dia buat sungguh-sungguh....kat sekolah pun dia dapat hadiah....suka dia...



Hadiah Zira dapat kat sekolah

Jom saya kongsikan beberapa tips anak cemerlang buat korang semua :
  • Bila anak balik sekolah,sentiasa check ada kerja sekolah ke tak.Jadilah ibu bapa yang prihatin terhadap kerja sekolah anak-anak.
  • Sentiasa bersama-sama membuat kerja sekolah dengan anak-anak.Bantu mereka selesaikan kerja sekolah sehingga siap.
  • Tetapkan satu jadual belajar di rumah agar masa digunakan dengan sebaik-baiknya.
  • Beli buku latihan untuk anak-anak supaya mereka biasa menjawab soalan.
Teringat saya pada ucapan pengerusi PPD dalam majlis anugerah kecemerlangan yang lalu,beliau menekankan bahawa kita ni janganlah mengharapkan semata-mata pada guru di sekolah.Ibu bapa juga mesti sama-sama dalam memberi pendidikan pada anak-anak terutamanya yang baru memasuki alam persekolahan.Ajar anak-anak membaca,mengeja dan mengira di rumah.Barulah mereka tidak ketinggalan dalam kelas.Seiring dengan kawan-kawan.



Antara buku latihan Zira

Selain itu juga,saya bekalkan anak-anak saya dengan Omega Guard Shaklee yang kaya dengan asid lemak omega-3,DHA & EPA yang penting untuk perkembangan otak mereka.Bukan itu je,Omega juga untuk sistem imunisasi,asma dan masalah ekzema tau.Banyak manfaatnya.Hanya 1 biji sehari.Sebotol ada 90 biji.Harga sebotol hanya RM 125.Berilah yang terbaik untuk anak-anak.
Harapan saya ,Zira akan terus kekalkan prestasi cemerlang dalam akademik sehingga berjaya ke menara gading.Itulah impian seorang ibu pada anak-anak,ingin melihat mereka berjaya dalam hidup.Cemerlang dunia dan cemerlang akhirat juga....In syaallah....

Sabtu, 22 November 2014

Ada pelbagai cara untuk menurunkan berat badan dengan cepat.Tetapi,harus diingat adakah cara tersebut selamat ?Sebaik-baiknya mestilah dengan cara yang sihat dan selamat tanpa mendatangkan kesan sampingan.
Teringat pula kat sepupu saya yang tak lama lagi akan mendirikan rumahtangga tetapi,masalahnya berat badan tak mau turun.Walaupun dah mencuba pelbagai cara namun tetap tembam badannya...hehehe jangan marah ye...


Masih ada busana untuk pengantin gempal..

Sebulan je lagi majlis perkahwinan akan berlangsung.Badan masih macam tu,tengok muka dia memang stress,bukannya apa takut tak muat baju pengantin nanti.Teringin juga nak badan slim pada hari bersejarah tu nanti.Dah cuba produk kurus tapi berat masih tak berubah.Apa yang tak kena ye ?

KENAPA SUKAR UNTUK MENURUNKAN BERAT BADAN ?
  • Usus yang dipenuhi dengan toksin akan membuatkan metabolisme badan kita menurun.Metabolisme badan adalah kemampuan tubuh manusia untuk membakar lemak menjadi tenaga.
  • Apabila metabolisme rendah,kita makan apa pun akan jadi lemak.Bahkan minum air pun menjadi lemak.Ini disebabkan oleh toksin yang menempel di usus kita.
APA YANG HARUS KITA LAKUKAN ?
  • Perkara paling utama yang perlu kita lakukan ialah detoksifikasi.Kebanyakan penyakit berpunca dari usus kita.Jika usus kita bersih dari segala toksin,maka organ lain juga akan berfungsi dengan baik.
  • Saya cadangkan Herblax atau Alfalfa untuk proses detoks ni.Herblax berfungsi membantu membersihkan kolon dan pembersihan usus kita.Waktu terbaik untuk pengambilan Herblax ialah sebelum tidur.Ini kerana ia mengambil masa 12 jam (secara purata) untuk bertindak.Kalau ambil siang,nanti tak boleh nak tidur asyik nak ke tandas pulak...huhuhu
  • Untuk pertama kali,ambil 2 biji Herblax setiap malam pada minggu pertama dan pada minggu kedua ,setiap 2 hari sekali atau 2 biji.Dan selepas makan Herblax ,pastikan kita minum sekurang-kurangnya 1 liter air.
  • Selain itu,kita perlu melakukan senaman atau berolahraga.Ia akan mengeluarkan peluh dan pembakaran lemak berlaku sekaligus membantu menurunkan berat badan.Kalau nak lagi best ambil Lecithin atau Omega yang berfungsi memecahkan dan membakar lemak kat badan kita tu.
  • Lagi satu,kebanyakan mereka yang nak kurus akan skip makan.Itu bukan cara yang terbaik.Jangan sekali-kali skip waktu makan kita terutamanya sarapan pagi.Sarapan pagi dan tengahari sangat penting untuk kita dapat tenaga melakukan aktiviti seharian.Tetapi,makan waktu malam pula haruslah dikurangkan sedikit kerana bila kita tidur,badan tidak akan melakukan sebarang aktiviti.
  • Salah satu produk terbaik untuk kurus adalah Cinch.Cinch adalah sumber protein untuk membina otot supaya tidak geleber dan ia juga memberi rasa kenyang.
Saya sertakan beberapa testimoni pengguna yang telah berpuas hati dengan Set Kurus Shaklee :



Testimoni 1

Testimoni 2

Testimoni 3

Kesimpulannya, kita jangan hanya bergantung kepada produk kurus semata-mata tetapi senaman juga sangat penting.Kalau nak kurus mesti kena rajin bersenam,barulah badan tu slim dan sihat....

Anda perlukan set ini untuk turunkan berat badan ? Hubungi saya dan konsultasi percuma akan diberikan...

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Rabu, 19 November 2014

Membuat susu formula juga ada cara dan tekniknya.Ramai ibu yang masih tidak tahu bagaimana tips membuat susu dengan betul.Tidak ada gunanya jika menggunakan susu yang paling mahal sekalipun tetapi cara membancuh yang salah sekaligus merisikokan anak-anak kita.



Kita dapati,kebanyakan ibu meletakkan susu tepung ke dalam botol susu kemudian terus masukkan air panas diikuti dengan air sejuk.Cara tersebut memang salah dan boleh membahayakan kesihatan .Apa yang terjadi jika plastik dituangkan air panas ?
Kalau korang nak tahu , bahan kimia yang terkandung dalam plastik adalah mudah larut dalam air panas.So,ini boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan terutamanya bayi kita.Ia boleh menjadi penyebab berlakunya kanser.Sebab itu,seelok-eloknya gunakan botol susu yang bebas BPA.Dan cara membuat susu pun ada kaedahnya.Bukan pakai buat je tau...

KAEDAH YANG BETUL UNTUK MEMBUAT SUSU :
  • Tuangkan air sejuk (air masak) terlebih dahulu.
  • Tuangkan air panas sedikit demi sedikit sehingga dapat suhu air yang diperlukan samaada suam atau sedikit panas.
  • Letakkan susu formula mengikut sukatan yang diperlukan.
  • Goncang sehingga sebati.
  • Rasa dahulu tahap kepanasan susu itu sebelum diberikan kepada si manja.
Kalau nak lagi senang,berikan anak-anak kita susu ibu.Tak payah susah-susah nak bancuh dalam botol plastik ke apa...lagi selamat dan bagus untuk anak-anak.Bagi ibu-ibu yang mengalami masalah susu kurang,saya cadangkan supaya mengambil Set Penyusuan Shaklee yang dapat membantu penghasilan susu ibu.Boleh cuba yang bajet dulu iaitu Alfalfa Complex dan ESP (energizing soy protein).
Selain dari membantu meningkatkan pengeluaran susu,set ini juga bagus untuk kulit dan detoks.
Konsultasi percuma dari saya jika anda membeli set ini.Susu ibu adalah pilihan terbaik untuk si manja anda...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Selasa, 18 November 2014

Tiap-tiap bulan kena bayar bil elektrik sehingga beratus-ratus ringgit.Mana tidaknya,dalam setiap bilik ada air-cond,tv 24 jam terpasang,nak tidur baru tutup.Basuh baju setiap hari.Anak-anak sehari 3 kali tukar baju.Macam mana bil eletrik tak melambung?Dahlah gaji cukup-cukup makan je,nak bayar bil air lagi,bil telefon,bil astro dan macam-macam bil lagi.Korang mesti rasa terbeban dengan bil elektrik yang agak tinggi setiap bulan kan?Kalau tak bayar nanti kena potong,lagi susah....apa nak buat niii....



Ada beberapa langkah mudah yang perlu dilakukan untuk menjimatkan elektrik lantas mengurangkan bil elektrik anda.Antaranya ialah :
  • Unplugkan perkakas elektrik yang tidak digunakan kecuali peti sejuk.
  • Padam lampu di ruangan yang tiada sesiapa di situ.
  • Sebaik-baiknya guna kipas angin dan elakkan penggunaan penyaman udara.Kalau cuaca terlalu panas,barulah guna.
  • Gunakan satu mentol lampu yang besar berbanding menggunakan mentol yang bersaiz kecil tetapi banyak bilangannya.
  • Tutup suis lampu,kipas atau alatan lain setelah meninggalkan sesuatu bilik atau ruangan.
  • Elakkan penggunaan mesin basuh yang melebihi muatan ataupun muatan penuh.Selain hasil cucian yang kurang bersih,ia juga mengakibatkan penggunaan tenaga elektrik yang tinggi.
  • Pastikan pintu peti ais ditutup rapat setelah digunakan.
  • Freezer yang penuh mengurangkan penggunaan tenaga.Jadi,sekiranya freezer peti anda kosong,penuhkan ia dengan kiub ais supaya tenaga tidak dibuang begitu sahaja.
  • Elakkan menyimpan makanan yang panas atau baru dimasak ke dalam peti ais.
  • Letakkan peti ais pada tempat yang paling sejuk atau mempunyai pengudaraan yang baik.
  • Jika menggunakan penyaman udara,pastikan ruang tersebut tertutup sepenuhnya untuk menjmatkan tenaga.
Senang je kan nak jimatkan bil elektrik di rumah kita,hanya ikut tips-tips di atas,in syaallah bil akan berkurangan setiap bulan.Tak pening dah nak membayar.....
Semoga bermanfaat buat semua....

Sejak semalam lagi dah sibuk membuat persiapan untuk hari graduasi prasekolah Hazim.Anak saya yang kedua.Ye lah tahun ni tahun akhir Hazim bersama cikgu-cikgu prasekolah.Tahun depan dah masuk darjah satu.Alahai keciknya anakku.Tengok kawan-kawan dia semuanya tinggi -tinggi cuma dia je yang tak berapa nak tinggi.hehe..
Petang semalam sibuk buat rehearsel untuk majlis graduasi.Tahun ni majlis diadakan di Rompin Beach Resort yang disertai oleh 8 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri (sekolah anak saya),Sekolah Kebangsaan Leban Chondong,Sekolah Kebangsaan Sungai Mok,Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina,Sekolah Kebangsaan Kampung Kolam,Sekolah Kebangsaan Rompin,Sekolah Kebangsaan Selendang 1 dan Sekolah Kebangsaan Selendang 4.
Majlis dirasmikan oleh Y Bhg. Datin Zurina Binti Yusof.Semua guru besar sekolah yang terlibat turut hadir memeriahkan majlis tersebut termasuk juga guru-guru prasekolah dan ibu bapa pelajar.Penuh satu dewan.Meriah gitu....

Dahlah hari hujan,duduk pula kat dalam dewan berhawa dingin.Memang sejuk kaki tangan nak menunggu majlis bersurai.Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan pelajar-pelajar prasekolah yang terlibat.Jadi taklah bosan sangat,ada juga hiburan.Macam-macam gelagat persembahan bebudak ni.Sekolah Hazim membuat persembahan tarian tradisional.Hazim pun ambil bahagian.Menari kat depan sekali.Lemah gemalai tangan anak aku tu.Ada bakat rupanya dia...hahaha...tapi tak dapat snap gambar..huhuhu...

Hazim terima sijil graduasi...

Paling buat aku tertarik ialah persembahan dari pelajar Sekolah Cina.Nama tarian tu ialah Tarian Lada.Memang terhibur sangat.Selain tu juga ada Tarian Sewang dari Sekolah Sungai Mok.Tarian Sewang ni salah satu tarian tradisional Orang Asli.Sebuah tarian yang unik.Berbakat besar pelajar-pelajar ni walaupun usia masih 6 tahun.
Rugi sebab tak dapat snap gambar persembahan diaorang.Duduk belakang tu yang susah.Ni pun menyelit nak ambil gambar Hazim.Nasib baik dapat sekeping..
Pukul 11 pagi majlis selesai.Dapat dua bungkus nasi minyak cikgu bagi.Alhamdulillah....sedap sangat.Harap-harap ada lagi majlis macam ni untuk anak saya yang ketiga ,Haqim..lagi 2 tahun Haqim akan bersekolah....tak sabar rasanya.....

Jumaat, 14 November 2014

Kebanyakan wanita khasnya yang lepas berkahwin  hanya menjaga kecantikan luaran sahaja.Beli produk untuk cantikkan kulit,nak putihkan kulit,nak hilangkan jeragat,nak kulit tegang dan pelbagai lagi.Tanpa disedari masalah dalaman diabaikan begitu sahaja.Tidak salah untuk tampil cantik tapi biarlah ianya seimbang luaran dan dalaman.Untuk suami juga kan...

Teringat saya akan kisah seorang rakan yang sangat gemar membeli alat mekap untuk cantikkan muka.Memang dia cantik tapi sebenarnya dia ada masalah yang agak berat untuk dikongsikan.Pada mulanya dia malu untuk bercerita tetapi kerana keadaan semakin parah,dia ceritakan juga masalah tersebut.
Dengan rasa sebak dia memberitahu yang suaminya semakin menjauhkan diri darinya sejak akhir-akhir ni.Hubungan intim dah tak seperti dulu.Rumahtangga baru berusia 5 tahun,anak masih kecil.Puas saya berfikir apa sebenarnya masalah mereka.Dia cakap kemaluannya berbau dan mengalami keputihan yang agak teruk.Kalau itu masalahnya,memang patut pun suami lari....mana ada suami nak tahan dengan keadaan yang macam tu.


Ihsan Mr.Google...

KESAN AKIBAT KEPUTIHAN :
  • Merenggangkan hubungan intim.Bau yang tidak menyenangkan mengakibatkan suami semakin menjauh.
  • Rasa rendah diri dan malu.
  • Merasa kurang selesa dengan kehadiran lendiran yang banyak.
  • Mengalami tekanan perasaan.


Tengok tu apa Dr Hamid Arshat cakap tentang keputihan.Ianya boleh menyebabkan kanser jika dibiarkan tanpa rawatan sewajarnya.Kebersihan amat penting supaya jangkitan kuman tidak berlaku.

Setiap masalah ada penyelesaiannya.Jangan risau wahai wanita-wanita yang mengalami masalah keputihan kerana Shaklee ada  produk yang akan membantu mengurangkan masalah tersebut.


FUNGSI SETIAP SET KEPUTIHAN SHAKLEE :

1) Garlic - bersifat antibiotik tinggi membantu menghalang sebarang jangkitan kuman,kulat/yis.Cadangan pengambilan 2 biji sehari iaitu membekalkan 1000 mg ekstrak bawang putih bersamaan 2 ulas bawang putih.

2) Alfalfa Complex - merupakan suplemen anti kulat.Kandungan vitamin dalam Alfalfa dapat membantu membina ketahanan terhadap jangkitan,menggalakkan pertumbuhan sel,melancarkan proses perkumuhan,membantu masalah kencing kotor dan banyak lagi manfaat untuk dalaman wanita.Alfalfa juga menyelesaikan masalah 'miss V' berbau.Bersifat panas dan membantu untuk mengeringkan keputihan.

Keberkesanannya tidak dapat disangkal lagi setelah ramai wanita yang berpuas hati dengan set ini.Cuba lihat beberapa tertimoni pengguna di bawah :


Testimoni masalah keputihan


Testimoni lagi..


Dengan adanya set ini,masalah keputihan dapat dikurangkan malah hubungan suami isteri semakin intim.Jangan segan untuk berkongsi masalah anda kerana anda sendiri yang akan rugi.Cegah sebelum ia menjadi semakin parah....

Hubungi saya untuk mendapat set ini dan anda layak mendapat konsultasi percuma..

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU ,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Kalau masa tu boleh diundur semula alangkah seronoknya....dapat memasuki alam persekolahan semula.Jumpa kawan-kawan,cikgu-cikgu,makan kat kantin sekolah,beratur,naik bas ke sekolah,macam-macam lagi kenangan zaman persekolahan.Rasa nak bersekolah semula.Rindu dengan semua tu....


APA SUBJEK KEGEMARAN SAYA ?


Buku Teks Matematik Tahun 5

1) Matematik

  • Masa sekolah rendah dulu seingat saya dalam tahun 5,saya dapat markah tertinggi dalam subjek Matematik iaitu 90 %...dapat no.1 dalam kelas.
  • Saya suka Matematik sebab kita tak payah nak baca buku,cuma perlu ingat formula je.Lagi satu saya suka nombor.
  • Tak payah study sampai malam-malam untuk baca buku nota.Matematik sangat simple kalau kita ingat semua formula tu.Yang paling penting kena ingat sifir.Tu mesti kena hafal.Kalau tak confirm kena marah dengan cikgu.

2) Sejarah

Buku Teks Sejarah 
  • Masa sekolah menengah pulak,Sejarah saya paling minat.Sejarah mula diperkenalkan di Tingkatan 1.Guru Sejarah saya masa tu Cikgu Jefry.Memang hensem giler.Hehehe....baik pulak tu,sebab tu terus jatuh cinta dengan sejarah.
  • Mula-mula rasa memang susah sebab banyak info pasal sejarah negara yang perlu diingat.Tapi ,lama-lama jadi seronok nak tahu semua tu.Sejarah pasal negeri Melaka,sejarah kemerdekaan dan banyak lagi.
  • Dalam SPM 1998,saya boleh dapat A1 dalam mata pelajaran Sejarah.Punyalah minat boleh skor A.Matematik pulak SPM saya dapat A2.Dua-dua mata pelajaran ni saya skor sebab saya memang minat.
  • Cikgu Sejarah memang baik,lembut je bila mengajar.Tapi cikgu Matematik garangnya,kecut perut setiap kali tiba waktu Matematik.Kalau semua cikgu lembut,murid-murid naik lemak la.Lagi malas nak study.Betul tak?
Cikgu garang ke,baik ke,semuanya untuk masa depan kita.Mereka lakukan yang terbaik untuk menyampaikan ilmu kepada kita agar berjaya di masa hadapan.
Apa pulak subjek kegemaran korang? Sharelah...

TERIMA KASIH , CIKGU....JASAMU TETAP KUKENANG....




Khamis, 13 November 2014

Kebanyakan wanita yang selalunya gemar mengambil vitamin atau suplemen.Tetapi ,berbanding dengan lelaki amat jarang untuk mereka berbuat demikian.Kenapa agaknya? Rasa-rasanya mereka ni terlalu sibuk dengan kerja sehinggakan kesihatan langsung tak diendahkan.Mereka merasakan bahawa wanita sahaja yang perlu ambil vitamin untuk kulit,untuk langsing,nak putih dan macam-macam lagi.Sedangkan lelaki juga perlu ambil vitamin untuk mengekalkan tenaga setelah penat bekerja.

KENAPA LELAKI PERLUKAN VITAMIN ?
Lelaki masa kini memang kuat bekerja dan sangat sibuk.Kesibukan harian membuatkan badan penat dan kekurangan nutrisi dalam pemakanan serta gaya hidup menyebabkan mereka mudah terdedah kepada risiko penyakit merbahaya.



Balik rumah je terus tidur....penat

Lelaki juga tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung,kencing manis,obesiti,strok dan banyak lagi.Ada di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal usia 30 tahun yang membawa kepada masalah kesihatan seperti :
  • Mati pucuk
  • Pembesaran prostat
  • Kelesuan
  • Kurang tenaga dan stamina
Gambar kat atas tu,sama je yang berlaku pada suami saya...asal balik dari kerja terus rebahkan diri kat sofa dan terlelap sampai berdengkur-dengkur.Penat sangat gayanya.Suami saya ni banyak kerja luar kawasan yang memerlukan perjalanan sejauh lebih 100 km hampir setiap hari.Dia seorang yang sangat kuat bekerja (worker holic).Memandu ulang-alik tiap-tiap hari macam tu memang sakit pinggang,badan letih,tenaga memang tak cukup.
Macam mana nak layan anak-anak? 
Sebagai isteri kita memang kesian tengok kalau suami dalam keadaan macam tu setiap hari.Takkanlah kita nak biarkan suami terus berkeadaan macam tu kan.
Untuk menjaga kesihatan dan tenaga seorang lelaki,sebagai isteri kita perlu memberi suplemen semulajadi seperti Omega Guard Shaklee yang banyak manfaatnya untuk lelaki yang kuat bekerja.Kalau ada bajet lebih,kita juga boleh memberikan sesudu teh Vivix Shaklee atau Vitalea buat mereka.Untuk penjagaan kesihatan keseluruhan.Hasilnya ,suami kita akan nampak lebih sihat dan kurang keletihan.

KENAPA LELAKI PERLUKAN OMEGA SHAKLEE ?
  • membantu mengurangkan risiko sakit jantung
  • mengurangkan keradangan
  • menggalakkan fungsi otak,sistem saraf dan fungsi mata yang perlu diperolehi melalui pemakanan.
  • meningkatkan kecergasan dan kesihatan badan
  • membantu mengekalkan tekanan darah normal
  • mengawal tahap kolestrol yang sihat
Harus diingat ye,vitamin bukan dadah,makan sehari terus jadi kuat macam badang.Ia perlukan masa untuk menyeimbangkan nutrien dalam tubuh sebelum menampakkan kesan yang diinginkan.



Mesti tersenyum simpul meleret sampai ke telinga kalau suami kita cakap macam tu kan...
Selain dari menjaga makan minum suami,perkara yang sangat perlu diambil berat adalah kesihatan mereka.Jangan dibiarkan sebelum menjadi semakin parah....

Dapatkan sebarang suplemen Shaklee dari saya....

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU ,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Selasa, 11 November 2014

Lipstik adalah alat make up yang paling penting buat saya.Kalau keluar ke mana-mana cukup hanya dengan memakai lipstik.Saya ni bukanlah jenis yang suka make up sangat.Pakai foundation pastu lipstik sikit dah memadai bagi saya.Tapi kan,lipstik ni mudah sangat hilang dan pudar lebih-lebih lagi bila kita makan atau minum.Tengok-tengok cermin dah tak nampak lipstik.Takkan la kejap-kejap nak kena pakai lipstik.Tapi ,penampilan mesti dijaga terutamanya yang bekerja sebagai penyambut tetamu atau setiausaha.


Ihsan dari google


Bagaimana caranya untuk mengekalkan warna lipstik ni ?? Meh saya kongsikan beberapa tips agar lipstik tahan lama.
  • Pertama sekali,apabila kita pakai foundation,sapukan sedikit di bahagian bibir kerana foundation ni membantu mengekalkan warna lipstik tersebut.
  • Lipstik jenis matte adalah lipstik yang terbaik untuk tahan lebih lama.Tetapi,sebelum memakai lipstik jenis matte,kita mestilah menyapu lip balm terlebih dahulu.
  • Jika lipstik kita mempunyai gloss iaitu berminyak sikit,selepas memakai lipstik tu,ambil tisu dan tekapkan selama 3 saat kemudian tanggalkan tisu tersebut.Dengan cara itu,lipstik akan menjadi lebih matte dan kurang gloss.
  • Selain itu,cara terbaik untuk lipstik tahan lama ialah dengan mewarnakan bibir kita dengan pencil lipstik.Warnanya masih bertahan walaupun selepas makan.Kalau nak pakai lipstik pun boleh tapi oleskan nipis sahaja.
Bolehlah cuba tips tips di atas pada mereka yang sangat mementingkan penampilan.Wajah yang cantik terletak pada warna bibir yang menarik....

Selamat mencuba !


Isnin, 10 November 2014

Tadi terbaca kat group Shaklee pasal Master Zainul akan memberikan satu iphone 6 kepada ahli group secara percuma!!Bukan bagi macam tu je tau,tapi ada syarat-syaratnya.Migrain dibuatnya kalau baca status ni.Mana tidaknya,iphone 6 tu keluaran terbaru Apple ,berharga RM 2,749..mahal tu tapi kita boleh dapat secara PERCUMA je.....untung tuuuu...

Tu dia iphone nya...

Kalau nak tahu,iphone 6 ni memiliki ukuran skrin lebih besar,kerangka kalis air juga keseluruhan binaan badan diperbuat daripada bahan tahan lasak.Macam mana cara nak hilangkan migrain ni sebab serabut sangat memikirkan cara nak dapatkan iphone 6 tu....tolongggg laaa...

Migrain atau sakit kepala tekanan disebabkan oleh tekanan atau stress yang dihadapi oleh seseorang samaada tekanan mental atau fizikal.Jiwa dan pemikiran yang tertekan,tegang,berkecamuk boleh mendatangkan migrain atau sakit kepala.Tekanan pada otot-otot di sekitar leher,kepala dan kulit kepala juga boleh menyebabkan sakit kepala.

Jangan risau,kita boleh cuba kurangkan migrain dengan tips seperti di bawah :

1. Menggunakan rempah
~ Bahan-bahan pedas yang terdapat dalam cili merah boleh membantu mengurangkan migrain kerana ia menjadi ubat penahan sakit.

2. Merendam tangan dalam air dingin
~ Rendamkan kedua-dua belah tangan ke dalam air sejuk selagi anda boleh,mungkin dapat mengurangkan kesakitan akibat migrain dengan cepat.

3. Berada dalam bilik gelap
~ Cuba untuk sentiasa berada di dalam bilik yang gelap semasa serangan migrain.Cahaya tambahan dan berlebihan boleh mendatangkan sakit kepala.

4. Menggunakan teknik Acupressure

hilangkan migrain dengan acupressure 5 Cara Mudah Hilangkan Migrain
Teknik acupressure

~ Teknik ini dilakukan dengan melakukan sesuatu di titik tekanan anda.Ketik sebelah kanan dan kiri dahi,bahu dan bahagian dalam pergelangan tangan anda 3 kali untuk mengawal tenaga dan untuk melegakan migrain.

Selain itu,kita juga boleh mengurangkan gejala migrain dengan mengamalkan B Complex dan Ostematrix Shaklee.

FUNGSI-FUNGSINYA :

  • Vitamin B2 dan B6 telah terbukti boleh mengurangkan kesakitan akibat migrain.
  • Ostematrix mengandungi Kalsium yang bukan sahaja dapat membina tulang dan gigi,malah ia membantu menetap ritma jantung,masalah insomnia,membantu pengaliran gizi keluar masuk dan membantu dalam pembekuan darah.
  • Magnesium yang terkandung dalam Ostematrix membantu untuk mengelakkan pembuluh darah menjadi kejang yang merupakan salah satu punca migrain.
Kita juga mestilah mengetahui penyebab-penyebab yang boleh menjadikan kita diserang migrain.Sekiranya ia berlaku disebabkan oleh pemakanan,maka kenalah jaga makan.

Ingin mencuba set migrain Shaklee ni??? Mudah je , hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Ahad, 9 November 2014

Masa bersalin anak sulung,saya bersalin secara ' sukarela '.Tapi , entah macam mana anak kedua secara paksaan pulak ( induce ).Kalau diingat-ingat memang rasa ngeri sangat....

APA INDUCE TU ?

  • Induce adalah satu proses bersalin yang dilakukan secara paksaan.
  • Induce dilakukan jika tiada tanda-tanda kelahiran walaupun sudah cukup 38 minggu usia kehamilan.
  • Doktor  menggunakan ubat Prostaglandins yang akan dimasukkan ke dalam pangkal rahim (servik).Ubat ini akan membantu pangkal rahim menjadi lembut,menipis dan membuka laluan untuk proses kelahiran.

Ihsan google je..

Agak lucu bila mengenangkan kembali kenapa saya memilih bersalin secara paksa.Haha...
Kisahnya begini,Klinik Kesihatan Rompin sedang dibaikpulih,jadi semua bahagian ditutup kecuali bahagian pusat bersalin dan kecemasan je yang beroperasi.Jadi agak sunyi la keadaannya.Bermula la cerita-cerita seram yang membuatkan saya ketakutan nak bersalin kat situ.Ada orang nampak tu,nampak ni,macam-macam la.Yang pastinya saya takkan bersalin kat situ!!....takutttttt....
Pastu suami pun bagi cadangan bersalin kat hospital swasta di Kuantan.Bagaikan orang mengantuk disorong bantal je.Terus saya bersetuju tanpa fikir banyak.Lega sikit rasanya...Dah tak kira mahal ke murah ke,janji jauh dari tempat tu...
Tapi,perjalanan ke Kuantan agak jauh,pertama kali buat check up kat situ kandungan dah lebih 36 minggu,doktor cadangkan bersalin secara induce kalau nak cepat,lagipun mana sempat masa nak ke Kuantan kalau dah sakit bebenor...sebab saya ni mudah bersalin..saya pun dengan happynya setuju tanpa mengtahui kesan-kesannya.Ingatkan sama je rasanya tapi LAIN....
Saya dibawa ke bilik untuk dimasukkan ubat kat bawah.Agak sakit jugak tapi takpe sebab semangat nak bersalin cepat.Waktu tu tengahari,petang  doktor datang sekali lagi untuk check jalan.Cuma 1 cm..alahai masih kecil bukaannya.Tunggu lagi,tapi masih tak rasa apa-apa....haaaa...malamnya bermulalah episod 'menderita' saya menahan sakit..memula hanya ringan-ringan,makin lama makin sakit,memulas-mulas,rasa nak buang air besar tapi masuk tandas tak pun...keluar lendir sikit-sikit.Kesakitan berterusan sepanjang malam sehinggakan tak dapat nak tidur..huwaaaaa....rasa MENYESAL mula timbul...begini rasanya sakit secara paksa memang berbeza sangat bersalin secara sukarela....masa anak sulung dulu sakit pukul 1 pagi,pukul 3 pagi dah bersalin...mudah sangat...tapi ni sakit punyalah lama air ketuban tak pecah lagi....menanggung la sorang-sorang..suami tak dapat nak tolong....tulah nak sangat bersalin paksa....
Sakit dari malam sampai ke tengahari baru saya di bawa masuk ke bilik bersalin setelah bukaan rahim 8 cm...dah tak ada tenaga untuk saya meneran,besi dipasang dan diikat pada kaki supaya saya berpaut kat besi tu ketika meneran.Nurse dan doktor memberi semangat untuk saya teruskan meneran.Doktor terpaksa gunting sikit kat bawah untuk membuka laluan.Akhirnya pada pukul 1 tengahari ,saya selamat bersalin setelah berhempas pulas menahan kesakitan..lemah longlai rasanya..taubat tak nak bersalin secara paksa lagiiiii....cukup la...




Sabtu, 8 November 2014

Fenomena jeruk asam boi semakin popular apabila semakin ramai mengupload gambar-gambar yang pasti membuatkan kita meleleh air liur.Biasa kita dengar jeruk ini hanya digilai oleh ibu hamil tapi jeruk asam boi ni menjadi kegilaan semua orang.Tak ke pelik tu.Siapa agaknya yang memula mencipta resepi ni.Memang fantastic sehinggakan saya juga terkena penangannya.Heeee..
Hari tu ternampak la orang upload gambar cara-cara membuat jeruk mangga asam boi kat facebook.Memang senang je nak buat tu.Pastu bagaikan nak gila mencari mangga kat pasar,kat lelong,kat pasaraya,semuanya tak ada.Punyalah dasyat viral jeruk asam boi ni.Gigit jari saya tak dapat cari mangga...huhuhu...
Last-last beli online je.Jeruk asam boi pun boleh beli online kauuu...tapi harganya agak mahal.Mahal pun mahal la janji saya dapat makan.Macam orang mengidam pulak dah.Hishh..
Tapi saya masih tak puas hati,rasa nak buat sendiri jugak.Selain mangga,buah epal pun boleh buat jugak.Terus pergi kedai buah beli sebungkus buah epal,kebetulan ada jual asam boi terus grab...Sebungkus buah epal harganya RM 3,asam boi RM 2...modal baru RM 5..saya beli online hari tu sebekas jeruk harganya RM 15...memang berbaloi kalau buat sendiri.Senang je pun...

CARA-CARA MEMBUAT JERUK EPAL ASAM BOI.

  • Buah epal dipotong kecil-kecil tanpa dibuang kulitnya.Guna epal hijau ye.Basuh bersih dan toskan airnya.
  • Gaulkan epal bersama gula,sedikit lada kecil (dihiris) dan asam boi.Lagi banyak asam boi lagi sedap.
  • Gaul sehingga sebati.Kemudian masukkan campuran tersebut ke dalam bekas tertutup dan masukkan dalam peti sejuk.
  • Biarkan ia selama 5 jam barulah boleh dimakan.Kalau lebih lama lebih sedap.


Hasil air tanganku

Anak saya yang kecik tu pun suka makan jeruk ni.Lain kali kalau buat tak payah letak lada,boleh anak-anak makan sekali....Nak tunggu mangga ni ,bila boleh dapat agaknya.....urmmm

Cubalah buat sendiri jeruk asam boi ni.Senang dan sedap...
Selamat mencuba...


Jumaat, 7 November 2014

Penyakit kencing manis semakin menular di kalangan ramai orang tetapi masih ramai yang tidak menyedari bahawa mereka mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapinya.Sedih saya dengar kisah pengalaman seorang pak cik yang sangat STRESS dan merasakan hidupnya gelap apabila doktor mengesahkan bahawa kakinya terpaksa dipotong kerana kencing manis.

" KAKI PAK CIK TERPAKSA DIPOTONG,DAH TAK ADA CARA LAIN "

Masih tergiang-giang perkataan yang diungkapkan oleh doktor yang merawat.Masih adakah cara untuk aku menyelamatkan kakiku ini?? Fikiran beliau terus ligat mencari jalan penyelesaian.Buntu dan semangat untuk terus hidup semakin hilang....
Kalau kaki tidak dipotong,jangkitan akan merebak ke bahagian tubuh yang lain pula.Tapi,kalau kaki dah kena potong , macam mana nak uruskan diri dan jalani hidup seharian? Terpaksa guna tongkat dan berkerusi roda untuk selamanya...Oh ...tidak!!!
Setiap hari pula terpaksa menelan ubat hospital yang dah muak untuk diterima.Terpaksa akur ,kalau tak masalah lain pula yang akan timbul.Ini kerana , penyakit kencing manis boleh membawa kepada :

  • Penyakit jantung
  • Penyakit buah pinggang
  • Luka lambat sembuh
  • Hilang fungsi saraf
Setelah pelbagai usaha dilakukan,akhirnya pak cik tersebut telah menemui ubat kencing manis terbaik untuk merawat luka di kakinya.Apakah ubat terbaik itu??

VIVIX SHAKLEE PENAWAR KENCING MANIS




Ihsan dari google

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE BERTINDAK ?
  • Vivix Shaklee membantu membaikpulih sel-sel badan yang telah rosak.Setiap hari sejuta serangan berlaku yang merosakkan sel DNA manusia.
  • Oleh kerana Vivix Shaklee satu-satunya suplemen yang mampu menembusi DNA manusia,jadi Vivix bertindak memperbaiki dan melindungi sel-sel DNA dengan lebih efektif.
  • Vivix mengandungi resveratrol yang berperanan untuk membantu mengawal bacaan gula dalam darah dengan cara memperbaiki tahap insulin supaya insulin menukarkan gula kepada tenaga.
  • Vivix juga membantu menghasilkan semula tisu yang sihat dan memperbaiki sistem saraf yang rosak yang mengganggu pengaliran darah untuk merawat luka.
Haa..tengok kaki dah elok dan tak jadi kena potong.Alhamdulillah...hanya konsisten dengan pengambilan Vivix sebanyak 2 kali setiap hari berkesan untuk merawat luka akibat diabetes.


Testimoni pengguna Vivix

Ambillah langkah terbaik agar perkara yang lebih buruk tidak berlaku.Suplemen Shaklee adalah dari sumber semulajadi yang selamat dan memang terbukti berkesan.Berbanding ubat yang mengandungi dadah yang memberikan pelbagai kesan sampingan terhadap kesihatan.

Nak dapatkan Vivix dari saya ? Hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma...

Sebotol Vivix berharga RM 475.Beli 2 botol ,terus dapat join ahli dengan penjimatan sehingga 20 % 

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL :norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK & DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Khamis, 6 November 2014

Proses membesarkan anak bukanlah suatu perkara yang mudah.Dari peringkat kehamilan sehinggalah bersalin pelbagai perkara perlu dititik beratkan.Masa mengandung dah banyak masalah , hb rendah,darah tinggi, ni timbul pulak masalah untuk menyusukan bayi.Tambah pulak kalau anak sulung,memang tak ada pengalaman langsung.Pelbagai dilema yang dihadapi termasuklah berat anak tak naik-naik,nurse dah membebel,anak kurang berak,kurang menyusu,kalau menyusu pun sekejap je,bayi tidur tak lena,tidur sekejap-sekejap dan macam-macam masalah lagi yang menghantui.
Persoalannya, Bagaimanakah untuk menghasilkan susu badan yang berkualiti supaya bayi cepat kenyang,kurang meragam dan tidur dengan lebih lena ??

Ihsan google

Jom sama-sama kita kongsikan ...
Ketika seseorang ibu hamil,penghasilan susu bergantung kepada hormon (Endocrine Control System).Apabila hormon-hormon yang berkaitan dengan penghasilan susu berada pada tahap normal,ibu akan mula menghasilkan kolostrum apabila kandungannya mencecah 16 hingga 22 minggu dan semakin bertambah selepas 30 hingga 40 jam selepas bersalin.
Oleh itu,semakin kerap bayi menyusu,lebih banyak susu dihasilkan dengan lebih pantas.Konsep di atas sangat penting agar setiap ibu memahami bagaimana untuk mengawal pengeluaran susu.
Salah satu sebab pengeluaran susu ibu semakin berkurangan ialah ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap.

TIPS PENGHASILAN SUSU YANG BERKUALITI :
1. Kerapkan Menyusu/Mengepam

  • Susukan bayi/mengepam susu sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari.Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam,kejutkan dia untuk menyusu.Pada waktu malam pula,penyusuan tambahan perlu dilakukan setiap 4-5 jam.
2. Jangan Tunggu Payudara Penuh
  • Payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan,ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.Kajian menunjukkan bahawa,tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila penyusuan dilakukan dengan lebih kerap.Ini akan membolehkan bayi anda memperolehi susu tinggi kandungan lemak yang dapat menambahkan berat badan bayi anda.
3. Menyusu Lebih Lama
  • Biarkan bayi menyusu sebelah bahagian dengan puas sebelum memberikan sebelah bahagian yang lain.Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi.
4. Penyusuan Malam
  • Penyusuan pada waktu malam sangat bagus untuk merangsang hormon prolaktin yang berperanan dalam menghasilkan lebih banyak susu.
5. Urutan
  • Teknik urutan yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar.
6. Minum Air Secukupnya
  • Pastikan ibu-ibu meminum air yang secukupnya sepanjang proses penyusuan dan pengepaman susu.Kita digalakkan untuk meminum sebanyak 3L air setiap hari.
Selain itu,kita juga boleh menghasilkan susu yang berkualiti dengan pengambilan suplemen seperti Shaklee.Antara suplemen yang perlu diambil adalah :
  • Alfalfa Complex - sebagai peransang penghasilan susu
  • ESP - membekalkan sumber proten yang lengkap
  • Ostematrix - sumber kalsium
  • B Complex - anti stress dan menstabilkan hormon
  • Vitalea - multivitamin yang lengkap untuk tumbesaran
Kita boleh lihat , graf di bawah yang menunjukkan tumbesaran bayi yang sangat penting untuk kita mengetahui perkembangan anak kita.


Graf tumbesaran bayi..

Kesimpulannya , susu ibu adalah yang terbaik untuk anak-anak.Tumbesaran anak-anak sangat bergantung kepada kepekaan dan usaha kita untuk memperolehi sesuatu yang berkualiti buat mereka..

Saksikan satu video seorang ibu yang panik apabila susunya semakin berkurangan tetapi beliau ingin bayinya menyusu sehingga 2 tahun.Apa yang beliau lakukan ?? Sama-sama kita tonton.



Ibu panik nak tambah susu badan sehingga sanggup....

Jika berminat menyusukan bayi anda sehingga umur 2 tahun,hubungi saya untuk mendapatkan panduan .In syaallah..saya akan membantu....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Rabu, 5 November 2014

Bagi saya anak-anak adalah harta yang sangat bernilai yang perlu dijaga dan diberi perhatian.Perkara yang paling merisaukan ialah apabila mereka sakit,terutamanya demam,selsema,batuk berkahak dan sebagainya.Kena gigit nyamuk hingga merah-merah pun dah naik risau.Tu belum lagi kalau diaorang terjatuh ,lutut berdarah ,kita dah naik cuak...betul tak...So,sebagai ibu bapa apa yang perlu kita lakukan untuk kebaikan mereka ??

OMEGA PILIHAN TERBAIK !



  • Kanak-kanak yang berusia 0 hingga 6 tahun adalah peringkat umur yang sangat kritikal di mana,pertumbuhan otak yang pintar memerlukan makanan yang kaya dengan asid lemak Omega-3,DHA dan EPA.
  • Omega juga bagus untuk sistem imunisasi kanak-kanak terutamanya untuk masalah asma,batuk berkahak,selsema dan ekzema.
BAGAIMANA OMEGA BERFUNGSI ?
~ Untuk masalah asma :
  • Meskipun kanak-kanak lebih terdedah kepada asma,ia boleh dikurangkan dengan memastikan mereka mendapat pemakanan yang dapat mencegah penyakit tersebut.
  • Satu kajian di Hospital Diraja Prince Alfred,Australia menunjukkan mereka yang makan ikan lebih dari sekali seminggu dapat mengurangkan risiko yang berkaitan dengan masalah pernafasan.Hasil dari kajian tersebut,tiada makanan atau khasiat lain yang mempunyai kaitan dalam meningkat atau mengurangkan risiko asma kecuali ikan.
  • Ini membuktikan bahawa pengambilan minyak ikan dapat mencegah penyakit asma terutamanya semasa kecil.
  • Omega Guard Shaklee mengandungi Omega-3 yang kaya dengan Asid Lemak Essential (EFA) dan Asid Docosahexanoic (DHA).Omega-3 inilah yang bertindak mencegah penyakit asma ketika kanak-kanak serta dapat mengurangkan serangan bagi mereka yang menghadapinya.
~ Untuk Perkembangan IQ Dan Kanak ADHD :
  • Tahukah ibu-ibu semua ,DHA adalah suatu unsur penting bagi perkembangan otak anak-anak kita.
  • Oleh kerana kanak-kanak tidak mampu memproses DHA yang mencukupi dalam tubuh berbanding orang dewasa,jadi kita sebagai ibu bapa perlu membekalkan makanan yang bersumberkan DHA secara langsung.
  • Pilihan terbaik untuk anak-anak adalah Omega Guard Shaklee iaitu minyak ikan terbaik di dunia.
TESTIMONI PENGGUNA :

Korang boleh baca pengalaman ibu-ibu yang telah memberikan Omega kepada anak-anak mereka...
Ternyata memang terbaik..




Hubungi saya untuk sebarang pembelian produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.



Selasa, 4 November 2014

Alhamdulillah..sudah masuk bulan November , kita semakin ke penghujung tahun 2014.Cepat betul masa berlalu.Biasalah tiap-tiap bulan Shaklee akan membuat promosi gempak punya 'Beli 6 Percuma 1 '.Dan untuk bulan November ni, Omega Guard adalah produk dipilih untuk promosi tersebut...


Banyak manfaat Omega Shaklee ni...
• Untuk penyakit 3 serangkai (kencing manis,darah tinggi,kolestrol).
• Untuk ibu hamil
• Untuk perkembangan anak-anak
• Untuk masalah ekzema dan radang kulit
• Untuk kurus pun boleh

Omega Shaklee juga sangat istimewa dan berbeza berbanding jenama lain tau...
• Proses penyulingan berperingkat untuk memastikan ianya selamat.
• Dari minyak ikan di lautan dalam
• Kandungan omega 3 yang lebih tinggi
• 100 % tulen dan bersih dari sisa logam yang merbahaya
• Lengkap dengan semua 7 jenis asid lemak omega 3 yang diperlukan oleh badan termasuk DHA dan EPA.

Saya juga ingin melihat anak-anak syurga saya sihat,cergas dan pintar dengan memberikan sebiji Omega buat mereka setiap hari....Anda bagaimana ?

Ingin membuat sebarang pembelian ? Anda boleh hubungi saya ...

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Isnin, 3 November 2014

KEMPEN DRUG FREE DARI SHAKLEE...


Kami dari warga iReach telah melancarkan satu kempen iaitu Sihat Tanpa Ubat.
Kita seharusnya faham perbezaan di antara Shaklee dan ubat.Kalau kita dah tahu dan mengenali Shaklee , pasti kita akan terus tinggalkan ubat yang selama ni kita ambil.Antara perbezaannya ialah :
  • Shaklee merawat PUNCA , ubat menghapuskan SIMPTON.
~ Contohnya : Sakit kepala 
~ Ubat : menghilangkan rasa sakit kepala dengan menjadikan salur darah membesar dan melancarkan peredaran darah.
~ Shaklee : melancarkan peredaran darah secara semulajadi.
Nampak sama tapi tak serupa.Ubat memaksa tubuh kita bekerja, dia PAKSA.Walaupun kita hilang sakit tapi kita TERTEKAN.Bayangkan kalau orang paksa kita makan.Sumbat-sumbat je,kita akan kenyang tapi stress.Betul tak ?
Shaklee pula membuatkan tubuh kita melakukan dengan rela hati.Sebab tu, ubat kesannya cepat manakala Shaklee lambat.

  • Shaklee tiada kesan sampingan , ubat ada kesan.
~ Mengikut 1 kajian, penyakit 3 serangkai iaitu jantung,kencing manis,darah tinggi, adalah berpunca dari pengambilan ubat untuk salah satu masalah.Haaa....harukan makan ubat darah tinggi tapi dapat pakej sakit jantung dan kencing manis.
~ Pengambilan ubat yang overdose boleh menyebabkan kematian.Malah,salah makan ubat pun boleh membawa maut.
~ Tapi , kalau makan Shaklee,makan AJHT (untuk Sendi ) boleh hilangkan rabun pulak.Dan tak pernah dengar ada orang mati sebab terlebih atau salah makan vitamin.Ini fakta ye...
  • Shaklee dari bahan semulajadi , ubat dari dadah.

  • Shaklee mencegah dan membina , ubat merawat.
~ Kalau sakit,makan ubat, sebelum sakit mana boleh makan ubat kan ?
~ Tapi Shaklee,sakit makan ubat , sebelum sakit pun boleh makan untuk memelihara kesihatan...

Ramai yang dah tak makan ubat setelah mengenali Shaklee....

TESTIMONI 


Testimoni pengguna...

Kesimpulannya , pengambilan ubat yang berterusan boleh memberi kesan negatif pada kesihatan..

# DRUGFREE

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

 Anda boleh hubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma..

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog