Khamis, 30 Oktober 2014

Setiap hari pasti ibu-ibu tercari-cari menu sarapan untuk keluarga.Sarapan pagi sangat penting dan perlu diambil setiap hari.Pengambilan sarapan yang mengandungi cukup zat galian,mineral,protein dan vitamin adalah yang terbaik.

KENAPA PERLU NUTRISI LENGKAP UNTUK SARAPAN ?

  • Mempunyai tumpuan dan kreativiti yang lebih baik pada hari tersebut.Ini disebabkan oleh makanan yang diambil semasa sarapan membekalkan lebih gula untuk digunakan sebagai tenaga.
  • Dapat meningkatkan kadar metabolisme badan kerana tidak meninggalkan waktu makan utama.
  • Mempunyai berat badan yang ideal disebabkan kurangnya rasa lapar apabila tiba waktu tengahari.Jadi,ini membuatkan kita makan dalam kuantiti yang sederhana.
ADAKAH TIDAK BERSARAPAN PAGI BOLEH JADI GEMUK ??
  • Kajian menunjukkan , sesiapa yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang sentiasa bersarapan.Kenapa ye ??
  • Sarapan pagi akan menstabilkan hormon dan paras gula dalam darah.Kadar metabolisme juga akan meningkat bagi membantu proses pembakaran lemak.
Tetapi.....apakah makanan yang sesuai untuk sarapan ?? Adakah...
Nasi lemak ? Roti canai ? Teh tarik ?
Semua makanan ini mengandungi kalori dan paras gula yang tinggi yang akan menyebabkan kegemukan.Jadi , apakah sarapan yang sesuai dan terbaik untuk kita ??

Saya kongsikan satu resepi Mealshakes yang simple dan sangat berkhasiat...

Resepi Mealshakes


Semalam saya cuba buat satu resepi Mealshakes yang sesuai di ambil ketika bersarapan.

Campurkan 2 sudu besar Tamar Cocoa bersama sedikit air suam.( Jangan campurkan Mealshakes dengan AIR PANAS )
Tambahkan 3 sudu Mealshakes dan bancuh hingga larut.
Lepas tu,blend sebiji pisang bersama air bancuhan Tamar Cocoa + Mealshakes itu tadi.
Dah siap....sesuai dijadikan sebagai sarapan untuk keluarga...kalau nak minum sejuk pun boleh...memang mengenyangkan...berkhasiat pula tu..rasa jus pisang vanila coklat yang menyedapkan.

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com



Rabu, 29 Oktober 2014

Lagi 2 hari promosi ESP ' Beli 6 percuma 1 ' akan berakhir.Lepas tu,harga kembali kepada asal.



Tahukah anda bahawa , kekurangan asid amino boleh menyebabkan kehilangan semangat dan rasa gelisah ?
Kekurangan tirosin dan triptofan memberi kesan kepada penghasilan neotransmitter yang mencetuskan ketenangan ,fokus,kepekaan serta minat.

APA ITU TRIPTOFAN ?

  •  Triptofan adalah asid amino perlu yang tidak dihasilkan oleh tubuh kita.Ia hanya boleh diperolehi daripada pemakanan.
  • Tirosin disentesis oleh tubuh daripada pengambilan asid amino perlu yang perlu diperolehi dari pemakanan iaitu fenilalanin.
  • Fenilalanin terdapat dalam makanan kaya protein dan susu ibu.
  • Kekurangan fenilalanin akan menimbulkan beberapa masalah kesihatan seperti kurangnya memori,nafsu makan menurun,stamina rendah dan kurang berwaspada.
Jadi,kepada mereka yang mempunyai masalah kurang bersemangat,selalu rasa down,eloklah ambil ESP Shaklee yang mengandungi 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee ?
Hubungi saya untuk pembelian dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Selasa, 28 Oktober 2014

Banyak lemak ...Oh tidakkk!!!! Masalah perut buncit,lemak yang kian menebal kat perut sering dialami oleh semua orang.Orang kurus pun ada lemak tau.Jangan ingat orang gemuk je perut buncit tapi orang kurus pun ada masalah lemak kat perut.Macam mana tu???

Tips hilangkan lemak di perut.

Jom saya kongsikan beberapa tips untuk menghilangkan lemak di perut..
Antaranya ialah :

  • Ambil sarapan.Jangan sesekali tinggalkan atau skip sarapan.
  • Makan dengan kerap dalam kuantiti yang kecil.
  • Ambil lebih serat.
  • Kurangkan pengambilan gula.
  • Makan lemak yang sihat.
  • Bijak dalam memilih makanan di luar.
Selain 6 tips di atas,salah satu perkara penting yang perlu anda ketahui ialah pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 3L setiap hari.Pastikan korang minum air kosong ye bukan air manis secukupnya.Ia akan membantu dalam proses penghadaman dan metabolisme badan kita.

Semoga bermanfaat buat semua....




Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa ESP Shaklee ni banyak manfaatnya.Memula beli tu untuk satu tujuan je misalnya untuk penyusuan bayi,nak hilangkan gastrik, tetapi bonus lain pulak yang dapat.Haaa...memang untung la kalau beli ESP ni....Cuba korang tengok testimoni pengguna kat bawah tu...


Testimoni pengguna ESP

Suami beliau belikan ESP ni untuk masalah gastrik.Alhamdulillah...gastrik dah berkurangan.Sebab ESP bersifat alkali yang akan meneutralkan asid di dalam perut.Yang bestnya,berat badan beliau juga  turun sebanyak 10 kg dalam masa 10 bulan! Banyak tu...ESP kan memberi rasa kenyang...
Lagi satu,masalah haid yang tidak menentu pun dapat diatasi dengan ESP.Period setiap bulan...Beliau amat berpuas hati dengan ESP !.Yang penting kita mesti konsisten dengan setiap pengambilan produk.
Promosi ESP pun dah tinggal 3 hari je lagi....rugi tak borong ni....masih sempat lagi ni..cepatttt   sebelum terlambat....

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


Ramai yang beranggapan bahawa B Complex Shaklee menyebabkan selera makan dan berat badan bertambah.Ada yang takut nak ambil B Complex nanti akan bertambah gemuk.Tanggapan itu SALAH !!

B Complex Shaklee

B Complex bukan sahaja berfungsi untuk menambahkan berat badan,tetapi ada yang mengambil B Complex untuk menyelesaikan masalah kesihatan seperti :
  • masalah migrain
  • bekalkan tenaga seharian
  • bekalkan asid folik untuk ibu hamil
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • kesihatan kulit
B Complex membuatkan kita merasa cepat lapar dan orang yang nak kurus tak boleh ambil B Complex ke ???

Sebenarnya , B Complex meningkatkan metabolisme karbohidrat,lemak dan protein (makanan) menjadi tenaga.Apabila tenaga meningkat,kita akan menggunakan tenaga tersebut.Bila badan penat,kita akan terdorong untuk makan.Itulah punca utama kenapa ada yang mengatakan B Complex menyebabkan selera makan bertambah.

B Complex sebenarnya menambah sel darah merah yang berfungsi untuk mengangkut nutrisi ke seluruh badan.Apabila orang yang ambil itu tidak cukup nutrisi dan berat badan,pertambahan sel darah merah akan membantu melancarkan peredaran nutrisi,jadi berat dan seleranya bertambah.Tetapi,orang yang biasanya tiada masalah tak terkesan dengan keadaan ini.

B Complex adalah vitamin asas yang sangat penting untuk keperluan badan kita.Kesihatan pun akan bertambah baik.

Berminat dengan sebarang produk Shaklee? Hubungi saya untuk membuat pembelian dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Sabtu, 18 Oktober 2014

Selama tempoh lebih 5 dekad,syarikat Shaklee telah menerajui barangan dan produk kesihatan secara semulajadi yang terulung di dunia.Mempunyai rangkaian pengedar jualan terbesar di Malaysia.Shaklee juga mempunyai pakar-pakar dalam penyelidikan nutrisi yang sentiasa memastikan produk Shaklee sentiasa SELAMAT , sentiasa BEKERJA , sentiasa HIJAU...Di Shaklee ,mereka percaya alam semulajadi adalah jawapan kepada kehidupan yang lebih panjang,sihat dan produktif.

SEJARAH PENUBUHAN SHAKLEE...

Pengasas Shaklee


Dr Forrest C. Shaklee merupakan pengasas Shaklee yang bertanggungjawab dalam mencipta produk yang boleh meningkatkan kesihatan manusia.Pada tahun 1915,beliau telah mencipta ' vitalized minerals ' iaitu multivitamin yang pertama di dunia.Dan pada tahun 1956,beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia.Waaa...hebatkan semuanya yang pertama di dunia...serba sedikit perkongsian tentang sejarah legasi Shaklee ni..
Lagi satu ,Shaklee juga adalah syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan " Climate Neautral " iaitu mengimbangi sepenuhnya pembebasan Co2 yang menghasilkan impak sifar ke atas alam sekitar.

SET-SET KESIHATAN DALAM SHAKLEE:
Antara set-set kesihatan yang terdapat dalam Shaklee adalah :

1.  Set Penyusuan - ESP & Alfalfa Complex (set bajet)
~ Meransang penghasilan susu ibu dan mengatasi masalah ekzema pada bayi.



2.  Set Suami Isteri - Vitamin E + Ostematrix + Alfalfa Complex + GLA Complex
~ Penting untuk kesihatan ptostat,mengembalikan tenaga untuk suami dan isteri yang penat bekerja.



3. Set Kanak-Kanak - Omega Guard & Mealshakes
~ Untuk kecerdasan otak kanak-kanak,membantu tumbesaran dan mengekalkan tenaga mereka.



4.  Set Berpantang -  ESP + Vitalea + B Complex + Vitamin C + Zink Complex
~ Mengembalikan tenaga ibu,menstabilkan hormon,anti stress,membaiki tisu yang rosak dan membantu masalah sembelit.


Dan pelbagai lagi set-set yang hebat untuk kesihatan tubuh badan kita.Ramai pengguna yang telah berpuas hati dengan keberkesanan produk ini.Kalau korang nak tahu,bulan ni adalah promosi produk yang paling HOTTT dan TERLARISSSS iaitu ESP...Beli 6 percuma 1...hanya di bulan Oktober.Setiap bulan mesti Shaklee ada buat promosi satu produk istimewa buat ahli-ahlinya.

PERBEZAAN SHAKLEE:

 SENTIASA SELAMAT 
  • Lebih 83,000 ujian kualiti setiap tahun
  • Menjalankan lebih 350 ujian ke atas bahan-bahan botani yang baru
  • Jaminan dan kesucian
  • 100 % kepuasan dijamin
SENTIASA BERKESAN 
  • 100 kajian klinikal diterbitkan
  • 55 paten
  • 54 pingat emas Olimpik dimenangi oleh atlet yang menggunakan produk Shaklee
  • Landmark study
SENTIASA MESRA ALAM
  • Tiada perasa tiruan
  • Tiada pemanis tiruan
  • Tiada ujian haiwan
  • Tiada bahan kimia
  • Pembungkusan adalah bebas bisphenol -A (BPA),phthalates dan dakwat toksik.
  • Pembungkusan menggunakan bahan kitar semula


Berminat dengan sebarang produk Shaklee?
Hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Jumaat, 17 Oktober 2014

CABARAN 16 DAYS - PHOTO CHALLENGE

Day 2 - SOMETHING BLUE

Hari kedua berkisahkan tentang sesuatu yang berwarna biru.Kebanyakan barang saya ni pelbagai warna.Mana yang berkenan di hati itu yang saya ambil.Tak kiralah warna apa pun asalkan cantik.

Kerusi biruku..

Kerusi inilah yang saya gunakan setiap hari untuk mengadap laptop.Banyak jasanya pada saya.Duduk di kerusi tu sambil update blog,menyusukan anak,mendodoikan anak tidur,salin nota,layan facebook..hehe...Kadang-kadang tu jadi mainan anak-anak kerusi ni.Kerusi beroda best kalau main tolak-tolak.Ermm...boleh jugak macam tu..
Sebenarnya warna biru merupakan salah satu warna yang saya suka.Rasa tenang je bila melihat warna biru lebih-lebih lagi bila tengok air laut.Lama dah tak pergi pantai..huhuhu..memang mendamaikan...


Khamis, 16 Oktober 2014

Day 1 - HANDWRITING

Hari pertama bermulanya cabaran bagi Photo Challenge ni.Tajuknya berbunyi 'Handwriting '..atau tulisan tangan.Tulisan ni ada pelbagai jenis dan fesyen mengikut empunya tangan.Ada senget ke kiri,senget ke kanan ,jenis menegak dan sebagainya.Jangan dipanggil tulisan cakar ayam sudahlah.Buruk beno rupanya..hehe


Tulisan tanganku...


Takdelah cantik sangat tulisanku tapi boleh lah dibaca.Saya menulis dengan tangan kanan.Berbeza dengan i punya suami,tangan kiri.Tulisan suami pula jenis senget ke kanan dan bersambung.Agak payah juga nak membaca.Macam tulisan doktor tapi bukan doktor pun...huhuhu.Saya pula jenis suka menulis sebiji-sebiji hurufnya,bukannya apa mudah untuk difahami.Anak-anak saya yang dah bersekolah semuanya menulis dengan tangan kanan.Ikut ibu dia la...
Apa pun jenis tulisan,tangan mana yang korang guna ,itu tidak menjadi masalah asalkan boleh menulis dengan sempurna.Bersyukur dengan kurniaan ini..alhamdulillah...


Salam Jumaat yang penuh keberkatan.Semoga apa yang kita lakukan hari ini lebih baik dari semalam.
Tazkirah skit pepagi ni...
Gemuk ? Banyak lemak ? Baju banyak dah yang sendat ? Korang mesti alami masalah sebegini kan.
Semua orang menginginkan badan selim melim dan cantik.Yang penting ,kita mesti mendapat panduan tentang cara menguruskan badan dengan betul.Sekarang ni pelbagai jenis produk untuk kuruskan badan yang terdapat di pasaran.Kita mesti bijak memilih supaya misi untuk mendapatkan badan yang ideal tanpa kesan sampingan.
Salah satu produk terbaik untuk kuruskan badan ialah Set Kurus Shaklee.

3 Konsep iaitu Bakar,Buang & Bina...

Dengan 3 konsep yang disarankan iaitu Bakar,Buang dan Bina, set ini mampu menurunkan badan anda berkilo-kilo.

  • Bakar - proses memecahkan lemak dan kolestrol 
  • Buang - proses menyingkirkan lemak dan toksin 
  • Bina - proses membina otot yang kuat supaya kulit tidak menggeleber
TESTIMONI PENGGUNA 


Kurus dengan Shaklee


Ini adalah testimoni terbaru dari sahabat saya.Beliau memula dulu consume dengan Alfalfa dan Lecithin.Kemudian,try pulak ambil Cinch Shake yang ada 3 perisa tu (vanila,coklat dan latte).Pilih salah satu je ye.Lepas tu ,beliau tambah lagi dengan Herblax yang terbaik untuk proses detox.


Testimoni Set Kurus Shaklee


Tengok perubahan pada bentuk muka beliau,dulu muka agak tembam tapi sekarang dah comelll you.!!!Kulit pun cantik...
Sekarang ni beliau maintain dengan produk Herblax,Lecithin dan Alfalfa...
Korang tak teringin ke nak kurus macam kawan kita tu...Bukan sahaja kurus,kulit cantik dan badan pun sihat..Alhamdulillah...Syarat utama untuk kurus adalah KONSISTEN ...
Pastikan korang mendapat panduan cara-cara pengambilan produk dan konsultasi yang betul ye..
Hubungi saya untuk membuat pembelian sebarang produk dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Rabu, 15 Oktober 2014

Dah tengahari ni,korang semua dah masak ke untuk suami dan anak-anak.Mereka pasti menantikan masakan yang enak dari air tangan kita sendiri.Kebersihan terjamin dan cara pengendalian makanan mestilah betul.Hari ni ,saya nak berkongsi tentang tips pengendalian makanan yang wajib kita ketahui dan diamalkan.Jom kita share..

Amalan pengendalian makanan.


TIPS PENGENDALIAN MAKANAN :

  • Korang suka makan ulaman tak ? Haa ini tips penting,sayuran yang dimakan mentah seperti taugeh,daun kesum dan ulaman perlu direndam dengan air garam terlebih dahulu untuk mengelakkan daripada jangkitan e coli.
  • Kalau nak beli ayam segar pula , pastikan membeli pada waktu pagi kerana bakteria pada ayam masih sedikit.Tapi kalau beli masa tengahari,balik ke rumah terus cuci ayam tu dan masukkan ke dalam peti sejuk beku sebelum dimasak untuk mematikan bakteria tersebut.Ayam dimasak dengan sempurna kerana bakteria tidak mati dan akan aktif semula apabila makanan itu sejuk.
  • Panaskan makanan setelah sejuk.Elakkan memakan makanan yang telah sejuk selama lebih 4 jam.Perlu dipanaskan sehingga mendidih.
  • Elakkan letak senduk nasi dalam periuk kerana pemegang senduk mungkin ada bakteria dari peluh tangan kita.
  • Elakkan memakan telur separuh masak kerana mengandungi banyak bakteria yang boleh menyebabkan demam panas dan kekejangan otak dan pastikan telur dibasuh sebelum digunakan.
  • Makanan sejuk beku seperti nuget,daging burger,sosej perlu digoreng terus selepas dikeluarkan dari peti sejuk beku.Jangan biarkan makanan berada pada suhu bilik kerana boleh mengundang bakteria.Pastikan menggoreng dengan minyak yang betul-betul panas.
  • Pastikan tukang masak bersih semasa memasak kerana 95 % penyakit berjangkit dalam rumah berpunca dari tukang masak.Sebab itu peniaga perlu mengambil suntikan vaksin untuk mengelakkan dijangkiti penyakit dan menyebarkan kepada orang lain.
  • Pastikan makanan dan minuman dalam tin dibasuh dahulu sebelum digunakan untuk elakkan kencing tikus.
  • Jika makan di kedai,pastikan basuh atau lap sudu terlebih dahulu sebelum digunakan.
  • Pastikan makanan yang dibungkus dengan polisterin perlu dilapikkan dengan plastik untuk mengelakkan pengaktif sel-sel kanser yang terdapat pada polisterin.
Semoga kita mengamalkan pengendalian makanan dengan betul untuk mengelakkan penyakit berjangkit dan menjamin kesihatan diri...
Semoga bermanfaat buat semua..

Selasa, 14 Oktober 2014

Peria memang mempunyai rasa yang agak pahit.Walaupun pahit ia mengandungi pelbagai khasiat yang tersembunyi.Jeng jeng jeng...macam seram je bunyinya....hihi.Kebanyakan herba yang pahit memang mempunyai banyak manfaatnya.

Gambar: PERIA BANYAK KHASIAT

Saya suka makan peria sebagai ulam atau dimasak sebagai lauk dalam hidangan makanan.

Setiap 100 gram peria mengandungi 0.8 gram protein untuk membina tisu badan, 2.9 gram karbohidrat untuk tenaga, 0.9 gram fiber untuk penghadaman dan 56 miligram kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

Oleh kerana peria mempunyai banyak khasiat, ia dapat meningkatkan sistem daya tahun bagi mengurangkan jangkitan kuman pada kulit yang menyebabkan bisul, kudis buta dan gatal-gatal. 

Bagi pesakit gout, lelah, darah tinggi dan kencing manis juga sesuai mengamalkan peria sebagai suplemen dalam pemakanan mereka. 

Rasanya memang pahit, dan kebanyakan herba yang pahit mengandungi banyak manfaat.

http://drzubaidi.com/blog
Peria katak

Salah satu jenis peria yang biasa dibuat ulam ialah peria katak.Pahit-pahit pun sedap makan berulam bersama peria katak ni.Bertambah nasi tau apalagi kalau ada budu atau belacan.perghhh..
Setiap 100g peria mengandungi 0.8g protein untuk membina tisu badan,2.9g karbohidrat untuk tenaga,0.9g fiber untuk penghadaman dan 56mg kalsium untuk menguatkan gigi dan tulang.

KHASIAT PERIA :

  • Meningkatkan sistem daya tahan bagi mengurangkan jangkitan kuman pada kulit yang menyebabkan bisul.kudis buta dan gatal-gatal.
  • Bagi pesakit gout,lelah,darah tinggi dan kencing manis amat sesuai diamalkan sebagai suplemen dalam pemakanan mereka.
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu
Kalau dah mujarab sebagai ubat ,pahit macam mana sekalipun sanggup ku telan...asalkan kesihatan bertambah baik.Betul tak kawan-kawan...mulai hari ini mari kita sama-sama makan ulam peria ni.

Semoga bermanfaat buat semua...:)

Ahad, 12 Oktober 2014

Makin ramai rakyat negara kita yang mengidap penyakit kronik seperti serangan jantung,strok dan kanser akibat ROKOK .Kita dah sememangnya mengetahui yang rokok sangat mengancam nyawa bukan sahaja pada si perokok bahkan kepada orang sekeliling.Tapi yang peliknya mereka masih mahu menjadi perokok tegar.Kenapa ye? Itu lah dikatakan ketagihan.Susah nak berhenti...

KANDUNGAN UTAMA ROKOK.

Bahan yang terkandung di dalam rokok.

Rokok mengandungi nikotin yang merupakan salah satu bahan toksik di dalam rokok yang menyebabkan ketagihan.Nikotin adalah salah satu radikal bebas yang boleh merosakkan DNA sel badan kita.

APA AKIBATNYA JIKA DNA ROSAK ?
  • Setiap sel kita mengandungi DNA.DNA merupakan bahan asas yang menentukan sel-sel terbentuk dengan sihat.Jika DNA rosak ,maka sel-sel pun rosak.Akibatnya akan berlaku mutasi DNA.Sel-sel yang mengandungi DNA mutasi akan membentuk kanser atau penyakit-penyakit lain.

Perbezaan paru-paru perokok tegar dan bukan perokok.

BAGAIMANA VIVIX SHAKLEE MEMBANTU PEROKOK TEGAR ?


berhenti merokok dengan vivix shaklee
Vivix Shaklee

  • Vivix bertindak dengan cara memulihkan semula struktur DNA yang telah rosak dan seterusnya menghasilkan sel-sel yang lebih sihat.
  • Anti oksidan yang tinggi yang dapat memperbaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok.
  • Kaya dengan anti oksidan mampu mengurangkan ketagihan nikotin.
TESTIMONI PENGGUNA YANG TELAH BERJAYA BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX :

Testimoni 1





Testimoni 2

Testimoni 3

Pengalaman perokok tegar yang mengambil Vivix merasa rokok pahit seperti hempedu,dah tak rasa best.Hisap sebatang pun dah rasa nak muntah.Lama kelamaan ketagihan untuk merokok mulai hilang dan terus berhenti.Alhamdulillah....yang penting niat kita tu...In shaa allah Allah akan tunjukkan jalan.
Selain berhenti merokok,pengguna Vivix juga akan merasai kelainan seperti badan lebih bertenaga,kulit makin cantik,paras kolestrol menurun dan kesihatan bertambah baik...

Jom cuba Vivix untuk menambah baik nilai kehidupan kita...
Hubungi saya untuk info lanjut :

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Harga rokok naik lagi !! Tetapi itu tidak melunturkan semangat perokok tegar untuk terus merokok.Walaupun pelbagai kempen kesihatan dilakukan , namun ia tidak memberi kesan sama sekali.Bagai mencurah air di daun keladi...Merokok memang membahayakan kesihatan,bukan sahaja kepada perokok malah orang di sekeliling turut merasai kesannya.



KESAN AKIBAT ROKOK:

1. Risiko berpenyakit bahaya seperti strok,serangan jantung dan kanser paru-paru.
  • Bahan kimia yang dibebaskan oleh asap rokok akan menjejaskan organ-organ dalam badan.Merokok menambahkan risiko penyakit merbahaya dan menyebabkan 10-12 % dari kematian di Malaysia.Strok (angin ahmar ),serangan jantung dan kanser paru-paru amat berkait rapat dengan tabiat merokok.
  • Strok disebabkan oleh salur darah tersumbat di dalam otak.Sebahagian badan akan menjadi lumpuh dan berkemungkinan akan maut.
  • Kesan nikotin akibat merokok akan merosakkan saluran darah.Dinding salur darah akan menjadi tebal dan sempit dan menyebabkan aliran darah menjadi sukar.
2. Asap rokok mengancam kanak-kanak
  • Perokok pasif adalah orang yang dipaksa menyedut asap rokok basi yang datang dari perokok.Kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok basi adalah lebih tinggi berbanding dengan kepekatan asap yang disedut oleh perokok secara aktif.
  • Anak-anak yang terdedah kepada asap rokok basi ini mengalami risiko lebih tinggi untuk mendapat batuk,asma serta jangkitan paru-paru serta telinga.
3. Mengakibatkan mati pucuk
  • Nikotin menyebabkan saluran darah ke zakar menjadi sempit dan tersumbat.Kemampuan menghasilkan ereksi akan berkurangan dan nafsu seks akan menjadi lemah.
  • Selain itu,kualiti sperma juga akan terganggu.


BAHAN TOKSIK DALAM ASAP ROKOK :
Terdapat beribu-ribu jenis bahan kimia di dalam asap rokok.Berikut adalah beberapa jenis bahan kimia yang kerap dijumpai.


Bahan kimia dalam rokok
Sumber bahan kimia
MetanolBahan Api
NitrobenzenaGasolin
Karbon MonoksidaAsap kereta
ButanaCecair pemetik api
RaksaLogam dalam jangka suhu
Vinil KloridaBahan utama plastik
ToulenaPelarut industri
AmmoniaPencuci lantai
ArsenikRacun tikus
KadmiumBahan utama bateri alkali
StearikBahan utama dalam lilin
SianidaRacun berbisa


Berhentilah merokok,kalau bukan untuk diri anda,lakukanlah untuk keluarga terutamanya anak-anak.
Kesihatan amat bernilai.Hargailah ia sebelum terlambat....

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : AREA KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan:
NOREHAN SAAD
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


Jumaat, 10 Oktober 2014

Kita disarankan untuk meminum air sebanyak 8 gelas atau 3L sehari.Ramai yang beranggapan bahawa minum air banyak adalah lebih baik untuk badan mereka.Namun,tahukah anda semua bahawa minum air secara berlebihan dari keperluan badan akan mengundang bahaya ? Korang tahu tak ianya memberi kesan terhadap kesihatan kita.




KESAN MINUM AIR BERLEBIHAN :
  • Minum air melebihi jumlah yang diperlukan akan meningkatkan jumlah isipadu darah anda.Sekiranya isipadu darah meningkat di dalam badan,ia akan membebankan jantung dan salur darah anda.
  • Jumlah air yang banyak di dalam badan juga merupakan salah satu sebab kerosakan buah pinggang.Buah pinggang perlu bekerja ' lebih masa ' untuk menapis air yang berlebihan keluar dari sistem peredaran darah dalam badan anda.Sistem penapisan dalam badan pada buah pinggang adalah terdiri daripada beberapa siri kapilari khas yang dikenali sebagai Glomeruli yang akan menukar darah kepada urin.Glomeruli boleh rosak disebabkan oleh kesan haus dan geseran.
  • Minum air terlalu banyak sebelum atau semasa bersenam akan meningkatkan kandungan cecair di dalam badan dan otak,seterusnya menyebabkan sel otak mengembang dan menyebabkan sakit kepala,muntah-muntah,mual dan boleh mengakibatkan kematian.
  • Untuk mengelakkan ini daripada berlaku,minum air secukupnya untuk menghilangkan dahaga atau minumlah minuman isotonik seperti Performance Drink Shaklee yang mengandungi vitamin dan eletrolit bukan semata-mata air.
BERAPAKAH JUMLAH AIR YANG OPTIMUM UNTUK KESIHATAN YANG BAIK ?
  • Kuantiti air yang diperlukan bergantung kepada diet harian kita,amalan bersenam dan persekitaran.Apa yang penting,kita memerlukan cecair yang cukup untuk menggantikan kehilangan cecair setiap hari samaada dalam brntuk peluh,urin,pernafasan dan proses tubuh yang lain.Itu semua memerlukan 8 - 10 gelas air setiap hari.
  • Apabila korang dah makan makanan yang mengandungi jumlah air yang banyak seperti buah-buahan,sayur-sayuran serta serat penuh yang sudah terkandung lebih kurang 4 cawan cecair,korang perlu menambah sekurang-kurangnya 4 - 6 gelas lagi air.
  • Jika korang tidak banyak menggunakan garam dan rempah ratus dalam masakan,keperluan minum air korang adalah lebih rendah.Berbanding dengan penggunaan garam dan rempah ratus yang banyak,korang perlu minum beberapa gelas air dalam sehari.

Sumber: kevinzahri.com.

Rabu, 8 Oktober 2014

Ramai yang tertanya-tanya apa benda SOHO tu.Bunyi macam shopping kompleks je.Kalau perempuan mesti itu dalam fikiran.Shopping manjanggg...
SOHO bermaksud Small Office Home Office.SOHO ni sesuai untuk mereka yang bekerja hanya di rumah contohnya seperti surirumah atau WAHM ( work at home mom ) yang menjalankan sesuatu bisnes misalnya Shaklee..hehe..Dengan adanya SOHO ,ia akan memudahkan kita untuk melakukan aktiviti yang berkaitan dengan bisnes tersebut.Tak kiralah ruangan tu besar atau kecil,asalkan boleh dimanfaatkan.Takdelah berserabut sangat kalau ada ruangan khas disediakan untuk tujuan bisnes atau apa sahaja yang berkaitan dengan office di rumah.

SOHO kami

Kenapa saya sebut 'SOHO kami' ? sebab kat situlah office rumah saya dan suami.Kitaorang kongsiii...Waktu siang saya yang guna dan suami pula waktu malam dia akan duduk kat situ.Benda yang paling penting yang saya rasa perlu ada di setiap SOHO mestilah laptop dan printer.Nak update blog,print dokumen,nak google info dan macam-macam lagi.SOHO kami hanyalah ruangan yang agak kecil tapi sudah memadai buat kami walaupun nampak tidak kemas..hehehe...
SOHO kami juga berhampiran dengan buai anak,tempat mereka bermain dan tempat study diaorang untuk memudahkan saya melihat dan mereka berada depan mata saya.Sambil-sambil dodoi anak tidur tu, bolehlah update blog, cari info pasal Shaklee,sharing pasal produk , ermm macam-macam boleh buatkan bila kita ada SOHO...


Air kosong?? Pasti ramai yang kurang gemar dengan air kosong.Ye tak ? Tiada rasa ,tawar dan berwarna putih.Tahukah anda semua , secara puratanya 75 % dari jisim tubuh manusia terdiri daripada air? Otak kita mengandungi 75 % air, 92 % dari darah dalam badan adalah air, 22 % dari kandungan tulang adalah air dan 75 % daripada otot juga merupakan air.Sebab itu,kita disarankan  meminum sebanyak 8 gelas air kosong bagi memastikan tubuh kita mendapat air yang mencukupi.Ini adalah kerana,secara purata dalam sehari seorang dewasa akan hilang sebanyak 10 cawan air dari dalam badan hanya dengan bernafas,berpeluh,membuang air kecil dan besar.


Air kosong

Selain itu,faktor yang memerlukan kita meningkatkan pengambilan air kosong adalah seperti cuaca,senaman,penyakit,penyusuan bayi dan ibu mengandung.Meminum air kosong juga akan meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan membuatkan kita rasa lebih kenyang.Haaa...tips ini bagus untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan...
Apa pula yang terjadi jika badan kita kekurangan air ? Dan kandungan air yang berlebihan dalam badan juga boleh mengundang bahaya.Jom kita kongsikan  kesan kekurangan meminum air kosong ini..

KESAN KEKURANGAN AIR DALAM BADAN :

1. Fatigue
  • Ini adalah keadaan di mana aktiviti enzim dalam badan sangat perlahan akibat kekurangan air yang menyebabkan kita cepat berasa penat dan lemah atau dikenali sebagai fatigue.
2. Tekanan Darah Tinggi
  • 92 % dari kandungan darah adalah air,jadi apabila air dalam badan tidak mencukupi,darah kita akan menjadi pekat dan menyukarkan perjalanan darah.
3. Penyakit Kulit
  • kekurangan air dalam badan akan menghalang proses pembuangan toksin melalui kulit iaitu perpeluhan.Toksin akan terperangkap di dalam kulit yang akan menyebabkan jerawat,dermatitis,psoriasis,kedutan dan tona tidak sekata.
4. Kolestrol Tinggi
  • Apabila dalam keadaan nyahidrat atau dehydration ,badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak kolestrol bagi menghalang kehilangan air dari sel dalam badan.
5. Masalah Penghadaman
  • Air kosong mengandungi zat-zat alkali dan mineral seperti magnesium dan kalsium yang membantu dalam proses penghadaman makanan.Kekurangan zat-zat tersebut boleh menyebabkan penyakit seperti gastritis,ulser perut,sembelit dan asid reflux akibat ketidakhadaman sesetengah makanan.
6. Penyakit Buah Pinggang dan Pundi kencing
  • Kekurangan air dalam badan akan menyebabkan toksin dan bahan buangan asid tidak dapat disingkirkan dari dalam badan.Pengumpulan toksin dan asid dalam badan akan menggalakkan pertumbuhan bakteria yang membawa kepada penyakit seperti jangkitan kuman,inflamasi dan kesakitan.
7. Proses Penuaan Awal
  • Sekiranya dehidrasi yang dihadapi adalah kronik,segala organ utama dalam badan akan lemah dan gagal untuk berfungsi dengan baik terutamanya berlaku pada organ terbesar pada badan manusia iaitu kulit.Jadi proses kedutan akan cepat berlaku.Cepat la tuaaa....ohhh tidaaakkk...
Memanglah air kosong tu tawar rasanya tetapi sangat bagus untuk kesihatan....
Makan suplemen pun memerlukan kita minum air kosong yang banyak untuk memudahkan proses penyingkiran toksin dalam badan.Jangan lupa ye..
Semoga bermanfaat buat semua..

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU DAN TG GEMUK.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


Selasa, 7 Oktober 2014

Zaman kanak-kanak merupakan suatu kenangan yang termanis dalam hidupku.Namun,apakan daya waktu yang berlalu tidak mungkin dapat diputar kembali.Zaman kanak-kanak dahulu amat berbeza dengan zaman kanak-kanak sekarang ni.Memang jauh sangat bezanya.Betul tak?
Kanak-kanak di zaman ini sibuk dengan gajet-gajet,telefon,tab,play station,bermacam-macam jenis game lagi.Berbanding dengan zaman kanak-kanak yang dulu ,persahabatan dieratkan melalui permainan tradisional kanak-kanak.

PERMAINAN POPULAR KANAK-KANAK ZAMAN DAHULU :
1) Galah Panjang

Permainan Galah Panjang

2) Ketinting

Permainan Ketinting

3) Bola Tin


Permainan Bola Tin

Dulu masa kecik-kecik,rumah nenek saya dekat dengan sungai.Kat belakang rumah je.Haha..jadi kitaorang ramai-ramai pakat mandi sungai je la.Bila time cuti sekolah je,mesti ke rumah nenek.Selain tu,depan rumah nenek pulak kawasan berlumpur,banyak pokok nipah.Sedap tau buah nipah.Kat situ juga tempat kitaorang mencari lokan.Tahu tak apa itu LOKAN ??

Inilah Lokan..

Lokan ni mesti direbus terlebih dahulu sebelum dimasak.Sedap kalau dimasak sambal pedas.Perghh...kecur dah air liur.Lama dah tak makan lokan.Sekarang ni agak susah nak dapatkan lokan.Bestnya zaman kanak-kanak dulu....

Lokan yang siap direbus

Selain lokan,kami juga mencari ketam nipah.Alat mesti dipasang untuk memudahkan penangkapan ketam nipah tersebut.Alat tu dipanggil ' bento '.

Alat menangkap ketam nipah

Satu lagi yang kitaorang selalu cari masa zaman kanak-kanak dulu ialah belangkas.Korang pernah tengok tak belangkas ni ?

Belangkas

Dulu-dulu memang suka makan benda alah tu,bakar je.Tapi sekarang rasanya dah tak boleh nak menelan.Hihi..Masa kecik-kecik ,semua benda nak dimakan,nak di cari.Itulah pengalaman yang paling best masa kanak-kanak dulu.Asal petang je ramai-ramai main galah panjang,ketinting,bola tin,main nyorok-nyorok dan macam-macam permainan lagi.Mandi sungai,cari lokan,bento ketam.Suatu pengalaman yang tidak mungkin dapat saya lupakan.Sekarang ni dah tak ade semua tu.
Rindunya zaman kanak-kanak....


Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog