Selasa, 30 September 2014

Dia datang lagii....again and again...Promo ESP untuk bulan Oktober 2014.Pasti ramai yang teruja ,ternanti-nanti dengan promosi ESP ni .Betul tak ?


Promosi bulan ni..


Kenapa korang mesti memiliki ESP Shaklee ni?
Banyak manfaatnya tau terutamanya untuk wanita-wanita yang nak sangat kulit cantik tu.ESP kan sumber protein yang terbaik untuk penghasilan sel-sel baru.Segala parut jerawat yang hitam tu dapat dikurangkan dengan pengambilan secara konsisten.Bukan itu sahaja,ESP boleh dibuat masker.Kulit rasa tegang,lembut dan bersih.Confirm korang suka.Berbaloi kan boleh minum,buat masker pun boleh.

Selain itu,ESP bagus untuk ibu-ibu menyusu dan ibu yang hamil.ESP membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu.Anak akan berasa cepat kenyang dan bonusnya kulit ibu dan anak halus mulus.Untuk ibu hamil pula,ESP membantu perkembangan dan tumbesaran fetus.

SETIAP PEMBELIAN 1 SET INI , ANDA LAYAK MENDAPAT KEAHLIAN PERCUMA..
&
DAPAT CASH BONUS...


PROMO KEDUA UNTUK BULAN NI..

Promosi Mealshakes ' BUY 3 FREE 1 ' masih diteruskan lagi sehingga Oktober 2014.Yeaaaa....
Double promotion juga la bulan ni...

Promosi Mealshakes..

Untungnya jika korang beli promosi ni ialah setiap pembelian korang tu akan didermakan untuk golongan yang kurang berkemampuan.Kiranya membeli sambil menderma.Bagus kan...

Untuk mendapatkan promosi istimewa ni ,sila la hubungi saya dan konsultasi percuma akan diberikan.

NOREHAN SAAD
NO ID: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Lumrah kehidupan,setiap orang mempunyai keinginan yang tersendiri.Ada perkara yang disukai,diminati,yang menggembirakan hati dan pelbagai lagi.Semuanya berbeza begitu juga dengan keinginan,minat dan idolanya.Pernah tak korang ada apa-apa keinginan ?Terlalu suka dengan sesuatu sehingga membuatkan kita 'gila ' dekat benda tu dan rasa ingin memiliki walau dengan apa cara sekali pun.Dashyat tuuu....terlalu OBSES !!




KITA MESTI MINAT/OBSES DENGAN ISLAM.
Sebagai umat Islam paling utama mestilah obses dengan Islam.Supaya kita lebih cenderung ke arah kebaikan.Sentiasa ingin melangkah ke majlis majlis ilmu,suka dengar ayat-ayat suci Al Quran.Meminati Nabi junjungan kita Muhammad SAW.Mestilah minat ' giler ' dengan Baginda.Taat dengan segala sunnah dan melakukannya tanpa tinggal.Mahu belajar lagi tentang diri dan kisah Baginda.Ingin buat segala apa yang nabi buat.Nak masuk tandas pun kita pilih masuk dengan kaki kiri dahulu supaya sama dengan Baginda.OBSES !!

Ini semua adalah semata-mata untuk kita OBSES untuk ke syurga...rela melakukan apa saja ,berkorban jiwa raga untuk mendapat redha Allah.Betul-betul kena OBSES...taksub.Kita hendaklah berdoa agar kita tidak akan pernah lupa akan perkara ini,tidak pernah luntur minat kepada agama ini dan tidak sesekali jemu dari OBSES ini selagi nyawa dikandung badan....

Ahad, 28 September 2014

Bila cerita pasal warna kegemaran,mesti kita tahu yang orang perempuan ni mesti minat giler dengan warna pink.Terutamanya kanak-kanak.Betul tak?? Tapi tak semua lah.Macam anak perempuan saya.Semua barang dia mesti nak warna pink.Dari beg sekolah,baju,selipar,kasut, pendek kata semua pink.Bilik pun cat warna pink.Tak ke pening tu.

Barang anak perempuan saya..

Tapi saya pulak tak minat sangat warna pink ni.Saya lebih meminati kepada warna yang mendamaikan,menyejukkan mata dan menenangkan.Misalnya warna biru.Cuba kita lihat ke langit,air laut terasa sangat menenangkan jiwa..ceewaahhh..

Air laut yang mendamaikan

Warna hijau pula mendamaikan.

Sawah padi yang menghijau

Tengok warna-warna hijau hutan dan tumbuhan sekeliling, kita akan terbit rasa tenang dan damai.Hilang stress.Kat Rompin ni masih banyak lagi hutan-hutan yang menghijau.Jadi kalau dalam perjalanan ke Pekan tu kiri kanan nampak menghijau dengan pokok-pokok je.Tapi kalau malam-malam agak menyeramkan..kehkehkeh..

Lagi satu warna yang saya suka mestilah putih,suci dan bersih gitu..





Kereta kitaorang pun warna putih.Tapi tak boleh nak tunjuk gambar...rahsia la..hehe..







Masalah obesiti masih berterusan di kalangan dewasa malahan di kalangan kanak-kanak.Setiap 5 orang kanak-kanak yang bersekolah akan mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.


FAKTOR-FAKTOR RISIKO
Antara faktor-faktor risiko yang menyebabkan masalah obesiti ini antaranya ialah :

1) Gaya Hidup
  • Kurang ke arah gaya hidup yang lebih aktif seperti berjalan ke sekolah,bermain kejar-kejar,menunggang basikal dan sebagainya.Kanak-kanak kini lebih gemar menonton tv,bermain dengan tablet dan playstation.
  • Penggunaan tenaga yang agak minimal akan menyebabkan ketisakseimbangan kalori atau lebihan kalori akan berlaku.
  • Kandungan kalori yang berlebihan dan tidak digunakan oleh tubuh akan disimpan sebagai lemak.
2) Pemilihan Makanan
  • Pelbagai rangkaian makanan segera kini menjadi kegemaran kanak-kanak di mana ianya mengandungi kandungan kolestrol yang tinggi tetapi bernutrisi rendah.
  • Ini menyebabkan kanak-kanak yang obesiti mengambil pemakanan yang tidak sihat dengan lebih mudah.
3) Genetik
  • Satu kajian menunjukkan bahawa ,jika ibu bapa obesiti ,70% peluang untuk anak-anak mereka juga menjadi obesiti.
APAKAH TINDAKAN WAJAR IBU BAPA ?
  • Membuat pemilihan makanan yang baik
  • Galakkan anak-anak memakan sayuran,buahan dan bijirin
  • Pilih ikan,daging dan ayam tanpa lemak dan pejal sebagai sumber protein
  • Hadkan pengambilan lemak tepu,minuman manis dan lain-lain manisan.
  • Galakkan mereka minum banyak air suam
  • Pilih penyediaan makanan yang sihat seperti mengukus,memanggang berbanding menggoreng
  • Galakkan mereka untuk kekal aktif dengan melakukan aktiviti berbasikal,main kejar-kejar dan kurangkan menonton tv serta bermain tablet.
BAGAIMANA MEALSHAKES SHAKLEE DAPAT MEMBANTU ?


Mealshakes Shaklee pilihan ibu


  • Mealshakes mampu mengurangkan selera makan kanak-kanak terhadap makanan ringan
  • Mealshakes mengandungi lecithin soya yang bekerjasama dengan vitamin larut lemak
  • Serat yang terdapat dalam Mealshakes mampu membuatkan kanak-kanak berasa kenyang serta memudahkan proses detokfisikasi ( membuang lemak berlebihan dan sisa buangan dari usus )
  • Secara tidak langsung dapat juga mengurangkan lemak yang ada pada tubuh kanak-kanak obesiti ini.
Untuk makluman semua sekarang ni ada offer Mealshakes ' BELI 3 PERCUMA 1 '.Promosi sah sehingga Oktober 2014 je.Memang berbaloi kalau memborong ni...

Ingin mendapatkan sebarang produk Shaklee ?
Hubungi saya dan konsultasi percuma dari saya..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Orang dulu-dulu memang banyak petua yang diamalkan.Antara petua yang biasa dilakukan oleh mak dan ayah saya ialah:

1) PETUA HILANGKAN SEDU BAYI
Petua ni memang nampak mengarut..hehe tapi selalu diamalkan apabila bayi  yang mengalami sedu.Letak cebisan benang atau kain di dahi.Tapi masih sedu juga.Tak tahulah apa tujuannya tu.

2) MERAWAT KELEMUMUR
Saya biasa tengok ayah saya buat petua ni.Perah air limau nipis atau limau purut dan lumurkan rata-rata di atas kulit kepala.Tutup rambut dengan tuala dan biarkan beberapa jam.Kemudian bilas dengan air suam.Mungkin petua ni dapat menghilangkan kegatalan kulit kepala.

Limau purut

3) MENYUBURKAN TANAMAN
Petua ni memang berkesan.Ayah saya nelayan,jadi selalu bawa balik banyak ikan.Lepas siap menyiang semua ikan,air perut ikan tu mak saya tak buang.Dia guna untuk menyiram pokok tanaman tau.Siram atas tanah.Cubalah...

4) KECUTKAN JERAWAT
Dulu masa zaman sekolah selalu juga amalkan petua ni.Asahkan kulit kayu manis dan sapukan pada jerawat.Inshaallah cepat kecut jerawat tu.

Kulit kayu manis.

5) LEMBUTKAN DAGING
Petua ni memang selalu diamalkan oleh kebanyakan orang.Letakkan sudu ke dalam masakan daging.Masak sekali dengan sudu-sudu tu.Itu petua untuk melembutkan daging supaya cepat masak.

Petua orang lama ni kadang-kadang berguna juga.Nampak tradisional dan semulajadi gitu.



Sabtu, 27 September 2014

Semua orang nak cantik ,sihat dan kekal awet muda terutamanya kaum wanita.Awet muda bukan bertujuan menidakkan fitrah kejadian manusia ,bukan untuk mengubah ciptaanNya tetapi kita hanya menjaga atau memelihara nikmat yang telah diberikan.Lebih-lebih lagi wanita yang sudah berumahtangga.Kecantikan dan kesihatan sangat penting untuk kelihatan sentiasa anggun di mata suami.Barulah suami tak cari yang lain..heee..




Antara tips kecantikan yang boleh diamalkan mengikut cara Islam ialah :
  • Sejurus bangun pagi iaitu sebelum mandi dan gosok gigi,minum air suam dan biarkan ia di dalam mulut kira-kira 10 saat dan sambil itu selawat 3 kali.Kemudian baru ditelan.Air liur mempunyai enzim yang boleh jadi ubat.
  • Kemudian urut wajah dengan air dari bawah dagu hingga ke dahi diiringi selawat nabi 3 kali.Amalkan setiap hari.Tapi ingat,dari bawah ke atas bukan dari atas ke bawah.Jika dari atas ke bawah akan mempercepatkan lagi proses kedutan.
  • Amalkan membaca ayat 35-38 dari Surah Al Waqiah dalam hati setiap kali mandi untuk curahan pertama bermula dari kepala.
  • Juga boleh diamalkan membaca ayat ini selepas solat Isyak seperti cara di bawah :

  • Setiap kali selepas solat Subuh,amalkan membaca surah Yusof supaya wajah cantik dan berseri seperti Nabi Yusof AS.
  • Amalkan bangun pagi dan mandi embun.Usap embun dari hujung daun pada wajah,rambut dan kulit badan.Khasiat air embun memang bagus untuk wajah dan tubuh badan.Akan lebih sihat dan awet muda.
  • Semasa berdandan di waktu pagi,bacalah selawat nabi pada tapak tangan dan raupkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti Nabi Yusof AS.Amalkan setiap pagi.
Tips kecantikan ini hanyalah sekadar perkongsian.In shaallah ,jika diamalkan dan diizinkanNya akan memberikan kesan yang terbaik untuk kita.

Semoga bermanfaat buat semua...:)

Khamis, 25 September 2014

Ada segelintir customer yang merungut dan mengeluh " Dah berbulan makan set kurus Shaklee tapi masih tak kurus-kurus pun.".
Suplemen bukan ubat kurus yang anda makan hari ni,seminggu lepas tu dah hilang 5 - 10 kg.Suplemen adalah makanan tambahan yang perlu diambil secara konsisten yang boleh membantu mempercepatkan kadar metabolisme,menyekat selera makan,membantu menyingkirkan lemak atau kolestrol dalam badan secara berperingkat.Kesesuaian suplemen juga mengambil masa antara 3-6 bulan mengikut badan setiap orang.


Ihsan google..

KENAPA KEBANYAKAN DIET GAGAL ?
  • Kekurangan nutrisi
  • Sukar untuk mengikuti
  • Hasil yang lambat
  • Kandungan bahan yang tidak selamat
  • Merendahkan kadar metabolisme
Kita akhirnya hilang kesabaran,kepercayaan dan harapan....

KITARAN DIET YANG DITAKUTI
Pada kebanyakan diet,anda kehilangan lemak dan otot sekaligus.Anda akan rasa tidak bermaya,penat dan mudah putus asa,sebab lemak masih tersimpanApabila anda kehilangan otot,anda akan kehilangan keupayaan untuk membakar lemak dan ini akan merendahkan kadar metabolisme badan anda.

OTOT = METABOLISMA

Apabila anda tidak meneruskan lagi diet tersebut,anda tidak boleh membakar kalori seperti sebelum ini.Sebaliknya berat badan akan bertambah.Kitaran ini akan berulang setiap kali anda meneruskan diet.Ini adalah kesan yo-yo.

KURUS DENGAN SET YANG ADA CINCH



Cinch Shaklee

Proses menurunkan berat badan menjadi lebih mudah dan selamat dengan Cinch Shaklee.
Kenapa Ia Berkesan ?
  • Mengekalkan 100% jisim otot tanpa lemak.Yang dibakar hanya lemak.Otot kekal tidak dibakar.
  • Hilang berat daripada lemak
  • Terbukti secara klinikal
  • Diperkaya dengan Leucine yang merupakan otot yang membina asid amino yang terdapat di dalam protin tertentu.
  • Membantu mengawal rasa lapar.
Jadi ,seelok-eloknya ambil set kurus bersama Cinch untuk kesan yang terbaik...

Ingin kurus bersama Cinch Shaklee ? Jom dapatkannya dengan hubungi saya dan konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.

Setiap orang mempunyai impian dan cita-cita.Namun,tahukah anda, apakah teknik yang harus dilakukan agar impian menjadi kenyataan ?.Salah satunya adalah Teknik Visualisasi.
Visualisasi bermaksud membayangkan impian kita dalam bentuk gambar.Ia adalah tip yang sangat mudah dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja.Kita hanya perlu membayangkan impian kita selama 5 minit pada setiap hari.Senang bukan?

Satu daripada cara yang berkesan bagi melakukan teknik visualisasi adalah dengan menggunakan papan visi atau VISION BOARD.

APA ITU VISION BOARD ?
Vision board adalah tempat untuk kita menampal semua impian yang dihajati.Vision board ini seperti poster yang terdiri daripada gambar-gambar ataupun tulisan yang berkaitan dengan impian dan kemahuan kita.Ia perlu ditatap setiap hari sambil membayangkan yang semua impian itu sudah dicapai.


Contoh vision board.


KENAPA PERLUNYA VISION BOARD ?
Vision board ini bertujuan untuk mengekalkan tarikan minda separa sedar kita supaya dapat menarik kejayaan yang kita impikan.Pemilihan gambar dan penulisan ini dapat meransang emosi kita bagi berusaha mewujudkan apa yang kita impikan.Ini kerana minda mengingat melalui gambar,berbanding bunyi ataupun tulisan.
Vision board juga membolehkan kita lebih fokus kepada impian yang dihajati.Seperti kata Tuan Muslee Abdullah,seorang pakar energi dari Oneself Mastery,

" Tenaga mengalir ke arah tujuan dihalakan "

Kesannya kita akan memberikan lebih energi kepada impian yang dihajati.Akhirnya,kita menarik semua impian kita samaada secara sedar ataupun tidak.

Korang dah ada belum vision board? Pastikan anda semua memilikinya.Nak impian tercapaikan,buatlah vision board.Cari gambar,contohnya nak kereta BMW tulis kat situ tarikh kita akan dapat memilikinya.Tiap-tiap hari mesti tengok dan cakap " aku pasti dapat memilikimu "....



Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog