Rabu, 23 April 2014

Surah Al Fatihah adalah surah pertama di dalam Al Quran.Mengandungi 7 ayat.Surah ini mempunyai kehebatan dan keistimewaannya yang tersendiri.Saya ingin kongsikan Rahsia dan Fadilat Surah Al Fatihah ini untuk sama-sama kita memahami dan mengamalkan ilmu yang bermanfaat ini.

Surah Al Fatihah berserta maksudnya...

RAHSIA DAN FADHILAT SURAH AL FATIHAH:
1. Untuk membuatkan seseorang (suami,isteri atau anak-anak) supaya sentiasa ingat dan kasih kepada anda,
  • Bacalah Surah Al Fatihah sebanyak 14 kali sebelum tidur
2. Untuk mengubati penyakit yang kritikal,
  • Baca surah Al Fatihah 41 kali dan ditiup pada air
  • Minum dan mandi dengan menggunakan air tersebut
3. Untuk merawat masalah sakit kepala / sakit yang berkaitan dengan otak,
  • Baca surah Al Fatihah 7 kali sambil mengusap kepala orang yang sakit tersebut
  • Lakukan 1 kali sebelah pagi dan 1 kali sebelah malam setiap hari tanpa gagal
4. Untuk mengurangkan kesakitan yang melampau,
  • Baca surah Al Fatihah 3 kali ,tiupkan ke dalam segelas air dan diminum air tersebut
  • Kemudian baca surah Al Fatihah sambil mengusap di tempat yang sakit tersebut
5. Untuk menghentikan bayi / anak kecil yang menangis( sama ada menangis di tengah malam atau bila2 masa sekalipun)
  • Baca surah Al Fatihah 7 kali sambil mengusapkan kepala bayi / anak kecil tersebut
6. Untuk merawat luka-luka kecil ( Contonhnya luka terkena pisau,disengat tebuan,darah keluar tak berhenti dan sebagainya)
  • Baca surah Al Fatihah 3 atau 7 kali 
  • Kemudian , gunakan ibu jari,ambil sedikit air liur di bahagian 'langit-langit' dan gosokkan di kawasan yang sakit tersebut
Jika diamalkan,In shaa allah akan memberi kesan yang terbaik jika diamalkan dengan :
  • Percaya dan yakin bahawa surah Al Fatihah ini ialah sebaik-baik penawar bagi segala jenis penyakit ( dengan kuasa Allah yang menjadikan surah ini penuh dengan keistimewaan)
  • Baca dengan penuh kusyuk dan tawadhu
  • Tawakal sepenuhnya dengan Allah
  • Gunakan amalan tersebut dengan niat yang baik sahaja
Mintalah dan niatkan dengan baik,In shaa allah ,Allah akan kabulkan permintaan kita.
Wallahua'lam....
Semoga bermanfaat dan selamat beramal...



Selasa, 22 April 2014

Sebut je AJINOMOTO semua pasti tahu dan hampir setiap rumah memilikinya.Mana tidaknya ia menjadi penyedap masakan.Kalau tak letak rasa macam kurang je rasanya.Betul tak??

MSG atau Ajinomoto

Monosodium Glutamat atau MSG(E621) adalah garam natrium asid glutamik iaitu asid amino yang terkandung dalam semua protein dan pelbagai jenis makanan.Dalam keadaan semulajadi dan bila ia digunakan sebagai protein,ia sentiasa bergabung dengan asid amino lain tanpa kelihatan mempunyai sebarang kesan buruk.Tetapi,apabila ia diasingkan daripada asid amino lain yang biasa terikat dengannya dan digunakan sebagai bahan penambah perisa makanan,hmmm...ia mungkin memberikan kesan negatif kepada kesihatan.
Penggunaan MSG ni kadang-kadang tersembunyi di sebalik label makanan dengan nama yang berbeza.Jika anda melihat perisa semulajadi,asid sitrik dan rempah-rempah dalam label makanan tu,tidak bermakna di dalamnya tiada kandungan MSG.Jadi harus berhati-hati....

Pada kebiasaannya MSG ni akan dicampurkan dalam kebanyakan sup yang diproses dan dipeketkan,mi perisa,sos,kentang goreng,sosej,keju,kicap makanan segera dan banyak lagi makanan lain yang biasanya diproses dan ditinkan.

KESAN-KESAN PENGGUNAAN MSG PADA KADAR YANG TINGGI :
  • Kecederaan kepada hypothalamus sejenis kelenjar dalam otak yang berperanan mengawal selera makan,fungsi tiroid dan sistem endokrin.
  • Meracun saraf seperti dilaporkan dalam sebuah kajian bahawa ia menyebabkan tikus menjadi gemuk kerana keracunan MSG merosakkan isyarat leptin yang tertulis dalam minda bawah sedar atau ia memusnahkan papan data sekaligus menyebabkan tiada isyarat bertulis dalam minda bawah sedar.
  • MSG jika dimakan oleh ibu hamil dan ibu menyusukan bayi boleh mengganggu pusat kawalan bayi.
  • Kesan pengambilan MSG ialah kesan kepada otak.Ini kerana pengambilan kokain,methamphetamine dan ritalin.Ia berakhir dengan tindakan stress hipersensitif dan menyebabkan perut berlemak.
Bahayakan penggunaan MSG ni dalam masakan mahupun makanan segera terutamanya kepada kanak-kanak.Justeru itu,elakkanlah letak MSG ni ataupun kurangkan penggunaannya untuk kesihatan kita.Kalau tak letak ajinomoto pun mesti sedap punya masakan tu...percayalah dengan air tangan kita sendiri...
Semoga bermanfaat buat kita semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI PERKHIDMATAN G-DEX DAN POS LAJU.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP/TELEGRAM : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



Bibir yang merah merekah bak delima menjadi idaman setiap wanita.Pasti kita merasa cemburu apabila melihat kawan-kawan yang memiliki bibir menawan dan cantik.Tapi,bibir kita semakin hari semakin mengering dan semakin gelap.Ini semua pasti ada sebab !!

Bibir yang cantik

Bibir menjadi hitam dan kering menggelupas?

APAKAH PUNCANYA??
  • Bibir yang menggelupas,hitam dan kering adalah disebabkan oleh kurangnya kolagen dalam bibir.
  • Makanan dan minuman yang kita makan biasanya mengandungi bahan kimia yang banyak boleh mengakibatkan kerosakan bibir.
  • Malah kekurangan vitamin C juga menyebabkan bibir kering dan hitam.Namun,jika pengambilan vitamin C yang berlebihan boleh membuatkan nafas berbau.
  • Sinaran UV mampu meningkatkan produksi melanin pada kulit.Ia juga boleh terjadi pada bibir.Oleh itu,pilihlah gincu yang mengandungi UV protection.
  • Minuman yang mengandungi kafein juga mampu membuatkan bibir kering dan hitam.
  • Produk kosmetik yang murah dan kurang berkualiti boleh menyebabkan bibir semakin mengering dan menjadi gelap.
  • Gincu yang mempunyai bau biasanya mempunyai kandungan bahan kimia yang lebih tinggi dan menyebabkan bibir menjadi gelap.
Banyak rupanya penyebab bibir kita ni menjadi gelap.Apa yang penting pemilihan produk kosmetik terutamanya gincu amatlah penting.Selain itu,pemakanan juga mesti dititik beratkan.Hindarkan makanan segera yang kita tahu ianya memang mengandungi bahan kimia yang merbahaya bukan sahaja untuk bibir malah kesihatan.Merokok dan alkohol juga patut dielakkan kerana ia juga boleh membuatkan bibir menjadi kehitaman.
Semoga bermanfaat buat semua....

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI PERKHIDMATAN G-DEX DAN POS LAJU.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN BINTI SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Isnin, 21 April 2014

Kesakitan ketika proses melahirkan memang perit.Itulah yang dialami setiap insan yang bergelar IBU...Namun disebalik kesakitan tersebut terselit beberapa keistimewaan dan ganjaran yang dijanjikan buat mereka.Tahukah anda 10 fakta menarik tentang kelahiran? Jom saya kongsikan buat tatapan semua...


  • Hanya 5 % bayi yang lahir pada tarikh EDD (estimated due date) mereka.Kebanyakkannya lahir antara minggu ke 37 & 42 kehamilan.
  • Sehingga bersalin,rahim ibu akan mengembang 500 kali ganda dari saiz normal untuk menampung kandungannya.
  • Purata darah yang hilang melalui proses kelahiran normal adalah 500 ml.
  • 80 % wanita mengalami sindrom " baby blues" semasa 2 minggu terawal selepas bersalin disebabkan oleh perubahan hormon badan.
  • Hanya 1 daripada 10 wanita mengalami pecah air ketuban sebelum proses bersalin bermula.Kebanyakan wanita hanya akan mengalaminya apabila mereka telah bersedia untuk meneran keluar bayi.
  • Badan manusia hanya mampu menanggung kesakitan sehingga 45 Del.Tetapi,semasa bersalin ibu akan mengalami sehingga 57 Del yang bersamaan dengan 20 tulang dipatahkan serentak.
  • Apabila seorang ibu mula sakit hendak bersalin,tercatatlah pahala jihad baginya.
  • Apabila seorang ibu melahirkan anak,terhapuslah dosa-dosa lepas bagi wanita itu.
  • Ibu bersalin akan dapat pahala 70 tahun solat dan puasa.
  • Setiap kesakitan pada satu uratnya,Allah hadiahkannya pahala menunaikan haji.
Terharu rasanya apabila mengetahui betapa tingginya darjat seorang wanita yang melahirkan anak.Oleh itu,hargailah jasa dan pengorbanan ibu kita dari saat kehamilan sehinggalah melahirkan terlalu banyak kepayahan mereka.Aku bangga menjadi seorang WANITA....

SAYA ADALAH SEORANG PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI PERKHIDMATAM G-DEX DAN POS LAJU.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Jumaat, 18 April 2014

Kadang-kadang kita tidak mengetahui bahawa bahan-bahan semulajadi yang mudah didapati di rumah boleh dijadikan sebagai kaedah rawatan semulajadi.Misalnya rawatan semulajadi untuk selsema yang hanya menggunakan bawang putih sebagai bahan utama.Jom saya kongsikan cara-caranya....



RAWATAN SEMULAJADI UNTUK SELSEMA:

1. Minyak bawang putih (garlic oil)
Minyak bawang putih ini boleh digunakan sama ada untuk sapuan pada dada ataupun tapak kaki anak jika mengalami batuk/selsema.
Caranya :
- bakar bawang putih di atas api tanpa membuang kulitnya.
- selepas itu ,lenyekkan bawang tersebut di dalam pinggan yang berisi minyak.Anda boleh gunakan sama ada minyak zaitun atau minyak masak.
- kemudian sapukan pada dada atau tapak kaki anak.

2. Kaedah stokin bawang putih (garlic socks)
Caranya :
- pakaikan anak stokin yang berlubang besar sedikit seperti stokin berkait atau berlubang-lubang.Kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yang telah ditumbuk (tidak perlu lumat)
- untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi elakkan kaki bayi kemerahan sebab kepanasan bawang putih)
- untuk anak yang lebih dewasa ,boleh gunakan sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.Biar anak tidur semalaman begitu.Selalunya nafas anak pun berbau bawang putih apabila bangun tidur.

Tujuannya adalah supaya bawang putih menyerap ke dalam kulit sebagai antivirus.Bawang putih sangat bagus untuk rawatan selsema dan batuk.
Semoga bermanfaat buat semua....

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI PERKHIDMATAN G-DEX DAN POS LAJU.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Rabu, 16 April 2014

Didikan dan nasihat yang berkesan pasti melahirkan anak-anak yang berakhlak.Tanggungjawab yang digalas oleh ibu bapa dalam hal ini memang agak sukar.Namun terdapat beberapa cara dalam memberikan nasihat kepada anak-anak.Jom saya kongsikan buat tatapan semua pembaca budiman...


Di antara waktu paling mustajab untuk mendidik anak ialah dengan memberi nasihat selama 30 hingga 60 saat  :
  • Sebelum anak tidur
  • Semasa anak sedang tidur (nasihat dengan membisikkan ke telinganya)
  • Waktu anak bangun tidur,peluk anak dan berilah mereka nasihat selama 30-60 saat
  • Selepas anak mandi
  • Selepas anak solat
  • Selepas mengaji.Hati anak lebih murni selepas mengaji.
  • Selepas anak beriadah atau bermain
  • Selepas anak didoakan di kepalanya
  • Apabila anak teransang emosi seperti selepas dimarahi
Selain itu ,pastikan anak-anak makan malam sebelum maghrib(mengikut sunnah) untuk memudahkan mereka belajar pada waktu malam.

Inilah adab-adab untuk mendidik anak supaya lebih berakhlak.Semoga Allah merahmati kita semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI G-DEX DAN POS LAJU.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.

SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI :
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP/TELEGRAM : 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com




Isnin, 14 April 2014

Pernah tak dengar segelintir nasihat yang mengatakan jika kurang darah semasa hamil makanla hati ayam untuk banyakkan darah? Sebaliknya perkara ini perlu dielakkan terutamanya ibu hamil.

Hati ayam..

MENGAPA IBU HAMIL PERLU BERHATI-HATI MENGAMBIL PRODUK HAIWAN TERUTAMANYA HATI ?
  • Vitamin A merujuk kepada 2 jenis nutrien iaitu retinol dan provitamin A carotenoid.
  • Retinol terdapat dalam menu yang berasaskan haiwan seperti telur,susu dan hati.Ia boleh digunakan secara langsung oleh tubuh.
  • Carotenoid pula banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran.Ia harus ditukar dahulu kepada Vitamin A oleh tubuh sebelum dapat digunakan.
  • Bagi ibu hamil,keperluan vitamin A yang syorkan ialah 750 mg (2,500 IU) dalam sehari.Ibu hamil tidak perlu mengambil jumlah Vitamin A yang disyorkan setiap hari,ia hanyalah jumlah purata yang boleh diambil untuk beberapa hari atau dalam seminggu.Ini kerana,Vitamin A adalah vitamin yang tidak larut air dan akan kekal dalam tubuh untuk beberapa hari.
  • Oleh kerana menu pemakanan kita banyak terdapat daging merah,tenusu,ikan,telur dan sayur-sayuran yang mempunyai banyak vitamin A,maka ibu hamil harus berhati-hati supaya tidak mengambil terlalu banyak vitamin A.
  • Pengambilan Vitamin A yang terlalu banyak dari sumber produk haiwan,boleh menyebabkan kecacatan pada bayi dalam rahim.
  • Namun,Vitamin A yang berbentuk carotenoid yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran boleh diambil sebanyak manapun kerana sifatnya tidak bertindak terus kepada tubuh.
Oleh itu,ibu hamil dinasihatkan agar berhati-hati apabila mengambil suplemen vitamin tambahan dan apabila telah mengambil menu produk haiwan dalam makanan.Pastikan dos yang diambil tidak berlebihan...
Semoga bermanfaat buat semua..

# kredit :Dr Zubaidi Hj Ahmad

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU DAN G-DEX.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL/WHASSUP/TELEGRAM: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Sebagai ibu bapa,kita mesti nak tengok anak kita sihat,cergas dan cerdas.Kalau anak demam sikit je ,terus kita akan rasa risau kan...Pemakanan sangat penting untuk anak-anak yang kian membesar.Tambahan pula sekarang ni makanan segera amat mudah didapati.Selain itu,faktor pencemaran,kekurangan zat dalam makanan dan pelbagai lagi menyebabkan anak-anak semakin sukar untuk mendapat zat makanan yang mencukupi.Oleh kerana itu,kita disarankan untuk memberikan vitamin atau suplemen yang sesuai untuk keperluan zat mereka.


Set Shaklee untuk kanak-kanak

APAKAH KEBAIKAN SET INI ?
  • Omega Guard kaya dengan DHA & EPA yang penting untuk kecerdasan otak kanak-kanak
  • Mealshakes merupakan sumber protein yang diperkaya dengan 19 jenis vitamin sebagai nutrisi asas yang membantu tumbesaran kanak-kanak untuk kekal bertenaga
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami masalah sembelit,kurang selera makan,kerap demam,selsema dan batuk
  • Juga berperanan untuk meningkatkan sistem imun kanak-kanak.
  • Sesuai untuk kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas
  • Amat bagus untuk kanak yang obesiti.
Just nak share pengalaman saya...semua anak saya ambil Omega Shaklee...dalam minggu lepas,Haqim demam,masa tu stok Omega dah habis sebab ibunya lupe nak mengoder...huhuhu..akibatnya Haqim demam hampir seminggu.Kesian sangat.Suhu badan agak tinggi sampai cirit birit berbuih-buih..tak ada selera langsung nak makan tapi alhamdulillah dia masih menyusu badan,jadi dapatla jugak nutrisi melalui susu ibu yang memang terbaik tu..agak lama jugak la Haqim ni tak demam teruk macam ni sebabnya konsisten dengan Omega je..alhamdulillah...

Saya sarankan semua ibu bapa patut berikan Omega Shaklee untuk anak-anak.
KENAPA ???
  • Lengkap dengan kesemua 7 jenis asid lemak omega-3 yang diperlukan oleh badan termasuklah DHA & EPA
  • 100 % tulen dan bersih dari sisa logam yang merbahaya
  • Melalui proses penyulingan berperingkat untuk memastikan ianya selamat daripada logam berbahaya
  • Dihasilkan dari minyak ikan kecil di lautan dalam yang tidak terdedah kepada pencemaran
  • Ikan di lautan dalam mempunyai kandungan omega-3 yang lebih tinggi
Pilihan di tangan kita.Pilihlah yang terbaik untuk anak-anak....
Berminat dengan sebarang produk Shaklee,hubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma.

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL/WHASSUP/TELEGRAM : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com


SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.


Sabtu, 12 April 2014

Lumrah dan tujuan sesebuah perkahwinan adalah untuk mendapat zuriat buat penyeri rumahtangga.Namun,tidak semua pasangan yang telah berkahwin memperolehi zuriat.Ada sesetengah pasangan mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak memperoleh zuriat hingga ke usia tua disebabkan perkara-perkara tertentu.Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak Allah SWT.


Berdoalah memohon supaya dikurniakan zuriat dengan bersungguh-sungguh dan berbaik sangka dengan Allah.Selain daripada doa tersebut,mungkin anda semua boleh mencuba amalan-amalan di bawah ini :

AMALAN PERTAMA
Selepas fajar atau selepas solat subuh.
  • Baca Bismillah 1 kali
  • Selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali
  • Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah sebanyak 101 kali
  • Dalam sujud tersebut,mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan
  • Tutup doa tersebut dengan berselawat sebanyak 3 kali
Amalkanlah cara ini baik suami atau isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan berputus asa.

AMALAN KEDUA
  • Suami hendaklah membaca ' Ya Mutakabbir ' (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan) sebanyak 11 kali sebelum melakukan jimak
  • Isteri hendaklah membaca ' Ya Awwal ' ( Yang tiada permulaan adaNya) sebanyak 333 kali setiap hari.
  • Isteri hendaklah membaca ' Ya Zaljalaali Wal Ikram ' sebanyak 11 kali setiap hari ditiup ke dalam air dan minum air tersebut.
  • Suami/isteri hendaklah membaca Surah Yusuf/Surah Maryam setiap hari
Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripadaNya....

Semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat....amin..

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
TEL/SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com





Selasa, 8 April 2014

Makanan segera adalah makanan yang boleh dimakan terus tanpa perlu memasaknya terlebih dahulu.Ia mungkin makanan di dalam tin,makanan berasaskan corak pemakanan barat seperti burger dan hot dog,makanan sejuk beku dan sebagainya.Makanan segera tidak baik untuk kesihatan.Ini kerana ia mengandungi hanya sedikit khasiat pemakanan.Tanpa disedari,ia akan mendedahkan seseorang kepada pelbagai penyakit.Antaranya ialah kerosakan gigi,sembelit,obesiti,tekanan darah tinggi,pembuluh darah tersumbat,penyakit jantung malah mungkin kanser usus besar.

Burger antara contoh makanan segera

Keperluan kepada makanan segera semakin ketara kini.Masyarakat kini lebih cenderung untuk bergerak cepat setiap masa.Bebanan kerja dan ingin melakukan segala-galanya dengan pantas mendorong untuk menjadikan makanan segera sebagai pilihan.Lagipun makanan segera begini cukup mudah didapati.

'Hot Dog'

Adakah anda masih makan atau beri anak makan makanan ini ??

5 kebenaran tentang 'Hot Dog' :
  • Mengandungi bahan-bahan kimia 'deadly' merbahaya seperti Nitrite,Heterocyclic Amines(HCAs),Starch-Various types of meat,high salt-high fructose syrup,high MSG,Artificial colouring (supaya warna hot dog jadi pinkish),perservatives.
  • 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa ,hot dog yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan kanser.
  • Kanak-kanak yang makan lebih 12 batang hot dog sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukeamia.
  • Ibu hamil yang makan hot dog lebih 1 batang setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat barah otak!
  • Hot dog meningkatkan risiko kanser :
          Kanser usus - 50 %
          Kanser pundi kencing - 59 %
          Kanser perut - 38 %
          Pankreas - 67 %

Ini adalah fakta yang bukan direka tetapi adalah fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna dimanipulasi oleh Food Industri....

Pilihlah makanan yang terbaik untuk anak-anak kita demi menjamin kesihatan yang lebih baik...
Semoga bermanfaat buat semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG

HUBUNGI SAYA :
NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com



Khamis, 3 April 2014

Promosi bulan April 2014 untuk produk Shaklee ialah Ostematrix.


APRIL 2014 Special Offer

Dengan pembelian 6 botol Ostematrix , anda akan memperolehi 1 botol Ostematrix secara percuma.Jimatkan...

OSTEMATRIX LEBIH DARI SEKADAR KALSIUM

Antara manfaat Ostematrix Shaklee ialah:
  • Pengalkalian tubuh
  • Mengatasi masalah gastrik
  • Memperbaiki masalah haid
  • Kehamilan
  • Meringankan stress
  • Memelihara kesihatan
  • Menguatkan tulang
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas
  • Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
  • Membantu dalam pengecutan otot dan transmisi saraf

Pentingnya pengambilan kalsium setiap hari...

Tunggu apa lagi...jom la borong.Boleh kongsi beli dengan kawan-kawan atau keluarga.Kan jimat tu...
Berminat dengan sebarang produk Shaklee,anda boleh hubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.PENGHANTARAN MELAUI GDEX DAN POS LAJU.
COD : KUALA,ROMPIN,PAHANG.

Rabu, 2 April 2014

Bagaimana nak sihat,cantik dan cergas?
Produk Shaklee dapat membantu.Bukan saja sihat ,cergas malah kecantikan juga terserlah.
Kebiasaannya setiap pagi saya akan mulakan dengan shake sebotol ESP.


ESP...(energizing soy protein)

Kenapa ESP ?
  • Mengandungi 14g NON-GMO protein soya iaitu soya yang tidak diubah genetiknya.
  • Mengandungi 9 asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
  • Memberi tenaga berpanjangan
  • Menyokong kesihatan imunisasi badan,mengawal kolestrol dan menyokong kesihatan jantung
  • Untuk kulit yang cantik,halus,gebu dan menghilangkan parut jerawat
Dah minum sebotol ESP,lepas setengah atau sejam barulah saya bersarapan.Selesai bersarapan saya ambil pula sebiji B Complex.


Bagaimana B Complex Shaklee membuatkan anda lebih bertenaga?
  • Komponen vit B penting untuk metabolisme lemak,protein dan karbohidrat iaitu vit B membakar lemak,protein,karbohidrat dan gula dalam badan kita dan membebaskannya sebagai tenaga.
  • Apa yang kita makan misalnya karbohidrat,lemak akan disimpan di dalam badan,jika tidak dibakar,kita akan merasa cepat letih dan mengalami kelesuan.Jadi,di sinilah vit B Complex Shaklee memainkan peranan.
Selepas satu jam pengambilan B Complex,saya teruskan pula dengan mengambil sebiji atau 2 biji Vitalea.

Vitamin & mineral yang terdapat dalam sebiji Vitalea Shaklee

Apa Kepentingan Vitalea ?
  • Vitalea mengandungi multivitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh.
  • Sangat penting dalam penambahan tenaga segera
  • Merupakan pelengkap nutrisi
  • Memastikan penyerapan vitamin dan mineral dengan lebih efektif
  • Penting untuk diet.Jika kurang makan,Vitalea dapat membantu memberi tenaga dan tidak lesu.


Dengan pengambilan 3 jenis produk tersebut,anda mampu untuk tampil sihat,cergas dan cantik menawan.
In shaa allah....

Berminat dengan sebarang produk Shaklee ? Hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG


Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog