Jumaat, 28 Mac 2014

Hari tu ada rewang kat depan rumah.Haqim pun apalagi bermain la kat luar rumah dengan kawan-kawannya.Entah macam mana,dia terjatuh.Luka kat mulut dan bawah dagu.Banyak jugak darahnya.Dia menangis ingatkan sakit rupanya marah sebab saya bawa dia masuk rumah.Dia nak main lagi!!



Luka kat mulut dan bawah dagu...

Jiran nak sapukan minyak Kayu Hitam tapi Haqim tak mau...malamnya masa dia tidur,saya perlahan-lahan sapukan Herbal Blend Cream Shaklee pada luka tu.Hari ketiga tu saya tengok luka dah kering...Alhamdulillah...patut pun Herbal Blend Shaklee ni dikenali sebagai krim ajaib dan serbaguna.Memang berkesan.


Selepas 3 hari...

Krim ni sangat sesuai untuk kulit yang sensitif,gatal-gatal,ruam bayi,kulit yang kasar,tumit kaki pecah,gegata dan sebagainya.Krim ni juga 100% semulajadi tanpa bahan kimia,bebas steroid dan paraben.Sangat bagus digunakan untuk bayi yang mengalami ruam susu dan ruam lampin.Untuk kegunaan seharian pun boleh.Memang best...harganya pun murah hanya RM 27.50 je...mampu milik..

Berminat dengan sebarang produk Shaklee ,hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.

* KONSULTASI PERCUMA
* HARGA ISTIMEWA

Rabu, 26 Mac 2014

Impian setiap ibu mahukan anak-anak disusukan dengan susu sendiri.Alhamdulillah bagi ibu yang memang dikurniakan dengan susu badan yang banyak.Tetapi,buat ibu-ibu yang menghadapi masalah penyusuan pasti merasa kecewa disebabkan kekurangan air susu.
Set Penyusuan Shaklee ternyata telah membantu ramai ibu-ibu yang menghadapi masalah penyusuan.Set ini terdiri daripada :

1) ESP (energizing soy protein)
~ Sumber protein untuk pertumbuhan sel-sel baru untuk anda dan bayi
~ Menjadikan susu lebih pekat dan banyak
~ Membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu

2) Alfalfa Complex
~ Sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu
~ Membantu mengurangkan masalah ekzema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut

3) Ostematrix
~ Sumber kalsium untuk menguatkan tulang bayi anda dan menggantikan kalsium yang hilang ketika anda hamil.

TESTIMONI PENGGUNA


Jom kita ikuti apa kata Puan Noor setelah mengambil Set ini :

" Alhamdulillah...stok susu baby saya dan anak-anak susuan saya...masa anak pertama dan kedua saya tak berpeluang untuk buat stok sebab susu tak banyak tambahan pulak ilmu pasal PSI kurang...syukur...untuk anak ketiga ni saya diperkenalkan dengan suplemen Shaklee...suplemen ini membantu membuatkan badan saya sentiasa segar dan bertenaga untuk menghasilkan susu yang banyak ..."

Berminat dengan sebarang produk Shaklee ? Hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/WHASSUP: 012 9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG SERTA DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG.


Bayam merupakan salah satu sayuran kegemaran saya.Anda bagaimana?Biasanya saya akan goreng atau tumis je sayur bayam ni...memang sedap dimakan bersama nasi putih ditambah pula dengan ikan masin goreng dan sambal belacan.Tak perasan mak mertua lalu,punya la syok makan.hehe


Gambar: BAYAM KAYA DENGAN MAGNESIUM

Bayam mengandungi magnesium yang sangat sesuai bagi mengelakkan sakit kepala bagi pesakit migraine.

Ini tidak bermakna bayam adalah ubat untuk migraine. Bayam membantu pesakit migraine mengalami sakit kepala yang kerap dan berpanjangan.

Bagi pesakit migraine, bayam adalah sayuran terbaik untuk mereka.
Sayur bayam

Tahukah anda semua bahawa bayam mengandungi Magnesium yang sangat sesuai bagi mengelakkan sakit kepala untuk pesakit migrain.Tapi,ini tidak bermakna bayam adalah ubat untuk migrain.Bayam membantu pesakit migrain mengurangkan sakit kepala yang kerap dan berpanjangan.Bagi pesakit migrain,bayam adalah sayur yang terbaik untuk mereka.
Jadi,selalulah masak sayur bayam ni ye untuk mengurangkan sakit kepala.Bukan sahaja sedap tetapi sangat berkhasiat dan murah je...senang pulak nak dapat tu..
Semoga bermanfaat buat semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.JUGA DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP:012 9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com


* KONSULTASI PERCUMA
* HARGA ISTIMEWA


Jumaat, 21 Mac 2014

HOT produk bulan ni tentulah ESP Shaklee...ramai yang ambil kesempatan untuk borong ESP bulan ni.Sebab apa?
Promosi beli 6 dapat pula percuma 1 ESP...promosi ESP hanya 2 tahun sekali.Tinggal lagi 10 hari ianya akan berakhir.

Pagi tadi saya bersarapan dengan ESP + Nestum.

ESP + Nestum

Rasanya memang lazat dan mengenyangkan.Setiap pagi sebelum bersarapan pasti saya shake sebotol ESP bersama minuman kegemaran.Kombinasi antara ESP dan Nestum sangat bagus bagi mereka yang ingin berdiet.Ini kerana nestum adalah bijirin yang diperbuat daripada jagung dan gandum yang kaya dengan sumber mineral dan vitamin.Memberikan rasa kenyang yang lebih lama.Ditambah pula dengan ESP yang memberikan tenaga yang berterusan.


Nak cuba tak resepi ni? Belilah ESP dulu....

Teman Shaklee Anda,

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.JUGA DI SELURUH MALAYSIA.
COD: KUALA ROMPIN,PAHANG.

* KONSULTASI PERCUMA
* HARGA ISTIMEWA





Selasa, 18 Mac 2014

Masalah lingkaran gelap bawah mata atau dark circle kebanyakannya dialami oleh wanita.Masalah ini terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti :

  • Alahan
  • Atopic Dermatitis (ekzema)
  • Faktor gaya hidup seperti merokok,tekanan,kurang tidur
  • Pigmentasi
  • Keletihan
  • Ciri-ciri kulit wajah anda sendiri
  • Faktor genetik
  • Pengaliran darah yang tidak stabil
  • Penurunan berat badan yang agak mendadak
  • Mempunyai masalah pinggang dan juga perut
  • Tisu lemak dan cecair
  • Masalah sinus
Berikut adalah petua untuk menghilangkan lingkaran gelap bawah mata yang mungkin dapat membantu :
  • Dengan menggunakan hirisan nipis timun,ubi kentang atau tomato yang dilekapkan pada mata anda.Cara ini mampu mengurangkan keletihan mata dan melancarkan peredaran darah di bahagian mata.
  • Rendamkan 2 uncang teh ke dalam air sejuk selama beberapa minit,buang air yang berlebihan pada uncang dan letakkan pada mata selama 10 minit.Ianya bagus untuk kulit.
  • Sapukan minyak almond paga lingkaran gelap bawah mata tersebut pada setiap pagi dan malam.Urut secara lembut.
  • Pengambilan makanan yang mengandungi zat besi,vitamin C dan asid folik.
  • Elakkan minuman berkafein,gula,alkohol dan kurangkan pengambilan makanan yang bergaram
  • Sebaik-baiknya berhentilah merokok dan tidur dengan secukupnya.
Lingkaran gelap bawah mata ini juga boleh dikurangkan dengan pengambilan secara konsisten produk dari Shaklee iaitu ESP (energizing soy protein).ESP merupakan susu soya NON-GMO yang kaya dengan sumber protein untuk penghasilan sel-sel baru yang sangat penting untuk kulit.Ia mengandungi 9 jenis asid amino perlu yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.

ESP Shaklee


Testimoni pengguna

Kata Puan Linda :

" Salam,saya nak share pengalaman saya menggunakan ESP.Pada asalnya saya ambil ESP ni sebab nak pekatkan susu supaya anak tak bergayut lama.Tapi bila dah 4 bulan ambil ESP ni baru saya perasan,kulit muka saya bertambah gebu dan berseri.Tu pun sebab ditegur husband dan adik-beradik.Lepas tu kulit tak berminyak sangat macam dulu.Jerawat pun susah nak timbul.If ada pun mesti cepat je surut.N yang paling best.Dari saya kecil,mata bawah ada dark circle.Tapi sekarang macam tak caye,takde dark circle pun dekat keliling mata.Thanks to Shaklee coz semua produk dari Shaklee tak pernah mendukacitakan.Semua suplemen yang saya ambil memang cepat nampak kesannya.Yang paling best niat kita nak buat benda lain tapi yang lain-lain pun turut sama nampak kesan."


ESP memang best dan yang paling best sepanjang bulan ni,ESP ada promosi BELI 6 PERCUMA 1....
Bolehla kongsi-kongsi beli dengan keluarga ,kawan-kawan...Promosi ESP ni hanya ada 2 tahun sekali je tau.
Rugi tak borong...
Berminat dengan sebarang produk Shaklee boleh la hubungi saya...

Teman Shaklee Anda,

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG
JUGA MENERIMA ORDER DARI SELURUH MALAYSIA MELALUI PENGHANTARAN POS LAJU...

* KONSULTASI PERCUMA
* HARGA ISTIMEWA

Isnin, 17 Mac 2014

JERAWAT !!!! Masalah yang sememangnya sering menghantui para remaja lelaki mahupun perempuan.Malah ia turut dihadapi golongan dewasa.Jerawat terjadi apabila kelenjar minyak mengeluarkan terlalu banyak minyak dan sebum di kulit terutamanya di kawasan muka,dada dan belakang iaitu kawasan yang mempunyai banyak bulu roma.


jerawat11 300x285 Atasi Masalah Jerawat dengan Pengambilan Vitamin
Jerawat terjadi


Liang minyak yang tersumbat akan menjadi bintik putih jika ia terjadi di bawah kulit atau bintik hitam jika di lapisan luar kulit.Kulit akan menjadi kemerahan jika radang terbentuk di sekeliling liang tersebut.Lebih besar kawasan radang lebih mudah terjadinya nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai.Menghilangkan parut jerawat memang sukar apabila perawatan diabaikan.Wajah yang penuh dengan jerawat dan parut jerawat pasti membuatkan kita hilang keyakinan diri dan tiada keserian pada wajah.

Masalah jerawat

BAGAIMANA SHAKLEE MEMBANTU ?
Masalah jerawat kronik boleh dikurangkan dengan ZINK dan ESP (Energizing Soy Protein)

Set Jerawat Kronik Shaklee

ESP (Energizing Soy Protein)
  • ESP Shaklee mengandungi protein soya NON- GMO yang sangat penting dalam penghasilan sel baru.Ianya membantu mengurangkan kesan hitam (kulit mati akibat jerawat).Tompokan hitam pada kulit akibat jerawat sangat sukar dihilangkan kerana kita tidak mendapat protein yang mencukupi dalam penghasilan sel baru.Untuk mendapatkan kulit yang cantik ,kita perlulah mendapatkan makanan yang bersumberkan protein yang baik.
ZINK COMPLEX
  • Berkesan untuk mengurangkan jerawat.Zink mengawal selia jumlah testosteron di dalam tubuh yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat.Ia membantu menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee,hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma...

Teman Shaklee Anda,

NOREHAN SAAD
969248
012-9466377 (SMS/WHASSUP)
norehansaad81@gmail.com


PENGEDAR YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.
COD:KUALA ROMPIN,PAHANG.

Ahad, 16 Mac 2014

Buah oren atau buah limau menjadi kegemaran apabila tiba musim perayaan seperti Tahun Baru Cina.Buah limau merupakan sumber terbaik vitamin C,baik untuk kesihatan dan juga untuk perawatan kulit.Namun,tahukah anda semua bahawa sebahagian besar khasiat buah ini terletak pada kulitnya.

Buah limau

Kulit limau mengandungi 4 kali lebih serat berbanding dengan isi buahnya.Ia banyak mengandungi tangeretin dan nobeletin-flavonoid yang bermanfaat sebagai zat anti kanser ,anti diabetes dan anti flamasi.Zat flavon polymethoxylated yang terdapat pada kulit limau juga baik untuk mencegah penyakit jantung dan peradangan.

KHASIAT KESIHATAN DARI KULIT LIMAU :
  • Kulit limau menjadikan kulit wajah lebih bersih dan cerah dengan cara menyerap minyak berlebihan pada kulit serta membuang sel-sel komedo dan kulit mati pada wajah.Cara-caranya ialah kulit limau yang telah kering diblender bersama susu dan dijadikan sebagai masker.Sapukan masker tersebut ke seluruh wajah selama 30 minit dan bilas.
  • Kulit limau membantu menghilangkan rasa mual dan perut memulas.Ia juga membantu mengeluarkan kahak dan mengurangkan asma.
  • Kulit limau yang dijeruk membantu melancarkan peredaran darah,mengawal tekanan darah dan menyihatkan jantung.Ada pelbagai cara memakan kulit limau samaada menambahkannya ke dalam menu masakan atau merebusnya menjadi teh dengan menambah madu.
  • Untuk melancarkan pembuangan air besar,rebus 12 gram kulit limau segar atau 6 gram kulit limau kering dengan air secukupnya selama 10 hingga 15 minit.Minumlah 2 kali sehari.
  • Anda menghadapi masalah mulut berbau? Cubalah kunyah sepotong kecil kulit limau.Ia lebih berkesan daripada penyegar mulut.
  • Untuk meringankan rasa sakit atau ngilu pada gigi geraham,cubalah kunyah sepotong kecil kulit limau yang masih segar selama 10 minit sebelum tidur.
  • Untuk merawat gigi sensitif pula,minum segelas air suam yang dicampur dengan potongan kulit limau.
  • Wangian khas dari kulit limau dapat digunakan sebagai aroma terapi yang baik untuk mengurangkan sakit kepala dan depresi.
Wah... banyak betul manfaat yang boleh kita dapat daripada kulit limau ni....bolehlah diamalkan memakan kulit limau ni untuk kesihatan yang lebih baik.Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua...

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG,
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG.
NOR - 012 9466377 (SMS/WHASSUP)

* FREE CONSULTATION
* SPECIAL PRICE



Kenapa saya memilih Vitamin E Shaklee ?
Kesemua produk yang dihasilkan oleh Shaklee mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Termasuklah Vitamin E Shaklee yang menjadi pilihan saya.Antara sebab-sebab saya memilih Vitamin E Shaklee adalah kerana:

  • Pada botolnya tertulis d-alpha tocopherol.Tanda 'd' bermakna ianya semulajadi.Ianya mengandungi Vitamin E asli dari minyak sayuran.
  • Juga mengandungi Selenium yang melengkapi fungsi Vitamin E.
  • Kadar penyerapannya adalah lebih baik iaitu sekurang-kurangnya 2 kali ganda berbanding Vitamin E jenama lain.
  • Setiap kapsul memberikan 400 IU Vitamin E semulajadi dan 10mg Selenium bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.
  • Tanpa perasa,pewarna dan pemanis tiruan.
  • Telah diperbaharui dengan Grape Seed Extract iaitu 20 kali lebih berkuasa dari Vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa dari Vitamin C.
Dengan Grape Seed Extract

KEBAIKAN GRAPE SEED EXTRACT :
  • Anti oksidan,anti alergi,anti histamin dan anti inflamasi.
  • Boleh memperbaiki perhubungan tisu,kedut-kedut dan kulit kendur.
  • Kajian saintifik membuktikan, ia boleh membantu mengatasi masalah kanser serta amat baik untuk awet muda dan memelihara kecantikan badan jika pengambilan secara konsisten.
  • Membantu menguatkan sistem imun badan,menurunkan paras kolestrol,menghalang pembentukan darah beku,melegakan masalah berpunca daripada urat timbul serta merencatkan pembengkakkan dan keradangan.
Berminat dengan sebarang produk Shaklee? Untuk memudahkan anda membuat pembelian hanya Klik Di Sini...



Atau ,

Hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

Teman Shaklee Anda,

NOREHAN SAAD
969248
012-9466377 (SMS/WHASSUP)
norehansaad81@gmail.com (EMAIL)

PENGEDAR YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.
COD : KUALA ROMPIN,PAHANG.


Khamis, 13 Mac 2014

APA ITU EPISIOTOMI?
Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di kawasan perinium ketika proses bersalin bagi menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi keluar.Pada kebiasaannya doktor akan melakukan potongan secara menyerong di kawasan luar faraj hingga ke punggung dengan menggunakan gunting khas.Sebelum potongan dilakukan ,doktor akan menyuntik ubat penahan sakit (ubat bius) di kawasan perinium untuk mengelakkan anda berasa sakit ketika episiotomi dilakukan.Selepas bayi dan uri berjaya dikeluarkan,luka episiotomi akan dijahit.


Gambar: Tips Melegakan Jahitan Episiotomi/Jahitan selepas bersalin

Bagi mereka yang bersalin secara normal, mungkin ada antara anda yang pernah merasai bagaimana sukarnya untuk duduk, berjalan, buang air besar dan buang air kecil selama beberapa minggu pertama selepas bersalin kesan dari jahitan episiotomi.

Apa dia episiotomi tu ye…? Luka episiotomi adalah potongan yang dilakukan di kawasan perinium sewaktu proses bersalin bagi menyediakan bukaan yang lebih luas untuk bayi keluar. Biasanya doktor akan melakukan potongan secara menyerong di kawasan luar faraj hingga ke punggung dengan menggunakan gunting khas.

Sebelum potongan dilakukan, doktor akan menyuntik ubat penahan sakit (ubat bius) dikawasan perinium bagi mengelakkan anda dari merasa sakit sewaktu episiotomi dilakukan.

Selepas bayi dan uri berjaya dikeluarkan, luka episiotomi akan dijahit.

Sebab kenapa episiptomi dilakukan oleh kebanyakan pengamal perubatan adalah :

1. Bayi bersaiz besar dan bahu bayi tersekat – bagi mengelakkan bayi lemas dan mengalami komplikasi, doktor akan melakukan episiotomi sebagai bantuan untuk bukaan perinium yang lebih besar.

2. Otot perineal yang keras dan tidak anjal

3. Mengelakkan koyakan berbentuk zig zag dan koyakan yang besar hingga ke dubur yang boleh menyebabkan risiko jangkitan kepada ibu

4. Apabila berlakunya masalah bayi stres sewaktu proses meneran.

Luka jahitan kebiasaannya mengambil masa seminggu ke 2 minggu untuk pulih. Tapi rasa ngilu kesan dari jahitan tu biasanya ambil masa hingga 2 minggu sebelum ia mulai hilang sedikit demi sedikit.

Berikut adalah tips untuk mengurangkan sakit dari jahitan episiotomi :

1. Mandi dengan air suam boleh membantu mengurangkan rasa sakit.

2. Dedahkan bahagian luka episiotomi ke udara dalam 10 minit (sekali atau 2 kali sehari) supaya pengudaraan boleh berlaku

3. Digalakkan untuk duduk diatas kerusi atau katil dan elakkan dari duduk di bawah atau diatas lantai kerana ini akan menyukarkan anda untuk bangun dan berdiri setiap kali selepas duduk

4. Jika terasa sakit sewaktu duduk, anda boleh cuba duduk diatas pelampung kecil, bantal atau tuala yang dibentuk seperti donut diatas kerusi sebelum duduk diatasnya

5. Bagi mereka yang tidak mempunyai tandas duduk dirumah, cuba dapatkan kerusi kecil untuk memudahkan anda membuang air. Anda boleh duduk diatas kerusi ini secara menyenget sewaktu membuang air dan ini boleh membantu mengurangkan sakit di bahagian luka. Biasanya masalah ini berlaku bagi mereka yang perlu berpantang dirumah ibu di kampung yang hanya menyediakan tandas cangkung.

6. Jirus kaki dengan air sewaktu membuang air. Cara ini dapat membantu mengurangkan rasa sakit luka jahitan sewaktu anda membuang air

7. Letakkan tuala wanita (pad) yang akan digunakan untuk menyerap darah nifas kedalam peti ais. Tuala wanita yang sejuk boleh membantu mengurangkan rasa rasa sakit di bahgian luka

8. Lap luka opisiotomi dengan tuala yang bersih dan lembut sehingga kering setiap kali selepas ke bilik air. Luka yang lembap dan tidak kering boleh menyebabkan masalah jangkitan dibahagian luka

9. Anda juga boleh gunakan anti septik seperti dettol untuk membasuh bahagian luka sewaktu mandi. Caranya ialah larutkan 1 penutup penuh dettol kedalam 1 tupperware air suam. Gunakan campuran ini untuk membasuh bahagian luka episiotomi.

10. Gunakan ice pack untuk mengebaskan bahagian luka jahitan. Selain dari itu, ice pack (gel dingin) juga boleh membantu mengelakkan luka episiotomi dari bengkak.

11. Amalkan senaman lantai pelvik (senaman kegel). Tujuannya adalah untuk melancarkan perjalanan darah dibahagian luka. Senaman kegel juga boleh membantu mempercepatkan luka sembuh

12. Berjalan dengan lebih kerap adalah digalakkan untuk menggalakkan peredaran darah dan mempercepatkan proses penyembuhan di bahagian luka.

JOM SEBARKAN UTK PENGETAHUA BERSAMA ;-)

(y) ----->> Kidz collection corner
PENGILANG dan PENGEDAR SET TILAM KEKABU ASLI 100% + BAKUL BAYI NO 1 MALAYSIA
Proses episiotomi dilakukan

KENAPA EPISIOTOMI DILAKUKAN OLEH KEBANYAKAN PENGAMAL PERUBATAN?
  • Bayi bersaiz besar dan bahu bayi tersekat - bagi mengelakkan bayi lemas dan mengalami komplikasi,doktor akan melakukan episiotomi untuk bukaan perinium yang lebih besar
  • Otot perineal yang keras dan tidak anjal.
  • Mengelakkan koyakan berbentuk zig zag dan koyakan yang besar hingga ke dubur yang boleh menyebabkan risiko jangkitan kepada ibu.
  • Apabila berlakunya masalah kepada bayi,ibu stress ketika meneran.
Luka jahitan biasanya mengambil masa selama 2 minggu untuk pulih.Tetapi rasa ngilu kesan dari jahitan tersebut mengambil masa selama 2 minggu sebelum ia mulai hilang sedikit demi sedikit.
Pengalaman saya bersalin sulung memang memeritkan.Saya mengalami luka perinium yang agak banyak.Rasa ngilu jahitannya memang menyakitkan.Agak susah untuk duduk dan bangun.Apalagi semasa membuang air besar.Lebih-lebih lagi jika sembelit.Nak menangis pun ada.Tapi itulah pengalaman pertama yang menjadi memori dalam hidup saya...memang indah walaupun perit...Saya ingin kongsikan beberapa tips untuk kurangkan sakit jahitan episiotomi.Jom kita baca

TIPS MENGURANGKAN SAKIT JAHITAN EPISIOTOMI:
  • mandi dengan air suam boleh mengurangkan rasa sakit
  • dedahkan bahagian luka episiotomi ke udara selama 10 minit (1-2 kali sehari) supaya pengudaraan boleh berlaku
  • digalakkan duduk di atas kerusi atau katil dan elakkan duduk di bawah atau di atas lantai kerana ini akan menyukarkan anda untuk bangun dan berdiri setiap kali selepas duduk
  • jika terasa sakit semasa duduk ,anda boleh cuba duduk di atas pelampung kecil,bantal atau tuala yang dibentuk seperti donut di atas kerusi sebelum duduk.
  • bagi mereka yang tidak mempunyai tandas duduk di rumah,cuba dapatkan kerusi kecil untuk memudahkan anda membuang air.Anda boleh duduk di atas kerusi itu secara menyenget sewaktu membuang air dan ini boleh membantu mengurangkan sakit di bahagian luka.
  • jirus kaki dengan air sewaktu membuang air untuk membantu mengurangkan rasa sakit luka jahitan
  • letakkan tuala wanita yang belum digunakan ke dalam peti ais.Tuala wanita yang sejuk boleh mengurangkan rasa sakit di bahagian luka
  • anda juga boleh menggunakan antiseptik seperti dettol untuk membasuh luka sewaktu mandi.Sapukan ubat luka yang dibekalkan oleh pihak hospital di bahagian luka tersebut setiap kali selepas mandi
  • gunakan ice pack untuk mengebaskan bahagian luka jahitan.Selain dari itu ice pack juga boleh membantu mengelakkan luka episiotomi dari bengkak
Semoga tips ini memberi manfaat buat anda semua.

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di kawasan KUALA ROMPIN,PAHANG.
COD di sekitar KUALA ROMPIN...hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee

Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

FREE CONSULTATION
SPECIAL PRICE



Rabu, 12 Mac 2014

Assalamualaikum para pembaca budiman.....

Setiap Muslim amat digalakkan mengikut Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.Sunnah akan dapat membentuk keintiman dan keharmonian dalam sesebuah keluarga.Jom saya kongsikan salah satu sunnah Rasulullah iaitu sunnah ketika minum.



SUNNAH RASULULLAH KETIKA MINUM :
  • Hendaklah minum dengan sedutan yang berlainan ( Tirmizi)
  • Baca Bismillah dan Alhamdulillah pada setiap sedutan (Bukhari)
  • Hendaklah duduk ketika minum.Nabi SAW telah melarang minum dengan berdiri (Zaadul Maad)
  • Air dan segala yang halal hendaklah diminum dengan tangan kanan kerana syaitan menggunakan tangan kiri bagi makan dan minum (Khasail Nabawi)
  • Jangan meniup ke dalam air panas untuk menyejukkannya (Abu Daud)
  • Jangan minum daripada bekas yang sumpik atau pecah (Abu Daud)
  • Orang yang memberi makan atau melayan orang hendaklah yang paling akhir makan dan minum (Tirmizi)
  • Janganlah minum daripada bekas yang besar seperti jag air,botol dan lain-lain.Tetapi minumlah dalam  satu gelas atau mangkuk kecil (Abu Daud)
  • Minum dengan 3 nafas : Abra' (melepaskan penyakit) Arwa' (menghilangkan kehausan) Amra' (menguatkan sistem pencernaan)
  • Jangan bernafas dalam bekas minuman ketika minum
Jom sama-sama kita amalkan sunnah ini untuk mendapat syafaat di sisi Baginda Rasulullah SAW.
Semoga bermanfaat buat semua...:)

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG SAH DI KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.HUBUNGI SAYA UNTUK COD DI SEKITAR KUALA ROMPIN.
FREE CONSULTATION...
SPECIAL PRICE....

Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com




Selasa, 11 Mac 2014

APA ITU TALASEMIA?
Talasemia adalah penyakit kecacatan darah.Talasemia adalah keadaan yang diwarisi ,iaitu diwariskan dari keluarga kepada anak.Kecacatan gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal.Mereka yang mempunyai penyakit talasemia tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang mencukupi dalam darah mereka.Hemoglobin adalah bahagian sel darah merah yang mengangkut oksigen daripada paru-paru keseluruh tubuh.Semua tisu tubuh manusia memerlukan oksigen.Akibat kekurangan sel darah merah yang normal akan menyebabkan pesakit kelihatan pucat kerana paras hemoglobin (Hb) yang rendah.Mereka yang mengidap talasemia tidak mampu membekalkan seluruh sel tubuh mereka dengan bekalan oksigen yang mencukupi akibat kekurangan hemoglobin dalam sel darah merah.Dengan itu tubuh mereka menjadi lemah,gagal berkembang dengan baik dan mereka boleh menjadi sakit teruk.




Gambarajah di atas menunjukkan bagaimana penyakit talasemia boleh diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak.

Terdapat 2 jenis Talasemia iaitu :
  • Talasemia Minor - merujuk kepada mereka yang mempunyai kecacatan gen talasemia tetapi tidak menunujukkan tanda-tanda talasemia atau pembawa.
  • Talasemia Major - merujuk kepada mereka yang mempunyai baka talasemia sepenuhnya dan menunujukkan tanda-tanda talasemia.
TANDA-TANDA DAN GEJALA PENYAKIT TALASEMIA :
  • Biasanya anak-anak pembawa penyakit talasemia kelihatan normal sewaktu dilahirkan.Bagaimanapun,mereka akan mulai mengalami masalah anemia yang serius apabila usia antara 13 hingga 18 bulan.
  • Tubuh pucat,lemah dan gelisah
  • Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas
  • Jaundis
  • Tumbesaran terbantut
  • Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
  • Perubahan pembentukan tulang muka,pipi dan rahang yang tidak normal.
RAWATAN PENYAKIT TALASEMIA
  • Pesakit perlu menjalani transfusi darah berterusan setiap bulan
  • Transfusi darah yang berterusan akan menyebabkan pengumpulan zat besi di dalam organ penting badan seperti hati,jantung dan kelenjar endokrin yang akhirnya merosakkan fungsi organ-organ tersebut
  • Rawatan penyingkiran zat besi berlebihan perlu dilakukan dengan suntikan ubat Desferrioxamine
  • Pemindahan sum-sum tulang sekiranya ada penderma yang sesuai di kalangan keluarga
Shaklee juga menyediakan SET TALASEMIA bagi membantu mengurangkan masalah tersebut.Berikut adalah produk Shaklee yang sesuai untuk pesakit Talasemia :

1) OSTEMATRIX                                                 

Mengurangkan risiko osteoporosis di kalangan pesakit talasemia

2) B COMPLEX                                            

Penting untuk fungsi asas tubuh

3) ZINK COMPLEX                                                 

Membantu perbaiki kepadatan tulang


4) VITAMIN E                                                      

Sebagai anti oksidan yang menghalang oksidasi zat besi


5) VITAMIN C                                                     

Membantu menghalang jangkitan kuman

AMARAN : PESAKIT TALASEMIA TIDAK BOLEH MENGAMBIL VITALEA IRON FORMULA kerana ianya mengandungi zat besi yang tidak membantu dalam meningkatkan Hb ,bahkan ia mungkin membawa kemudaratan kerana mengambil sesuatu zat berlebihan dan tidak digunakan dan mungkin akan merosakkan organ-organ dalam badan.

Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee,hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya .

Teman Shaklee Anda,
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE UNTUK KAWASAN KUALA ROMPIN,PAHANG.
COD DI SEKITAR KUALA ROMPIN ,PAHANG.

Isnin, 10 Mac 2014

Tidur adalah perkara yang paling menyeronokkan.Ketika itulah kita mahu merehatkan badan setelah penat melakukan aktiviti seharian.Tidur merupakan cara terbaik untuk memulihkan keadaan tubuh.Waktu tidur yang disarankan untuk kita semua hanyalah 6 hingga 8 jam sehari.Kebiasaannya kita tidur selama 6 jam je sehari.Kurang tidur boleh mendatangkan keburukan kepada kita malahan terlebih tidur juga boleh membahayakan kesihatan.


Tidur yang nyenyak

KESAN TIDUR SECARA BERLEBIHAN
Berikut adalah beberapa sebab mengapa kita tidak digalakkan untuk tidur secara berlebihan.Jom kita kongsikan bersam-sama.Antaranya ialah :
  • DIABETES - terdapat beberapa kajian membuktikan bahawa individu yang tidur lebih lama daripada waktu yang sepatutnya cenderung menghidap diabetes.Dengan mengamalkan tidur secara berlebihan risiko mendapat penyakit ini cukup tinggi.
  • SAKIT JANTUNG - sekiranya anda biasa tidur lebih dari 8 jam setiap hari maka risiko untuk menderita sakit jantung adalah tinggi.Berdasarkan beberapa penelitian yang dijalankan,jumlah tidur 9 hingga 12 jam sehari sangat tidak digalakkan kerana ia melebihi had waktu rehat yang sepatutnya.
  • MUDAH LUPA - pola tidur berlebihan boleh melambatkan fungsi sel otak sekaligus mengakibatkan masalah ingatan.Jika tidak ditangani segera,ia mungkin lebih membahayakan hingga mengundang risiko nyanyuk.
  • OBESITI - kadar metabolisme dalam badan berjalan sangat perlahan ketika anda sedang tidur.Oleh kerana itu,individu yang mengamalkan tidur yang berlebihan berisiko tinggi untuk mengalami obesiti sehingga 21 % berbanding mereka yang tidur secara normal.
Ingat ye pembaca semua,tidur yang terlebih-lebih  boleh mengundang keburukan kepada tubuh kita.Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua....:)

# SAYA ADALAH PENGEDAR PRODUK SHAKLEE YANG SAH SEKITAR KUALA ROMPIN PAHANG....COD DI SEKITAR KUALA ROMPIN PAHANG...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com



Ahad, 9 Mac 2014

Sayur- sayuran adalah antara makanan yang kurang digemari oleh sesetengah individu terutamanya kanak-kanak.Kenapa ye? Mungkin disebabkan oleh rasa sayur itu pahit dan tidak sedap bagi mereka berbanding dengan ayam goreng..
Sayur tidak mengandungi kolestrol ,rendah lemak,rendah kalori dan rendah natrium.Serat yang terkandung dalam sayur berupaya mencegah sembelit dan beberapa jenis kanser.Sayur yang berwarna hijau dan oren kaya dengan beta karotena yang penting untuk kesihatan mata.Sayuran hijau mengandungi zat besi yang dapat mengelakkan masalah kekurangan darah.Sayur juga kaya dengan antioksidan seperti Vitamin A,C dan E.Begitu banyak khasiat sayur kan...
Jarang kita dengar kanak-kanak yang menyukai sayuran.Termasuklah anak-anak saya.Memang susah untuk melihat mereka memakan sayur.Walaubagaimanapun,saya ingin berkongsi beberapa tips yang mungkin berguna buat ibu-ibu yang menghadapi masalah tersebut.Jom kita baca ye...


  • Untuk menggalakkan anak makan sayur,ibu bapa mesti terlebih dahulu sukakan sayur.Tunjukkan kepada mereka betapa kita amat gemar memakan sayur.Hati anak mungkin akan terbuka untuk merasa keenakan sayur.
  • Mengajak anak bersama-sama memilih sayur dan menyediakannya untuk dimakan bersama.Cara ini mungkin tidak berjaya dengan sekali cubaan tetapi kita mestilah kuat untuk berusaha
  • Jangan memaksa atau marah jika anak tidak mahu makan sayur.Ceritakan kepada mereka tentang keenakan sayur-sayuran dan kebaikan makanan itu terhadap tubuh kita.
  • Hidangkan sayur dengan pelbagai jenis seperti menggoreng,mencelur,mengukus,dibuat sup,jus dan salad.Contohnya jika anak suka makan kek dan roti,kita boleh sediakan yang berperisa sayur seperti kek lobak merah atau roti kentang.Pasti menyelerakan.
  • Pelbagaikan kreativiti bentuk makanan yang dihidangkan kepada anak-anak.Contohnya lobak dipotong dalam bentuk berbunga-bunga.

Tips Menggalakkan Anak Anak Makan Sayur Sayuran 2 Tips Menggalakkan Anak Anak Makan Sayur Sayuran
Contoh hidangan yang menarik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda semua...:)

Saya adalah pengedar Shaklee yang sah di kawasan Kuala Rompin,Pahang.
COD di sekitar Kuala Rompin,Pahang...
NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



Jumaat, 7 Mac 2014

Assalamualaikum para pembaca budiman...



Shaklee adalah  syarikat No 1 dalam pembuatan vitamin dan makanan tambahan yang dirumuskan untuk kesihatan.Shaklee menyediakan :

  • SET KEHAMILAN
  • SET BERPANTANG
  • SET PENYUSUAN
  • SET KANAK-KANAK
  • SET PENJAGAAN KECANTIKAN
  • SET KESIHATAN LELAKI
  • SET KESIHATAN WANITA
  • SET KESIHATAN DAN KECANTIKAN OPTIMUM
  • DAN PELBAGAI LAGI
Hubungi saya ,Teman Shaklee Anda yang merupakan Pengedar sah Shaklee di kawasan KUALA ROMPIN,PAHANG.Saya juga menyediakan COD untuk setiap produk Shaklee di sekitar Kuala Rompin Pahang terutamanya di Sungai Puteri...

NOREHAN BINTI SAAD
ID NO: 969248
SMS/WHASSUP: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

* KONSULTASI PERCUMA DAN HARGA ISTIMEWA...



Rabu, 5 Mac 2014

Detik kelahiran pasti dinanti dengan penuh debaran dan pelbagai emosi terutamanya buat ibu yang pertama kali mengalaminya.Walaupun tidak sabar untuk melihat wajah comel yang akan lahir ,namun jauh di sudut hati tetap timbul rasa takut dan berdebar-debar.




Bagi ibu yang sudah mempunyai pengalaman melahirkan,pasti sudah mengetahui tanda-tanda yang menunjukkan waktu bersalin semakin hampir.Untuk bakal ibu yang baru pertama kali,ingin saya kongsikan beberapa tanda-tanda berikut supaya anda lebih bersedia untuk menghadapi saat yang mendebarkan itu.

  • Ngilu Di bahagian Ari-ari
Semakin hampir hendak bersalin,rasa ngilu dan pedih di bahagian ari-ari akan kerap terasa.Bakal ibu juga lebih kerap membuang air kecil atau air besar,sakit perut serta buang angin.Ini disebabkan tekanan kepala bayi yang sudah turun ke bawah laluan tulang pelvik.
  • Sakit Tulang Belakang
Kesakitan di pinggul dan tulang belakang semakin kuat dirasakan.Ini kerana di akhir kehamilan,berlaku pergerakan pada janin yang akan menekan tulang belakang ibu.
  • Keluar Lendir Berdarah
Ada sesetengah bakal ibu akan mengalami keluarnya lendir bercampur darah sebagai tanda hendak bersalin.Ini berlaku disebabkan pintu rahim dalam proses pembukaan.Jika anda mengalami tanda ini,segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan saiz bukaan pintu rahim.
  • Keluar Air Ketuban
Tidak semua bakal ibu mengalami situasi ini.Bagi yang mengalami pecah air ketuban dari vagina iaitu air jernih yang mengalir sedikit atau deras,segeralah ke hospital untuk pemeriksaan.Biasanya tidak lama kemudian ibu akan bersalin.
  • Bukaan Pintu Rahim
Semakin mendekati saat melahirkan,tanda yang paling jelas sekali ialah proses pembukaan rahim.Inilah saat indah sebelum bergelar ibu.Walaupun sakit kontraksi iaitu proses pintu rahim terbuka dari 1 hingga 10 cm adalah kesakitan yang amat berat namun ia merupakan satu nikmat kelegaan apabila kepala bayi mulai keluar melalui pintu rahim ibu.

Melalui pengalaman saya sendiri sewaktu menghadapi saat kelahiran ketiga-tiga anak saya semuanya tanda yang sama iaitu keluar air ketuban.Pada mulanya hanya sedikit tetapi semakin hampir dengan proses kelahiran semakin banyak air ketuban yang mengalir keluar.Saat-saat indah itu akan menjadi memori terindah dan merupakan anugerah yang tidak ternilai buat insan yang bergelar IBU.....

Semoga bermanfaat buat anda semua....:)


Selasa, 4 Mac 2014

Cuaca panas sedang melanda negara ketika ini.Cuaca panas dan kering adalah fenomena biasa yang berlaku di negara tropika seperti Malaysia.Cuaca panas ini juga akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti demam,selsema,batuk dan sebagainya.Ramailah akan berkunjung ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.


Cuaca panas juga boleh menyebabkan berlakunya pembakaran hutan yang menyumbang kepada masalah jerebu.Setiap pagi pasti kelihatan jerebu yang agak tebal dan menyesakkan nafas dengan bau asap.Ini menyukarkan kita untuk melakukan sebarang aktiviti luar terutamanya kanak-kanak ke sekolah.

KESAN KESIHATAN AKIBAT PENDEDAHAN KEPADA CUACA PANAS.
Cuaca panas adalah tekanan fizikal kepada badan manusia.Kesan kesihatan adalah pelbagai dari sederhana sehinggalah kepada serius seperti strok haba yang boleh membawa maut.Kesan kesihatan yang boleh berlaku jika terdedah kepada cuaca panas ialah :
  • keletihan/kelesuan akibat dari cuaca panas
  • pitam atau pengsan
  • kekejangan
  • strok akibat dari panas (heat stroke)
  • strok haba
  • kerosakan organ badan seperti ginjal,otak,jantung dan hati
Tanda-tanda atau gejala yang biasa berlaku akibat terdedah kepada cuaca panas ialah :
  • sakit kepala
  • keletihan
  • tumpuan yang lemah
  • lemah otot-otot badan atau kekejangan
  • mual dan muntah
  • keadaan yang teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan).Berlaku apabila jumlah air yang keluar lebih besar dari nilai yang diambil masuk.
TIP-TIP PENCEGAHAN IALAH :
  • minum air dengan banyak tanpa mengira tahap aktiviti anda.Jangan tunggu anda dahaga
  • minum minuman isotonik kerana ia boleh menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh
  • berada di dalam rumah/bangunan
  • hadkan aktiviti luar
  • banyakan rehat
  • mandi atau buka kipas angin untuk menyejukkan anda
  • pakai pakaian yang ringan dan longgar
  • pakai topi atau payung yang besar
  • jangan minum minuman yang berkafein,alkohol atau kandungan gula yang tinggi
  • jangan membiarkan seseorang di dalam kereta yang tertutup
  • bersenam dalam cuaca panas
Salah satu produk Shaklee yang boleh membantu anda mengatasi masalah dehidrasi ialah PERFORMANCE DRINK SHAKLEE.


KEISTIMEWAAN PERFORMANCE DRINK SHAKLEE IALAH :
  • Ia terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air biasa
  • Mempunya lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding jenama minuman hidrasi lain
  • Campuran elektrolit OPTI- LTYE proprietari dengan campuran unik karbohidrat dapat memberikan tenaga segera dan berkekalan bagi menyokong hidrasi optimum
  • Terbukti secara klinikal ,ujian makmal terhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan Performance Drink dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan hidrasi,memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina
  • Tidak mengadungi perasa tiruan,pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan
Jadi anda semua jangan memandang remeh tentang kepentingan minuman elektrolit kerana jika kandungan elektrolit tidak seimbang dalam badan atau terganggu,ia boleh membawa maut.
Bancuhlah segelas Performance Drink anda hari ini....

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee

Teman Shaklee Anda ,
NOREHAN SAAD
969248
012 9466377 (SMS/WHASSUP)
norehansaad81@gmail.com (EMAIL)



Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog