Isnin, 27 Januari 2014

LEMAK OH LEMAK.....Pernah tak anda semua cuba berdiet untuk beberapa minggu tetapi tidak berhasil?
Nak turun 1 hingga 2 kg pun susah..selepas 2 ,3 bulan anda pun give up...berdiet pun masih tak turun-turun.. dan anda pun kembali ke cara makan yang tidak sihat sebab sudah berputus asa....
Kenapa itu semua terjadi ??? Sebenarnya tak semua lemak itu sama.Terdapat 3 jenis lemak dalam badan kita iaitu :

1) STRUCTURAL LEMAK
~ ' Lemak baik ' ini sangat penting untuk melindungi organ-organ dalaman,sendi dan membentuk rupa bentuk muka.Lemak ini biasanya tidak digunakan sebagai sumber  tenaga.

2) NORMAL FAT RESERVE
~ ' Lemak baik' ini ada sekitar tubuh kita dan akan digunakan dan dibakar sebagai sumber tenaga apabila diperlukan.Ia berfungsi seperti 'tangki tenaga'.

3) ABNORMAL STORED FAT
~ 'lemak tak baik' ini dikenali sebagai 'tisu adipose'.Ia adalah lemak yang tidak diperlukan oleh tubuh dan akan disimpan di bawah kulit,sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'tangki spare'.Lemak ini akan kelihatan membuncit dan berlipat-lipat di tubuh anda.Ia sangat aktif mengeluarkan toksik chemical dan hormon estrone yang akan mengganggu sistem tubuh anda.Lemak ini tidak digunakan sebagai sumber tenaga utama.Hanya apabila keadaan tubuh hampir 'kebuluran' sahaja lemak ini akan dibakar dan digunakan sebagai tenaga.

Jadi anda semua nampakkan jika berdiet 1 hingga 2 bulan pertama,2 jenis lemak yang dibakar tetapi lemak  jenis yang ke 3 kekal di situ...Hanya jika anda meneruskan perjuangan untuk berdiet sahaja ,barulah lemak jenis ke 3 akan dibakar..so,jangan berputus asa untuk membuang kesemua lemak-lemak di badan anda.Teruskan usaha untuk memiliki berat yang ideal dan cantik....

Selamat berjuang membakar lemak anda!!!

Ahad, 26 Januari 2014

Sembelit adalah masalah biasa bagi wanita hamil dan semasa berpantang.Kira-kira 30 hingga 40 peratus wanita mengalami masalah sembelit pada peringkat awal berpantang.Ini disebabkan oleh diet yang tidak seimbang semasa berpantang dan mungkin disebabkan oleh hormon kehamilan yang masih ada dalam badan ibu tersebut pada peringkat awal selepas kelahiran.Hormon ini memperlahankan pergerakan makanan melalui salur penghadaman anda.
Beberapa tips yang saya ingin kongsikan bersama bagi membantu mengurangkan masalah tersebut ialah :

  • banyakkan minum air sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas sehari.Jika menyusukan bayi,kuantitinya perlu ditambah.Air sangat membantu menghasilkan susu yang banyak ,mengurangkan jangkitan kuman dan pundi kencing dan mengurangkan sembelit.
  • jika terasa ingin membuang air besar,segeralah ke tandas walaupun anda rasa kurang selesa pada terutamanya pada minggu pertama bersalin.Lebih lama anda menahan diri dari membuang air besar,lebih keras najis anda dan ini akan lebih memburukkan lagi keadaan.
  • lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan sahaja walaupun ketika dalam pantang.Cara ini akan memudahkan anda membuang air besar.
  • makan makanan yang kaya serat seperti sayur sayuran dan buah buahan.Selain serat,makanan ini juga mengandungi banyak vitamin C.Vitamin C diperlukan untuk memulihkan tisu-tisu yang tercedera semasa kelahiran bayi dan bagi menyembuhkan luka episiotomi ataupun luka caeseran.
Ibu-ibu comel semua bolehlah mencuba tips-tips di atas untuk membantu masalah tersebut.Ataupun mengambil suplemen Shaklee yang dapat membantu mengurangkan masalah sembelit tersebut.


OSTEMATRIX SHAKLEE .
Kaya dengan kalsium.Merupakan komponen utama susu ibu selepas protein.Sumber kalsium yang dapat mengelakkan sembelit dan stress pada ibu yang berpantang.

Semoga memberi manfaat buat ibu semua.Berminat dengan sebarang produk Shaklee ? Hubungi saya untuk membuat pembelian dan anda layak mendapat konsultasi percuma...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com




Sabtu, 25 Januari 2014

Setiap insan di dunia ini telah ditetapkan rezeki masing-masing samaada sedikit atau banyak sejak di dalam kandungan ibu lagi.Keyakinan terhadap rezeki yang datangnya  dari Allah SWT merupakan salah satu daripada rukun iman yang ke 6 iaitu percaya kepada Qada dan Qadar.
Saya ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang amalan-amalan yang boleh membuka pintu rezeki kita.
Jom sama-sama kita baca ye...


12 amalan yang tersebut di atas merupakan amalan-amalan yang akan memberi kita rezeki jika selalu diamalkan.


Hadis di atas pula menyebut tentang kelebihan Solat Sunat Subuh yang dilakukan 2 rakaat sebelum menunaikan Solat Subuh.Fadilatnya amat besar jika diamalkan selalu.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua....Selamat Beramal...:)



Rabu, 22 Januari 2014

Beberapa hari yang lepas,kita dikejutkan dengan berita pembunuhan kanak-kanak usia seawal 2 tahun.Pelakunya sangat kejam sanggup melakukan sedemikian terhadap insan yang tidak berdosa itu.Luluh hati saya sebagai seorang ibu tatkala menerima berita tergempar ini.Bagaimana perasaan mereka apabila tergamak melakukan sedemikian ??Semoga mereka mendapat hukuman yang setimpal dengan perbuatan tersebut.Ingatlah Allah Maha Adil...
Hari ini musibah,ujian dan bala ada di mana -mana.Tiada sesiapa yang boleh menjadi pelindung kepada kita selain Allah.Sebagai ikhtiar agar diri kita dan anak cucu kita sentiasa dalam jagaan Allah,maka ajarkanlah kepada mereka semua akan Doa Pelindung Diri ini.Doa ini mestilah dibaca 3 kali pagi dan petang.Jadikan ia sebagai amalan harian.


sumber dari Dr Tengku Ismadi

Semoga diri kita sentiasa di bawah lindunganNya...In shaa allah...Sama-sama kita amalkan...
Semoga bermanfaat....:)

Isnin, 20 Januari 2014

Kehadiran seorang bayi dalam sebuah keluarga sangat menyeronokkan.Baunya yang harum dan sangat comel pasti membuatkan ibu bapa merasa tenang apabila melihatnya.Tahukah anda ,bahawa bayi mempunyai beberapa fakta yang sangat unik dan istimewa ??



 Berikut adalah fakta menarik yang perlu anda ketahui tentang BAYI :

  • bayi tiada kepala lutut.Ia tidak membentuk sehingga bayi berusia 6 bulan.
  • bayi tiada air mata.Mereka menangis dan menjerit tetapi air mata sebenar tidak wujud sehinggalah bayi berusia 5 minggu.
  • mereka mempunyai lebih tulang.Orang dewasa mempunyai 206 dan bayi mempunyai 300 tulang.Kebanyakan dari tulang tersebut bercantum semasa bayi membesar.
  • empat daripada 10 bayi yang lahir mempunyai tanda lahir.
  • bayi mempunyai deria bau yang kuat.Boleh mengenali bau badan ibu sebaik dilahirkan.
  • penglihatan bayi kabur sebaik dilahirkan.
  • rambut bayi yang tumbuh semasa dalam rahim ibu akan gugur beransur-ansur dan digantikan sepenuhnya oleh rambut baru apabila berusia 6 bulan.
  • bayi baru lahir secara genetiknya mempunyai deria pendengaran yang kuat.Boleh membezakan bunyi bunyian dan boleh mengenali suara ibu sebaik dilahirkan.
  • deria rasa bayi masih tidak terbentuk sepenuhnya semasa lahir.Tidak boleh membezakan rasa manis atau masin dengan baik.
  • jantung bayi baru lahir berdenyut di antara 120-160 degupan seminit berbanding dengan degupan jantung orang dewasa iaitu 60-80 seminit.
  • bayi bernafas lebih cepat iaitu 30-50 nafas seminit berbanding dengan orang dewasa iaitu 16-20 nafas seminit.
  • berat bayi bertambah sebanyak 2 kali ganda dari berat semasa lahir pada usia 6 bulan.
  • mendengarkan muzik klasikal kepada bayi akan menambahkan kepintarannya.
  • bayi baru lahir tidur selama 15 hingga 20 jam sehari.
  • bayi cuma mempunyai satu lapisan kulit,sebab itulah ia akan alah mudah kemerahan kepada losyen wangi,sentuhan kasar,gigitan serangga dan sebagainya.
  • bayi mempunyai kebolehan menyelam sebaik dilahirkan tetapi kebolehan tersebut akan hilang dengan cepat.
Ciptaan yang sungguh istimewa dari Yang Maha Kuasa ini membuatkan ibu sentiasa tersenyum di saat melihat gelagat dan kecomelannya.Didiklah mereka sebaik mungkin supaya menjadi insan yang mulia di sisi agama dan masyarakat..Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat anda bergelar IBU BAPA....:)

Jumaat, 17 Januari 2014

Nutrisi adalah satu pemakanan yang berkhasiat dan seimbang untuk tubuh badan dan bukan ubat ubatan.Bagi ibu-ibu yang hamil kepentingan nutrisi dalam pemakanan seharian akan memberikan kesihatan kepada tubuh dan bayi.

contoh makanan untuk ibu hamil

Antara kumpulan makanan yang perlu diambil oleh ibu hamil ialah :
  • ZAT BESI / IRON - untuk pembentukan sel darah merah yang membawa oksigen ke seluruh badan.Makanan seperti ikan,daging merah dan hati akan mengurangkan penyerapan iron ke dalam tubuh,begitu juga kalsium seperti susu,keju dan produk tenusu yang lain.Ambil suplemen zat besi /iron sejam sebelum atau 2 jam selepas mengambil makanan tersebut.
  • ASID FOLIK - penting untuk perkembangan fizikal dan saraf bayi di awal kehamilan.Asid folik juga sangat baik diamalkan oleh wanita yang berusaha untuk hamil.
  • KALSIUM - untuk kesihatan tulang,gigi dan gusi ibu.Ibu mengandung cenderung untuk mengalami sakit pinggang dan kejang kaki jika kekurangan kalsium.Ibu hamil memerlukan 1000 mg kalsium sehari.
  • OMEGA 3 - penting untuk perkembangan otak,sistem saraf dan penglihatan yang baik.Ikan adalah sumber omega yang terbaik,terutamanya ikan Salmon.Tetapi berhati-hati kerana terdapat ikan yang diracuni akibat pencemaran laut.
Kumpulan makanan tersebut boleh diperolehi daripada pemakanan seharian ataupun dari suplemen kesihatan.Pastikan ibu-ibu hamil mengambil makanan yang berkhasiat sepanjang tempoh tersebut supaya bayi yang anda mendapat zat dan nutrisi yang secukupnya....barulah si comel dapat membesar dengan sihat kan ???
Semoga bermanfaat buat semua....:)

Khamis, 16 Januari 2014

Pada awal kehamilan,kebiasaannya wanita akan mengalami rasa mual atau lebih dikenali sebagai ' morning sickness'.Rasa mual ini disebabkan oleh perubahan hormon yang berlaku kepada wanita hamil sehingga menyebabkan mereka sensitif terhadap bau,tekstur dan penampakan makanan.Gejala ini ketara pada trimester pertama kehamilan dan akan berkurangan pada trimester kedua dan ketiga.

Mual ketika hamil

Tahukah anda bahawa rasa mual atau muntah pada wanita hamil mempunyai kelebihannya ?
Walaupun gejala ini membuatkan wanita hamil merasa sedikit tertekan dan tidak selesa tetapi ianya memberikan beberapa kelebihan seperti :
  • risiko keguguran lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak mengalaminya
  • mual merupakan mekanisme perlindungan untuk embrio yang masih muda.
  • kematian pada bayi selepas dilahirkan lebih rendah pada wanita yang mengalami rasa mual ini
  • mual-mual berkaitan dengan rendahnya risiko kelahiran pra matang
  • berat lahir lebih tinggi
  • risiko kecacatan selepas dilahirkan lebih rendah
  • ukuran plasenta bertambah. - kurang makan disebabkan mual menyebabkan kurangnya berat badan seterusnya menyebabkan peningkatan ukuran plasenta yang menyalurkan darah kepada janin.Plasenta yang lebih besar menjamin bekalan makanan dan oksigen yang sihat kepada janin.
Melalui perkongsian ini ,kita dapat mengetahui bahawa setiap kejadian atau keadaan yang berlaku telah ditetapkan oleh Allah mempunyai kelebihan dan hikmahnya.Sebagai hambanya kita haruslah bersabar menerima sesuatu dariNya.Semoga ilmu yang dikongsi bersama hari ini memberi manfaat buat anda semua...



Rabu, 15 Januari 2014

Kehamilan adalah saat yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga.Namun, bagi mereka yang sukar untuk hamil pasti merasa kecewa kerana terlalu inginkan cahaya mata.Ada beberapa petua yang boleh diamalkan untuk suami isteri yang mengalami masalah tersebut.Jom kita ikuti petua yang saya ingin kongsikan buat pembaca semua.

Jus kurma bersama susu kambing..

Cara-caranya ialah :
  • ambil 4 biji buah kurma,suami genggam 2 biji dan isteri genggam 2 biji
  • kemudian buang biji kurma itu
  • kisarkan kurma itu tadi bersama dengan susu kambing
  • minum jus campuran kurma bersama susu kambing tersebut segelas seorang
  • amalkan sekali sahaja seumur hidup
  • kemudian amalkan meminum susu kambing setiap hari pada waktu pagi
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat pasangan yang sangat menginginkan zuriat.Selamat mencuba..In shaa allah...

Ibu bapa yang prihatin dan penyayang akan memastikan anak-anak mendapat khasiat makanan yang sepatutnya.Lebih-lebih lagi kanak-kanak yang sudah bercerai susu ibu, 100 %  nutrisi harian adalah dari pemakanannya.Ramai ibu bapa yang mahu melihat anak mereka sihat dan menjadi orang bijak.Tambahan pula banyak produk kesihatan yang dijual dan dikatakan mampu meningkatkan IQ kanak-kanak .
Salah satu daripadanya ialah Suplemen dari Shaklee yang menawarkan Vitamin khas untuk kanak-kanak yang mampu memberi kebaikan seperti berikut :



  • memelihara daripada jangkitan dan menguatkan imuniti tubuh
  • mengawalatur sistem pencernaan perut
  • mengandungi 24 jenis vitamin (A,C,E,Zink,Selenium DLL )
  • lengkap dengan EPA , DHA,Karbohidrat,Lemak,Protein,Fiber,Garam Mineral dan nutrisi lain
  • membantu perkembangan otak kanak-kanak dan membantu pengeluaran hormon anti stress dan interferon
  • meningkatkan selera makan kanak-kanak dan terlalu banyak kebaikan lain untuk disenaraikan di sini..
Set ini merupakan pilihan terbaik untuk anak-anak bagi keperluan zat yang mencukupi.
Berminat dengan sebarang produk Shaklee anda boleh menghubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL/WHASSUP : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com




Ahad, 12 Januari 2014

Ostematrix Shaklee membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.Ia juga mengandungi magnesium,vitamin D dan mineral zink,tembaga dan mangan untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.




Ostematrix penting sangat-sangat...

UNTUK SIAPA ??

  • Ibu Hamil / Menyusukan Bayi.Khas untuk ibu yang tidak boleh minum susu macam saya!!saya memang kekurangan kalsium.Mana tidaknya dah 3 orang anak.. langkah terbaik untuk ibu hamil/menyusukan bayi menguatkan tulang badannya adalah dengan mengambil pil Ostemtarix.Kenapa perlu Ostematrix ? sebab semasa hamil/menyusu ,bayi akan menyerap sebanyak mungkin nutrisi dari ibu terutamanya kalsium.Kesannya ibu mengalami sakit belakang,gusi berdarah,kekejangan dan lain-lain.Ibu hamil/menyusu memerlukan 1200 mg kalsium setiap hari
  • Ibu Dalam Pantang Yang Mengalami Masalah Sembelit.
  • Golongan Dewasa yang melakukan kerja-kerja berat.Kenapa ? Semakin umur meningkat ,semakin lemah badan kita.Jadi,mak,ayah,pak cik,mak cik, yang sentiasa ingin cergas dan kekal sihat ,jalan pun tak sakit lutut,sila la ambil Ostematrix mulai sekarang...
  • Mereka yang sentiasa kebas dan cramp anggota badan
  • Mengalami masalah sembelit dan buasir
  • Migrain atau kerap sakit kepala
  • Tumit kaki pecah atau kasar
  • Mereka yang sukar bangun tidur di waktu pagi
  • Mempunyai masalah gigi dan kuku mudah patah atau rapuh
  • Perokok,minum alkohol atau penggemar minuman ringan.Kesemua ini mengganggu penyerapan kalsium yang diambil dari pemakanan harian.
  • Wanita yang mengalami PMS ( pre- menstrual syndrome)
Ostematrix Shaklee tidak mengandungi perasa,pewarna atau bahan pengawet tambahan.Ianya semulajadi dan selamat digunakan.Jika anda berminat dengan sebarang produk Shaklee ,hubungi saya untuk dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Jumaat, 10 Januari 2014

ESP memang marvelous...rasa soya yang asli tanpa pemanis atau perasa tiruan pasti loya tekak juga nak menelannya kan.Tapi pelbagai resepi yang anda semua boleh cuba bersama ESP untuk melazatkan lagi minuman anda.Dulu masa mula mula mengenali ESP saya hanya bancuh bersama air kosong dengan menggunakan shaker je...tapi kalau dah hari-hari macam tu bosan pulak rasanya.
Selepas tu,saya cuba pula ESP bersama Collagen Powder yang rasanya sedikit hanyir tu.Apabila Collagen + ESP bergabung sedap juga rasanya.Rasa hanyir ikan dari Collagen pun hilang.Lega sikit tekak nak menelan.

ESP + COLLAGEN POWDER..

Itulah sarapan saya setiap hari yang membuatkan saya lebih bertenaga sepanjang hari.Di samping itu juga,kulit pun berseri-seri tau..ESP + COLLAGEN memang meletopp!!

Selain daripada itu,ada beberapa lagi resepi yang anda semua boleh cuba iaitu :
  • ESP + FRESH MILK
  • ESP + FRESH MILK + KURMA ( rendam kurma dalam susu beberapa jam kemudian blend/shake bersama ESP ,pasti menyenyangkan)
  • ESP + SUSU ANMUM
  • ESP + PERFORMANCE DRINK SHAKLEE + MEALSHAKES SHAKLEE
  • ESP + NESVITA 3 IN 1
  • ESP + JUS TWISTER TROPICANA
  • ESP + RIBENA
  • ESP + JUS BUAH-BUAHAN (epal,oren,tembikai,lobak putih)
  • ESP + MILO/HORLICK
  • ESP + SIRAP BANDUNG
Secara asasnya satu sudu besar ESP ini dibancuh dengan menggunakan satu mug air suam atau sejuk.TIDAK BOLEH dengan AIR PANAS kerana akan menjejaskan protein yang terdapat dalam ESP tu.Sehari hanya boleh ambil 3 sudu ESP sahaja.Boleh dikacau dengan sudu atau lebih mudah larut dengan shaker...
Bagi mereka yang agak sukar meminum ESP sebab rasa loya,boleh mencuba resepi-resepi tersebut.Bukan sahaja sedap malah menyenyangkan bagi mereka yang ingin berdiet secara sihat.
ESP ni sesuai untuk seisi keluarga.Memang berbaloi...harga pun berpatutan.Anda boleh mencuba ESP jika ingin:
  • kekal sihat dan bertenaga
  • menyusukan bayi sepenuhnya kerana bayi akan cepat kenyang dan susu lebih pekat
  • untuk mengekalkan badan yang sihat dan kulit yang lebih cantik
  • berdiet secara sihat
Berminat dengan sebarang produk Shaklee anda boleh menghubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com




Rabu, 8 Januari 2014

Kalau dulu saya berkongsi tentang masker Vitamin C dan pada entry kali ni kita berkongsi pula masker dengan Alfalfa Shaklee.Semua sedia maklum bahawa Alfalfa dikenali sebagai Raja Segala Tumbuhan yang mempunyai 1001 khasiatnya.Selain boleh dimakan,Alfalfa juga boleh dibuat masker.Masker Alfalfa ni berfungsi untuk mereka yang inginkan kulit yang halus,memudarkan parut jerawat dan jeragat.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat masker Alfalfa :

  • ambil 3 biji Alfalfa dan dibancuh dengan beberapa titis air.Jangan terlalu cair dan terlalu pekat.
  • pastikan anda mencuci muka terlebih dahulu dengan membilas menggunakan air suam bagi membuka liang-liang pori di wajah
  • kemudian,sapukan masker yang telah dibuat tadi di wajah anda
  • biarkan ia kering selama 30 minit
  • akhir sekali,bilas wajah anda dengan menggunakan air suam.
Anda akan merasai perubahan pada kulit wajah.Kulit semakin tegang,lembut dan segar.Amalkan masker ini 2 kali seminggu untuk hasil yang terbaik.In shaa allah.

masker Alfalfa

Shaklee memang best kan,bukan sahaja boleh dimakan tetapi boleh juga dibuat masker.Berbaloi dan menguntungkan bukan? Anda mesti cuba...Dan lagi satu ,sepanjang bulan ni ada promosi istimewa dari Shaklee iaitu BELI 6 ALFALFA PERCUMA 1 BOTOL...JOM REMBAT!!

Berminat dengan Alfalfa (S) Shaklee,anda boleh membuat pembelian mudah dengan hanya Klik Di Sini



Atau  ,

Hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

SAYA ADALAH PENGEDAR SAH SHAKLEE DI KAWASAN KUALA ROMPIN,ENDAU,TG GEMUK DAN DI SELURUH MALAYSIA.
COD : KUALA ROMPIN,ENDAU & TG GEMUK.


Selasa, 7 Januari 2014

As'salam semua pembaca blog yang budiman....saya amat teruja untuk berkongsi testimoni suami saya sendiri yang berjaya menurunkan paras kolestrolnya.Hasil daripada medical check up yang dibuat semalam,keputusannya amat mengejutkan kami.Paras kolestrolnya telah menurun dari bacaan 6.70 mmol/l kepada 1.30 mmol/l.Waahhh....memang banyak perbezaannya tu...
Berikut saya lampirkan keputusan tersebut untuk rujukan anda...





APAKAH RAHSIANYA?
Setiap tahun suami saya membuat pemeriksaan kesihatan.Dan keputusannya memang mengecewakan kerana tahap kolestrolnya agak tinggi pada tahun-tahun sebelumnya.Setelah mengenali Shaklee saya cadangkan suami mengambil Vivix Shaklee yang dikenali sebagai 'tonik ajaib'.Setelah konsisten dan habis satu botol ,alhamdulillah kesihatannya bertambah baik.Suami masih terus konsisten dengan Vivix Shaklee untuk kesihatan yang lebih baik.Semua dengan izinNya jua.Yang penting kita harus berikhtiar.

Tonik ajaib Shaklee.

Vivix Shaklee menyediakan 100mg resveratrol dan 1,300 mg ekstrak polifenol dalam setiap hidangan (satu sudu teh).Resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas.Vivix Shaklee untuk kesihatan yang menyeluruh.Hanya satu sudu teh sehari,ia mampu menjamin kesihatan yang lebih baik.In shaa allah...
Berminat dengan produk Shaklee,anda boleh hubungi saya dan layak mendapat konsultasi percuma.

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com






Isnin, 6 Januari 2014

Ramai ibu-ibu yang berkerjaya berkemungkinan menghadapi masalah bagaimana cara terbaik untuk menyimpan dan mencairkan susu beku ketika bekerja.
Tidak kira samaada anda meletakkan bayi di bawah penjagaan pengasuh atau nurseri,pastikan mereka mengetahui tentang cara pengendalian susu perahan beku sebelum diberikan kepada bayi.
Di sini saya ingin berkongsi beberapa panduan yang boleh dijadikan maklumat berguna kepada para ibu agar bayi tetap menerima khasiat susu ibu walaupun tidak menyusu secara terus ke payu dara ibu.
Antaranya ialah :

  • sentiasa menggunakan susu yang paling di awal diperah
  • letakkan susu beku yang hendak digunakan di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman supaya mudah dicairkan
  • lalukan susu perahan beku di bawah aliran air paip untuk mencairkannya
  • bila sudah cair,rendamkan bekas berisi susu di dalam air suam (hanya panaskan kuantiti yang hendak digunakan untuk satu penyusuan sahaja)
  • untuk lebih mudah dan menjimatkan masa,gunakan pemanas botol elektrik yang kini banyak dijual di pasaran
  • jangan panaskan di dalam ketuhar gelombang mikro atau di atas dapur kerana ia akan merosakkan khasiat susu ibu
  • jangan cairkan susu beku dalam suhu bilik
  • susu yang telah dipanaskan mestilah digunakan dalam masa 1 jam dan tidak boleh disimpan semula
  • susu yang dibekukan akan menampakkn lemak terpisah menjadi dua lapisan.Goyangkan bekas dengan perlahan-lahan untuk menggabungkan lemak yang terpisah itu
  • pastikan suhu susu suam dengan menitiskan beberapa titis susu di bahagian dalam pergelangan tangan sebelum diberikan kepada bayi
penyimpanan susu perahan

TIPS PEMYIMPANAN SUSU PERAHAN
a) Di tempat kerja
simpan susu perahan di bahagian sejuk peti ais,jangan dibekukan(jika ada peti sejuk) ,jika tiada, simpan sahaja di dalam beg penyejuk susu.Ia untuk memastikan kandungan antibodi terpelihara dari proses pembekuan.

b) Sampai di rumah
simpan susu perahan dari tempat kerja semaksima yang boleh di bahagian sejuk (bukan dibekukan)untuk kegunaan untuk keesokan hari.Simpan susu selebihnya di bahagian beku peti ais untuk stok seterusnya.

c) Seeloknya labelkan bekas setiap perahan dengan nama bayi,tarikh dan masa pemerahan untuk memudahkan anda menggunakan susu yang terawal perahan terlebih dahulu

d) Tinggalkan sedikit ruang udara di dalam bekas penyimpanan untuk membolehkan proses pengembangan berlaku jika susu dibekukan

e) Jangan lupa membersihkan dan mensterilkan semua bekas penyimpanan susu ibu termasuk aksesori mengepam.

Semoga dengan perkongsian ini semua ibu-ibu mendapat sedikit pengetahuan tentang permasalahan tersebut.Susu ibu adalah susu yang terbaik untuk anak-anak.Lakukanlah yang terbaik untuk mereka...

Ahad, 5 Januari 2014

Promosi awal tahun 2014 Shaklee dengan produk yang dinanti-nantikan iaitu Alfalfa Complex.Di sepanjang Januari 2014 dengan pembelian 6 botol Alfalfa Complex anda layak mendapat 1 botol percuma.Berbaloi kan? Produk yang mampu milik ini memang mempunyai banyak khasiatnya.
Alfalfa berasal dari bahasa Arab yang bermaksud ' RAJA SEGALA TUMBUHAN '.Daunnya mempunyai banyak khasiatnya.Bahagian inilah yang digunakan dalam Alfalfa Complex Shaklee.

Promosi Jan 2014

Untuk pembaca blog saya ,ingin saya kongsikan promosi khas untuk Set Alfalfa bersama produk lain dengan tawaran harga yang istimewa di sepanjang Januari 2014.

Set Alfalfa

Alfalfa merupakan agen detoks yang membersihkan usus di mana segala toksin,lemak dan lendir yang melekat di dinding usus di keluarkan melalui pembuangan air besar.Selepas dinding usus kita bersih,baru badan kita dapat menyerap nutrien pada tahap yang optimum.Apa yang penting kita mestilah meminum sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter air sehari supaya proses detoks berjalan dengan lebih lancar.
Klik label Alfalfa untuk mengetahui keistimewaan Alfalfa Complex...
Berminat dengan sebarang produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya.

NOREHAN BINTI SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



Sabtu, 4 Januari 2014

Tugas seharian memerlukan tenaga yang optimum untuk memastikan rutin berjalan dengan lancar.Tidak kiralah samaada anda seorang pekerja pejabat,suri rumah,seorang guru dan sebagainya.Tanpa kekuatan fizikal dan mental serta tenaga berterusan,pasti kita merasa penat dan mudah keletihan.
Perkongsian kali ini ialah produk yang mampu menyelesaikan masalah tersebut.Produk terhangat yang mampu memberi tenaga secara berterusan  ialah ESP (energizing soy protein).
Saya telah mengambil ESP selama 6 bulan.Pengambilan yang konsisten memberi kesan yang terbaik termasuklah sentiasa bertenaga walaupun saya masih menyusukan anak yang berusia 1 tahun 7 bulan.Rutin seharian sebagai suri rumah sepenuh masa dengan melayan 3 orang anak yang sedang membesar memang sangat sukar tanpa suplemen yang membantu.

KENAPA ESP MEMBERI TENAGA YANG BERPANJANGAN ?

  • esp adalah sumber protein lengkap dengan 9 jenis asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian
  • terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yang aktif
  • menjadikan badan semakin sihat dan kurang letih
  • berasaskan tumbuhan non GMO yang semulajadi rendah lemak dan kolestrol
Bonusnya kulit juga akan lebih cantik...

Antara testimoni pengguna yang berpuas hati setelah konsisten dengan pengambilan ESP...


Saya sudah anda bila lagi??? Berminat dengan sebarang produk Shaklee boleh hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Genap seminggu berlalu kenangan kami sekeluarga ke Kuching ,Sarawak.Buat pertama kali dalam hidup  saya menaiki kapal terbang.Sungguh teruja,gementar pun ada.Maklumlah tak pernah merasai pengalaman tersebut.Kami berlepas di Lapangan Terbang Senai,Johor Bahru pada pukul 4 petang.Dan tiba di Kuching pada jam 6 petang.Cuaca yang agak mendung dan berangin menyukarkan sedikit perjalanan kami.
Alhamdulillah selamat juga kami sampai ke destinasi walaupun agak terlewat sedikit.
Kami menginap di Hotel Margeritha yang berdekatan dengan Water Front.

Pemandangan dari Hotel Margeritha,Kuching.

Di seberang hotel tersebut terdapat tempat untuk membeli kek lapis Sarawak yang sangat popular.Di sana juga terdapat ikan terubok masin yang sangat sedap dan tidak terdapat di semenanjung tau.Untuk ke seberang ,kami sekeluarga menaiki bot tambang dengan harga hanya 50 sen seorang,sangat murah.Memang best melalui pengalaman tersebut.
Hotel Margeritha terletak di tengah-tengah bandaraya Kuching,memang senang untuk bersiar-siar seisi keluarga di sekitar Kuching.

Replika beberapa ekor kucing berhampiran dengan Hotel Margeritha.

Suasana pada waktu malam pula sangat cantik dengan kerlipan lampu yang berwarna warni.Memang seronok bawa anak-anak berjalan-jalan sempena cuti sekolah ni.Mereka kelihatan sangat teruja dan seronok berada di Kuching.


Cruise Sarawak
Lagi teruja apabila ternampak cruise 2 tingkat yang memang cantik.Terdapat susunan meja dan kerusi ala-ala restoren bergerak gitu.Tiket untuk menaiki cruise tersebut ialah rm 60 untuk dewasa dan rm 30 untuk kanak-kanak.Perjalanannya selama 1 setengah jam yang merentasi sepanjang sungai Sarawak.Pasti menyeronokkan.
Apa yang tidak dapat saya lupakan ialah tentang masakan di Sarawak.Masakannya amat berbeza dan sangat enak rasanya.Antara masakan yang saya cuba ialah sayur midin masak goreng belacan,kari hijau dan umai ikan.Fuhh memang menyelerakan....tapi tak sempat nak ambil gambar...hihi
4 hari berada di Sarawak ,rasanya belum puas.Sebelum pulang ke semenanjung kami sempat ke kedai cenderamata untuk membeli sedikit ole-ole buat keluarga dan sahabat handai.Pelbagai koleksi cenderamata boleh didapati di Kuching seperti keychain,baju,barangan kraftangan dan bermacam lagi.Yang pasti semuanya menarik hati anda.
Jika berkesempatan lagi ,saya ingin kembali ke Sarawak sekali lagi.Walaupun kepenatan tetapi saya puas dan seronok berada di Bumi Kenyalang yang kaya dengan adat tradisinya.
Jom melancong ke Sarawak...anda pasti teruja...
Sekian coretan dari saya...semoga bermanfaat buat anda semua...wassalam...



Jumaat, 3 Januari 2014

Kesihatan amat penting untuk kita mengekalkan tahap kecergasan diri.Apabila badan kita sihat semua aktiviti seharian dapat dilakukan dengan lancar.Suplemen pilihan saya yang menjadikan diri saya kelihatan cergas dan sihat tentulah Shaklee.Shaklee merupakan suplemen semulajadi yang selamat,suci dan halal digunakan untuk seisi keluarga.
Salah satu set yang terbaik untuk kecergasan badan ialah Alfalfa Complex dan Ostematrix.


Gabungan antara Alfalfa Complex bersama Ostematrix mampu menjadikan badan sihat dan cergas.
ANTARA MANFAAT LAIN IALAH :
  • Alfalfa berfungsi sebagai agen detoks yang menyingkirkan toksin dalam badan,membantu dalam masalah penghadaman dan pencernaan
  • Alfalfa juga melegakan keletihan,melegakan sakit sendi dan belakang
  • Keistimewaan Alfalfa untuk kaum wanita ialah bertindak seperti kacip fatimah dan mengatasi masalah keputihan
  • Set ini juga amat bagus untuk ibu yang menyusukan bayi untuk menambahkan susu badan dan mengekalkan kalsium bagi ibu
  • Ostematrix Shaklee bukan sekadar kalsium,ia juga mengandungi Vitamin D,Magnesium,Zink,Copper,Mangan dan Boron.
  • Ostematrix amat penting untuk pembinaan tulang dan gigi.
  • Ostematrix juga membantu mengatasi masalah sembelit dan bagus diambil bersama Alfalfa.
Sejak mengambil set ini saya merasa lebih cergas ketika bangun pagi walaupun tidur agak lewat.Masalah pembuangan menjadi lebih lancar.Sebelum tidur ambil 4 biji Ostematrix In shaa allah bangun pagi akan lebih mudah dan cergas.Set ini amat sesuai untuk mereka yang sukar bangun pagi dan sentiasa merasa tidak bermaya.Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk anda semua.
Hidup Lebih Sihat Dan Cergas Dengan Shaklee....

Sebarang pertanyaan dan tempahan produk ,hubungi...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL:012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog