Khamis, 28 November 2013

Shaklee bukan sekadar suplemen untuk penjagaan dalaman tetapi ada juga penjagaan untuk luaran seperti Set penjagaan kulit muka Nutriwhite Shaklee.


KANDUNGAN NUTRIWHITE SHAKLEE
Terdiri daripada 16 ramuan botani yang mujarab iaitu :
1) Bearberry - meringankan,melegakan & mengurangkan keradangan kulit
2) Soy bean - mencerahkan,melembutkan,melembapkan & mengurangkan tompok
3) Skullcap - mengurangkan keradangan dengan flavonoid
4) Beech tree - meningkatkan proses semulajadi & melegakan kulit
5) Strawberry begonia - mencerahkan & atasi masalah pigmentasi
6) Mullberry - mencegah kerosakan kulit & melembap
7) Peony - mencerahkan,melembapkan & mencegah keradangan
8) Rosemary - mengurangkan keradangan
9) Aloe vera - melembapkan,melegakan & keradangan
10) Mountain arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
11) Cat's claw - menegangkan & menyegarkan dengan cotechin
12) Kudzu leaf & roots - menegangkan & mengurangkan keradangan
13) Linden - menyuburkan & menghidrat di peringkat dalam
14) Marshmallow - melembapkan dengan tanin
15) Seaweed - memelihara & menegangkan
16) Green algae - menyahtoksin & melembapkan

SET NUTRIWHITE SHAKLEE TERDIRI DARIPADA :
  • Daily Defense Whitening Essence
  • Gentle Action Make-up Remover
  • Gentle Deep Foaming Cleanser
  • Overnight Renewal Whitening Cream
  • Soothing Radiance Whitening Softener
  • Spot Whitening Treatment
  • Ultimate Protection Whitening Lotion
GENTLE DEEP FOAMING CLEANSER


Membersihkan dan menyegarkan kulit.
Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan.
Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan.
Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangkan pigmen.
Lembut dan menyegarkan.


SOOTHING RADIANCE WHITENING SOFTENER
Ia lembut dan mengembalikan kulit pada pH yang seimbang.
Kulit berasa lebih segar dan tegang dengan Rosemary.
Kudzu menegangkan dan mencerahkan.
Marshmallow melembapkan.
Ianya sangat berkesan.

DAILY DEFENSE WHITENING ESSENSE
Cara yang menyenangkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin dan berseri yang diformulasi dengan:

Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit.
Strawberi Begonia untuk mengimbangkan pigmen.
Kacang Soya untuk melembutkan dan mengurangkan tompok-tompok hitam.
Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari.
Di samping itu, Vitamin C aktif ditambah untuk memperbaiki kulit serta mengembalikan seri wajah.
Lembut dan mudah diserap oleh kulit.


ULTIMATE PROTECTION WHITENING LOTION SPF 15
Licin serta kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan daripada cahaya matahari.
Mountain Arnica untuk menghilangkan radang kulit.
Pelembap yang bertindak daripada semua sudut ini melindungi anda daripada kesan-kesan memudaratkan cahaya matahari.
Membantu membina daya ketahanan kulit terhadap kerosakan persekitaran.

OVERNIGHT RENEWAL WHITENING CREAM
Memperbaharui dan mengembalikan keremajaan kulit sewaktu tidur.
Linden menyihatkan serta melembapkan kulit secara mendalam.
Scullcap mencerah dan menghilangkan radang kulit.
Vitamin C aktif mengurangkan tompok-tompok hitam serta mengembalikan keserian wajah.
Pada waktu pagi, anda akan bangun dengan kulit yang gebu, halus, cerah dan berseri.

GENTLE ACTION MAKE UP REMOVER
Menjadikan kulit anda licin, lembut dan berseri.
Tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut tanpa meninggalkan kesan.
Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit.
Lembut, tidak berminyak, dan kulit anda akan kelihatan lebih berseri.

SPOT WHITENING TREATMENT
Memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat.
Kuasa pencerahan botani dihasilkan daripada pati Likuoris dan Peony, yang amat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
Cats Claw menegangkan kulit.
Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit anda dengan rawak wajah yang lebih halus.

Produk ini menjadikan kulit muka sihat dan bersih,cerah berseri dengan bahan-bahan semulajadi,selamat dan suci.....hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com


Rabu, 27 November 2013

5 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MEMILIH OMEGA GUARD SHAKLEE :

1) Proses Penyulingan Molekul Berperingkat
~ Omega Shaklee ini telah melalui proses penyulingan berperingkat untuk memastikan ianya selamat daripada logam berbahaya seperti plumbum,merkuri,arsenik dan lain lain.

2) Minyak Ikan Kecil Di Lautan Dalam
~ Bersumberkan daripada minyak ikan di lautan dalam kerana ikan-ikan di kawasan tersebut tidak terdedah kepada pencemaran dan toksik seperti merkuri.
~ Ikan di lautan dalam juga dipercayai mempunyai kandungan omega -3 yang lebih tinggi

3) Kandungan Omega -3 Yang Lengkap
~ Omega Shaklee lengkap dengan kesemua 7 jenis asid lemak Omega-3 yang diperlukan oleh badan termasuklah DHA & EPA

APAKAH KEPENTINGAN DHA & EPA ?

  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • mengawal kandungan kolestrol dalam badan
  • memastikan tekanan darah normal
  • memelihara kesihatan mata,otak dan sendi
  • bagi ibu mengandung DHA & EPA sangat penting untuk pembentukan otak bayi serta pembinaan sistem imun mereka
4) Kandungan DHA & EPA Yang Lebih Tinggi
~ Omega Shaklee mempunyai kandungan DHA & EPA yang lebih tinggi berbanding dengan jenama lain di pasaran

5) 100 % Semulajadi
~ Ianya 100 % semulajadi.Tiada perasa dan pewarna serta tiada bahan pengawet.Semestinya halal dan selamat.

Lagi satu kelebihannya minyak ikan Omega Guard Shaklee adalah ianya sesuai untuk semua peringkat usia dari bayi sehinggalah warga emas.Suplemen yang sesuai untuk seisi keluarga.



Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com


Selasa, 26 November 2013

APA ITU STRESS ?
Menurut Dr Hans Selye,pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan,stress didefinasikan sebagai " suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya"..



APA YANG BERLAKU KETIKA STRESS ?
Ketika stress badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ' adrenaline' ke dalam saluran darah kita.Hormon ini bersama-sama dengan hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita.Antara perubahannya ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat,gula,lemak dan kolestrol di dalam darah akan bertambah,pernafasan seseorang akan bertambah laju dan begitulah seterusnya.Jika stress  atau tekanan berpanjangan,ia akan bertukar menjadi 'distress' yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

APAKAH TANDA-TANDA UMUM STRESS ?

  • fizikal : keletihan,pening kepala,susah tidur,sakit-sakit badan terutamanya di bahagian bahu dan belakang,denyutan jantung yang kuat,sakit dada,loya,badan menggeletar,sejuk tangan dan berpeluh
  • mental : hilang tumpuan,mudah lupa,sukar untuk membuat keputusan
  • emosi : risau,sentiasa bimbang,sugul,marah,mudah kecewa,sentiasa takut,sensitif,panas baran
  • perangai : keluh kesah,makan yang berlebihan,merokok,minum arak,menjerit-jerit,memaki hamun
MASALAH KESIHATAN YANG BERPUNCA DARI STRESS :
  • sakit jantung dan angin ahmar
  • imsomnia atau sukar tidur
  • kencing manis
  • gastrik dan ulser
  • infeksi atau jangkitan kuman
  • asma
Bagaimana B Complex Shaklee boleh menangani stress ?
B Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B iaitu vitamin B1,vitamin B2,vitamin B3,vtamin B5,vitamin B6,vitamin B12,asid folik dan 100% biotin.


Fungsi-fungsi setiap vitamin :
  • Vitamin B1 : mengurangkan kelesuan,keresahan,mempertingkatkan kecerdasan mental,melancarkan peredaran darah,meningkatkan stamina badan,menyihatkan sistem pencernaan dan memperbaiki metabolisme
  • Vitamin B2 : mengurangkan keletihan mata,katarak,jangkitan lidah,membantu mengaktifkan vitamin B6 dan asid folik
  • Vitamin B3 : mengurangkan pengaliran kolestrol di dalam darah,memperbaiki kesihatan kulit,rambut,sistem pencernaan dan mengelakkan depresi
  • Vitamin B5 : mengurangkan stress fizikal dan mental,membantu mengurangkan penuaan pra matang
  • Vitamin B6 : penting dalam proses asid amino,mengawal serotonin di dalam otak (ketidakseimbangan menyebabkan depresi) ,mengurangkan senggugut,menenangkan emosi,mengurangkan kekejangan otot
  • Vitamin B12 : meningkatkan selera makan,memperbaiki tindakbalas saraf,mengelakkan anemia,keletihan,baik untuk kecerdasan otak,kekuatan fizikal,memori,fokus dan keupayaan seksual
  • Biotin : membantu B Complex menjadi lebih efektif,mengurangkan rabun,rambut beruban,ekzema dan keradangn kulit
  • Asid Folik : kesihatan fetus,mengurangkan risiko sakit jantung dan kanser serviks,anemia,stress,ulser mulut
Vitamin B adalah bersifat larut air,oleh sebab itu,sebarang lebihan akan terus disingkirkan melalui sistem pencernaan( sebab itu air kencing akan berwarna kekuningan jika mengambil vit.B) ,jika tidak berwarna kekuningan ,itu bermakna anda kekurangan vitamin B...

Anda boleh menghubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com

Ahad, 24 November 2013

Tengok tajuk je dah memang power kan....hehehe...apa yang saya nak kongsikan di sini ialah pengalaman sendiri dalam pengambilan Collagen Shaklee ni....belum habis lagi satu kotak dah rasa keistimewaannya...
nak tahu apa yang saya rasa ?? meh la baca....
Semua dah tahu kan kolagen sangat penting dalam dunia kecantikan samaada dalaman mahupun luaran.Semakin berusia semakin kuranglah peratusan kolagen dalam badan kita...jadi semakin berkedutlah,sakit sendi la,rambut gugur,kulit muka semakin kusam,kuku pun dah tak cantik,aset-aset pun dah makin kendur..hihihi...macam -macam lagi la...

Perubahan yang saya dapat rasai ialah:

  • kulit muka makin berseri-seri dan warna kulit sekata je...nampak lebih glowing la
  • payudara makin mantap...tu yang best...suami bertambah sayang
  • susu semakin banyak
  • dalaman dan luaran semakin mantap

antara testimoni pengguna Collagen Shaklee...

Dalam entry yang lepas memang dah banyak saya kongsi tentang Collagen Shaklee ni.Anda semua boleh baca ye...Collagen Shaklee memang berbeza berbanding kolagen yang terdapat di pasaran kini.
Antara kelebihan Collagen Shaklee ialah :
1) mengandungi 4,000 gm proprietary RSS ( red snapper scale) 
2) kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah 
3) kolagen bermolekul sangat ringan iaitu 1,000 dalton ,dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan
4) mudah larut dalam minuman

Hanya satu sachet setiap hari mampu memberi kecantikan dalaman dan luaran...jom dapatkanya sekarang..
Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Rabu, 20 November 2013

Penyakit asma atau lelah merupakan penyakit immunologi yang menyebabkan kesukaran bernafas.Ini adalah kerana ketika pesakit dierang asma,keradangan dan spasma pada selaput dinding laluan udara menyebabkan bronkiol di dalam peparu menjadi sempit.
Pesakit asma mungkin mengalami pernafasan bersiul (wheezing),sesak nafas dan sukar untuk bersenam.Ketika otot mengejang,saluran udara mengecil dan menghalang pernafasan.Keadaan ini boleh menyebabkan paru-paru kehilangan udara dan pesakit boleh pengsan.
Pembengkakkan pada saluran udara bronkiol menyebabkan kesukaran bernafas untuk pesakit asma.


Walaupun penyakit asma sukar diubati,tetapi ia boleh dikawal dengan cara mengurangkan serangan melalui penjagaan yang rapi.Asma tidak berjangkit tetapi ia boleh diwarisi dimana anak-anak kepada pesakit ini mempunyai risiko yang lebih tinggi.

ASMA DI KALANGAN KANAK-KANAK
Mengikut kajian yang dijalankan,jumlah kanak-kanak yang mengidap asma semakin meningkat dan lazimnya akan sembuh apabila usia meningkat sehingga 12 hingga 13 tahun.Kira-kira 50 hingga 60 % akan sembuh apabila mencapai umur 20-25 tahun manakala 20 % akan mendapat asma yang berterusan.

Serangan Asma Disebabkan Oleh :
  • alahan hidung seperti habuk,debunga,spora kulapuk,epitalial binatang peliharaan
  • udara sejuk
  • senaman
  • jangkitan sistem pernafasan
  • tekanan emosi
  • aspirin dan ubat-ubatan
SUPLEMEN UNTUK ATASI ASMA
Pada kebiasaannya ubat yang disarankan oleh doktor untuk pesakit asma ialah steroid.Kita sedia maklum bahawa steroid akan memberi kesan jangka panjang.Kajian mendapati,mereka yang megidap penyakit yang berkaitan dengan inflamasi seperti asma mempunyai kandungan omega 3 yang rendah.
Kajian klinikal University Of Maryland Medical Centre menunjukkan 29 kanak-kanak asma yang diberi makan minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA selama 10 tahun mampu mengurangkan simpton asma berbanding yang tidak diberi omega 3.

PENYELIDIK MENCADANGKAN SOKONGAN NUTRISI YANG MENGANDUNGI ASID LEMAK OMEGA-3 ADALAH SELAMAT DAN PRAKTIKAL UNTUK MERAWAT MASALAH BERKAITAN PEPARU DAN PERNAFASAN.

BAGAIMANA OMEGA SHAKLEE DAPAT MERAWAT MASALAH ASMA ?
Omega Guard Shaklee adalah minyak ikan terbaik di dunia.Ia terdiri daripada 7 asid lemak omega -3 semulajadi iaitu EPA ,DHA,ALA dan lain-lain.
Omega Shaklee dihasilkan melalui satu proses penyulingan prorietari 3 molekul yang memekatkan asid lemak omega 3 yang bermanfaat di bawah suhu rendah yang dikawal.Proses ini menumpukan kepada penghasilan asid lemak omega 3 yang asli dan menghilangkan pencemaran termasuk logam berat,merkuri,kadmium dan sebagainya yang terdapat di dalam kebanyakan jenis ikan.
Omega Guard juga 50% lebih pekat berbanding jenama lain di pasaran.

Pengambilan Omega secara konsisten Inshaallah dapat membantu meningkatkan sistem imun dan menyihatkan paru-paru.Ia memberi rasa panas dan kelegaan dari dalam.

Bagi mereka yang ada bajet lebih tu ,bolehlah ambil Nutriferon(Interferon semuljadi shaklee).Interferon berkeupayaan menghalang populasi sel imun yang mencetus asma.


Buatlah pilihan yang terbaik untuk anak dan diri kita sendiri...Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapatkan konsultasi percuma dari saya...

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL:012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com


APA ITU RESVERATROL ?
Merupakan satu sebatian semulajadi yang terdapat dalam beberapa jenis tumbuh-tunbuhan,buah-buahan,benih-benih,anggur dan produk-produk anggur seperti wain merah.Resveratrol mempunyai polifenolik dan aktiviti-aktiviti antioksidan yang berpotensi meningkatkan kesihatan tubuh manusia.Ianya terbukti dalam banyak kajian makmal dari seluruh dunia.Antioksidan sangat penting untuk mengelakkan sel badan daripada 'berkarat'.

APAKAH KEPENTINGAN RESVERATROL ?
Resveratrol sangat penting untuk memelihara DNA sel yang rosak akibat radikal bebas.Radikal bebas merupakan atom yang tidak stabil yang terhasil disebabkan oleh pencemaran,cahaya matahari dan pembakaran lemak dalam badan.Ianya boleh menyebabkan pelbagai penyakit termasuk kanser dan sakit jantung.
Buah anggur jenis muscadine adalah anggur yang mempunyai tahap resveratrol yang paling tinggi.Dan untuk pengetahuan semua,buah anggur muscadine ini tidak terdapat di Malaysia.Vivix mengandungi 10 kali ganda resveratrol dari produk kesihatan resveratrol yang lain.Ini kerana selain anggur muscadine,ia turut mengandungi tumbuhan yang juga tinggi kandungan resveratrolnya iaitu polyganum cuspidatum.

Shaklee Vivix menyediakan 100mg of resveratrol dan 1,300 mg ekstrak polifenol dalam setiap hidangan (satu sudu teh)

Shaklee telah memudahkan kita untuk mendapat khasiat dan kelebihan resveratrol ini dalam bentuk suplemen yang dinamakan vivix.Vivix berbentuk cecair dan boleh diminum.
Hanya satu sudu teh sehari mampu menjamin kesihatan yang menyeluruh.In shaa allah....

*Produk ini tidak sesuai diambil oleh wanita hamil,wanita yang menyusukan bayi dan mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya....

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL:norehansaad81@gmail.com

Isnin, 18 November 2013

Kebanyakan ibu inginkan penyusuan sepenuhnya bayi mereka dengan susu ibu.Namun,ramai ibu yang menghadapi masalah dalam penyusuan susu ibu.Maka pilihan mereka adalah memberi bayi dengan susu formula.Tidak ada salahnya penyusuan dengan susu formula tetapi manfaatnya tidaklah sehebat susu ibu...

Antara Kebaikan Susu Ibu Ialah :

  • bayi menerima nutrien yang lengkap dan optimum untuk tumbesaran
  • proses penghadaman bayi lebih mudah berbanding dengan susu formula dan dapat mengelakkan sembelit
  • sistem imun bayi lebih kuat di mana bayi dilindungi daripada jangkitan,alergi,asma,kencing manis,obesiti dan lain-lain
  • tidak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya
  • susu ibu meningkatkan sistem otak dan saraf bayi
  • sentiasa tersedia segar pada suhu yang bertepatan di mana susu ibu mempunyai suhu yang sama dengan suhu badan bayi
  • mengeratkan ikatan emosi antara ibu dan bayi
  • bagi ibu penyusuan susu ibu dapat membantu pengecutan uterus serta mengurangkan risiko terhadap kanser payudara,rahim dan ovari
Tahukah anda semua,mengapa ramai orang mengalami diabetes di usia muda?
Dalam satu kajian yang dijalankan,susu formula akan menyebabkan lebih banyak insulin dikeluarkan dalam tubuh bayi berbanding bayi yang disusukan dengan susu ibu,bagi mendapatkan kandungan glukosa yang sama.Ini bermakna,sebagai contoh,untuk mendapatkan kandungan glukosa dalam darah bayi adalah sebanyak 5.0 mmol/ml.Bayi yang menyusu susu ibu mengeluarkan 20 unit insulin,manakala bayi yang menyusu susu formula memerlukan lebih 20 unit insulin.
Jika berterusan diberikan susu formula,maka secara perlahan-lahan bayi ini akan mengalami 'insulin resistance' di mana lebih banyak insulin digunakan untuk merendahkan kandungan glukosa.Apabila bayi sudah dewasa,mereka akan mudah mendapat diabetes mellitus walaupun ibu bapa mereka tidak pernah mendapat penyakit kronik tersebut.

Kesimpulannya susu ibu adalah pilihan yang terbaik....

Ahad, 17 November 2013

Perubahan musim setiap tahun menyebabkan virus mudah disebarkan malah penyakit yang paling mudah dijangkiti ialah selsema.Selsema merupakan jangkitan salur pernafasan atas, yang memberi kesan terhadap salur-salur hidung dan kerongkong yang disebabkan oleh virus.Terdapat lebih daripada 200 jenis virus selsema.Selsema boleh tersebar dengan mudah apabila seseorang itu bercakap,batuk, bersin atau sentuhan.

GEJALA-GEJALA SELSEMA :

  • kerongkong yang kering dan sakit
  • pengeluaran lendir yang cair dan memekat kemudiannya
  • bersin
  • hidung tersumbat
  • sakit kepala
  • ada kalanya demam yang ringan
  • sakit badan
  • mata berair



Berikut adalah beberapa tips pencegahan yang boleh dilakukan :

Mencuci Tangan
Tangan adalah salah satu agen pembawa kuman .Ramai yang tidak mengambil berat tentang penjagaan kebersihan di bahagian tersebut.Kita mestilah kerap mencuci tangan untuk menghindarkan kedatangan kuman.

Tidur Yang Cukup
Kesihatan tubuh banyak dipengaruhi oleh waktu tidur yang betul.Purata 8 jam sehari adalah jumlah yang paling tepat untuk mendapatkan sistem kekebalan melawan penyakit.Mementingkan kerja semata-mata tanpa tidur dan rehat yang cukup akan mengakibatkan tubuh mulai kepenatan sekaligus memudahkan penyakit bersarang dan mudah merebak.

Pengambilan Vitamin
Pengambilan vitamin mampu untuk meningkatkan daya tahan badan untuk melawan serangan penyakit.Pastikan tidak mengambil lebih dari dos yang ditetapkan kerana jika berlebihan ,ia boleh mengundang bahaya kepada kesihatan.Pilihan vitamin yang terbaik,semulajadi dan selamat semestinya SHAKLEE....

Bawa Tisu
Kajian menunjukkan bahawa tisu dikatakan membantu menyekat penyebaran virus.Pastikan anda sentiasa membawa tisu walau ke mana sahaja.Jika anda berada di kawasan sesak dan berhabuk,segeralah menutup mulut dan hidung dengan menggunakan tisu tersebut untuk mengelakkan jangkitan virus.

Berhenti Merokok
Merokok merupakan satu tabiat yang tidak sihat.Selsema mudah menjangkiti si perokok kerana gangguan di silia ( rerambut halus yang terdapat di dalam lubang hidung).Habuk dan debu yang berterbangan akan mudah menyusup masuk ke dalam hidung tanpa tapisan.Oleh itu cara yang terbaik adalah berhenti merokok.

Semoga perkongsian tips di atas dapat membantu anda semua daripada mendapat jangkitan selsema terutamanya  kanak-kanak.Amalan gaya hidup yang sihat menjamin kesihatan yang sempurna....

Sabtu, 16 November 2013

Proses melahirkan bayi berbeza bagi sesetengah wanita.Ada yang mengambil masa yang lama misalnya mereka yang baru pertama kali melahirkan.Namun ,semuanya bergantung kepada ibu-ibu samaada mereka mempunyai kekuatan tenaga yang cukup untuk proses meneran.
Selepas melahirkan bayi pasti ibu-ibu kehilangan banyak tenaga dan tidak bermaya.Keadaan tersebut menyebabkan ibu tidak mengetahui apakah proses seterusnya yang dilakukan oleh doktor ke atas ibu dan bayi.Selepas lima minit proses kelahiran,ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor antaranya ialah :

  • tali pusat bayi di potong
  • doktor menunjukkan bayi kepada ibu samaada diletakkan di atas perut ibu atau diangkat oleh doktor.Pada waktu tersebut doktor akan bertanya jantina bayi tersebut...
  • anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim
  • pernafasan,denyutan jantung dan keadaan bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi selepas lima minit kemudiannya
  • selepas uri berjaya dikeluarkan,anda mungkin perlu dijahit jika terdapat luka perineum
Melahirkan bayi merupakan detik yang paling berharga buat wanita yang bergelar ibu...oleh itu sebagai anak-anak hargailah jasa ibu yang telah bersusah payah bertarung nyawa melahirkan kita...sesungguhnya kasih sayang seorang ibu tiada gantinya....



Jumaat, 15 November 2013

FUNGSI PROTEIN UNTUK TUBUH MANUSIA

Protein memainkan peranan yang penting dalam proses pertumbuhan tubuh manusia.Kandungan protein di dalam tubuh manusia mencapai 1/6 dari berat tubuh manusia.Selain itu,protein sangat penting untuk perkembangan setiap sel dalam tubuh iaitu kulit,rambut,kuku,otak,organ,saraf dan banyak lagi.Antibodi tubuh  kita juga dihasilkan daripada protein.
Protein diperlukan untuk membina bahan senyawa kimia seperti enzim dan hormon yang berperanan penting dalam mengatur pelbagai proses yang terjadi di dalam tubuh kita.Protein digunakan sebagai bahan bakar apabila keperluan energi tubuh tidak dipenuhi oleh karbohidrat dan lemak.

KESAN KEKURANGAN PROTEIN 

Seseorang yang kekurangan protein akan mengalami masalah seperti berikut:

  • kulit wajah akan kelihatan kusam
  • wajah akan penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam
  • rambut sering gugur
  • lemah dan tidak bertenaga
  • kandungan gula dalam darah rendah
  • tekanan darah rendah
  • mengalami masalah buah pinggang
  • penyakit hati
  • masalah ulser perut dan usus
  • luka dan penyakit kulit lambat sembuh
  • fungsi saraf tidak stabil
  • kolestrol tinggi
  • bagi kanak-kanak kekurangan protein akan menyebabkan gangguan perkembangan tumbesaran tubuh,otak dan minda
  • kekurangan protein di tahap yang kritikal di kalangan kanak-kanak akan mengakibatkan kwashiorkor dan kerencatan akal

kanak-kanak yang mengidap kwashiorkor

SUMBER-SUMBER PROTEIN

Contoh makanan harian yang mengandungi sumber protein yang tinggi ialah daging , ayam , ikan dan kacang soya.Kacang soya merupakan sumber protein yang terbaik kerana :
  • mengandungi dua kali lebih protein daripada daging
  • empat kali lebih protein daripada telur
  • 12 kali lebih daripada protein susu
  • rendah lemak
  • tanpa kolestrol
  • mudah diserap oleh badan manusia
Dan pilihlah kacang soya NON GMO......seperti ESP (energizing soy protein) Shaklee....hanya yang terbaik.....


Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Selasa, 12 November 2013

Memang runsing tengok para suami asyik hisap rokok aje...kalau dikira hampir 20 batang sehari agaknya...fuuhh banyak tu...sangat merbahaya untuk kesihatan ...anda tidak tahu bagaimana untuk membuang tabiat buruk tersebut? Jangan risau kerana Shaklee mempunyai produk untuk menangani masalah ini....ramai yang telah berjaya mengurangkan tabiat merokok ni....hanya dengan Shaklee...

Antara produk Shaklee yang boleh mengurangkan tabiat merokok ialah :

Vitamin E Shaklee dengan selenium

Vivix Shaklee


Vitamin E dan Vivix Shaklee mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi dan berguna untuk membaiki sel-sel tubuh yang rosak akibat asap rokok serta pengambilan diet antioksidan yang betul mampu mengurangkan pengaruh merokok di samping mengurangkan ketagihan nikotin.

Ketika nikotin masuk ke dalam tubuh akan terbentuk radikal bebas yang menyebabkan stress oksidatif atau kerosakan sel otak.Hal ini dapat menimbulkan kerosakan sel dalam tubuh seperti DNA dan membran sel yang menyebabkan kematian sel dan mengakibatkan perkembangan masalah kesihatan tertentu.
Untuk mengatasi kerosakan tersebut,kita mestilah mengambil diet antioksidan.
Mikronutrien seperti vitamin,selenium,beta karotin dan tembaga adalah beberapa nutrisi yang bersifat antioksidan.Oleh kerana itu,antioksidan dapat menyembuhkan tubuh dari pengaruh buruk rokok.Antioksidan dapat membantu menstabilkan radikal bebas yang tidak stabil akibat nikotin.
Pengambilan Vitamin E dan Vivix yang konsisten dapat membantu mengurangkan ketagihan merokok.

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



Isnin, 11 November 2013

Produk Shaklee adalah suplemen tambahan untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.Ia bukanlah ubat untuk merawat sesuatu penyakit.Jadi anda semua mestilah mengetahui perbezaan antara ubat dan suplemen.
Saya akan berkongsi serba sedikit tentang perbezaan tersebut.Jom sama-sama kita baca dan fahami....

MEDICINE ( UBAT )

  • ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi-fungsi secara mengganggu tindakan biokimia dan proses enzim
  • ubat boleh mendatangkan kesan sampingan dan kebanyakannya boleh kekal dalam badan.Contohnya aspirin boleh menyebabkan gangguan dalam perut,pendarahan dalam perut,loya,gangguan penglihatan,bintik-bintik merah,gangguan penghadaman dan akhirnya boleh menyebabkan kematian
  • ubat boleh membawa maut jika disalah guna atau pengambilan dos yang berlebihan

contoh ubat ubatan

SUPLEMENT ( VITAMIN )
  • bahan  berkhasiat semulajadi yang penting untuk tubuh badan.Jika kita kekurangan vitamin dalam badan ,ianya boleh menyebabkan kelemahan fungsi organ
  • bahan berkhasiat yang tidak mendatangkan kesan sampingan.
  • bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai.Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik
  • bahan berkhasiat yang baik diambil bersama makanan.Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan 
  • bahan berkhasiat adalah selamat diambil dan tidak merbahaya

antara suplemen Shaklee


Kesimpulannya ubat diambil ketika kita sakit sahaja.
Tetapi....
Suplemen boleh diambil bila-bila masa.Yang penting kita mestilah meminum air sebanyak 2 hingga 3 liter sehari jika mengambil suplemen....

MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI....

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Ahad, 10 November 2013

Pasti anda semua tertanya-tanya apa itu NON GMO kan ?
ESP (energizing soy protein) adalah sumber protien soya NON GMO.NON GMO bermaksud tidak diubahsuai genetiknya.
ESP Shaklee hanya menggunakan protein soya yang tidak diubahsuai genetiknya (non genetically modified organism).Di mana ia disahkan melalui Identify Preservation Program.Program ini memastikan soya yang digunakan dipantau dengan ketat dan dikawal sejak mula di tanam,dituai sehinggalah di proses.Ianya bagi memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik.
Tidak mengandungi kolestrol dan laktosa.

Kita mestilah memilih produk yang Non GMO kerana GMO boleh menyebabkan alergi,toxic,potensi kanser.Antara makanan yang tinggi potensi GMO adalah jagung dan soya.Oleh sebab itu,jika kita ingin membeli protein dari sumber soya,pastikan kita membaca terlebih dahulu labelnya.Pilih produk yang berlabel Non GMO.
Buatlah pilihan yang terbaik untuk kesihatan anda semua....
Hubungi saya untuk mendapatkan produk dari Shaklee....

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL:012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Dalam Shaklee terdapat pelbagai set produk disediakan khas buat pengguna yang mengalami bermacam-macam masalah.Salah satu set yang istimewa untuk pasangan suami isteri yang baru berkahwin mahupun sudah lama mendirikan rumah tangga.Set yang dikenali sebagai Set Honeymoon ini terdiri daripada 2 jenis produk iaitu :

1) ALFALFA SHAKLEE



~ Diamalkan oleh wanita bagi membantu mengatasi masalah keputihan,masalah haid yang tidak teratur,senggugut,sakit pinggang yang melampau ketika haid(boleh ambil alfalfa bersama kalsium) dan turut membantu dalam hubungan suami isteri iaitu bertidak sebagai 'kacip fatimah'.

2) VITAMIN E SHAKLEE


~ Membantu meningkatkan hormon seks lelaki atau wanita.Juga dikenali sebagai 'vitamin seks'.Selain menghaluskan kulit,anti penuaan,melancarkan peredaran pembuluh darah,mencegah pembentukan darah beku,pembentukan sel-sel baru,vitamin E juga mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikel dan duktus seminal.Selain itu,lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani.Maka pengambilan suplemen selenium yang mencukupi sangat membantu hubungan seksual.

Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya...

NOREHAN SAAD
ID NO:969248
SMS/TEL:012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com


Khamis, 7 November 2013

Setiap wanita akan melalui pelbagai fasa dalam kehidupan mereka.Sebagai wanita juga kita selalu mengalami simptom yang berkaitan dengan kesihatan di setiap fasa dalam kehidupan seorang wanita seperti :
~ akil baligh
~ sebelum hamil
~ semasa hamil
~ menyusukan anak
~ pra menopos
~ menopos
~ setelah menopos

Pengorbanan yang paling besar bagi seorang wanita ialah melahirkan anak.Selain itu ,wanita juga sering dilanda masalah seperti senggugut,haid tidak teratur,masalah kulit,rambut gugur,masalah sendi dan sebagainya...

Memandangkan kini kebanyakan wanita berkerjaya,masalah kesihatan amat penting dan perlu dititikberatkan.Kerja tak pernah habis!!Terutamanya yang bekerja.Balik ke rumah perlu menguruskan anak-anak,memasak,mengemas rumah dan melayan suami.Oleh itu,wanita wajib menjaga kesihatan dengan mengambil suplemen tambahan untuk mendapatkan kesihatan yang optimum.

Shaklee menawarkan produk yang hebat untuk memenuhi keperluan wanita pada semua peringkat kehidupannya.Set kesihatan wanita (women's health shaklee) terdiri daripada :

~ GLA Complex
~ Ostematrix
~ Omega Guard

Set Kesihatan Wanita

ANTARA KEBAIKAN SET KESIHATAN WANITA IALAH :
  • membantu melegakan simptom senggugut dan menopos
  • menggalakkan kulit yang sihat dan cantik
  • menggalakkan tulang yang kuat
  • mengurangkan risiko penyakit jantung
  • melegakan sakit-sakit sendi
  • membantu membakar lemak dan mendapatkan berat badan yang ideal
  • lebih bertenaga,melegakan rasa letih dan lesu
Kesihatan sangat penting untuk seorang wanita....jom bersuplemen sekarang untuk kesihatan yang optimum...
Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma..

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL : 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com




Rabu, 6 November 2013

APA ITU SELENIUM ?
Selenium merupakan mineral yang penting untuk kesihatan yang baik tetapi hanya diperlukan dalam jumlah yang kecil.Selenium [SE] adalah mineral yang termasuk dalam kelompok zat gizi mikro , yang bermaksud jumlah yang diperlukan oleh tubuh kita sangatlah sedikit tetapi mempunyai peranan yang besar dalam sistem biologi tubuh kita.Meskipun diperlukan dalam jumlah yang sedikit tetapi selenium memberikan jutaan manfaat....
Apabila digabungkan bersama Vitamin E,selenium boleh menghasilkan kesan sinergis sebagai antioksidan yang fungsinya adalah untuk melambatkan pengoksidaan asid lemak tak tepu sehingga dapat membendung bahaya radikal bebas.

Seorang penyelidik bernama Margaret Karagas dari Cancer Preventation Research yang dimuatkan dalam Jurnal America Association for Cancer Research 2008 menunjukkan bahawa selenium juga boleh mencegah penyakit jantung dan kanser.
Selain itu selenium juga dapat membantu meningkatkan hormon seks lelaki mahupun wanita,tidak hairanlah kenapa Vitamin E Shaklee dikenali sebagai 'vitamin seks'.Selain menghaluskan kulit,anti penuaan,melancarkan peredaran darah,mencegah pembentukan darah beku dan sel-sel baru,Vitamin E dan Selenium juga mempunyai khasiat untuk meningkatkan kelakian dan menyuburkan organ reproduksi lelaki dan wanita.Sebanyak 50% selenium di dalam badan lelaki berada di dalam testikal dan duktus seminal.Lelaki akan kehilangan selenium melalui air mani.Maka,suplemen selenium yang cukup sangat membantu hubungan seksual....

Pilihlah Vitamin E Shaklee yang mengandungi Selenium sebagai suplemen anda hari ini....hubungi saya

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



Selasa, 5 November 2013

Dah hampir setahun Sustained Release Vita C menghilangkan diri....rupa-rupanya ia kembali dengan formulasi yang lebih baik untuk anda semua...Produk yang sangat hot ni...tak sampai beberapa hari dah kehabisan stok.....gigit jari yang tak sempat nak beli tu...Dalam entry kali ni saya nak berkongsi perbezaan antara Sustained Release yang dulu dan kini....antaranya ialah :

  • Dulu ~ dipanggil Sustained Release Vita C 500mg / Sekarang ~ Sustained Release Vita C Plus
  • Sekarang sudah dinyatakan berat sebiji ~ 992 mg
  • Dulu ~ kandungannya Asid Askorbik 500mg / Sekarang ~ ditambah dengan Citrus Bioflavanoid Complex 120 mg( 7.5 mg bagi setiap lemon,orange dan grape fruits) dan 7.5 mg Hesperidin
APA ITU BIOFLAVANOID ?                                                                            
Ia berasal dari tumbuhan dan merangkumi sekumpulan besar nutrien dengan kuasa antioksidan yang sangat hebat.Bioflavanoid juga terbahagi kepada beberapa kumpulan dan Bioflavanoids Sitrus adalah kumpulan yang berasal dari kulit dan pulpa pokok sitrus.
Bioflavanoid bertidak secara bersama dengan Vita C untuk mendapatkan kesan yang lebih hebat.

Bioflavanoid membantu Vita C untuk lebih efektif,berkesan dan efisien.Apabila ada Bioflavanoid,Vita C dapat digunakan secara optimum dalam badan kita.Ia juga dapat memperlahankan kadar kemusnahan Vita C dalam badan sekaligus meningkatkan kadar keberkesanan Vita C tersebut.

APAKAH MANFAAT BIOFLAVANOID BERSAMA VITA C ?

  • melindungi dan mengekalkan struktur kapilari darah
  • mempunyai kesan anti bakteria
  • menggalakkan peredaran darah
  • merangsang pengeluaran hempedu
  • mengekalkan tahap kolestrol darah yang lebih rendah
  • merawat dan mencegah katarak
  • bertindak sebagai anti histamin
  • mempunyai ciri anti keradangan
  • mengurangkan gejala herpes mulut
  • menambahkan sistem imun seseorang
Hebatkan formulasi baru Vita C Shaklee ni...rugi kalau tak cuba.....
Hubungi saya untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya....

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL : 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com




Jumaat, 1 November 2013

Salah satu produk Shaklee yang sangat banyak khasiatnya ialah Alfalfa.Harganya yang sangat berpatutan dan mampu dimiliki oleh setiap orang.Sepanjang hampir 5 bulan saya konsisten dengan pengambilan Alfalfa ni...banyak kelebihan yang saya dapat antaranya ialah masalah sembelit saya sudah hilang.
Kalau sebelum ni nak buang air besar pun seminggu sekali....bayangkan?? Tapi sekarang alhamdulillah dengan izinNya hampir setiap hari saya membuang....Ini adalah testimoni saya sendiri ye....
Kita perlu membuang najis dari badan setiap hari kerana najis yang tidak dibuang akan mengakibatkan pelbagai penyakit...

Antara manfaat Alfalfa ialah :

  • mencuci hati ,darah dan usus ~ meneutralkan badan yang berasid,menyahtoksin dari badan,membersihkan hati,kolon dan darah
  • melawan alahan ~ hidung sensitif,kurap,bau badan dan ulat air
  • menyingkirkan lemak dan kolestrol ~ bertindak sebagai penyerap lemak yang berkesan ,mengurangkan kolestrol,mencegah penyakit jantung,strok dan darah tinggi
  • memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung,ulser gastrik dan sembelit
  • melegakan keletihan
  • sebagai 'milk booster' untuk ibu yang menyusukan anak
  • merapatkan keintiman antara suami dan isteri
  • mengatasi masalah keputihan
Bukan sahaja masalah sembelit dan keputihan hilang malah bonusnya semakin intim dengan suami....seronokkan....tunggu apa lagi jom order sekarang....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog