Khamis, 31 Oktober 2013

Terlebih ambil garam akan menyebabkan darah tinggi.Kita sebenarnya telah disogok dengan dengan fakta yang palsu.Ini merupakan protokol Yahudi...Mari kita renung dan kembali kepada Sunnah Nabi...

* sebelum makan nabi akan ambil secubit garam dan diletakkan di atas lidah untuk mengelakkan dari di santau dan garam tersebut akan menapis makanan yang kita makan
* jika nabi berkunjung ke tempat baru,nabi akan ambil garam dahulu untuk sesuaikan hormon tubuh di tempat yang baru
* untuk mengubati penyakit rohani,air perlu dicampur dengan garam terutamnya untuk ubati sihir dan santau

KENAPA ?

Allah menciptakan garam sebagai penarik toksik / asid /racun dalam darah atau tubuh dan juga penarik unsur-unsur negatif (contohnya menabur garam di sekeliling rumah untuk membersihkan rumah atau pagar rumah).Garam juga unsur yang boleh mengimbangkan kembali sistem tubuh kita.

TETAPI....

Garam boleh jadi rosak apabila dimasak atau bertindak balas dengan suhu tinggi atau panas.Maksudnya ialah jika hendak memasak,kita mestilah menggunakan garam bukit dan jangan meletakkan garam semasa makanan menggelegak di atas dapur.Sebaik-baiknya tutuplah api  dan biarkan suhu turun terlebih dahulu barulah masukkan garam ke dalam masakan kita.Ianya disebut sebagai ' bubuh garam atas darat ' seperti orang Arab lakukan iaitu meletakkan garam semasa hendak makan.

Garam bukit

MENGAPA ?

Garam mengandungi sodium dan potassium.Tubuh kita sangat memerlukan potassium yang tinggi.Jika di dalam suhu yang tinggi / panas ,garam hanya tinggal sodium.Pottassium akan rosak dalam suhu yang panas.Ini yang menyebabkan boleh terkena darah tinggi.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat semua....:)

Nutrien dalam makanan yang kita ambil akan hilang disebabkan oleh proses masakan.Begitu juga dengan pengambilan vitamin atau suplemen yang akan turut terganggu penyerapannya jika tidak diambil dengan betul.Pengambilan vitamin berbeza megikut cara penyerapan yang lebih berkesan,ada vitamin yang lebih sesuai diambil sebelum makan dan ada yang diambil selepas makan.
Dalam entri kali ini saya ingin berkongsi tentang pengambilan Zinc Complex Shaklee sebelum makan.

Kenapa Zinc disarankan diambil ketika perut kosong (sebelum makan) ?

Ini kerana dalam proses pencernaan yang normal,zinc boleh dimusnahkan,dikeluarkan dan terikat dengan bahan lain.

Makanan yang kita makan seperti roti,susu atau bijirin lain terdapat satu kandungan yang dipanggil phytates.
Ia akan mengikat zinc yang kita ambil di mana ia akan mengganggu proses penyerapan zinc dalam tubuh badan kita.
Jika kita mengambil roti bersama susu,aktiviti ini akan menjadi lebih aktif.Phytates akan menyerap zinc dan secara automatiknya biovailability zinc ini akan menurun dan tidak memberi sebarang kesan penyerapan.Memang rugi kan ???
Selain itu,semasa perut kosong,perut kita mempunyai asid yang boleh melarutkan zinc dengan cepat.Jadi mudahlah nutrisi dan mineral dari zinc tersebut menyerap dalam badan kita.



Berminat dengan sebarang produk shaklee,hubungi saya...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

Rabu, 30 Oktober 2013

Masalah bengkak kaki atau Edema semasa hamil adalah masalah yang biasa dialami oleh ibu yang hamil.Pada kebiasaannya kaki akan lebih membengkak apabila kandungan memasuki trimester ketiga dalam fasa kehamilan.Tapi semasa hamil ketiga-tiga anak saya tu,kaki tidaklah serius sangat bengkaknya.Berbanding dengan adik saya ,setiap kali hamil pasti kakinya akan teruk bengkaknya.Memang serius...ngeri nak tengok...
Kaki bengkak ini sebenarnya disebabkan oleh lebihan air di dalam badan semasa hamil.Kebiasaannya ia akan hilang dengan sendirinya selepas bersalin.Saya ingin berkongsi beberapa tips bagi mengelakkan masalah bengkak kaki ini.Antaranya ialah :

  • Elakkan dari berdiri terlalu lama
  • Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi.Bagi mereka yang bekerja di pejabat,seeloknya letakkan sesuatu yang tebal sebagai pengalas kaki
  • Sewaktu tidur,alaskan kaki dengan bantal supaya kedudukannya lebih tinggi dari badan
  • Rehatkan diri seketika.Jika anda dah lama duduk,seeloknya bangun dan berjalan-jalan sekejap untuk membantu pengaliran darah yang baik ke bahagian kaki
  • Minum banyak air untuk membantu mengurangkan pengumpulan air di bawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak kaki
  • Elakkan dari memakai stokin yang ketat
  • Sewaktu tidur,wanita hamil digalakkan untuk mengiring ke sebelah kiri untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan mengambil makanan 'junk food'
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua...:)




APA ITU VITAMIN ?
Vitamin adalah bahan organik yang sangat diperlukan oleh tubuh badan dengan kadar pengambilan yang kecil.Ia berfungsi untuk pertumbuhan normal ,kesihatan dan mencegah dari penyakit.Tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak vitamin,oleh itu penting untuk kita mendapatkannya samaada dari makanan atau suplemen (makanan tambahan seperti vitamin).

*** PERLU DIINGATKAN BAHAWA VITAMIN BUKAN PENGGANTI KEPADA MAKANAN HARIAN KITA ...

Sesetengah orang tidak gemar dengan pengambilan vitamin atau suplement ,jadi bolehlah mengambil makanan seperti sayuran,buah-buahan dan lain-lain dalam kuantiti yang mencukupi bagi membekalkan zat vitamin yang mencukupi kepada tubuh badan.

APA YANG TERJADI JIKA TIDAK AMBIL VITAMIN ?
Kita semua digalakkan untuk mengambil vitamin.Terutamanya mereka yang tidak gemar mengambil sayuran,buahan ,daging , tidak suka minum susu (macam saya...hehehe..) atau apa sahaja makanan yang bernutrien tinggi.Sekiranya anda mengamalkan cara pemakanan seperti ini,lama kelamaan badan anda akan kehilangan vitamin dan nutrien.
Kekurangan vitamin tertentu dalam badan akan mengakibatkan beberapa gejala penyakit seperti :

  • Rabun ~ kekurangan vitamin A
  • Anemia (kekurangan sel darah merah) ~ kekurangan vitamin B12 atau Zat Besi
  • Osteoporosis ~ kekurangan kalsium
  • Gusi berdarah ~ kekurangan vitamin C 
  • Dan pelbagai lagi...
JENIS-JENIS DAN FUNGSI VITAMIN :


Jenis vitaminFungsi
Larut dalam lemak :
Vitamin A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.
Vitamin DPertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat(garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.
Vitamin ESangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.
Vitamin KBagus untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.
Larut dalam air:
Vitamin C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.
Vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12)Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma.

CONTOH-CONTOH MAKANAN YANG MENGANDUNGI VITAMIN 
Kalau anda semua nak tahu semua sumber vitamin ni sebenarnya hanya terdapat di rumah kita sendiri seperti buah-buahan dan sayuran yang sangat tinggi kandungan vitaminnya.Antaranya ialah :
  • Tomato ~ kaya dengan vitamin A,C,serat dan zat besi
  • Avokado ~ kaya dengan khasiat protein,kalsium,zat besi,vitamin A dan C
  • Pisang ~ vitamin A dan C,potasium dan zat besi
  • Nenas ~ vitamin A,B dan C
  • Telur,susu hati ~ vitamin A
  • Kekacang dan daging ~ sumber kepada vitamin B1
  • Keju,putih telur dan yogurt ~ sumber kepada vitamin B2
  • Ubi kentang,sardin dan tuna ~ vitamin D
  • Sayuran berdaun hijau,kacang soya dan gandum ~ kaya dengan vitamin E
  • Kobis dan daun salad ~ vitamin K
Jadi pengambilan vitamin dalam pemakanan seharian sangat penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan kita.Pilihlah vitamin atau suplemen yang semulajadi kerana ianya selamat dan tiada kesan sampingan.Saya memilih SHAKLEE sebagai vitamin saya sekeluarga....
Berminat dengan sebarang produk Shaklee,boleh hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dari saya....



NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com


Ahad, 27 Oktober 2013

Salah satu faktor wanita menghadapi masalah kesukaran untuk hamil ialah masalah kesuburan.Kesuburan wanita mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya ialah :

  • masalah ovulasi merupakan penyebab ketidaksuburan wanita kerana tiada telur yang akan disenyawakan
  • disebabkan oleh masalah haid yang tidak tetap atau tidak datang haid
  • saluran falopio terhalang dengan penyakit radang pelvik dan endometriosis
  • masalah dengan rahim seperti fibroid atau cyst
  • umur yang meningkat
  • tekanan atau stress
  • pemakanan seharian yang tidak seimbang seperti makanan segera,berminyak dan sebagainya
  • terlebih berat badan atau terlalu kurang berat badan
  • merokok dan alkohol
  • penyakit kelamin
  • masalah kesihatan yang disebabkan oleh hormon
GLA COMPLEX Shaklee mampu mengatasi masalah ketidaksuburan wanita.GLA Complex membantu tubuh menghasilkan cecair kesuburan yang memberi kebaikan iaitu memberi ruang untuk sperma terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.
GLA membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang berwarna seperti putih telur.Dalam sebulan sekali ,seorang wanita akan mengeluarkan cecair tersebut dan menunjukkan seorang wanita berada dalam waktu subur.Namun,tidak semua wanita mendapatkannya.Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair tersebut yang membantu sperma untuk berenang ke uterus,terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum.Bukan itu sahaja,cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.Jadi,jika tidak bersama dalam waktu subur pun masih ada peluang untuk hamil kerana sperma masih di situ sehingga hari ke 5.

CARA PENGAMBILAN GLA COMPLEX:
1) Untuk membetulkan kitaran haid
- ambil sebanyak 1/2/3 biji setiap hari

2) Untuk kesuburan
- ambil sebanyak 1/2/3 biji pada hari pertama haid hingga hari ke 15.Kemudian berhenti sehingga haid bulan hadapan.Jika tidak datang haid,sila buat pemeriksaan urine pregnancy test (UPT).Jika positif berhenti pengambilan GLA.
* Jika haid tidak tetap,ikut jadual pengambilan untuk membetulkan haid pada no.1 di atas terlebih dahulu.
* Bilangan biji mengikut bajet customer.Jika tidak memberi kesan 1 biji,ambillah 2 atau 3 biji pula.Jangan lebih dari 3 biji.



Pelbagai manfaat GLA COMPLEX

Berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee,hubungi saya dan anda layak mendapatkan konsultasi percuma dari saya...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL : 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com

* HARGA ISTIMEWA


Sabtu, 26 Oktober 2013

Semua orang pasti ingin kurus dengan bentuk badan yang menarik.Cinch shake mix Shaklee satu produk yang merupakan minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping dapat mengurangkan berat badan.Rumusan proprietary kami diperkaya dengan Leucine atau asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.Dalam erti kata lain,leucine dalam cinch shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.Dah kurus tapi otot menggeleber sana sini pasti tak cantik kan...Cinch pasti dapat mencantikkan otot-otot anda supaya kelihatan lebih langsing...

Berikut adalah jadual pengambilan Cinch Shake Mix :
~ Cinch Shake ni boleh diambil semasa sarapan pagi iaitu satu sudu dibancuh bersama plain water/fresh milk/sunquick/jus
~ juga diambil semasa makan tengahari iaitu satu sudu dibancuh bersama plain water/fresh milk/sunquick/jus
~ mesti diambil sebanyak dua kali sehari kerana Cinch memberikan rasa kenyang dan bertenaga
~ dalam berdiet ,tips yang paling penting ialah minum air kosong sebanyak 2 hingga 3 liter satu hari dan mesti disiplin dalam pengambilan sebarang suplimen...


Cinch Shake Mix terdapat dalam 3 perasa yang enak iaitu coklat,vanila dan cafe latte....

Hubungi saya jika berminat dengan sebarang suplimen Shaklee dan dapatkan konsultasi percuma dari saya...
Harga pun istimewa....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gamil.com



Jumaat, 25 Oktober 2013

ASSALAMUALAIKUM SEMUA....
Buat tatapan semua pembaca blog ini....
Segala testimoni yang dikongsi di sini atau penulisan tentang produk bukan bertujuan untuk merawat , menyembuhkan , menganalisa apa jua penyakit / masalah kesihatan .Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan yang berkaitan.

SEKIAN TERIMA KASIH.....:)
Sebarang persoalan sila hubungi saya....

YOUR SHAKLEE INDEPENDANT DISTRIBUTOR ,

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com






Khamis, 24 Oktober 2013

APAKAH KANDUNGAN UTAMA COLLAGEN POWDER SHAKLEE ?
Tahukah anda Collagen Powder Shaklee adalah kolagen daripada sisik ikan merah?

Kenapa IKAN MERAH ?

Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang terbaik.Merupakan ikan laut dalam ,kurang pencemaran,tahan lasak dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan lain.Antara sumber kolagen terbaik ialah kolagen bersumber ikan laut dalam.Ini kerana kolagen bersumber ikan strukturnya mirip dengan kolagen manusia dan molekulnya lebih kecil mudah diserap oleh tubuh manusia dan sebab ia tahan lasak.

Ikan merah hidup secara bebas dalam lautan 5000 m.Ikan biasa tidak mampu untuk hidup dalam laut yang bertekanan tinggi,jadi ikan merah adalah antara ikan yang boleh menahan tekanan tinggi sehingga 20 paun,bertelur dan hidup bebas dalam lautan dalam.Maka ini akan menjadikan ikan merah sumber kolagen yang sangat tahan lasak.
Ciri-ciri ikan merah ialah :

  • sangat lasak dan elastik
  • kepaduan sel sangat tinggi
  • tinggi kapasiti dalam mengekalkan kelembapan
  • jisim molekul sangat mudah untuk penyerapan yang unggul

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgi9EHIUf4fc4PjDq2sC0AkusRjDh7ST39r6D3SAaM7FzjpK5u4vmNj2VQB4U1Le8kJ9IEtW_4GD-y6oLm9eYtNFOg2bF1BsHDv0U6497VGLQcjmgB21tARQbsBcpx1Xwn5b22cIYPLIJo/s1600/sisik+ikan+merah.png





Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee,hubungi saya dan anda layak mendapat konsultasi percuma dan tawaran harga yang terbaik....

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



Selasa, 22 Oktober 2013

Vitamin C oh Vitamin C.....memang tidak dapat dipisahkan dengan wanita yang inginkan kulit yang cantik...yang penting tak perlu lagi untuk membuat suntikan vitamin c kerana Shaklee mempunyai Vitamin C yang sangat baik dan berbeza berbanding dengan jenama lain di pasaran...
Vitamin C Shaklee menggunakan teknologi Sustained Release (pelepasan vitamin c secara sedikit demi sedikit) dan mengandungi bioflavonoid (bahan penting yang membantu penyerapan vitamin c dengan lebih baik).

Vitamin C sangat diperlukan untuk mengekalkan kulit yang cantik malah ia merangsang pengeluaran kolagen.Selain itu,vitamin C juga boleh mengurangkan garis-garis halus yang tidak diingini....banyak lagilah kelebihan vitamin C ni...

Dalam entry yang lepas saya telah berkongsi membuat masker ESP dan Vitamin E.Kali ini pula saya sangat berbesar hati untuk berkongsi satu lagi masker daripada Vitamin C Shaklee.hehehe...semua produk nak buat masker...memang best Shaklee ni...



Cara-cara membuat masker Vitamin C Shaklee :
  • patahkan vit c kepada 3 bahagian
  • ambil 1 bahagian sahaja (lagi 2 bahagian simpan utk hari lain)
  • hancurkan vit c tersebut di dalam piring
  • masukkan 1 sudu air
  • biarkan selama 3 hingga 5 minit sehingga vit c tersebut kembang
  • sapukan masker tersebut pada seluruh muka yang telah dicuci dan kering
  • biarkan sehingga kering selama 20 hingga 30 minit
  • bolehlah dibilas dengan air yang bersih
Antara testimoni pengguna yang telah mengamalkan masker Vitamin C Shaklee....





Untuk membuat masker ni anda mestilah menggunakan Vitamin C Shaklee sahaja kerana ianya semulajadi tanpa bahan pewarna atau perisa tambahan.Selamat mencuba!!!!

Jika berminat dengan sebarang produk Shaklee hubungi saya...

NOREHAN BINTI SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL: norehansaad81@gmail.com



Vitamin C Shaklee iaitu Sustained Release Vita-C Plus sudah kembali......
Pasti ramai yang tertunggu-tunggu kemunculan semula vitamin ni.Setelah setahun ketiadaan stok,kini ia kembali dengan formulasi yang terbaru...

Vita-C mengandungi 180 biji tahan selama 6 bulan....memang berbaloi....

APAKAH SUSTAINED RELEASE ?
Bermaksud proses di mana diformulasikan khas agar ia dapat dilepaskan secara perlahan-lahan mengikut paten istimewa yang menjamin penyerapan vitamin di antara 3 hingga 6 jam.Ia bersifat larut air dan memerlukan 2 hingga 3 liter air sehari untuk diminum.
Shaklee Sustained Release Vita-C Plus merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin c dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietari dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin c sedikit demi sedikit.

MANFAAT UTAMA VITAMIN C
  • mencantikkan kulit ~ pengambilan vita c setiap hari dapat membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah,melambatkan proses penuaan dan menyekat pigmentasi.Pigmen adalah penyebab utama pembentukan jeragat.
  • membentuk kolagen ~ ia dapat meransang pembentukan kolagen di mana kolagen adalah sebatian asas bagi otot,tisu,gusi,rangka dan tulang rawan.
  • memperbaiki simpton pendarahan ~ kekurangan vita-c boleh menyebabkan gusi berdarah,lebam di kulit,lambat pulih dari kecederaan,kulit kering,ruam dan kulit kasar.
  • peningkatan sistem imun ~ membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik,membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman,mengukuhkan sistem imun,peningkatan pemulihan elergi hidung,kulit dan asma serta mengurangkan simpton selsema.
  • memperbaiki imsomnia ~ membantu memperbaiki imsomnia,stress dan masalah keresahan.
  • mengekalkan kolestrol sihat ~ dapat mengurangkan kolestrol dan tekanan darah,mengekalkan kapilari darah yang sihat,menghalang pendarahan darah dalam hidung,pendarahan serebral dan skurvi


* Satu tablet mengandungi 500 mg Vita C iaitu bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.
* Membekalkan Bioflavinoid dalam jumlah yang seimbang iaitu 120 mg yang bekerja untuk meningkatkan keberkesanan Vita C dan perlu diambil sebagai sebahagian daripada suplemen Vita C ( mengelakkan salur darah dari runtuh/bocor,meningkatkan fungsi vita c,mengelakkan daripada ianya cepat teroksida dan merosakkan sel )

SIAPA YANG MEMERLUKAN VITAMIN C ?
  • perokok
  • orang yang mudah stress kerana stress akan mempercepatkan penyusutan vita c dalam badan
  • wanita yang mengambil pil perancang kerana pil tersebut juga akan menyerap vita c dan mengakibatkan pengurangan vita c dalam badan dengan cepat
  • orang yang ingin mencantikkan kulit dan mempunyai masalah kulit seperti jerawat dan ekzema yang memerlukan vita c untuk membina kolagen kulit yang sihat dan memperbaiki tisu kulit
  • orang yang menginginkan kesihatan tubuh badan yang baik kerana vita c menyokong sistem imun dan mengurangkan selsema berpanjangan
Jika anda berminat dengan produk Shaklee hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi percuma....

NOREHAN BINTI SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL : 012-9466377
EMAIL :norehansaad81@gmail.com







Jumaat, 18 Oktober 2013

PANTANG BERSALIN
Apakah yang dimaksudkan dengan pantang bersalin?
Dalam masyarakat melayu,pantang bersalin kebiasaannya selama 44 hari.Ada juga yang berpantang sehingga 100 hari.Dalam tempoh berpantang tersebut,apakah pantang larang yang tidak boleh dilakukan?

Pada kebiasaannya,dalam tempoh tersebut terdapat beberapa amalan yang mesti dilakukan oleh ibu-ibu yang baru bersalin.Antara amalan yang biasa dibuat ialah bertungku,berurut,berbengkung,berlulur,mandi herba dan bertangas.

Dalam tempoh ini juga,pemakanan juga perlu dijaga agar cepat pulih.Jika amalan dan pemakanan dijaga dengan baik dan dilakukan dengan betul,pasti akan memberi banyak manfaat kepada ibu.

Bagi umat Islam,semasa dalam tempoh berpantang,solat dan puasa tidak boleh dilakukan selagi darah nifas tidak kering.Jika darah nifas kering pada hari yang ke 30,maka bolehlah bersolat.

Ingin bersama suami? Bagi umat Islam,selepas darah nifas sudah kering,bolehlah bersama suami.Tetapi dalam amalan berpantang Melayu,ibu-ibu digalakkan bersama suami sehingga cukup 44 hari atau sehingga 100 hari.

AMALAN PEMAKANAN SEMASA BERPANTANG
Pemakanan bagi ibu yang berpantang amat perlu dititikberatkan kerana jika tersalah makan akan memudaratkan kepada kesihatan ibu.Amalan pemakanan yang perlu diamalkan ialah :

  • elakkan makanan laut seperti udang,sotong,kerang,ikan pari dan ikan cencaru
  • makanan yang kurang berminyak dan tidak pedas.Kebiasaannya makanan ibu bersalin akan dibakar atau direbus
  • dilarang meminum air yang banyak dalam satu masa.Minum sedikit demi sedikit dengan sukatan 1/2 ke 1 cawan sekali minum.Jika minum air terlalu banyak terutamanya air sejuk ia akan menyebabkan urat kembang dan melambatkan pengecutan rahim,faraj mudah longgar dan menyebabkan perut buncit.
  • minuman yang sejuk,bergas atau tajam perlu dielakkan untuk mengelakkan masalah sakit tulang,sejuk otot serta lemah sendi iaitu penyakit artritis dan reumatisme.

Tip pantang


Tip pantang bersalin

Antara amalan yang dilakukan dalam masyarakat Melayu.

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu yang pertama kali mengalami proses berpantang ini....:)

Khamis, 17 Oktober 2013

Pasti semua ibu risau dan tidak tahu bagaimana caranya untuk menidurkan bayi tanpa menggunakan buaian.Bukan mudah untuk melakukan sedemikian kerana ianya memerlukan kesabaran dan kelembutan untuk memastikan bayi anda cepat tidur.


Saya ingin berkongsi beberapa cara untuk menidurkan bayi dengan mudah tanpa menggunakan buaian.Bagi ibu bapa yang anak mereka sukar untuk tidur,bolehlah mencuba cara-cara seperti berikut :
  • menukar lampin baru dan bersih
  • lap badan bayi anda dengan tuala basah dan tukarkan dengan baju yang baru dan bersih
  • gunakan lotion atau minyak angin dan urut dengan lembut di bahagian belakang dan bahagian perut si manja anda
  • jika masih tidak mahu tidur,cuba urutan lembut di bahagian betis serta tapak kaki
  • urutan di bahagian badan,perut,betis dan tapak kaki melegakan rasa kurang selesa pada bayi anda
  • tidurkan anak anda dalam keadaan mengiring ke kanan kerana itu adalah tidur yang paling baik untuk bayi
  • tepuklah perlahan-lahan ,nyanyikan lagu kegemaran anak anda atau berselawat hingga bayi anda tertidur...
Urutan tapak kaki boleh dilakukan seperti gambarajah di bawah :


Dodoikan sendiri anak-anak merupakan cara yang lebih baik berbanding dengan menggunakan buaian kerana dapat mengeratkan lagi hubungan antara ibu dan anak...
Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat ibu-ibu semua....:)


APA ITU ANGIN AHMAR ?
Angin ahmar atau stroke adalah satu keadaan di mana terdapat gangguan bekalan darah ke otak dengan tiba-tiba.Pada kebiasaannya ia berlaku di kalangan warga tua.Kematian akibat angin ahmar adalah 1.5 kali lebih tinggi pada warga tua yang berumur 85 tahun ke atas.

APAKAH YANG MENYEBABKAN ANGIN AHMAR?
  • trombosis (pembekuan darah)
  • pembekuan darah terbentuk di salur darah otak yang sempit
  • embolisme (pembekuan darah kecil)
  • arteri (salur darah) dalam otak tersekat oleh pembekuan darah, lemak atau udara
  • pendarahan pada arteri dalam otak akibat dari tekanan darah tinggi atau kecederaan di kepala
  • salur darah dalam otak tertekan oleh ketumbuhan
FAKTOR-FAKTOR RISIKO BAGI ANGIN AHMAR:
  • tekanan darah tinggi ~ faktor paling biasa berlaku yang boleh merosakkan salur darah dalam otak
  • makanan berlemak / tinggi kolestrol ~ kolestrol melekat pada dinding salur darah dan menyebabkan ia menjadi sempit dan mengurangkan pengaliran darah ke otak
  • berat badan berlebihan ~ meninggikan peluang untuk mendapat penyakit darah tinggi
  • merokok ~ asap tembakau akan menyempitkan salur darah dan mengurangkan bekalan oksigen ke otak dan organ-organ lain
  • diabetes ~ kandungan gula yang tinggi menyebabkan salur darah menjadi keras dan tebal
  • tekanan (stress) ~ tekanan darah akan meningkat apabila emosi tertekan
GEJALA ANGIN AHMAR
Gejala berlaku bergantung kepada bahagian mana otak yang terlibat.Gejala yang biasa adalah :
  • lemah atau lumpuh sebahagian tubuh
  • susah untuk bercakap dan menelan
  • hilang ingatan serta daya tumpuan
  • hilang keupayaan untuk mengawal air kencing atau najis
  • gangguan emosi - murung atau sedih
  • senang marah atau menangis
ANGIN AHMAR ADALAH KECEMASAN, JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA JIKA ANDA MENGALAMI TANDA-TANDA BERIKUT :
  1. kebas di sebahagian badan
  2. kesukaran bertutur
  3. sakit kepala / pening kepala
  4. gangguan penglihatan dengan tiba-tiba
OMEGA GUARD BANTU ATASI STROKE



Antara produk Shaklee yang dapat membantu mengatasi masalah stroke adalah Omega Guard.
Kenapa Omega Guard ?
Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan nutrien utama untuk mencegah masalah pembuluh darah ,mengurangkan kolestrol dan mencegah kolestrol daripada mengeras di bahagian organ dan pembuluh darah.
Kandungan EPA dan DHA dalam Omega Guard juga penting untuk mencegah penyakit jantung koronari.

VIVIX UNTUK PESAKIT STROKE



Bagi mereka yang mempunyai bajet lebih bolehlah mengambil produk Vivix untuk mengatasi masalah angin ahmar atau stroke.Vivix merupakan minuman botanikal yang mempunyai 1001 rahsia.
4 mekanisma utama Vivix adalah :
  • melindungi dan memperbaiki kerosakkan DNA
  • memberi impak positif kepada pengawalan genetik
  • menggalakkan boigenesis (pembentukan baru) mitochondria
  • melambatkan pembentukkan protien AGE (Advanced Glycation End products)
Perkongsian satu testimoni pengguna yang memberi Vivix kepada ibunya yang mengalami stroke...



"Assalamualaikum selamat petang..
Hari ni sangat happy sebab dapat tahu promo bulan September jatuh kepada VIVIX.. OOoooo Yeeeaaah.. Suka sebab dah start bagi kat mak.. Mak stroke pada 30 November 2011 dan 2/3 daripada otak kiri dah mati...Tubuh bahagian kanan yang tak boleh bergerak. Bahagian Vibral pula kena kat speech expression.. Mak boleh faham apa yang kita cakap dan boleh proses tapi bila nak keluarkan perkataan dan nak bagitahu tak dapat.. 

Mula2 kena memang tragis, tak boleh bangun.. Nak express 'feeling' pun tak dapat apatah lagi benda2 lain.. Makan tak boleh.. Berhari2 juga puasa sebab doktor monitor otak takut makin membengkak @edema jadi kena operatelah buka tempurung.. Tapi bila nampak otak ok dan pengembangan tak ketara jadi tak operate jadi boleh start bagi bagi minuman ikut tube.. Huhu sakit tu.. Nak menelanpun tak dapat.. Kesian.. Selama 8 hari mak dirawat di HUSM tapi tiada apa2 tindakan dan biar macam tu je.. Lepas tu nampak batuk2 dan berkahak.. Adik-beradik fight jugalah minta mak dipindahkan ke Hospital Perdana.. Daripada tak buat apa2 sebab nampak mak makin lemah..

Bila dipindahkan je, belum warded lagi baru kat lobi Hospital Perdana, pihak Hospital buat ECG dan dekat situ dapat tahu mak ada masalah jantung iaitu injap jantung sempit dan kemungkinan disebabkan jangkitan kuman semasa kecil terus masukkan mak ke CCU. Mak seorang yang mementingkan kesihatan, memang selalu jogging dan bersenam.. Medical checkup pun selalu buat.. Seminggu sebelum kejadian mak telefon bagitahu semua cantik.. Tekanan darah ok, diabetes takde, kolesterol tinggi sikit 6.7 tapi belum sampai kena makan ubat kolesterol lagi dan boleh dikategorikan masih normal untuk individu yang sihat tanpa sebarang masalah..

Pakar Neurologist Dr Munawwir yang rawat mak pun kagum sebab kebiasaannya orang yang hadapi masalah injap jantung dah menunjukkan tanda pada setiap kehamilan dan pada usia 40-an.. Tapi mak hanya dapat tahu bila usia 55 tahun. Doktor jangka 6 bulan mak dah boleh jalan dan setahun dah dapat jogging.

Ubat yang mak makan sekarang
1) Nootropil
2) Amiodarone
3) Simvastatin
4) Warfarin

Disebabkan dah lebih 6 bulan tapi masih belum recover, saya cuba bagi mak Vivix.. Sebelum ni tak bagi sebab saya takut mempengaruhi kadar kecairan darah mak sebab ambil Warfarin kan.. Lepas 'study' punya 'study' dan yakin, saya tekad belikan mak Vivix beberapa hari lepas bila saya bawa mak balik KL ni.. Dalam waktu terdekat ni akan buat test kecairan darah juga.. 


Alhamdulillah dalam tempoh 2 3 hari bagi mak Vivix ada peningkatan. Tangan mak yang dah mengerekot keras dah mula lembut dan ringan semula.. Dan semalam abang dah 'train' mak berjalan guna tongkat satu berkaki empat.. Memang dah boleh.. Syukurkan..
(kredit to hidup sihat dengan vitamin semulajadi)

Vivix bukan sahaja untuk mengatasi masalah stroke tetapi untuk pelbagai masalah.Ia merupakan tonik anti oksidan yang bertindak sehingga ke selular.
Apa-apa pun masalah atau penyakit yang kita hadapi,tidak salah jika kita berusaha untuk merawat dan mencegah.Kesemuanya berkat dengan keizinan dariNya....

Jika anda berminat untuk mendapatkan sebarang produk Shaklee hubungi saya :

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL : 012-9466377
EMAIL :norehansaad81@gmail.com


Jumaat, 11 Oktober 2013

Minuman yang mengandungi kafein seperti kopi,nescafe ,coklat dan bermacam lagi memang melazatkan.Namun ,tahukah anda bahawa pengambilan kafein bagi wanita mahupun lelaki akan memberi kesan terhadap tahap kesuburan ?Bagi wanita yang tidak mempunyai masalah kesuburan,tentunya kafein tidak memberikan apa-apa kesan.Bagaimana pula bagi pasangan yang telah lama berkahwin dan menunggu kehadiran cahaya mata?Apa yang perlu dilakukan adalah berhenti meminum minuman berkafein.
Beberapa kajian telah dijalankan dan mereka mendapati wanita yang minum lebih dari satu cawan kopi sehari akan mengalami kesan ketidaksuburan sebanyak 50 %.
Oleh itu wanita yang ingin hamil harus meninggalkan pengambilan berkafein.

BAGAIMANA KAFEIN BOLEH MENYEBABKAN KETIDAKSUBURAN ?
Satu kajian yang dijalankan pada tahun 2005 dan telah dikeluarkan dalam 'Journal Diabetes Care' menunjukkan bahawa pengambilan kafein telah menyebabkan masalah ' insulin resistance'.
'insulin resistance' bermaksud insulin tidak dapat digunakan dengan berkesan ketika pembakaran gula untuk menghasilkan tenaga.Ini menyebabkan banyak gula tidak dapat 'dibakar' di dalam darah.Selain itu, insulin resistance menghalang proses ovulasi (pengeluaran ovum dari ovari).

Jadi apabila seseorang wanita itu mengalami obesiti,endometriosis dan PCOS,pengambilan kafein akan lebih memburukkan keadaan.

Kajian mendapati kafein meninggikan tahap hormon estrogen dalam darah sehingga menyebabkan ketidaksuburan.
Kajian lain menunjukkan wanita yang mengambil 200 mg atau lebih kafein dari kopi,teh,soda,minuman coklat boleh menyebabkan keguguran.



BAGAIMANA KAFEIN MENYEBABKAN KEGUGURAN ?
Untuk pengetahuan semua,kafein boleh menyebabkan saluran darah mengecut.Ini akan mengurangkan pengaliran darah ke uri (plasenta) seterusnya menyebabkan pengurangan bekalan oksigen dan nutrien.Selain itu,kafein boleh sampai kepada bayi dalam rahim dan akan menjejaskan pertumbuhan sel-selnya.
Satu kajian di Denmark mendapati pengambilan kopi yang tinggi ( 8 cawan sehari) akan menyebabkan risiko kematian bayi dalam rahim sebanyak dua kali berbanding wanita yang tidak mengamalkan minum kopi.
Selain dari itu,kebanyakan minuman mengandungi unsur bahan phenol yang menyebabkan badan sukar menyerap zat besi menyebabkan wanita hamil itu akan mengalami kekurangan darah dan hemoglobin.

Bagi sesetengah wanita kafein tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka,namun bagi mereka yang sukar hamil adalah lebih baik menghentikan pengambilan kafein.Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk kita semua....:)

Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog