Khamis, 29 Ogos 2013

Salam semua.....
Harapan saya agar semua ibu-ibu sihat dan ceria dalam melayan karenah anak-anak ni...saya pasti ramai ibu diluar sana yang menyusukan bayi mereka kan...ia merupakan satu pengalaman yang paling berharga buat kita sebagai ibu...saya juga memberikan penyusuan sepenuhnya kepada tiga orang anak saya dan masih meyusukan bayi yang berumur 1 tahun 3 bulan...sebagai suri rumah sepenuh masa,saya merasakan inilah peluang yang terbaik untuk menyusukan anak-anak..dua orang anak saya sudah berjaya saya susukan sehingga umur 2 tahun lebih..alhamdulillah...seronok melihat mereka membesar tanpa menghadapi banyak masalah kesihatan...jarang demam,selsema dan batuk...badan saya pun slim seperti sebelum kahwin dulu...jimat kos sebab tak payah nak beli susu anak kan...banyak lagilah kelebihannya...

Haqim, 1 tahun 3 bulan ,masih menyusu...

Banyak kebaikannya apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara natural.Kita disarankan agar memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan lain kepada bayi.

Kebaikan kepada bayi :
-susu ibu kaya dengan antibodi dan hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus),jangkitan pada pernafasan,jangkitan telinga,alahan makanan,kerosakan gigi,pneumonia dan meningitis
-membantu mencegah bayi dari mendapat kanser
-IQ bayi yang diberi susu ibu 5 tahap lebih tinggi daripada bayi lain.Bayi yang disusui kurang dari 8 minggu tidak memberi manfaat pada IQ.
-mengandungi kesemua nutrien yang diperlukan untuk proses tumbesaran dan perkembangan otak bayi.
-kolostrum,susu ibu permulaan yang dikeluarkan dari hari pertama sehingga hari ketiga mengandungi antibodi (igA)yang dapat melindungi bayi dari jangkitan kuman dan alahan.

Kebaikan kepada ibu :
-penyusuan sepenuhnya akan menjarakkan proses kehamilan
-susu ibu akan merembeskan sejenis oksitoksin dimana hormon ini membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal serta megurangkan pendarahan
-mengurangkan risiko kanser payudara,ovari,pra-monopouse dan osteoporosis
-membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti penyusuan ini
-tidak perlu membeli susu dan menjimatkan wang,tidak perlu membasuh botol-botol susu,boleh diberikan di mana-mana dan bila-bila masa sahaja
-mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak.Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai oleh bayi
-dalam Islam banyak kelebihan pahala diberikan kepada ibu yang menyusukan bayi


penyusuan susu ibu

Begitu banyak kebaikan yang diperolehi dari penyusuan susu ibu.Dalam Islam pun banyak fadhilat dan pahala yang diberikan kepada ibu-ibu yang meyusukan bayi.Begitu sayangnya Allah kepada insan yang bergelar IBU...lakukanlah pilihan yang terbaik untuk kesihatan anak -anak anda..

SUSU IBU PILIHAN YANG TERBAIK...


JAUNDICE : NORMAL ATAU TIDAK...

Salam semua...pasti ibu-ibu yang akan melahirkan bayi risau kerana bayi yang baru dilahirkan pada kebiasaannya akan mengalami masalah demam kuning.Jom kita baca lebih lanjut tentang demam kuning ini..


Apa itu 'Jaundice' ?

Demam kuning atau istilah perubatannya ialah 'jaundice' adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi menjadi kuning.Ia biasa berlaku kepada bayi yang baru lahir,dua atau tiga hari selepas lahir.Ia akan mencapai kemuncak selepas empat hari dan akan hilang selepas dua minggu.Jaundice tidak bermakna bayi kita sakit.

Bagaimana kekuningan ini dikesan ?

Kekuningan ini dikesan dengan menekan hujung kuku kita dengan lembut pada kulit bayi.Kekuningan juga lebih mudah dikesan pada putih mata (sclera) ,muka hingga ke dada.
Kekuningan ialah fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan oleh organ hati.Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.
Biasanya bilirubin ini dapat dibuang melalui najis.Tetapi apabila terlalu banyak darah yang rosak dan pecah serta diuraikan secara serentak dalam satu masa,tahap bilirubin dalam darah akan meningkat.Peningkatan bilirubin ini dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.
Pemeriksaan tahap bilirubin dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah pada tumit kaki bayi.Tahap bilirubin yang mencapai 85 umol/l (5mg/dL) akan menunjukkan kekuningan.

Apakah rawatan yang diberikan ?

1) Rawatan fototerapi
-jika tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21mg/dL).Rawatan ini akan membantu bilirubin ditukarkan kepada biliverdin yang lebih mesra tubuh dan mudah dikumuhkan.Rawatan ini harus diberikan selama 48 jam.
rawatan fototerapi..

2) Rawatan 'exchange transfusions'
-hanya dilakukan jika tahap bilirubin melebihi 428 umol/l (25 mg/dL).Ia adalah pemindahan darah bayi dan digantikan dengan darah yang lain.

Selain itu,doktor akan menasihatkan supaya ibu meyusukan bayi sekerap yang mungkin supaya bilirubin dikumuhkan melalui najis.

Bercerita tentang masalah jaundice ini,saya juga ingin berkongsi pengalaman sendiri ..anak pertama dan ketiga saya hanya mengalami masalah jaundice ditahap yang rendah..proses kelahiran kedua-dua anak saya ini  dilakukan di hospital kerajaan,jadi bayi terus diberikan kepada kita dan jururawat meminta menyusukan terus bayi saya.. kolostrum susu ibu sangat bagus untuk antibodi kepada bayi kita...
Manakala anak saya yang kedua dilahirkan di hospital swasta..sebaik sahaja dilahirkan bayi saya terus diletakkan di bawah jagaan nurseri hospital tu...mereka memberikan anak saya susu formula tanpa meminta kebenaran dari saya...akibatnya anak saya ditahan di wad untuk beberapa hari kerana tahap bilirubin yang agak tinggi...anak saya diberikan rawatan fototerapi..tetapi pada hari kedua bacaannya semakin tinggi menyebabkan anak saya terpaksa dimasukkan air satu beg...hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu apabila melihat jari anak yang kecil dicucuk jarum sehinggalah bacaannya normal barulah jarum itu ditanggalkan...selama 3 hari saya menjaga anak saya di wad..lega rasanya apabila tahap bilirubinnya sudah turun...
Kepada ibu-ibu semua..susuilah bayi anda dengan susu ibu kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk anak kita...jangan risau jika bayi anda terkena demam kuning kerana susu ibu sangat membantu...insyaallah...wassalam...

susu ibu susu yang terbaik..

*sumber :blog Dr Zabidi


Rabu, 28 Ogos 2013

PETUA TRADISIONAL TURUNKAN SUHU ANAK DEMAM

Salam semua...bagaimana dengan kesihatan anda hari ini...keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu,menyebabkan anak-anak terdedah kepada pelbagai penyakit terutamanya demam,selsema dan batuk.Kalau pergi ke klinik sekarang ni,pasti ramai ibu bapa yang bawa anak sebab demam...dilanda musim demam sekarang ni...termasuklah anak saya yang ketiga ,Haqim..dah tiga hari demam...
Untuk entry kali ni saya ingin berkongsi beberapa petua tradisional yang boleh menurunkan suhu anak-anak yang demam...masa hari pertama Haqim demam hari tu,saya hanya bagi dia ubat demam mengikut dos yang ditetapkan oleh doktor..suhunya hanya turun beberapa jam saja..lepas tu suhunya tinggi semula.Haqim asyik merengek je...tak nak dengan orang lain pulak tu.. asyik berkepit dengan ibunya je..saya nak buat kerja pun susah..saya pun teringat yang saya pernah baca dalam blog kawan saya petua ni..saya ambil beberapa helai daun bunga raya putih,ramaskan dalam semangkuk air dan sapukan di kepala anak...turunlah sikit suhu dia...petangnya pula saya mandikan dia dengan air daun bunga raya putih tu..malamnya dah elok dia main dengan abang dan kakaknya..lega rasanya bila tengok demamnya dah ok...alhamdulillah...hanya dengan petua trodisional je...

Pokok bunga raya putih..

Selain daun bunga raya putih,satu lagi bahan semulajadi yang boleh menurunkan suhu ialah asam jawa...setiap kali anak saya demam saya mesti buatkan air asam jawa yang pekat dan sapukan ke seluruh badannya ..biarkan kering..lakukannya berulang-ulang kali ...insyaallah suhunya akan turun...


Asam jawa..

Ada juga yang menggunakan ais untuk menurunkan suhu..ambil beberapa ketul ais dan dibungkus dengan kain dan tuamkan ke bahagian pelipat badan..di celah ketiak,di celah kelangkang,belakang lutut,leher dan di pelipat siku..insyaallah suhu badan akan turun dengan cepat..ayah saya selalu amalkan petua ni kalau dia demam...berkesan tau...cubalah...

ais untuk turunkan suhu yang tinggi

Kesemua bahan-bahan yang tersebut di atas amat mudah didapati...kat rumah dah memang ada kan...jadi guna jelah...
Kadang-kadang petua orang dulu-dulu sangat berguna..jadi janganlah kita melupakan apa yang diamalkan oleh datuk nenek kita dulu ye...sebaik-baiknya gunalah kedua-dua kaedah samaada cara moden atau tradisional kerana semuanya terbaik untuk kita...kita hanya berikhtiar,berusaha...Allah jua yang menentukannya...semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua....jumpa di entry yang lain pula...wassalam...

Jumaat, 23 Ogos 2013

MENURUNKAN PARAS KOLESTROL

Kolestrol ialah bahan berlemak (lipid) yang merupakan sebahagian daripada membran luar sel dalam badan haiawan.Ia juga ditemui dalam edaran darah manusia.Dua sumber utama kolestrol dalam darah diperolehi daripada pemakanan dan pengeluaran hati.
Kolestrol pemakanan datang daripada daging,ayam,ikan dan produk tenusu.Selepas makan kolestrol diserap oleh usus ke dalam peredaran darah dan diselaputi oleh protien.Kolestrol bersalut protien ini dipanggil chylomicron.
Hati mampu menyingkirkan kolestrol daripada peredaran darah dan juga menghasilkan kolestrol serta merembeskan kolestrol ke dalam peredaran darah.Selepas makan hati mengeluarkan chylimicron daripada peredaran darah.Di antara waktu makan,hati menghasilkan dan merembeskan kolestrol kembali ke dalam peredaran darah.
Kolestrol LDL dikenali sebagai kolestrol 'jahat' manakala kolestrol HDL adalah kolestrol 'baik'.

Fail:Cholesterol.svgFail:Cholesterol-3d.png

KOLESTROL

Seseorang individu terdedah kepada serangan jantung apabila dia mempunyai kolestrol LDL lebih tinggi daripada kolestrol HDL.

Ciri-Ciri Anda mempunyai Kolestrol Tinggi : 
1) Rasa berat di tengkuk hingga rasa sengal di bahu
Sebahagian besar orang merasakan berat di kepala dan sakit-sakit sebagai gejala awal. Gejala ini muncul sebagai akibat kurangnya oksigen.

2) Cepat Mengantuk
Terutama bila kadarnya sudah tinggi sekali, misal trigliserida yang normalnya dibawah 200 mg atau 150 mg, ada yang sampai 600 atau 700 mg itu biasanya akan mengantuk. Hal ini biasanya terjadi kerana kurangnya pengaliran oksigen ke otak akibat pembuluh darah yang menyempit kerana adanya timbunan lemak akibat kolestrol.

3) Kesemutan atau semut - semut

Kadang-kadang kesemutan juga boleh terjadi kerana darahnya agak pekat. Kadar kolestrol yang tinggi dapat menyebabkan aliran darah menjadi pekat sehingga oksigen menjadi kurang.

4) Timbunan lemak di atas kelopak mata
Secara klinikal ada beberapa hal yang boleh dijadikan petunjuk awal seseorang memiliki kolestrol tinggi, aitu adanya timbunan lemak di atas kelopak mata. Biasanya timbunan ini mengandungi kadar trigliserida (molekul asam lemak) yang tinggi.

5) Mudah Letih
Ketika plak terbentuk di dinding arteri, boleh menyebabkan keadaan seperti atherosclerosis, penyakit jantung koroner (PJK) dan penyakit mikrovaskuler koroner atau coronary microvascular disease (CMD). Keadaan seperti inilah yang menyebabkan badan terasa mudah letih.

6) Sering Sakit Kepala

Ini kerana kolestrol yang tinggi dalam darah menyebabkan terjadinya penimbunan plak-plak di pembuluh darah arteri sehingga menyebabkan terjadinya artherosclerosis. Keadaan ini membuat arteri akan menyempit dan membuat aliran darah ke kepala dan otak berkurang, sehingga menyebabkan rasa sakit di kepala.

7) Kaki Bengkak

Kaki merupakan organ tubuh yang paling jauh dari jantung. Ketika pembuluh darah menyempit dan pengaliran oksigen berkurang, maka tentu saja yang paling sedikit mendapatkan darah adalah kaki. Hal ini akhirnya menyebabkan kaki terlihat membengkak. 


Apakah vitamin Shaklee yang dapat mengawal kandungan kolestrol dalam darah terutama dalam mengawal kolestrol 'jahat' iaitu kolestrol LDL.


PILIHAN 1 : Vitamin C,GLA,Lecithin (basic)..



PILIHAN 2 : Lecithin,Vitamin E ,Vita C (jika ada budget lebih)



Vitamin C sangat perlu dan penting untuk pembuluh darah.Salur darah yang kurang vitamin c ibarat getah paip yang reput dijemur matahari dan bila-bila masa sahaja boleh pecah.

Lecithin penting untuk proses metabolisme,kolestrol,triglycerides dan lemak darah (blood lipids).Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.Menurunkan total serum kolestrol dan meningkatkan kolestrol baik (HDL).Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.

GLA berfungsi untuk menstabilkan keadaan hormon di dalam tubuh kita.Ianya juga membantu membakar lemak di dalam salur darah.Mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung.Mengawal kolestrol dan bagus untuk fungsi saraf.

Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri dan menguatkan imuniti tubuh.

Serangan jantung tidak mengenal usia samaada muda atau tua.Sebab itulah ia dikenali sabagai 'SILENT KILLER' .Jadi ,sebelum masalah ini mengganggu hidup anda,buatlah pemeriksaan kesihatan .Pilihlah vitamin yang terbaik untuk diri anda...

Hubungi saya untuk konsultasi selanjutnya...

NOREHAN SAAD
ID NO: 969248
SMS/TEL : 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com
#harga istimewa



Khamis, 22 Ogos 2013

BERPANTANG DENGAN SET 3M DAN SET BERSALIN SHAKLEE

Salam semua...proses kelahiran anak yang pertama pasti amat dinanti-nantikan oleh pasangan yang baru menimang cahaya mata.Sudah semestinya para ibu awal-awal lagi telah menyediakan set untuk berpantang.Pelbagai jenama yang terdapat di pasaran sekarang...pastikan anda memilih yang terbaik untuk kesihatan kan...sudah semestinya set berpantang shaklee adalah antara produk yang menjadi pilihan ibu-ibu..

Kenapa ye kena pilih Shaklee sebagai Set Berpantang anda? 

Kerana..Shaklee ni SELAMAT dan UNIK jika nak di bandingkan dengan set berpantang atau set bersalin lain yang berlambak di pasaran sekarang.

SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh di ambil oleh ibu yang baru melahirkan bayi seawal 2jam selepas melahirkan bayi. 

SELAMAT kerana vitamin Shaklee boleh di makan oleh ibu yang bayi di sahkan ada masalah jaundis/sakit kuning.

SELAMAT kerana ibu yang melahirkan bayi secara normal atau pembedahan boleh makan vitamin Shaklee ini.

UNIK kerana gabungan vitamin yang ada dalam set bersalin atau set berpantang Shaklee ini membuatkan ibu lebih cergas, lebih bertenaga, lebih anggun dan cantik.

UNIK kerana luka ibu akan lebih cepat sembuh.

UNIK kerana susu ibu meriah dengan adanya ESP dalam set ini.

Jika anda sudah memakan set berpantang shaklee,anda tidak perlu lagi untuk memakan jamu lain ye..tapi kalau nak makan jamu juga pun boleh tapi anda mesti jarakkan masa pengambilan antara vitamin shaklee dengan jamu pilihan anda...jangan lupa ye...


Set Bersalin Basic (4 Vitamin)

Vitalea, B-Complex, Vitamin C dan Zinc

Set Bersalin + Penyusuan

Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Zinc, Alfalfa dan ESP ,Ostematrix

FUNGSI SETIAP VITAMIN

ESP SHAKLEE
merupakan sumber protein semulajadi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang dapat mengekalkan tenaga berjam-jam kepada ibu berpantang.Protien adalah komposisi utama dalam susu ibu dan berfungsi dalam penghasilan hormon penyusuan yang amat penting.

B COMPLEX
membantu sebagai penenang(anti stress),dapat mengelakkan kemurungan/meroyan serta untuk menstabilkan hormon.Juga membekalkan tenaga kepada ibu-ibu dalam pantang.

VITAMIN C
membantu untuk menyembuhkan luka,membaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin serta penting untuk pembentukan kolagen.

VITALEA IRON FORMULA
mengandungi iron formula yang bagus untuk ibu-ibu bersalin yang telah kehilangan banyak darah selepas bersalin.

ZINC
membantu mempercepatkan penyembuhan luka selepas bersalin(terutamanya rahim).Juga membantu membaikpulih 'kedinginan' selepas bersalin dan mengurangkan masalah rambut gugur.

ALFALFA
sebagai peransang demi membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu disamping membantu mengurangkan masalah ekzema sekiranya si bayi mengalami masalah tersebut.

OSTEMATRIX
komponen utama susu ibu selepas protien .Sumber kalsium yang dapat mengelakkan sembelit dan stress pada ibu

Antara testimoni pengguna yang telah menggunakan set bersalin shaklee







Jom kita tonton satu video pengalaman seorang ibu yang tak sanggup nak bersalin lagi tapi selepas bersalin anak kedua lain pula yang jadi....



Video pilihan

Set bersalin Shaklee yang mampu di miliki oleh ibu-ibu di luar sana.Buatlah pilihan yang tepat untuk menjamin kesihatan yang optimum.
Proses penyusuan dan berpantang anda kini lebih meyakinkan dengan Shaklee....
Dapatkannya sekarang...hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi seterusnya...

NOREHAN SAAD
ID NO : 969248
SMS/TEL: 012-9466377
EMAIL : norehansaad81@gmail.com
*harga istimewa menanti anda*

Rabu, 21 Ogos 2013




ATASI MASALAH GASTRIK DENGAN SHAKLEE

Salam semua...bagaimana kesihatan anda hari ini ? semoga semuanya diberikan kesihatan yang baik ye...pasti semua sudah tahu tentang masalah gastrik kerana dalam entry yang lepas saya telah berkongsi serba sedikit info tentang gastrik.Dalam entry kali ini pula saya akan berkongsi pula tentang set gastrik dalam produk shaklee yang mampu mengatasi masalah anda semua...




Set Gastrik Shaklee terdiri daripada :

1)ENERGIZING SOY PROTIEN(ESP)
ESP yang juga merupakan sumber protien unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.Di samping itu juga, nutrien protien yang terkandung dalam ESP sangat membantu dalam membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.


2) OSTEMATRIX
Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid di dalam perut.

3) PEPPERMINT GINGER PLUS
Shaklee Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina,halia,jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut.Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.


Mari kita lihat testimoni pengguna..


Kepada anda yang sudah lama mengidap penyakit gastrik ini,marilah cuba set gastrik shaklee kerana ianya produk yang semulajadi,selamat dan halal.Jom order sekarang untuk mutu kesihatan yang lebih baik.Melaburlah untuk kesihatan anda.Tak rugi kan...

NOREHAN SAAD
ID NO :969248
SMS/TEL :012-9466377
EMAIL :norehansaad81@gmail.com

*harga istimewa..

BAHAYA GASTRIK

Gastrik ? Pasti ramai yang mengetahui tentang penyakit ini...dan..ramai juga yang menghadapi masalah ini..Kadang-kadang kita ni tak tahu yang kita meghidap gastrik..ada tu yang mengalami masalah cirit-birit,ingatkan masalah biasa tapi bila jumpa doktor,rupa-rupanya cirit-birit berpunca daripada gastrik.Ianya berlaku apabila asid hidroklorik( ph 1-2) yang dirembeskan untuk mencerna makanan di dalam perut kita terlalu banyak daripada kebiasaannya...bahayakan jika dibiarkan berlarutan..
Jadi sekiranya anda mengalami tanda-tanda seperti di bawah anda berkemungkinan menghidap gastrik dan perlu segera mendapat rawatan...


  • hilang selera makan
  • pedih dan sakit perut
  • cirit birit yang teruk melebihi 3 hari
  • senak,rasa berangin dan rasa tidak selesa pada kawasan perut
  • perut kembung,kerap sendawa dan buang angin(kentut)selepas makan
  • perut berbunyi kuat dan adakalanya terlalu kuat
  • rasa loya seolah-olah ada makanan di tekak anda
  • muntah (akibat tolakkan gas daripada perut)
  • berat badan susut



Gastrik ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,pada bila-bila masa disebabkan oleh gaya hidup kini yang kurang sihat.Jadi sekiranya anda baru pertama kali menghadapi masalah ini..anda perlu elakkan :

1) MAKANAN BERCILI

-bagi pengidap gastrik anda dilarang sama sekali memakan makanan yang pedas terutamanya cili walaupun sos cili apatah lagi sambal belacan.Bak kata doktor apa yang rasa diperut tidak dirasa di mulut..kan..

2) MAKANAN MASAM

-selain makanan pedas,anda juga perlu berpantang daripada makan makanan yang masam seperti jeruk dan juga keju.pizza dan juga burger 'ber cheese' tidak boleh makan ye...

3) KOPI

-elakkan meminum kopi kerana ia mengandungi kafein yang menghakis perut

4) MINUMAN BERGAS DAN MAKANAN BERANGIN

-elakkan mengambil minuman bergas dan makanan berangin kerana ianya membuatkan perut anda berangin
(gas asid hidroklorik + gas karbonat = cirit birit/muntah/perut lebih sakit)

5) MEROKOK

-merokok memang banyak mendatangkan kemudaratan..jadi perlu di elakkan ye..

 Anda digalakkan untuk melebihkan minum susu dan juga makan dalam kuantiti yang sederhana tetapi kerap kerana asid yang dihasilkan perut itu akan membuatkan anda kerap lapar daripada biasa.

Bagaimana untuk mengetahui bahawa anda sudah pulih dari gastrik ?

   Jika anda rasakan badan anda sudah kembali 'fit' dan mampu melakukan tugasan tanpa rasa sakit perut dan tiada lagi tanda-tanda di atas.Selain itu,anda juga boleh melihat pada warna najis anda.Sekiranya najis anda berwarna hitam,itu bermakna anda masih belum sihat...
Jangan biarkan ianya berlarutan ye..segera dapatkan rawatan...



Categories

Dikuasakan oleh Blogger.

Jom kenal

Popular Posts

Jom borak

Jubah-For-Kids-120x600

Pengunjung blog